Posted on

“YANG KECAM TU, PERIKSA HATI ANDA” – AKHIRNYA MIA AHMAD BERSUARA

Pelakon Mia Ahmad menjelaskan tindakan mencium suaminya yang juga penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi selepas pasukan itu menjuarai Piala Malaysia 2017 Sabtu lalu berlaku secara spontan disebabkan terlalu gembira.

Mia, 29, berkata, sebagai seorang isteri, dia tahu bagaimana suaminya itu bekerja keras bersama pasukan JDT membuat persiapan untuk berdepan pasukan Kedah pada malam tersebut.

“Sebenarnya ciuman itu berlaku automatik sebab saya terlalu gembira untuk dia dan pasukannya. Dia bekerja keras untuk perlawanan itu.

“Pada saya ia adalah perkara normal bila kita rasa gembira untuk suami,” ujarnya kepada mStar Online.

Mia tidak melepaskan peluang menyokong suaminya pada perlawanan Piala Malaysia 2017, malam Sabtu.

Mia mengulas mengenai video dia mencium Izham selepas tamat perlawanan JDT menentang Kedah di Stadium Shah Alam yang dimuat naik di Instagram pada Ahad dan kemudian tular di media sosial.

Segelintir netizen berpendapat tindakannya itu tidak sesuai dilakukan secara terbuka.

Dalam pada itu, Mia berkata, dia tidak ambil peduli pandangan negatif netizen yang tidak senang dengan apa yang dilakukannya itu.

“Saya tidak pasti video itu viral sebab ‘sweet’ atau ramai yang kecam. Tapi kalau ada yang nak kecam suruh mereka periksa hati mereka semula,” ujarnya.

Sementara itu, Mia turut mengucapkan tahniah kepada pasukan JDT yang berjaya membawa pulang Piala Malaysia 2017 selepas menang 2-0.

“Ia perlawanan yang sangat baik, mereka memang layak untuk menang!,” ujarnya.

Kemenangan berpihak kepada JDT semlm… Apepun tahniah wat pasukan JDT… Mia ahmad cium suami selepas perlawanan.. Tak sempat dah nak tunggu sampai umah…

Selamat datang ke FunVid channel… Kami menyajikan pelbagai video informasi dan gaya hidup untuk tontonan anda.

Jika anda ingin terus menonton video, sila skroll ke bahagian bawah.

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, sila tonton video ini sampai ke penghujungnya supaya anda dapat informasi yang lengkap.

Jika anda ada sebarang cadangan atau pertanyaan, sila berhubung dengan admin laman web ini.

Video di dalam web ini adalah untuk hiburan semata-mata. Sila skroll ke bahagian bawah untuk melihat video penuh mengenai kisah ini.

Terima kasih kerana sudi menonton.

Posted on

TUKANG JAHIT NI AJAR CARA MUDAH NAK TEBUK LUBANG LANGSIR, TAK PERLU HANTAR KEDAI LAGI

Nak jahit langsir ni mudah je sebenarnya. Lebih-lebih lagi kalau nak buat langsir yang asas, jenis jahit lurus bahagian kiri dan kanan. Namun part yang agak ‘mencabar’ bagi langsir jenis moden adalah bahagian nak tebuk lubang-lubang pada langsir. Ramai yang lebih suka hantar je kat kedai jahit untuk buat lubang langsir ni.

Namun, perkongsian wanita ini yang juga merupakan seorang tukang jahit, menunjukkan cara mudah bagi nak tebuk lubang pada langsir. Langsir lama yang menggunakan dawai mahupun cangkuk juga boleh di olah dah ditebuk dengan cara ini. Yang penting ‘rail’ langsir juga perlu ditukar terlebih dahulu.

Bahan-Bahan:

Pen Marker, Gunting, Pembaris, Pensel/kapur penanda, Ring langsir dan Kain langsir

Cara Membuat:

1.Letak ring dan ukur bagi anggaran sama rata. Untuk bidang 60 boleh letak 8 keping.

 

2.Bulat/tandakan dengan Pen Marker.

3.Pastu tandakan garis putus-putus tepi bahagian yang dibulatkan tadi 1/4 inci.

 

4.Guntingkan garisan putus-putus tersebut.

 

5.Belah ring guna pisau lama yang tak tajam.

 

6.Letak bahagian tajam diatas dan sebelah bahagian lagi letak bahagian bawah langsir (seperti dalam gambar).

 

7.Tekan dan ratakan sekeliling ring tersebut. Siap!

