Posted on

Kekeliruan Nafsu!! Saya berlaku curang kerana suami tidak pernah memuaskan saya. Salahkah saya?

Ringkasan Video : (atau scroll ke bawah terus tonton video)

Selamat datang ke channel ini. Kami menyajikan pelbagai video informasi dan gaya hidup untuk tontonan anda.

Jika anda ingin terus menonton video sila scroll ke bahagian bawah.

Untuk mengetahui cerita selanjutnya sila tonton video ini sampai ke hujungnya supaya anda mendapat informasi yang lengkap.

Jika ada sebarang cadangan atau pertanyaan sila berhubung dengan admin laman web ini.

Video di dalam web ini adalah untuk hiburan semata mata.Sila scroll ke bawah untuk melihat video penuh mengenai kisah ini.
Terima kasih kerana sudi menonton.

Sila scroll ke bawah untuk melihat video nya.

Jangan lupa like fan page kami di bawah.Terima kasih.

Posted on

Eksklusif – Ini 7 FOTO Terkini Anak Amyra Rosli & Amar Baharin Yang Ramai Peminat Ingin Lihat.

Selepas dilahirkan pada 15 Oktober lalu, ramai menunggu wajah anak lelaki pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli.

Semua gambar yang dimuat naik di Instagram mereka hanya memaparkan sisi wajahnya saja. Pendek kata, Amar dan Amyra belum bersedia berkongsi wajah anak mereka.

Menurut Amar, 32, dia dan isteri bakal memperkenalkan wajah dan nama anak mereka dalam sebuah program realiti lapan episod yang mulai bersiaran awal bulan depan.

“Saya dan isteri berbesar hati nak kongsi wajah dan nama anak, tetapi kami mendapat hak eksklusif penyiaran dan tak boleh langgar kontrak. Insya-Allah awal bulan depan episod pertama mula ditayangkan.

“Serentak dengan program ini, baru kami berkongsi kepada semua. Tidak dinafikan hampir setiap hari ramai bertanya nama dan teringin melihat wajah anak. Apa saya boleh kongsikan, nama anak kami bermula dengan A.

“Saya dan isteri mengambil keputusan memuat naik juga gambar anak, tetapi tidak secara penuh. Sekurang-kurangnya dapat memenuhi permintaan peminat. Kami tak nak macam segelintir artis lain yang meletakkan emoji pada wajah anak. Ia hanya menimbulkan kemarahan orang,” katanya.

Foto Terkini Amyramarjr

Video :

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : Intagram Amyra RosliAmyramarjr

Posted on

6 Kenyataan Yang Benar Mengenai Selebriti Orang Sabah Yang Ramai Tidak Tahu.

1. Perkataan “bah” tidak menyebabkan banjir tahun lepas atau yang sebelumnya
Perkataan bah memang feymes dalam kalangan rakyat Sabah ni. Contoh bah digunakan

– Bah, sy mau jalan sudah ni. Kamu bila mo jalan?
– Sana bah tu sy letak tu kuih, di atas meja.
– Kalau tiada duit, pandai-pandai lah bah cari kerja kan?
– Kenapa bah tu baju tidak kena cuci?
– Bah yalah, kamu lebih pandai dari kami.

So kalau korang tengok, perkataan bah tidak perlu diharamkan kerana penggunaan bah dalam Sabah bukan bermaksud banjir bah…

2. Topup, reload @rilot ialah perkataan yang biasa juga di Sabah

Aku ingat lagi tau bila ada sorang budak yang bapak dia tu orang Sabah tapi mak dia actually yang asal semenanjung tu. Bila sepupu budak tu datang kedai bole pula dia cakap “nanti cakap rilot tau, diorang tak tau topup tu aper”. Hoi budak..ko tu dah lama terperap kat kampung rasanya. Sabah tau juga apa tu topup. So jangan berpura-pura pandai ok, Sabah ni dalam Malaysia juga, kalau nak tunjuk bodoh ertinya satu Malaysia lah bodohnya. Aduhai..bila lah sesetengah orang ni nak sedar…

3. Orang Sabah tidak tinggal di atas pokok kecuali atas pokok itu ada terbina rumah mungkin ada.

Aku masih tak faham kenapa sesetengah manusia yang kononnya banyak duit, fashionable, & lawa tapi otak kecut. Seriously, kadang kala aku rasa sekolah kene buat program jelajah supaya murid-murid boleh nampak sendiri keadaan Sabah, Sarawak & Semenanjung supaya masing-masing takde lah buat imaginasi sendiri tentang keadaan tempat tinggal orang Malaysia khususnya Sabah.

