Posted on

Isu Dibuang Sinar FM: “Saya Bukan Dibuang. Tidak Benar Sama Sekali.” – Shuib

PELAWAK Shuib menolak dakwaan yang kedengaran kononnya dia telah ‘dibuang’ daripada bertugas sebagai penyampai segmen pagi Sinar FM iaitu Sepahtu Sinar.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 33, berkata keputusan untuk berhenti dari stesen radio tersebut sudah dirancang sejak tiga bulan yang lalu.

“Saya bukan dibuang dan dakwaan tersebut tidak benar sama sekali. Kalau tak percaya boleh hubungi pihak produksi stesen radio itu sendiri untuk penjelasan.

“Memang saya buat keputusan untuk tak nak sambung kontrak dengan Sepahtu Sinar. Keputusan ini sudah dirancang tiga bulan lalu.

 

Shuib terpaksa menolak tawaran sambung kontrak dua tahun bersama Sepahtu Sinar.

“Hanya isteri, keluarga dan rakan terdekat yang tahu mengenai perkara itu sehingga semalam (Rabu) baru semua dimaklumkan,” kata Shuib kepada mStar Online.

Shuib Tinggalkan Sinar FM, Siti Sarah Masuk Hospital

Shuib diminta mengulas mengenai dakwaan dia dikatakan diberhentikan daripada segmen yang bersiaran pada pukul 6 hingga 10 pagi itu.

Menerusi secara langsung Instagram Shuib pada Rabu, dia mengumumkan tidak lagi kendali segmen bersama Jep dan Rahim itu kerana perlu memberi tumpuan penuh pada perniagaan yang sedang meningkat naik.

 

Pada hari terakhir bersama Sepahtu Sinar, Shuib menjaga isterinya yang terpaksa dikejarkan hospital.

Baginya, pengalaman selama dua tahun sebagai penyampai radio sudah mencukupi dan tiba masa untuk dia beralih ke bidang lain.

“Cukuplah dua tahun pengalaman sebagai penyampai radio. Tiba masa untuk beri tumpuan penuh pada perniagaan saya yang semakin baik.

“Kalau saya teruskan dengan radio takut kerja yang lain buat acuh tak acuh. Jadi, lebih baik saya fokus pada yang satu sahaja.

“Lagipun, saya ada terima tawaran menjadi pengacara untuk episod yang panjang. Biar saya mencuba sesuatu yang baru untuk tahun baru,” ujarnya.

Shuib dan isterinya sedang menguruskan perniagaan produk kecantikan dan yang terbaru, madu.

Posted on

Ramai Netizen Tegur Adik Neelofa, Ameera Khan ‘Tolong Payung’ Bra Hitam!

TAK tahulah apa nak jadi dengan budak-budak sekarang ni, agaknya kalau kekal adat ketimuran akan dipandang kuno, ya?

Adik kepada personaliti popular, Neelofa iaitu Ameera Khan sememangnya terkenal dengan sikapnya yang outspoken atau lantang bersuara (adakalanya tak bertempat) dan gemar bergaya sedikit seksi.

Jika sebelum ini pelbagai kontroversi telah terpalit pada imej si cantik manis ini oleh kerana keputusannya untuk tidak lagi berhijab dan memakai pakaian yang terdedah, kali ini Ameera telah menjadi buah mulut sekali lagi kerana memuat naik gambarnya memakai pakaian mencolok mata sehingga terserlah colinya yang berwarna hitam!

Dalam Instagramnya (@littlemisskhan), Ameera percubaan Ameera untuk ‘menghangatkan’ suasana ternyata memakan diri apabila rata-rata netizen menyuarakan rasa tidak senang terhadap seorang gadis bawah umur berpakaian sebegitu.

Sebegitu yang sebegini:

Tak tahu apa nak cakap, nilailah sendiri.

Dan seperti biasa, kami maklum benar selepas ini keluarlah kenyataan individualistik seperti ”Ini lah masalah orang Melayu, semuanya gila seks” dan seumpamanya, namun haruslah dinasihati bahawa selagi kita masih menjadi ahli masyarakat, selagi itulah kelakuan kita di mata umum harus dijaga.

Apatah lagi, sebagai ahli keluarga seseorang yang berpengaruh, Ameera perlu lebih matang dan bijak dalam setiap langkahnya.

Bukan hipokrit, tetapi ada ke orang yang buat salah terang-terangan seperti membuka pekung di dada sendiri pula.