Info Ekstra: Tingkap 3 panel memerlukan 3 keping kain bidang 60inci. 1 1/2 keping kain setiap sebelah tingkap. Ukuran lebar dan ketinggian langsir sangat penting agar langsir  dapat tergantung dengan cantik.

Semalam Amy tak beritahu pun budak bertiga tu yang kitaorang nak ke Jakel. Sampai aje sana terus bising. Tak puas hati kena pergi kedai kain.

Kita sibuk memilih kain diorang sibuklah… “mama, bila nak balik”… “mama, dah laparlah”. Penat mengadu, dia kacau dia pulak. Pastu mengadu balik… yang paling kelakar tu Nasiim mengadu yang bulu tangan dia dah panjang kena tarik dengan abang Faris.

Beli langsir di Jakel

Amy ni sebenarnya ‘fail’ tang nak gunting ni. Bukan setakat gunting aje, semua yang ada kaitan dengan garis lurus, Amy ‘fail’. Amy minta pekerja Jakel tu potongkan siap-siap, nanti Amy tinggal jahit aje. Kalau setakat nak jahit tepi, nak sambung kain tu bolehlah, kalau nak macam-macam design, kirim salam lah… tak de bakat.

Beli langsir di Jakel

Purple untuk bilik bawah… senang Amy nak solat nanti. Biru untuk sliding door ruang keluarga atas – naik aje tangga, orang sebelah dah boleh nampak jadi kena letak langsir. Coklat merah untuk sliding door bawah, pun supaya orang sebelah tak nampak. Yang merah tu pulak dah potong-potong tetiba tak cukup kain nasib baik ada yang kaler lebih kurang sama. Yang tu untuk sliding door depan dan tingkap depan.

Beli kain langsir untuk tingkap yang perlu aje dulu. 3 tingkap dan 3 sliding door. Rasa nak pengsan membayarnya.

Beli langsir di Jakel

Nak bergambar pun sempat lagi mengusik.

Hari ni Amy tengok aje langsir dalam beg plastik tu. ‘Bercinta’ nak menjahit.
Kredit: Dura Good Tailor

 

 

Posted on

(SAYU) HARI PERTAMA SPM, IBUKU DIJEMPUT ILAHI.

Berita kejadian 12 tengahari menimpa ibunya, Maziah Alias, 50, itu diketahui Muhammad Noh Zakaria, 17, sejurus menduduki peperiksaan kertas dua Bahasa Melayu pada 4.30 petang.

Guru Besar Sekolah Agama Kota Damansara 5 itu, ditemui tidak sedarkan diri ketika berehat di bilik rawatan di sekolah itu selepas keletihan dan tidak bermaya.

Menurut Muhammad Noh, dia amat terkejut dimaklumkan mengenai pemergian ibunya itu oleh pengetuanya.

“Patutlah saya tidak sedap hati selepas solat Zohor tadi selain berasa degupan jantung tiba-tiba kencang, namun hanya menganggap ia perasan gementar sebelum menjawab peperiksaan.

“Selepas habis menduduki peperiksaan itu, saya dipanggil ke bilik pengetua dan mula berdebar kerana melihat bapa saudara turut berada di situ dan meminta saya supaya bersabar,” katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya di Kampung Budiman di sini, petang tadi.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, malam ini.

Lebih 300 ahli keluarga termasuk saudara mara dan kenalan turut hadir memberi penghormatan kepada arwah yang turut dikenali sebagai Ustazah Maziah.

Allahyarham turut meninggalkan suami, Zakaria Kasiran, 56, bersama lima anak lain iaitu Haziq Fikri, 28; Fadlin Sakinah, 25; Saidatul Kalimah, 23; Rabiatul Adawiyah, 15, dan Mizan Qistina, 8. Muhammad Noh berkata, walaupun ia detik yang sukar, dia berpegang kuat dengan pesanan ibunya supaya menjadi insan yang berjaya.

Sementara itu, Zakaria berkata, arwah kebiasaannya akan mengucapkan ‘bye-bye’ ketika bersalaman sebelum pergi mengajar ke sekolah.

“Namun, pagi tadi dia ada meminta maaf kepada saya dan tidak menyangka ia petanda akan meninggalkan kami sekeluarga buat selamanya,” katanya.

Dalam pada itu, rakan Allahyarham yang juga guru sekolah sama, Intan Ibrahim, 31, berkata, dia pada awalnya mahu mengejutkan arwah, 10.30 pagi, namun tidak berbuat demikian kerana memberi ruang supaya berehat.