4. Slang orang Sabah bukan slang orang Indonesia

Tak payah yang datang Sabah, aku sendiri masa kat KL haritu pun begitu juga. Tetiba berubah slang cakap indon. Member aku yang dari Johor sendiri kadang kala pun rasa macam nak lempang orang yang sesuka hati buat slang indon bila jumpa orang Sabah. Ada difference okay.

5. Jangan terkejut kalau nampak muslim & non-muslim bole lepak even kapel together

Masa mula-mula member aku dari semenanjung datang Sabah study memang dorang rasa memang sangat hairan lah bila nampak ada senior muslim & non muslim bole bersama. & bila kawan muslim & non muslim bole lepak together macam biasa. So semua itu normal. Yang non muslim kat Sabah pun tau juga apa yang haram untuk mereka yang muslim. Malah kalau buat majlis keramaian pun memang ada dua bahagian for muslims & non muslims.

6. Peramah dan humble

Yang ni paling best bila berkawan dengan orang Sabah. Sifat rendah diri tinggi dan pandai bawa diri di tempat orang buatkan ramai orang selesa berkawan dengan mereka.

Posted on

Majlis Kahwin Yang Meriah Tetiba Jadi ‘Kecoh’ Pengantin Lelaki Hilang! Rupa-rupanya…

PETALING JAYA: Sebuah majlis perkahwinan yang pada mulanya meriah bertukar ‘kecoh’ apabila pengantin lelakinya tiba-tiba hilang.

Pengantin lelaki berkenaan, Hafiz Mahamat mengalami sakit perut selepas majlis pernikahannya Jumaat lalu, tetapi keadaan itu berlarutan sehingga hari persandingannya, Sabtu.

Hafiz hilang ketika tiga maskot iaitu singa, ayam dan watak filem animasi Frozen, Olaf muncul membuat persembahan berlatarkan lagu yang kini menjadi kegilaan ramai, Baby Shark di hadapan pelamin.

Tarian yang mencuit hati itu sedikit-sebanyak mampu menghilangkan kegusaran pengantin perempuan yang bimbangkan keadaan suaminya yang dia percaya ketika itu pergi ke tandas.

Tetapi dia kemudiannya dikejutkan dengan tindakan maskot singa yang menanggalkan bahagian kepalanya. Rupa-rupanya maskot singa tersebut adalah suaminya sendiri.

Apa yang berlaku ini adalah satu lagi episod kejutan Hafiz, seorang pemuda romantik yang popular di media sosial kerana sering membuat kejutan demi kejutan untuk buah hatinya.

“Selesai je nikah, kita berlakon sakit perut and malam tu sengaja buat buat sakit perut. Esok hari sanding, berlakon sakit perut juga, sampai muntah muntah.

“Semasa makan meja beradab, aku cakap dengan parents dan isteri yang perut ni dah tahan. Abah dengan mama bukan main risau sampai tak kasi makan yang berminyak masa makan tu. Jadi, aku terus keluar cakap nak ke tandas,” katanya dengan memuat naik video berkenaan di laman sosialnya di Instagram pada Rabu.

“Lepas je kejutan, semua cakap pengantin ni gila. Mana ada pengantin lari dari bersanding,” tambahnya.

 


Hafiz membuat kejutan kepada isterinya dengan memakai maskot singa. Foto instagram syafiqahaina
Bercakap kepada mStar Online, Hafiz berkata, idea untuk menjadi maskot itu dirancang bersama pasukan jurugambar dua minggu sebelum majlis perkahwinan.

Usahawan ini menjelaskan maskot itu dipakai untuk mengimbas semula detik awal perkenalannya bersama Nursyafiqah Aina Abdul Wahab, 23, atau lebih dikenali sebagai Aina lima tahun lalu.

“Sebelum ini saya pernah membuat kejutan dengan memakai maskot panda, sebulan selepas Aina bersetuju untuk mendirikan rumah tangga bersama saya.

“Jadi pada majlis perkahwinan ini, saya memakai pula maskot singa untuk memberi kenangan kepada detik-detik percintaan kami,” katanya.

 


Hafiz dan Aina kini bergelar suami isteri. Foto instagram syafiqahaina
Hafiz menjadi sebutan netizen apabila membuat kejutan pada hari ulang tahun tunangnya dengan menyewa sebuah limosin putih pada 2016 dan menghadiahkan kereta honda Merah sebagai hadiah pada tahun ini.