Posted on

4 Selebriti Ini Pernah Melecur Semasa Penggambaran, Ada Yang Kena ‘Toot’!! Kesiannya!!

Sebelum ini kita ada mendengar khabar malang dari beberapa orang selebriti di Malysia yang ditimpa kejadian tida diingini sehingga mendapat cedera.


Channing Tatum
Kalau anda nak tahu, di Hollywood, ada yang lebih menakutkan. Aktor tampan Channing Tatum pernah mengalami nasib yang sama ketika pergambara filem The Eagle. Pergambaran yang berlangsung di Scotland pada 2011 yang lalu menjadi pengalaman tak boleh dilupakan bagi jejaka yang dilahirkan pada tahun 1980 ini. Dia tanpa sengaja menumpahkan air panas ke alat sulitnya.

Channing pun langsung menjatuhkan dirinya ke ke kolam dan berteriak keras.Dia sendiri tak tahu minuman yang diberikan kru merupakan air mendidih.

Berikut pengalaman tiga selebriti dari Malaysia yang pernah tersiram air panas dihimpun oleh Hangat.com dari berbagai sumber.
Jasmin Hamid
 

Jasmin Hamid telah melecur teruk di kedua-dua belah kakinya kerana terkena air panas semasa di set penggambaran untuk drama Buaian Kasih di Kuang, Sungai Buloh pada hari Sabtu lepas.

Kejadian berlaku apabila dia bersama beberapa rakan artis sedang duduk semeja untuk makan dan berehat dan tiba-tiba baldi berisi air panas terjatuh lalu terkena kepada mereka dan Jasmin antara yang paling teruk kesannya.
Shila Amin

Hampir seluruh bahagian kiri tubuh penyanyi Noorshila Amin disambar api berpunca daripada tong gas terbocor di kediaman anak sulungnya, Nurrul Admiena Norrizan.

Noorshila berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2 petang itu membuatkan anggota kiri badannya termasuklah wajah, tangan dan kaki melecur.
Fenita Arie

Fenita Arie bintang dari Indonesia baru-baru ini ditimpa nasib yang sama. Dia dikejarkan ke hospita kerana tersiram air panas. Bahagian tubuhnya yang tersiram air panas adalah peha. Kini dia telah mendapat rawatan intensif serta menjalani pemedehan untuk merawat lukanya.

Sumber – Hangat.com

Posted on

Ramai Peminat Terkejut Dengan Kesihatan Siti Sarah. “Nasib Baik Selamat Sempat Ke Hospital Kalau Tidak..Tak Tahulah Apa Akan Jadi ”- Shuib

PENYANYI dan isteri kepada pelawak Shuib (Sepahtu) iaitu Siti Sarah Raisuddin terpaksa dikejarkan ke hospital pada malam Selasa disebabkan tekanan darah rendah secara tiba-tiba lapor mStar.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 33, berkata keadaan Sarah pada ketika itu sangat membimbangkan namun semakin pulih pada pagi ini.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada yang mendoakan Sarah. Alhamdulillah, walaupun malam tadi keadaan dia amat membimbangkan, tapi pagi ini dah okey.

“Nasib baik selamat sempat ke hospital kalau tidak…. (tak tahulah apa akan jadi). Malam tadi, tekanan darah dia turun habis dan amat membimbangkan,” kata Shuib.

Keadaan Siti Sarah pada malam tadi sangat membimbangkan.

Shuib memberitahu keadaan isterinya itu menerusi Instagram secara langsung pada pagi, Rabu.

Selain itu, Shuib juga ada memuat naik foto Sarah dan meminta peminatnya untuk mendoakan isterinya itu supaya cepat sembuh.Dalam pada itu, Shuib juga membuat pengumuman bahawa hari ini merupakan hari terakhir dia bertugas sebagai penyampai radio di stesen Sinar FM.

Bagaimanapun, dia tidak dapat berada di konti Sepahtu Sinar disebabkan perlu menjaga isterinya yang sedang sakit.

Menurut Shuib lagi, keputusan itu dibuat atas tuntutan kerja lain dan masa yang tidak mengizinkan.

Shuib berharap peminat terus menyokong rakannya yang lain di segmen Sepahtu Sinar.

“Sebenarnya hari ini lain daripada yang lain. Pasal saya, hari terakhir di Sepahtu Sinar. Berat hati tapi kita kena buat keputusan.“Hari ini patut saya ada lagi di konti, dah rancang macam-macam tapi itu lah, tak tahu pula jadi macam ini.