“Ada tetamu hadir untuk menemui Ustazah Maziah dan kami terkejut melihat dia sudah tidak sedarkan diri dan mempunyai kesan muntah di pipinya

“Selain menghubungi ambulans bagi mendapatkan bantuan kecemasan, saya cuba melakukan bantuan pernafasan namun gagal dan dia disahkan meninggal dunia pada 12.15 tengahari,” katanya.

Menurutnya, dia masih teringat pesanan Allahyarham kepada rakan sejawatan lain supaya menjaga sekolah itu dengan baik sebelum ini.

“Tidak sangka itu pesanan dan amanat terakhirnya kepada kami,” katanya menyifatkan Allahyarham seorang yang berdedikasi dan amat disegani ramai termasuk muridnya.

Pelajar Sekolah Agama Menengah Nurul Iman, Kampung Bukit Cherakah, Muhammad Noh Zakaria (kanan) ditenangkan oleh ahli keluarga sebaik tiba di rumahnya selepas pulang dari Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sejurus mendapat berita pemergian ibunya Mahziah Alias yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Jalan Hamzah, Kampung Budiman, Shah Alam . STR/FAIZ ANUAr

Posted on

Peminat Mahu Saya Bercinta Dengan Zul Ariffin – Farah Nabilah

Aktres baru yang sedang mencipta nama, Farah Nabilah mengakui ada peminat yang mahu dia bercinta dengan aktor Zul Ariffin.

Semuanya gara-gara watak Aisy dan Harris yang dibawa mereka dalam drama bersiri Titian Cinta di TV3.

Biarpun telah tamat tayangannya pada 30 Oktober lalu, peminat masih belum ‘move on’ dan masih memperkatakan mengenai drama itu.

“Saya akui ramai yang mahu lihat kemesraan saya dan Zul di luar skrin. Ramai peminat yang mahu saya dan Zul bercinta di luar set penggambaran.

“Saya faham dengan situasi peminat yang mahu menjodohkan kami. Bagi saya, itu memberi makna yang gandingan kami menimbulkan keserasian dan menjadi.

“Hakikatnya, saya dan Zul hanyalah gandingan dalam drama. Di luar set penggambaran, kami tiada hubungan istimewa. Masing-masing mempunyai kehidupan sendiri,” kata Farah yang ditemui ketika Anugerah Skrin 2017 baru-baru ini.

Tambah Farah yang pernah membintangi drama bersiri Papa Ricky, dia tidak menjangkakan drama bersiri lakonannya bersama Zul mendapat perhatian ramai pihak.

“Saya tak sangka Titian Cinta menjadi sebutan ramai peminat. Saya hanya memberikan yang terbaik ketika menjalani penggambaran drama tersebut.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan sambutan yang sangat memberangsangkan dan berterima kasih kerana drama ini memperkenalkan nama saya,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Farah bakal membintangi drama bersiri Adam & Hawa 2 yang bakal menggandingkan dirinya bersama Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa.

 

PELAKON baharu Farah Nabilah menyedari ada peminat mengharapkan hubungan cintanya dengan Zul Ariffin dalam drama diterjemahkan ke dunia nyata.

Bagaimanapun, Farah berkata, keserasian yang dicipta itu hanyalah untuk memenuhi kehendak watak dalam drama lakonan mereka berjudul Titian Cinta.

“Saya dan Zul tiada apa-apa hubungan istimewa, apa yang ditonton hanyalah lakonan semata-mata demi menjayakan watak.

Peminat Menangis ‘Titian Cinta’ Tamat

Farah akui senang bekerjasama dengan pelakon Zul Ariffin dan menyifatkan Zul seorang yang profesional.

“Kami hanya bertemu di set penggambaran dan untuk acara promosi sahaja. Selesai kerja, kami jalani kehidupan masing-masing.

“Biasalah kalau ada peminat jodoh-jodohkan artis kesukaan mereka, saya tak kisah tentang hal itu,” katanya kepada mStar Online.

Impak drama arahan Heykal Hanifah itu masih dirasai oleh peminat meskipun ia telah berakhir pada 30 Mac lalu.

Titian Cinta turut dibintangi Daler Yusof, Tisha Shamsir, Dian P.Ramlee dan Marisa Yasmin yang bersiaran di slot Akasia TV3.

Peminat masih belum boleh move on dengan impak drama Titian Cinta.

Sementara itu, beberapa portal berita ada melaporkan mengenai kejadian pembunuhan dipercayai akibat terpengaruh adegan dalam drama yang diadaptasi daripada novel itu.