Bagaimanapun dia berkata, kejutan kali ini tidak memerlukan kos tinggi sebagaimana kejutan-kejutan yang dilakukan terhadap Aina sebelum ini.

 


Hafiz menjadi sebutan netizen kerana membuat kejutan untuk buah hatinya.
Namun apa yang penting bagi Hafiz adalah signifikan dan nilai hubungan mereka yang kini telah pun bergelar sebagai pasangan suami isteri.

“Kami berharap dapat menempuh kehidupan baharu sebagai suami isteri selepas ini. Pastinya akan ada kejutan demi kejutan, tapi tunggulah dulu. Nama pun kejutan, kenalah berahsia,” katanya secara berseloroh.

Episod cinta pasangan Hafiz dan Aina disempurnakan dengan sekali lafaz, berwalikan bapa pengantin perempuan, Abdul Wahab Abd Jamal di Johor Bahru, Jumaat lalu.

Posted on

“Patutlah Fattah Kahwin Fazura!” -‘Berlagak’ Layan Upiak, Netizen Tegur Sikap Neelofa?? Tak Sangka!!

Baru-baru ini rancangan temubual terhangat, MeleTOP telah mengundang penyanyi asal lagu Tak Tun Tuang, Upiak Isil.

Dalam temubual berkenaan pengacara Nabil dan Neelofa mengambil kesempatan untuk menemu ramah Upiak mengenai lagu viral selain menanyakan perkembangan terbarunya dalam industri berkenaan.

Ternyata Upiak yang berperangai ‘gila-gila’ menghangatkan lagi suasana rancangan berkenaan dengan gelak tawa penonton di studio.

Namun beberapa netizen berpendapat bahawa Neelofa dilihat sedikit ‘berlagak’ dan tidak menghormati tetamu pada malam berkenaan.

Bahkan ada juga yang membandingkan pengacara 28 tahun itu dengan perhubungan Fattah dan Fazura.

Jom kami kongsikan video berkenaan:

 

Sumber kisah Dunia

Posted on

DIKATAKAN TIDAK MOVE ON, LIHAT CARA NEELOFA UCAP TAHNIAH PADA FATTAH & FAZURA. KESIAN DIA…

Sebelum ini, video muat naik Neelofa di Instagram yang menampakkan bangunan KLCC telah menarik perhatian perminat aktres popular itu. Video yang diiringi kapsyen ‘Just looking at you makes me happy’ membuatkan ramai beranggapan status itu ada perkaitan dengan Fattah Amin yang baru sahaja menikah dengan Fazura.

Walau bagaimanapun, seperti tanggapan segelintir netizen, video itu nampaknya tiada kena mengena pun dengan aktor kacak itu. Terbaru, Neelofa sendiri secara langsung telah mengucapkan ‘tahniah’ kepada pasangan tersebut ketika mengacara episod ‘Meletop’ yang disiarkan semalam.
Lofa ucap ‘tahniah’

Sebelum ini, pemenang dewi remaja 20102011 itu seringkali dikaitkan dengan pelakon kacak itu. Keserasian yang dikongsi dalam drama ‘Suri Hati Mr Pilot’ menyebabkan ramai peminat menyangka mereka benar-benar bercinta di dunia nyata hingga wujudnya tanda pagar #lofattah.

Mohon dengan video itu, semua peminat #lofattah dah boleh move on kot. Lofa sendiri pun dah move on. Kita doakan yang terbaik je untuk Lofa.

Posted on

Kesilapan Tak Sepatutnya Stesen TV Lakukan Pada Pemberita. Kesian Tengah Live Tapi Ini Pulak Berlaku!! Lucu Pulak..

Bila sebut sahaja tentang siaran langsung atau rakaman yang di buat di TV,pasti tidak semuanya berjalan dengan sempurna. Dalam dan luar negara pasti ada insiden yang tidak di jangka  berlaku pada sesetengah siaran.Namun apabila ianya berlaku, ia menjadi sangat lucu buat netizen untuk di tonton.

Seperti semua insiden ini, ianya menjadi viral apabila berlaku secara spontan.

Faktor lain pula datangnya dari kesilapan pembaca berita atau host TV yang tidak sedar akan aksinya yang lucu di rakam.

   

Selain itu juga faktor teknikal lain datang dari pihak penerbitan yang salah memberi maklumat pada kaca TV seperti ini :

    

Paling dasyat jika kesalahan yang di lakukan oleh host atau pembaca berita itu boleh mendatangkan mudarat pada pihak lain sehingga perlu di gantung tugas seperti kes Ammar sebelum ini.