“Keputusan ini dibuat atas tuntutan kerja lain dan masa. Mohon maaf sangat kepada anda semua sebab tak boleh bersama Sepahtu Sinar lagi,” ujarnya.

Selain Shuib, Segmen tersebut juga dikendali Jep dan Rahim yang mula ke udara sejak 30 November 2015 bermula dari pukul 6 hingga 10 pagi sepanjang lima hari bekerja.

Sumber : mstar / apekesah

Posted on

Selepas Abang Ipar Aku Ke Pejabat, Aku Mendengar Suara Aneh Dari Bilik Kakak. Setelah Di Selidiki Aku Amat Terkejut Dengan…

Di dalam keluargaku hanya ada dua anak perempuan, yaitu aku dan kakakku.

Jadi, orang tuaku punya syarat antara kami berdua, harus ada salah satu yang setelah menikah tinggal di rumah.

Karena aku dan kakakku beda 7 tahun, waktu kakakku sudah mau menikah, papa mama memintanya tinggal di rumah, dan akhirnya ia pun mengiyakan hal itu.

Tapi mencari lelaki yang mau tinggal di rumah pihak wanita itu nggak banyak, mungkin karena orang tuaku terlalu hebat, setelah kakakku gagal menjalin hubungan beberapa kali, akhirnya ia menemukan suaminya yang sekarang ini.

Abg iparku punya penampilan menarik, tapi gajinya lebih rendah dari kakakku. Waktu itu aku pikir, setelah dia masuk keluarga kami, pasti bakalan sayang banget sama kakakku, karena biasanya kami bersama juga, mereka jarang bertengkar.

Beberapa hari lalu abg iparku pergi dinas, aku nggak tau apa yang kakakku lakukan setiap malam, aku benar-benar penasaran.

Hari ini aku sengaja tunggu jam 12 malem sampai semua orang tidur, aku diem-diem nguping di depan kamarnya. Aku terus menerus mendengar suara-suara yang aneh dari sana. Aku ketuk pintunya, suara di dalampun berhenti dan kakakku membuka pintu.

Begitu aku buka pintu, aku mencium bau aneh, kakakku juga merasa aneh, aku cuman bilang gpp, aku pikir kamu nyembunyiin lelaki di kamar ini.

Aku ngeliat raut wajah kakakku nggak biasa, lalu aku melihat ada bagian basah di baju tidurnya, aku langsung melihatnya lebih jelas, lalu aku menemukan yang di dadanya penuh dengan luka!

Aku langsung mengunci pintu dan bertanya padanya. Kakakku mulai menangis dan membuka seluruh pakaiannya.

Aku ngeliat banyak banget luka di sekujur tubuhnya. Aku kaget karna kakakku bilang suaminya punua kelainan dalam berhubungan seksual, jadi dia suka menyakitinya dengan mengikatnya atau menyunutnya dengan rokok.

Setiap kali habis kejadian dan sadar, dia langsung ngomong dia nggak bisa kontrol dirinya sendiri dan memukuli dirinya sendiri sambil meminta maaf pada kakakku.

Aku kaget setengah mati dan memeluk kakakku, aku tanya kenapa dia nggak mau cerai saja, kakak bilang dia pernah bilang sama papa mau cerai, tapi papa bilang kalau udah cerai anak perempuan itu nggak ada yang mau lagi, itu bisa memalukan nama keluarga, jadi gimanapun papa nggak setuju.

Aku langsung lari ke kamar papa mamaku dan berteriak kalau kakak akan bercerai! Papa langsung menamparku, tapi aku menangis dan menceritakan semua kejadian ini.

Papa cuman bisa diam tidak percaya kemudian akhirnya berkata, 「Ya sudah cerai saja.」

Kakakku menelepon suaminya, tapi ternyata suaminya juga nggak mau bercerai!! Papa bilang kalau lelaki itu nggak mau cerai, ia akan melaporkannya ke pengadilan dengan tuntutan ke mahkhamah!!

Aku udah nggak tahu lagi apa yang bakalan terjadi sama kakakku. Akhirnya abg iparku telah bersetuju untuk menceraikan kakakku.

Namun dia meletakkan syarat untuk keluar bercuti dengan akakku sebulan.

Aku jadi buntu. Apakah akan jadi pada akakku nnt?

Sila beri komen yang murni ye

Posted on

Alahai Sweet Sangat!! VIDEO + GAMBAR Fattah Amin & Fazura Selepas Bergelar Suami Isteri..