Farah, mengakui terkejut dengan laporan tersebut namiun wanita 25 tahun ini berharap penonton tidak mudah terpengaruh dengan apa yang ditonton di televisyen.

“Saya terkejut apabila mengetahui mengenai kejadian itu dan berharap penonton tidak terlalu obses dengan apa yang mereka tonton di TV.

Farah berharap penonton tidak terlalu obses dengan apa yang mereka tonton di televisyen.

“Apa yang disaksikan di televisyen adalah berbeza dengan dunia realiti dan jangan mudah terpengaruh.

“Anggaplah itu hanya sekadar hiburan dan tak mahulah sampai wujud kesan negatif kepada masyarakat,” katanya.

Bercakap mengenai kerjaya seni, Farah kini sedang menjalani penggambaran dramaAdam dan Hawa 2 dan bakal memulakan penggambaran telefilem khas, Titian Cinta Rayatidak lama lagi.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @farahnabilahofficial
gempak.com

Posted on

Masukkan “Garam” Ke Dalam Mesin Basuh, Siapa Sangka “Hal Tak Terduga” Ini Terjadi !!!

Garam, bukan hanya bahan dapur yang sangat berguna dalam mengatur rasa suatu makanan, tapi juga adalah bahan yang sangat penting bagi metabolisme tubuh.

Banyak orang menggunakan garam hanya sebagai perasa saja, tapi sebenarnya garam memiliki kegunaan lainnya yang juga sangat penting dan tidak banyak orang yang tahu mengenai hal ini.

Sudah ada orang yang melakukan kajian tentang penggunaan lain garam:

1. Campuran air suling dan garam akan menjadi air saline. Jenis garam seperti ini banyak digunakan hospital untuk infusi.

2. Mengubati sinusitis.

Titiskan pada hidung dengan kandungan air garam untuk meredakan selsema, ini dapat dibeli di farmasi. Atau kamu juga boleh membuatnya sendiri dengan takaran 240 ml (satu gelas) air hangat + ½ sdt garam + ½ sdt baking soda.

3. Mengatasi gusi yang berdarah. Berkumurlah menggunakan air garam.

4. Mengatasi jerawat. Campurkan ¼ sdm garam dengan air hangat. Kemudian rendam kapas ke dalam larutan tersebut, lalu tempelkan kapas ke atas jerawat dan biarkan selama 1 minit.

5. Setiap pagi minum segelas air garam, boleh membantu menjaga kesihatan jantung.

6. Untuk detoks kulit. Larutkan secawan garam ke dalam tab mandi yang berisi air hangat. Mandi menggunakan air garam ini boleh mengeluarkan racun dari tubuh.

7. Mencegah rambut putih dan gugur. Selain itu, garam juga boleh mengatasi kulit kepala yang gatal.

8. Membersihkan pakaian kotor. Campurkan garam ke dalam mesin cuci ketika mencuci.

9. Untuk menghilangkan minyak pada selimut, gunakan 1 sdm garam. Selain boleh membersihkan, garam tidak akan merosak selimut.

10. Ketika kasut berbau tidak sedap, taburkan garam ke dalam, maka bau peluh yang tidak sedap akan terserap. Kasut yang diperbuat dari getah, pertama kali boleh direndam terlebih dahulu dengan air garam selama setengah hari. Hal ini membuat kasut menjadi lebih tahan lama dan tidak cepat rosak.

11. Rendam berus gigi ke dalam air garam panas selama 30 minit, maka hal ini akan membuat berus gigi menjadi tahan lama.

12. Mengatasi warna stoken kaki yang tidak sama. Masukkan stoken ke dalam air garam panas selama 1 jam. Setelah itu warna akan menjadi sama.

13. Rendam tuala baru dengan air garam, hal ini boleh mencegah tuala dari terjadinya tahi lalat.

14. Membersihkan kotoran pada spans yang digunakan untuk mengelap kotoran yang melekat pada kuali. Rendam spans ke dalam air garam selama semalam, keesokan harinya, spans tersebut akan bersih seperti baru.

15. Mengatasi karat atau efek terbakar pada kuali. Masukkan air dan garam secukupnya, biarkan selama 10 minit.

Ternyata kegunaan garam banyak betul kan! Apakah Anda pembaca tertarik untuk mencubanya?

Sumber : thehealth

Posted on

Lepas Doktor Pompuan Seluk, Doktor Laki Plak Seluk..Lepastu Budak Praktikal plak Acah2 Nak Seluk!!

Assalamualaikum. Maaf saya hanya nak berkongsi perasaan. Semalam saya ade tanda nak bersalin, saya pegi dekat sebuah hospital ni.