 

Namun sejak akhir-akhir ini, kes ralat terjadi ketika live berita semasa di sampaikan di waktu kemuncak semakin banyak berlaku sehingga viral.

Terkini rakaman video pendek ini pula di katakan viral apabila pembaca berita tidak sedar rakaman mereka sedang live selepas commercial break.

Rakaman pendek ini tidak sangka menjadi nombor 1 trending di Youtube.Rata-rata menyifatkan kesalahan itu tidak seharusnya berlaku namun ada yang melihat ianya satu babak yang lucu yang berlaku di kaca TV.

Sumber: kisah Dunia

Posted on

Pekerjaan 7 Artis Sebelum Menjadi Popular! Mesti Anda Terkejut Bila Tahu Apa Pekerjaan Aaron Aziz Dan Nora Danish!

Bukan senang untuk berjaya. Mereka bermula seperti kita semua juga, bekerja seperti manusia biasa.

Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Malah, ada di antara nama besar dalam industri seni ini yang bermula dari bawah dan mengharungi pelbagai rintangan sebelum mereka dapat mengecapi kejayaan seperti sekarang.

1.AARON AZIZ.

Jejaka kelahiran Singapura ini dikatakan sering bertukar kerja sebelum mencuba nasib sebagai pelakon di Malaysia. Malah Aaron juga dikatakan pernah bekerja sebagai jurujual kereta sebelum berkecimpung dalam bidang seni.

Aktor kelahiran Singapura itu turut mengakui yang kesenangan yang dimilikinya ketika ini berkat dari pengorbanan serta sokongan daripada keluarganya juga. Sebelum bergelar pelakon, Aaron juga pernah bekerja sebagai pengurus restoran yang menyediakan pelbagai perkhidmatan, namun gajinya hanya cukup-cukup makan sahaja.

2.DATO’ SITI NURHALIZA.

Penyanyi tersohor negara ini tanpa segan silu berkongi ramai yang dia pernah menjual kuih bagi membantu keluarganya sewaktu di Pahang dahulu. Penyanyi lagu Cindai ini mula menjual kuih sejak berumur sembilan tahun sehinggalah umur 15 tahun.

Baginya, menjual kuih merupakan satu pekerjaan yang memberikan seribu satu pengalaman yang begitu berharga buat dirinya. Malah ia juga merupakan permulaan segala kejayaan yang dikecapi olehnya pada hari ini.

3. REMY ISHAK

Sebelum bertemu Osman Ali, Remy hanyalah seorang jejaka kampung yang tidak pernah mengimpikan kerjaya sebagai pelakon terkenal. Remy pernah bekerja di pasar pagi menjual ikan dan ayam bagi menampung yuran persekolahannya.

Biarpun sudah berada di tahap sekarang, Remy sama sekali tidak malu untuk mengakui bahawa dia pernah bekerja di pasar sebelum bergelar artis popular. Malah, dia berbangga kerana bermula dari bawah sebelum menjadi sebahagian daripada anak seni.

4.NABIL

Tidak dinafikan, program realiti Raja Lawak merupakan platform permulaan kerjaya Nabil dalam bidang seni. Dia dahulunya merupakan pekerja despatch yang menghantar surat-surat untuk syarikat di Negeri Sembilan.

Nabil sama sekali tidak pernah bermimpi untuk mencapai tahap seperti sekarang kerana dia bukan berasal dari keluarga seni. Tambah Nabil, kalau dahulu apa yang diimpikannya hanyalah menjadi ketua penghantar surat sahaja ketika itu.

5. ADIBAH NOOR

Pasti ramai sudah sedia maklum dengan pekerjaan Adibah sebelum masuk dalam bidang seni. Adibah mendaftarkan diri sebagai tenaga pengajar di Sekolah Menengah Taman Datuk Harun bermula Mei 1993 sebelum menamatkan perkhidmatannya pada bulan Jun 1995.

Adibah mencuba pelbagai pekerjaan sepanjang tahun 1995, namun kembali mengajar di Institut Tadbiran Negara (INTAN) pada tahun 1996. Penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini mengajar Bahasa Inggeris selama setahun sebelum keluar semula dari dunia pengajian bagi mencuba nasib dalam bidang seni.