KUALA LUMPUR: Pelakon sensasi, Fattah Amin, mengesahkan pernikahannya dengan aktres, Nur Fazura Sharifuddin, mengikut prosedur ditetapkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Pasangan berkenaan selamat melangsungkan pernikahan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka ibu negara, malam tadi.

Dengan sekali lafaz, Fazura sah bergelar isteri kepada Fattah pada jam 9.50 malam.

“Majlis pernikahan kami mengikut prosedur yang betul. Malah, saya terkejut kerana ada juga teman media yang gigih cuba mendapatkan kenyataan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) mengenai status pernikahan kami.

“Alhamdulillah, pihak JAWI mengeluarkan kenyataan sama. Kami berkahwin seperti orang lain juga. Semua sudah selesai dan tak perlu dipertikaikan lagi.

“Majlis itu sah dengan sekali lafaz dan Alhamdulillah, berjalan lancar. Saya dinikahkan oleh abang Fazura sendiri dan turut berada pada majlis itu ialah wakil JAWI selain keluarga rapat kami,” katanya di sini, hari ini.


Fattah menegaskan, sejak awal mereka sudah memaklumkan majlis pernikahan berkenaan akan diadakan secara tertutup, seperti diumumkan pada sidang media sekembalinya dari Tanah Suci, 23 November lalu.

“Ketika sidang media itu pun saya sudah jelaskan, majlis nikah dibuat secara tertutup. Malah, kami juga memaklumkan sedang merancang dua majlis membabitkan rakan media serta keluarga rapat, selain untuk peminat, pada awal tahun depan,” kata pelakon drama Coffee Prince itu.

Sebelum itu, Fattah menerima hadiah kereta Peugeot 408 e-THP, iaitu ganjaran selepas dipilih sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0, Mei lalu.

 

 

Sumber : intaimalaysia

Posted on

TIADA HATI YANG RELA!! “SETIAP KALI MANDI, RAMBUT BERSEPAH-SEPAH” DI SEBALIK TAWA, INI LUAHAN SUAMI ELYANA.

“Ajal dan maut di tangan Allah, jangan fikir tentang sakit, hiduplah seperti orang biasa,” itu kata-kata rutin lima tahun yang diungkapkan suami Elyana, Khairul Anuar Hussin bagi memujuk hati isteri tercinta keluar daripada belenggu emosi.Kata Khairul, di sebalik ketawa dan senyum Elyana, hanya dia yang tahu betapa luluh hati isterinya ketika dimaklumkan menghidap kanser limfoma tahap dua sekitar tahun 2012.


“Memang kami terkejut sebab Elyana baru sahaja melahirkan anak sulung kami namun doktor maklumkan kanser ini boleh dirawat.”Tapi, bagi kami kanser tetap kanser!

“Emosi Elyana ketika itu betul-betul terjejas. Dia mahu buat comeback selepas bersalin, fikirkan tentang anak dan tambah pula ujian penyakit kanser yang tahu tiba-tiba.

“Dia rasa bercelaru sebab terlalu memikirkan perkara-perkara itu.

“Katanya, apa akan jadi pada Cinta Sumayyah kalau dia sudah tiada nanti?

“Memang, waktu itu saat paling sukar bagi kami dan rasa sangat down. Tugas saya sebagai ketua keluarga dan suami hanya mampu berdoa dan berada di samping isteri saya sepanjang masa,” kongsi isi hati Khairul kepada Astro Gempak.

Emosi Elyana lebih terumbang-ambing apabila memulakan proses rawatan kemoterapi.

Cerita Khairul, selepas enam kali membuat rawatan kemoterapi, dia merasakan ada harapan untuk Elyana pulih apabila sel kanser itu mulai mengecut namun derita Elyana pula tidak tertanggung.

“Saya paksa dia buat kemoterapi sebab kelenjar itu mulai mengecut dan ada progres. Selepas enam kali membuat kemoterapi, dia sudah tiada daya. Hari-hari tertekan dan sakit.

“Setiap kali mandi apabila melihat keadaan rambut bersepah-sepah, dia tambah tertekan dan akhirnya membuat keputusan untuk memberhentikan rawatan itu.

“Kecewa memang kecewa namun saya kasihankan isteri saya. Kami ikut kata hati dan memberhentikan rawatan kemoterapi untuk memberikan ruang dan masa kepada isteri saya,” tambah Khairul.

Semangat Elyana kembali pulih. Namun, selepas kembali membuat rawatan pada awal tahun ini, doktor mengesahkan kanser limfoma dalam tubuh Elyana sudah berada di tahap empat!