First time pegi sane. Agak terkilan, bila yang cek perut saya pelajar praktikal lelaki, seluk bukaan pelajar praktikal perempuan dan diperhatikan oleh 2 orang pelajar praktikal lelaki. Saya dah beritahu doktor perempuan muslimah yang bertugas time tu, saya tak benarkan.

Tapi, dia cakap “takpe, puan dapat pahala bagi diorang belajar”. Allahu rase macam badan ni patung dipegang sane sini. Saya faham kite tak boleh nak memilih, sebab kerajaan. Tapi, dimana hak kite sebagai pesakit.

Sedangkan islam hanya membenarkan seandai darurat. Sedangkan doktor wanita muslimah itu ade disitu tapi hanya bagi arahan kepada pelajar praktikal. Takpela, mungkin ini dah bahagian saya.

Saya tak kesah kalau yang cek itu seorang doktor lelaki seandai darurat, kalau tiada seorang doktor wanita yang bertugas waktu tu.

Tapi, keadaan saya dicek oleh pelajar praktikal lelaki dan wanita sambil dinilai oleh doktor wanita. Maaf ye, ni sekadar luahan saya. 😔 sampai sekarang dah rase fobia nak pergi hospital.

Kredit: aliffchannel.com

Bayi mengalami pendarahan dalam otak selepas terjatuh dari buaian.


MELAKA – Seorang bayi lelaki berusia setahun enam bulan mengalami pendarahan dalam otak akibat terjatuh dari buaian.

Dalam kejadian 23 Mei lalu, Muhammad Adam Hadiff Muhammad Faiz, dilaporkan tidak sedarkan diri selepas terjatuh dari buaian, petang hari kejadian, dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pembedahan.

“Salam, minta jasa baik kawan-kawan doakanlah anak kami, Muhammad Adam Hadiff. Petang tadi telah jatuh dari buaian, tak sedarkan diri. Ada pendarahan di otak.

“Sekarang dalam perjalanan ke HKL untuk operate.,” tulis bapanya, Faiz Madnan, di Facebook.

Menurut ibu saudaranya, Nur Hidayah, Muhammad Adam terjatuh dari buaian di taman permainan semasa ditemani ibunya.

Bagaimanapun, jam 7 pagi 24 Mei, Nur Hidayah memaklumkan Muhammad Adam sudah memberi tindak balas untuk bergerak.

“Alhamdulillah Adam Hadiff sudah bagi tindak balas untuk bergerak. Tetapi masih dalam keadaan tidak sedar,” tulisnya.

Sementara itu di media sosial, netizen tidak putus-putus mendoakan agar Muhammad Adam Hadiff cepat sembuh. Kejadian itu juga dijadikan sebagai peringatan kepada ibu bapa yang lain agar berhati-hati dan sentiasa mengawasi pergerakan anak kecil mereka bagi mengelak kejadian seumpama itu berlaku.

Posted on

Minuman Buang Lemak – Untuk Kehilangan Berat Secara Mendadak (10 Kg)

Kerana langsing adalah sesuatu yang kita semua inginkan pada masa kini, tetapi seperti yang kita semua tahu, ia cukup sukar dicapai.

Orang yang suka makan, kehilangan berat badan adalah kerja keras. Ia hampir mustahil bagi mereka untuk mengurangkan pengambilan makanan dan melekat pada diet tertentu supaya mereka dapat mengurangkan beberapa kilogram.

Anda mungkin telah mencuba pelbagai cara kehilangan berat badan yang berbeza, dan anda mendapat hasil yang diingini dari beberapa daripada mereka. Tetapi, tunggu, apakah kos sebenar itu? Anda telah meninggalkan tubuh anda yang kehilangan semua nutrien penting dan sihat. Minuman ini akan membantu anda membakar tisu lemak yang degil di sekitar kawasan abdomen dan ia akan meningkatkan kesihatan anda juga.

Dan, anda juga harus tahu bahawa resipi hebat ini akan membantu anda meningkatkan metabolisma dan menurunkan berat badan dengan lebih cepat dan akan membersihkan tubuh anda dari semua toksin yang berbahaya. Ramai orang di seluruh dunia telah mencuba resipi ini dan mereka juga mengatakan bahawa hasilnya luar biasa. Tetapi, sebelum kami menunjukkan kepada anda bagaimana untuk membuat minuman pembakar lemak yang sihat ini, kami ingin mengatakan beberapa perkataan mengenai ramuan.

Anda boleh kehilangan sehingga 10 kg dengannya.