6.NORA DANISH

Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Puteri ini merupakan seorang pelayan kedai makan sebelum bergelar pelakon.Namun kedai makan tersebut adalah milik ibunya sendiri dan menjadi tanggungjawab Nora sebagai anak untuk membantu ibunya.

7. DATUK YUSOF HASLAM.

Pengarah dan penerbit yang disegani ini dikatakan dahulunya pernah bekerja sebagai konduktor bas sebelum memulakan kerjaya dalam bidang seni.

Namun beliau hanya bertahan bekerja sebagai konduktor bas selama 10 bulan kerana lebih meminati bidang seni. Malah Datuk Yusof juga pernah ditawarkan kerja sebagai pegawai penjara di Taiping, Perak tetapi menolak tawaran tersebut kerana tidak sanggup meninggalkan Kuala Lumpur.

Sumber : beritanova.com

Posted on

KERAP GARU KEPALA, BILA DOKTOR DIAGNOSIS BAYI INI ADA ‘SESUATU’ YG LEBIH MENAKUTKAN. NGERINYA!

Bayi sememangnya comel sejak dari hari pertama dia dilahirkan terutamanya bayi yang tembam. Pasti setiap pergerakannya membuatkan hati kita tersentuh dan kita tidak pernah berasa letih untuk melayan telatah mereka bukan?

 

Tetapi jika bayi kerap melakukan perbuatan yang sama secara berulang-ulang, maka anda perlu rasa sedikit bimbang dan mungkin perlu mendapatkan bantuan perubatan sekiranya perlu.

Baru-baru ini, sepasang suami isteri di China menyedari anak mereka yang berusia satu tahun bernama An An kerap menggaru kepalanya.

Sumber: China Press

Pada mulanya, ibu bapa ini menyangka itu adalah tindakan biasa bayi kerana sifat ingin tahunya yang begitu tinggi (menyentuh rambut dan kepala atau mana-mana bahagian tubuh badan yang lain).

Walau bagaimanapun, dua minggu kemudian, ibu tersebut merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada bayinya itu.

Dia menyedari An An masih kerap menyentuh kepalanya dan ekspresi wajahnya kelihatan seperti dia sedang menanggung kesakitan kerana bayi itu juga kerap mengerutkan dahinya.

Sumber: China Press

Kerana naluri keibuannya yang kuat mengatakan seperti ada sesuatu yang tidak kena pada bayinya itu, dia kemudiannya membawa bayinya berjumpa pakar kanak-kanak untuk pemeriksaan.

Selepas didiagnosis baharulah mereka tahu bayinya itu menghidapi jangkitan otitis media, iaitu satu keadaan di mana bahagian tengah telinga mengalami keradangan dan jangkitan.

Ibu bapa itu diberitahu oleh doktor bahawa keadaan An An agak teruk kerana jangkitan telah berlaku untuk seketika waktu.

Hal ini telah membuatkan mereka merasa bersalah terhadap bayi itu kerana menyangka selama ini tindakan itu hanyalah isyarat biasa rupa-rupanya tidak.

Mujurlah doktor mengatakan tidak terlalu terlambat untuk bayi mereka mendapat rawatan dan peluang untuk pulih sepenuhnya cukup tinggi. Namun, keadaan boleh menjadi lebih teruk sekiranya mereka berjumpa doktor lebih lambat lagi.

Sumber: China Press

Ramai netizen terkejut apabila membaca berita ini terutamanya pasangan ibu bapa baharu kerana mereka tidak pernah mendengar tentang jangkitan itu sebelum ini.

Untuk pengetahuan anda semua, otitis media adalah keadaan yang biasa berlaku pada bayi, kanak-kanak kecil dan kanak-kanak yang lebih tua. Antara tanda-tanda jangkitan ini ialah, anak-anak akan:

Menangis lebih kerap
Cepat marah
Tidak dapat tidur
Kerap menarik telinga
Berasa sakit pada telinga
Berasa sakit kepala
Berasa sakit leher
Berasa berdengung di dalam telinga
Keluar bendalir dari telinga
Demam
Muntah
Cirit-birit
Kurang keseimbangan badan
Hilang pendengaran

Sekiranya anda mendapati tingkah laku berikut sering dilakukan oleh mereka, besar kemungkinan anak-anak ini telah dijangkiti otitis media dan perlu mendapatkan rawatan segera.

Bayi akan menangis lebih kuat.
Kanak-kanak akan menggenggam telinga sambil merasakan sakit.
Kanak-kanak yang lebih tua mengadu tentang kesakitan di telinga.