Teruskan bersama Astro Gempak untuk kisah selanjutnya tentang semangat juang, usaha dan tawakkal Elyana menentang barah limfoma.

Teks oleh: Amri Hassan

Sumber:http://www.gempak.com/artikel/7553/di-sebalik-tawa-ini-cerita-dan-air-mata-dari-hati-suami-elyana

Posted on

Disini Semuanya Bermula! Shuib Menangis, Sebak Umum Tinggalkan Sinar.fm

Penyampai radio Sinar. fm, Shuib tidak dapat menahan sebak ketika mengumumkan untuk mengundur diri daripada stesen radio berkenaan.

Menurut Shuib, dia terpaksa membuat keputusan tersebut atas sebab tuntutan kerja dan kekangan masa yang tidak mengizinkan.

“Sebenarnya saya ada pengumuman untuk semua hari ini… Sinar.fm selamat tinggal kerana ini adalah hari terakhir saya di sini.

“Selepas dua tahun berada di Sinar.fm bermula 30 November 2015 sehingga hari ini, 29 November 2017.

“Saya sayang SINAR. Fm, di beri peluang menjadi penyampai radio di sini untuk segmen pagi, Sepahtu Sinar memang satu penghormatan besar untuk saya.

“Tetapi hari ini saya terpaksa membuat keputusan dan tamatnya saya di stesen radio ini adalah atas dasar tuntutan kerja dan masa. Saya ucapkan terima kasih kepada semua pendengar Sinar.fm,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian video Sinar.fm melalui akaun Instagram (IG) rasmi, jelas terpampang wajah sedih Jep dan juga Rahim yang mengendalikan segman Sepahtu Sinar bersama Shuib.

Video itu juga turut merakamkan rakaman suara Shuib yang ternyata tidak dapat menahan sebak ketika memberitahu perkara tersebut kepada Jep dan Rahim.

Shuib tidak dapat berada di konti Sepahtu Sinar disebabkan perlu menjaga isterinya, penyanyi Sarah Raisuddin yang sedang sakit.

Sarah dikejarkan ke hospital pada malam Selasa disebabkan tekanan darah rendah secara tiba-tiba.

Foto: IG Shuib / Facebook SINAR.FM

Sumber : gempak

Posted on

Beautiful Women! Berikut Adalah 10 Wanita Tercantik Di Dunia… Yang No 8 Tu Memang Boleh Agak.

Rangking siapa saja wanita paling cantik di dinia ini diambil dari berbagai faktor, dari institusi atau dari vote setiap orang (pembaca), berdasarkan kriteria tertentu. People Magazine, majalah barat ini menuliskan daftar wanita tercantuk di dunia berdasarkan kriteria tersebut.

10. Kerry Washington

 Kerry Washington

Di tahun 2013, Kerry sempat menduduki posisi kedua dalam kategori wanita tercantik versi People Magazine. Bahkan pada tahun 2014, Time Magazine memasukkan wanita yang satu ini kedalam kelompok orang paling berpengaruh di dunia.

9. Katy Perry

Katy Perry

Jika Anda mencari berbagai informasi mengenai daftar wanita tercantik, maka nama Katy Perry akan selalu mengisi urutan teratas. Penyanyi yang memiliki nama asli Katheryn Elizabeth Hudson ini disebut sebagai wanita terseksi ke tiga di dunia versi Maxim.

8. Aishwarya Rai Bachchan

Aishwarya Rai Bachchan

Aishwarya Rai Bachchan merupakan mantan Miss World yang kini termasuk sebagai artis paling berpengaruh di dalam industri Bollywood. Meskipun kini sudah berkepala empat, namun parasnya masih menunjukkan bahwa dirinya tetap cantik seperti dulu.

Selain itu, Aishwarya Rai pernah pula menduduki posisi teratas di dalam daftar wanita dengan bibir terseksi di dunia.

7. Scarlett Johansson

Pada tahun 2013, Scarlett Johansson menempati urutan teratas dalam berbagai daftar 10 wanita tercantik di dunia yang dibuat oleh berbagai versi. Untuk tahun 2014, Scarlett Johanson dijadikan sebagai lambang seks modern oleh Maxim.

6. Jennifer Lawrence

 

Artis muda yang namanya mulai meroket setelah meraih penghargaan Oscar lewat film “The Hunger Games” dan “Silver Linings Playbook” ini dianggap sebagai wanita yang sangat didambakan oleh pria di dunia. Sementara pada tahun 2014, Maxim memasukkan Jennifer Lawrence ke urutan ke 5 sebagai wanita terseksi di dunia.