Hanya ikut resipi ini.

RESEPI MINUMAN BUANG LEMAK

Nah, anda hanya perlu 4 bahan mudah: daun lidah buaya, lemon, halia dan madu.

Kita semua tahu bahawa:

Daun Lidah Buaya (Aloe Vera) mempunyai banyak ciri-ciri bermanfaat, itulah sebabnya ia dapat membantu penurunan berat badan. Ia terdiri daripada lebih daripada 75 vitamin dan mineral aktif dan nilai pemakanan yang tinggi. Selain itu, ia kaya dengan asid amino dan asid lemak. Ia membantu dalam proses penurunan berat badan akibat antioksidan yang meningkatkan kadar metabolisme. Ia juga membantu menghilangkan toksin dalam badan anda dan meningkatkan proses pencernaan.

Lemon banyak terdapat dalam vitamin C dan mengandungi sejumlah besar antioksidan. Akibatnya, ia merosakkan lemak badan dan menjadikannya sebagai sumber tenaga untuk badan.

Halia  adalah batang super sihat yang kaya dengan Vitamin C, magnesium dan mineral lain yang menjadikannya sangat bermanfaat untuk kesihatan keseluruhan anda. Ia terkenal dengan sejarah penggunaannya yang panjang untuk meningkatkan pencernaan dan imuniti, melegakan kesakitan dan melawan penyakit kardiovaskular, asma dan banyak masalah kesihatan lain.

Madu – ia berfungsi sebagai bahan pembakar lemak dan sumber tenaga segera. Ia memberikan rasa manis dalam minuman itu.

Ramuan yang anda perlukan:

1 gelas air
2-3 sudu jus lidah buaya
1 sudu besar jus lemon
1 sudu kecil serbuk halia
1 sudu besar madu

Penyediaan:

Pertama, anda perlu mengambil 1 gelas air yang ditapis dan tambah 2-3 gelas. Jus aloe vera di dalamnya.
Selepas itu, anda perlu menambah jus dari ½ lemon atau 1 tbs. Jus lemon bersama dengan 1 sudu teh serbuk halia.
Dan akhirnya, tambahkan 1 jam. Madu dan gaul dengan baik.
Anda harus minum minuman pembakar lemak ini pada waktu pagi, pada perut kosong – sebaik sahaja anda bangun.
Gunakan ubat ini setiap hari untuk mengurangkan berat badan dengan cepat.

Sumber via LubukMaklumat.com

Posted on

Pengalaman Hj Lokman Bersihkan Jin Di Kawasan Ayah Pin..

Assalamualaikum semua, sebenarnya mungkin ramai dah tahu tentang kisah ni, kisah dah agak lama, tapi ada baiknya kalau kita baca kembali untuk buat renungan bersama…

ayah pin

Ramai yang tak tahu kisah benar bagaimana halangan dan susah payah meroboh struktur yang di bina Ayah Pin. Cerita aneh banyak berlaku sehingga gagal memusnahkannya. Ikuti penglibatan Hj Lokman dan Ahli Tahfiz dalam memusnah Jin yang menjaga Binaan Ayah Pin.

Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replica kapal bahtera nabi noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya. Ada yang memaklumkan kos pembinaan struktur dan bangunan ini melebehi RM5 juta. Mengikut laporan, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat ini sejak pertengahan tahun 1980an tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini sejak tahun 1970an lagi.

Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar negara.Struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut.Selepas bertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa. Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal siasat serta didakwa di makhamah. Ayah Pin telah menghilangkan diri dari pihak berkuasa sehingga hari ini dan ada yang mengatakan dia bersembunyi di Selatan Thailand. Kawasan Kerajan Langit di Besut itu turut dimusnahkan pada bulan Ogos 2005. Di sini saya ingin menceritakan penglibatan saya dalam permusnahan kawasan Kerajaan Langit di Besut itu.

Terlebih dahulu saya ingin menceritakan sejarah Perubatan Syifa Al-Hidayah di negeri Terengganu. Sejak tahun 2003, saya telah mula mengunjungi ke Kuala Terengganu sekali sebulan untuk mengubat pesakit-pesakit dari Pantai Timur. Sahabat saya Ustdz Mohd Shukri Ali yang bertugas sebagai Pegawai Ugama di Istana Terengganu adalah orang yang bertanggung-jawab membawa saya ke Terengganu.

Dahulu semasa saya mula-mula berubat di Kuala Terengganu, saya berubat di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada masa itu menetap di kuarters istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk. Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung bulan July 2005, Mufti Terengganu kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di kediaman Ustadz Shukri. Dia mohon pertolongan dari saya agar dapat membersihkan benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan Kerajaan Langit di Besut.

Mengikut katanya sudah banyak kali jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan itu untuk merobohkan struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka menemui pelbagai halangan yang pelik-pelik.

Saya pada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan Langit ini tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri saya bersetuju dengan syarat saya diiringi oleh 7 orang tafiz. Permohonan saya untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalah dan dalam beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu tenaga pengajar mereka.

Kami berkumpul selepas waktu asar di sebuah surau di Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka surah-surah yang perlu dibaca semasa di sana dan juga memberi taklimat apa yang mereka harus lakukan apabila tiba di sana nanti. Saya juga “scan” setiap tafiz dan tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan tidak ada yang lemah semangat atau bermasalah.

Selepas solat magrib dan selepas makan malam nasi bungkus, kami bertolak ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut mengambil masa 2 jam sahaja. Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah Pin telah tahu tentang perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan juga untuk menghalang kami tiba di tempat itu.

Kira-kira dalam 50 km dari kawasan itu, terdapat sekatan jalan atau “road block” bukan oleh pihak polis atau JPJ tapi road block oleh kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin. Bas yang kami menaiki terpaksa berhenti dan patah balik untuk mencari jalan alternative yang lain. Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan jalan itu, jin-jin itu berupaya untuk menganiayakan kami dengan berlakunya kemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan. Ada suatu ketika bas yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik membawa bersama adek-adek tafiz ini yang sungguh bersemangat membaca ayat-ayat Al-Quran dan bersama dengan pertolongan dari Allah swt, menolong saya melawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa mengambil jalan yang jauh untuk sampai ke Besut.

Kami sampai di Besut dalam jam 2 pagi. Kami mengambil masa lebih dari 6 jam untuk sampai ke Besut bandingkan dengan perjalanan yang biasa nya makan masa 2 jam untuk sampai ke sana. Bila sampai di kawasan itu, saya terperanjat melihat betapa ramainya polis-polis dari Bukit Aman dan Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan membuat pemantauan di kawasan itu. Bila sampai di tempat itu, saya rasa agak pelik melihat cerik besar, pasu besar, bahtera kapal nabi noh dan lain-lain struktur. Walau pun tempat itu tidak ada lampu sebab bekalan elektrik telah lama diputuskan oleh pihak berkuasa, kami disinari oleh cahaya bulan mengambang pada malam itu.

Setelah membuat tinjauan atau “quick survey” di kawasan itu, saya mendapati ada beratus ekor jin dan iblis dalam kawasan itu. Tetapi yang ketara sangat ialah 12 ekor jin yang mewaklili beberapa agama-agama di dalam dunia ini. Jin-jin ini lah yang telah membantu Ayah Pin mendirikan ajaran agama sesat Kerajaan Langit ini.

Saya memilih dewan perhimpunan yang masih tersergam disitu untuk bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya mengarahkan semua tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan itu. Untuk pengetahuan semua, ada golongan orang yang cuba membakar dewan perhimpunan itu dua atau tiga hari sebelum itu dan terdapat banyak serpihan-serpihan kaca di lantai dewan itu. Dengan bercahayakan bulan yang mengambang pada malam itu dan lampu suloh dari pihak polis, kami membaca surah-surah Al-Quran. Satu demi satu jin saya bertempur sehingga jubah saya basah kuyup dengan peluh badan. Hampir 3 jam saya bertempur sehingga saya berguling-guling di atas lantai dewan itu.

Dengan keizinan Allah swt dan pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu, saya dapat mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali se-ekor jin yang dapat melarikan diri. Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu berpindah atau pergi dari kawasan itu.

Masa itu sudah hampir waktu subuh. Kami semua bersiap sedia untuk berjemaah subuh. Saya menyuruh seorang dari adek tafiz melaungkan azan subuh. Pada pagi itu, pertama kali dalam 25 tahun azan subuh berkumandang di tempat itu. Syukur Alahamdulilah pada Allah swt. Menitis air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan itu dan berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu. Selepas mengerjakan solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi saya hidayah dan kekuatan menangani jin-jin tersebut.

Selepas matahari terbit kami semua bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Terengganu. Perjalanan balik ke Kuala Terengganu aman tanpa sekatan road block atau apa-apa halangan. Kami diberitahu tepat jam 8 pagi, pihak JKR datang dengan jentera-jenteranya merobokan semua struktur-struktur dan bangunan-bangunan di kawasan itu.

Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar meluas cerita di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan pentadbiran Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan. Tetapi apa yang berlaku pada malam sebelum kawasan itu dirobohkan tidak ramai yang tahu cerita sebenarnya sampai lah hari ini saya memilih untuk memberitahu kejadian sebenar yang berlaku. Terima kasih Allah kerana atas pertolongan Mu kami berjaya menumpas ajaran sesat yang sudah lama berleluasa di negara ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

Hj. Lokman

19 November 2010

Sumber oopsshmedia.blogspot.com via kfc

Posted on

Korang pasti terkejut beruk lihat 15 foto wajah terbaru dua anak perempuannya yang bagaikan Puteri Kayangan

Pejam celik pejam celik rupa-rupanya pelakon kacak Azhar Sulaiman ini sudah berumur 44 tahun rupanya, apa yang buat kami terkesima lagi Azhar Sulaiman rupa-rupanya ada 2 orang anak dara yang cun melecun!

Manis-manis belaka wajah mereka, inilah yang orang selalu katakan “bapa borek anak rintik”. Kalau ada sesiapa yang ingin masuk meminang anak dara cantik ni, korang kenalah ambil hati mami dia dulu. Huhu!

The Kasih

Kasih Leia Ixora

Kasih Iris Leona

Mesti bergetar tulang rusuk abam-abam di luar sana, agak-agak kalau ada salah seorang yang berkenan di hati, korang kenalah berdepan dengan mami dia dulu. Ada berani?

 

Pelakon Azhar Sulaiman lebih senang tidak berkongsi mengenai kisah rumah tangganya sama ada yang baik atau pun buruk sebagai cara menjaga keharmonian perkahwinan yang dibina dengan Chempaka Emalin Pahamin sejak 16 tahun lalu.

Azhar, 41, berkata, sebagai seorang selebriti dia perlu bijak menyimpan hal-hal peribadi mengenai rumah tangganya supaya ia tidak menjadi permainan di media massa.

“Rumah tangga siapa yang tiada masalah dan begitu juga saya tetapi sebagai seorang selebriti kita harus bijak menyimpan cerita terutama yang buruk daripada diketahui umum.

“Apa juga perihal di rumah jangan dibawa keluar dan bercerita kepada orang lain kerana ia akan mengundang masalah lain,” ujarnya kepada mStar Online.

Hasil perkahwinan Azhar dan Chempaka mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora, 13, serta si kembar, Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona yang masing-masing berusia 10 tahun.

Dalam pada itu, Azhar berkata, ada segelintir artis yang gemar bercerita mengenai perihal rumah tangga kepada krew produksi atau pun jurusolek yang sebenarnya mengundang padah kepada mereka sendiri.

Kata Azhar, walaupun mereka tidak mahu kisah peribadi diketahui umum tetapi secara dasarnya mereka sendiri telah menyebarkan perkara tersebut kepada pihak ketiga.

“Saya pernah jumpa segelintir artis yang kononnya tidak mahu pihak media menghidu kisah rumah tangga mereka yang bermasalah tetapi dia bercerita dengan orang sekeliling semasa di set penggambaran.

“Daripada situ cerita ini akan tersebar sehingga ia dapat dihidu oleh pihak media. Bagi saya mereka tidak boleh menyalahkan wartawan yang mahu menulis cerita tersebut kerana golongan berkenaan hanya menjalankan tugas,” ujarnya.

Sementara itu, Azhar bersyukur apabila khidmatnya sebagai seorang pelakon masih diperlukan dan memberitahu akan terus berlakon walaupun telah mempunyai pekerjaan tetap dalam bidang seni bina.

Malah kata Azhar, rezekinya dalam bidang lakonan pada tahun ini sangat memberangsangkan dengan pelbagai tawaran diterima.

“Tahun ini sangat baik untuk saya dan berharap 2013 akan menjanjikan perkara-perkara yang lebih teruja,” katanya.

Azhar bakal muncul dengan drama bersiri terbaru berjudul Persona Sukma arahan Hazali Ramli di samping pelakon seperti Ruzana Ibrahim, Julia Zigler, Erry Putra dan Amanda Misbun.

Drama bersiri 26 episod itu terbitan Bright Networks Sdn. Bhd.

Sumber : http://yobsembang.com/masih-ingat-azhar-sulaiman-yang-pernah-mengamuk-kerana-cikgu-sekolah-tampar-anak-lelakinya-10-kali-korang-pasti-terkejut-beruk-lihat-15-foto-wajah-terbaru-dua-anak-perempuannya-yang-bagaikan-puteri-k/