Semoga An An cepat pulih dan diharapkan keadaan ini tidak akan mengganggu bayi itu lagi!

Buat ibu bapa di luar sana pula, anda harus lebih peka dengan tindakan anak anda yang kelihatan luar biasa demi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Kredit : KitaViral

Posted on

Luahan Jurugambar Bila Tetamu Biadap Suruh Shoot Gambar Bersama Pengantin Guna Iphone 8. Tapi Respond Balas Spontannya Buat Tetamu Itu Terkedu!! Memang Menusuk Kalbu..

Mana-mana majlis perkahwinan di zaman sekarang pastinya akan menggunakan khidmat jurugambar supaya kenangan pada hari bahagia tersebut dapat dikongsikan kepada anak cucu pada masa akan datang.

Oleh itu, jurugambar boleh dikatakan antara individu yang penting dalam majlis perkahwinan dan tetamu sering memanfaatkan khidmat mereka untuk merakam gambar bersama pasangan pengantin di majlis tersebut.

Gambar hiasan

Namun tanpa disedari, sebenarnya tingkah laku tetamu yang melampau juga boleh mengguris hati jurugambar. Menerusi perkongsian jurugambar otai, Abd Jalil Jalil di Facebook, beliau telah menceritakan pengalamannya diberi ‘amaran’ oleh tetamu agar berhati-hati dalam memegang telefon pintar mereka yang berharga mahal.

“Hari ini kesabaran abang teruji apabila ada seorang (tetamu) yang suruh abang shoot gambar dia bersama pengantin. Dia kata iPhone 8 dia ni mahal, baru beli katanya. Pegang baik-baik yer! 

“Lalu secara spontan Abang JJ jawab, yang abang pegang seerat-eratnya kamera ini satu set harganya RM31,500. 

“Abang tak boleh pegang sebelah tangan. Takut-takut jatuh nanti. Kau suruh budak yang itu ambil gambar kau. Lalu terkedu dia,” katanya.

Ops! Memang menusuk teguran abang ni! 

Sumber: Facebook

Abd Jalil atau nama sebenarnya, Abdul Jalil Shinin, 60, telah mempunyai pengalaman dalam bidang fotografi selama 35 tahun. Baginya perkara tetamu meminta jurugambar tolong rakamkan gambar mereka bersama pengantin dengan menggunakan telefon bimbit ini adalah hal biasa.

Sumber: Facebook

Namun sikap tidak beradab mereka itulah yang membuatkannya kurang senang, katanya kepada mStar.

“Kami bukan budak kecil untuk dipesan ‘jaga telefon ini baik-baik kerana harganya mahal’. Berubah terus air muka pemuda itu bila saya beritahu tentang harga kamera DSLR saya pula,” katanya lagi.

Sumber: Facebook

Melalui entrinya itu juga, Abdul Jalil sempat berpesan supaya orang muda kini berbudi bahasa dan belajar menghormati peranan jurugambar rasmi di mana-mana majlis perkahwinan.

Tak payah cerita kamera kau iPhone 8 mahal ni, pegang baik-baik yer. Pui! Kadang-kadang kita kena ajar juga orang yang sebegini. Jadi harapan Abang JJ pada semua jurugambar sama-samalah kita hadapinya dengan bijaksana,” tambahnya lagi.

Perkongsian ini telah mendapat sokongan daripada netizen yang rata-rata memahami situasi seorang jurugambar seperti Abdul Jalil.

Sumber: Facebook

Dalam pada itu, Yeirkif Abdullah, 29, yang juga jurugambar perkahwinan popular berkata, dia berkongsi pengalaman yang sama dihadapi Abdul Jalil ketika menjadi jurugambar rasmi bagi majlis perkahwinan.

“Tetamu datang minta rakamkan gambar itu perkara biasa dan kami pun faham. Cuma kalau nak ambil gambar berkumpulan, cukuplah berikan satu telefon bimbit dan gambar itu masih boleh dikongsikan sesama mereka.

“Pernah juga tetamu mengarahkan kami untuk mengambil gambar mereka dengan pengantin tetapi mengikut sudut (angle) yang ditentukan oleh mereka dan tidak kurang juga pihak yang berebut spot untuk merakam gambar pengantin,” luahnya.

Berpada-padalah semasa bergambar di majlis perkahwinan. Kasihan jurugambar nak kena melayan kerenah tetamu semua. Lama-lama pegang kamera pun penat dan berpeluh juga tau. Semoga perkongsian ini bermanfaatlah di musim perkahwinan begini.