5. Irina Shayk

Jennifer Lawrence

Irina Shayk mulai dikenal sebagai wanita yang cantik dan seksi saat berkencan bersama mega bintang Christiano Ronaldo. Pada tahun 2014, situs models.com memasukkan nama wanita asal Rusia ini ke dalam daftar 30 model terseksi di dunia.

4. Miranda Kerr

Irina Shayk

Jika berbicara mengenai daftar 10 wanita tercantik di dunia, maka kurang lengkap rasanya jika tidak memasukkan nama Miranda Kerr. Model asal Australia ini sendiri sudah terjun di industri fashion ketika berumur 13 tahun. Saat ini, Kerr tidak hanya berprofesi sebagai supermodel saja, namun juga menjadi pengusaha lewat brand kosmetiknya sendiri.

3. Kate Upton

Miranda Kerr

Dari tahun ke tahun, nama Kate Upton sepertinya tidak pernah lepas dari daftar wanita tercantik. Hal ini tentu saja semakin mengaskan betapa cantiknya wanita yang satu ini. Pada tahun 2013, situs Ranker yang terkenal karena sering mengurutkan berbagai macam hal di dunia ini melabelinya sebagai wanita yang paling cantik di dunia.

2. Emily Ratajkowski

Kate Upton

Mungkin wanita yang satu ini tidak setenar artis ataupun model sebelumnya, namun model kelahiran Inggris ini berhasil meraih perhatian publik setelah muncul di dalam video musik “Blurred Lines” milik Robin Thicke and Pharrel.

Pada video kontroversial tersebut, wanita ini mengekspos kecantikan fisiknya dengan hanya menggunakan celana dalam saja dan menanggalkan bajunya.

1. Candice Swanepoel

Emily Ratajkowski

Candice Swanepoel adalah salah satu supermodel dengan penghasilan tertinggi dan menduduki urutan ke 9 pada majalah Forbes sebagai model terkaya di dunia.

Candice Swanepoel merupakan model yang berasal dari Afrika Selatan dan menjadi populer ketika menjadi Victoria’s Secret Angel. Maxim sendiri memasukkan nama model ini pada urutan pertama dalam daftar 10 wanita tercantik di dunia.

Posted on

COMELNYA! BAGI LELAKI YANG PATAH HATI KERANA FAZURA DAH BERKAHWIN, JANGAN BERSEDIH, JOM KENALI “KEMBAR FAZURA” YANG CANTIK DAN SOPAN NI. MEMANG SEBIJIK RUPA MEREKA…

Mati-Mati Kami Ingat Gadis Ini Adik Fazura | Nampak sama tapi bukan dia. Kerana memiliki raut wajah mirip pelakon jelita Fazura, gadis comel ini berjaya mencuri tumpuan ramai dan sehingga hari ini mempunyaii lebih kurang 34 ribu pengikut di Instagram.

Lebih mengujakan apabila Fazura sendiri meninggalkan komen di Instagram gadis tersebut memetik portal Oh Bulan.

Digelar kembar Fazura, gadis ini semakin popular

Mati-Mati Kami Ingat Gadis Ini Adik Fazura

Mungkin acap kali menerima notification daripada peminat yang mengatakan rupa gadis ini mirip dirinya, Fazura sendiri memberikan komen.

Jelas Fazura gadis tersebut jauh lebih cantik berbanding dirinya. Untung lah awak!

Mati-Mati Kami Ingat Gadis Ini Adik Fazura

18 TAHUN, 34 RIBU FOLLOWERS DI INSTAGRAM

Mati-Mati Kami Ingat Gadis Ini Adik Fazura

Baru saja berumur 18 tahun, gadis ini nampaknya mempunyai pengikut yang cukup ramai mengalahkan selebriti.

Pada masa yang sama ramai bertanya jika gadis ini adik kandung atau saudara kepada Fazura. Macam-macam pertanyaan diajukan. Iyalah muka sama kot.

Mati-Mati Kami Ingat Gadis Ini Adik Fazura

Yang pasti mereka cuma pelanduk dua serupa je dan tiada apa-apa pertalian darah. Peace yo!

Mati-Mati Kami Ingat Gadis Ini Adik Fazura

Mati-Mati Kami Ingat Gadis Ini Adik FazuraMati-Mati Kami Ingat Gadis Ini Adik Fazura