Posted on

6 Kenyataan Yang Benar Mengenai Selebriti Orang Sabah Yang Ramai Tidak Tahu.

1. Perkataan “bah” tidak menyebabkan banjir tahun lepas atau yang sebelumnya
Perkataan bah memang feymes dalam kalangan rakyat Sabah ni. Contoh bah digunakan

– Bah, sy mau jalan sudah ni. Kamu bila mo jalan?
– Sana bah tu sy letak tu kuih, di atas meja.
– Kalau tiada duit, pandai-pandai lah bah cari kerja kan?
– Kenapa bah tu baju tidak kena cuci?
– Bah yalah, kamu lebih pandai dari kami.

So kalau korang tengok, perkataan bah tidak perlu diharamkan kerana penggunaan bah dalam Sabah bukan bermaksud banjir bah…

2. Topup, reload @rilot ialah perkataan yang biasa juga di Sabah

Aku ingat lagi tau bila ada sorang budak yang bapak dia tu orang Sabah tapi mak dia actually yang asal semenanjung tu. Bila sepupu budak tu datang kedai bole pula dia cakap “nanti cakap rilot tau, diorang tak tau topup tu aper”. Hoi budak..ko tu dah lama terperap kat kampung rasanya. Sabah tau juga apa tu topup. So jangan berpura-pura pandai ok, Sabah ni dalam Malaysia juga, kalau nak tunjuk bodoh ertinya satu Malaysia lah bodohnya. Aduhai..bila lah sesetengah orang ni nak sedar…

3. Orang Sabah tidak tinggal di atas pokok kecuali atas pokok itu ada terbina rumah mungkin ada.

Aku masih tak faham kenapa sesetengah manusia yang kononnya banyak duit, fashionable, & lawa tapi otak kecut. Seriously, kadang kala aku rasa sekolah kene buat program jelajah supaya murid-murid boleh nampak sendiri keadaan Sabah, Sarawak & Semenanjung supaya masing-masing takde lah buat imaginasi sendiri tentang keadaan tempat tinggal orang Malaysia khususnya Sabah.

4. Slang orang Sabah bukan slang orang Indonesia

Tak payah yang datang Sabah, aku sendiri masa kat KL haritu pun begitu juga. Tetiba berubah slang cakap indon. Member aku yang dari Johor sendiri kadang kala pun rasa macam nak lempang orang yang sesuka hati buat slang indon bila jumpa orang Sabah. Ada difference okay.

5. Jangan terkejut kalau nampak muslim & non-muslim bole lepak even kapel together

Masa mula-mula member aku dari semenanjung datang Sabah study memang dorang rasa memang sangat hairan lah bila nampak ada senior muslim & non muslim bole bersama. & bila kawan muslim & non muslim bole lepak together macam biasa. So semua itu normal. Yang non muslim kat Sabah pun tau juga apa yang haram untuk mereka yang muslim. Malah kalau buat majlis keramaian pun memang ada dua bahagian for muslims & non muslims.

6. Peramah dan humble

Yang ni paling best bila berkawan dengan orang Sabah. Sifat rendah diri tinggi dan pandai bawa diri di tempat orang buatkan ramai orang selesa berkawan dengan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *