Posted on

Tahniah! Bintang Popular Siri TV ‘The Flash’ Bakal Kahwini Wanita Sabah

PELAKON yang terkenal melalui siri televisyen The Flash, Thomas Grant Gustin, 27, mengesahkan belum lagi mengahwini tunangnya, Andrea Thoma.

 

Sebelum ini sebuah portal akhbar tempatan berbahasa Inggeris melaporkan, majlis perkahwinan mereka berlangsung pada Rabu di Kampung Kolopis, Penampang, Sabah, yang merupakan tempat asal ibu Andrea.

 

Sebaliknya, majlis yang dilaporkan berlangsung itu hanya sebuah upacara istiadat masyarakat Kadazan bagi menghargai nenek moyang keluarga Andrea.

 

 

 

Gustin, dalam kemaskini terbaharu di akaun Instagram memaklumkan, dia dan Andrea merancang untuk berkahwin tahun hadapan.

 

Terdahulu, Gustin memuat naik sekeping gambar bersama Andrea yang berlatar belakangkan bandar Kota Kinabalu, pada 18 Dis lalu.

 

Gustin memberitahu The Star, biarpun ramai yang mengenalinya, namun dia menghargai sikap masyarakat di negara ini yang memberikan ruang untuk dia dan keluarga ketika majlis berlangsung.

 

“Ramai yang kenal kami tapi mereka sangat berbudi bahasa. Mereka akan minta untuk mengambil gambar dengan baik dan tidak menyerbu atau mengambil gambar secara curi-curi,” kata Gustin.

 

 

Gustin turut memberitahu perancangannya untuk membeli hartanah di negara ini suatu hari nanti.

 

Gustin dan Andrea, seorang pakar terapi berdarah keturunan Kadazan, namun dilahirkan dan dibesarkan di Ohio, Amerika Syarikat, berkenalan pada awal tahun 2016, sebelum bertunang April lalu.

Posted on

TAHNIAH!! Zizie Dapat Anak Kembar..Tapi Ada Lagi Yang Istimewa Sempena Kelahiran Ini Sebab….

Zizie Izette binti Abdul Samad atau lebih dikenali sebagai Zizie Ezette (lahir 17 November 1978) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau juga adalah dramatis dan pengarah beberapa buah drama.

Beliau merupakan anak kepada pelakon Khaty Fauziah dan suaminya, Abdul Samad Jaaman. Adiknya, Shaheizy Sam juga bergiat aktif dalam bidang lakonan.

Beliau telah berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin pada Disember 2009. Walaupun pada mulanya dikatakan pernikahan mereka tidak sah kerana tidak mendapat persetujuan dari isteri pertama Datuk Bung Mokhtar, mahkamah kemudiannya mengesahkan pernikahan mereka.

PELAKON Zizie Ezette selamat melahirkan bayi kembar lelaki kira-kira 5.48 dan 5.50 pagi, Jumaat di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Zizie, 39, melahirkan bayi kembar berkenaan secara pembedahan dengan berat masing-masing 2.74 dan 2.78 kilogram.

Menerusi pengkongsian di Instagram Zizie meluahkan rasa teruja apabila kedua-dua bayi itu lahir sehari sebelum hari lahirnya pada Sabtu.

Zizie Dapat Anak Kembar..Tapi Ada Lagi Yang Istimewa Sempena Kelahiran Ini Sebab Sehari Sebelum Melahirkan anaknya, ialah Hari Lahir Zizie sendiri. Mesti best dapat sambut birthday sama-sama kan!

Zizie kongsi berita gembira itu di Instagramnya.

“Ibu hari jadi dengan dua hadiah hari lahir berharga. Hadiah hari lahir awal!

“Mommy jangka mereka akan lahir pada hari ini tapi mereka hadir dengan kejutan secara pembedahan semalam, 29 Disember pukul 5.48 pagi dan 5.50 pagi, berat 2.74 (baby boy 1) dan 2.78 (baby boy 2).

“Alhamdulillah, mereka berdua adalah bayi yang sihat.Terima Kasih yang tak terhingga kepada semua yang telah mendoakan saya,” tulis Zizie.

Dalam pada itu, menerusi Instagram Datuk Seri Bung Moktar meluahkan rasa syukur dengan kehadiran bayinya dan berharap keluarganya akan terus diberkati dan mendapat keredhaan Allah.

“Alhamdulillah keluarga ini telah dianugerahkan Allah tambahan dua orang putera. Semoga kehadiran orang baru ini, Insya-Allah pasti membawa kebahagian kepada kami semua.

“Kami sentiasa berdoa semoga kesemua dalam keluarga ini akan terus diberkati dan mendapat keredhaan Allah hendaknya,” tulisnya.

Rata-rata pengikut Zizie juga meluahkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah buat dia dan suami.

Zizie dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 58, berkahwin pada 2009.

Pasangan ini mempunyai seorang anak angkat bernama Nayla Nurjenna yang berusia dua tahun 11 bulan.

sumber: mstar

Posted on

WOW!! Anggun Tayang Suami Keempat, Kongi Kisah Selepas Asia Got Talent

Siapa yang tak kenal dengan penyanyi cantik Indonesia, Anggun yang menjadi salah seorang juri pencarian bakat Asia’s Got Talent.

Anggun atau nama sebenar Anggun Cipta Sasmi, 43, berjaya mencipta namanya bukan sahaja di Indonesia malah berjaya sehingga ke peringkat antarabangsa.

Justeru tidak hairanlah apabila ramai yang ingin menjadi seperti Anggun, cantik dan berjaya serta dilabel salah seorang penyanyi terbaik di Indonesia oleh kerana mempunyai vokal yang mantap

Anggun juga mendapat gelaran wanita Indonesia yang natural beauty kerana sering mengenakan solekan yang minimalis. Tanpa solekan sarat,terpancar kejelitaan semula jadi Anggun.

Mungkin tuah menyebelahinya dari segi karier, tetapi wanita kelahiran Indonesia, Jakarta ini kurang bernasib baik dalam kehidupan berumah tangga.

 

SELEPAS beberapa episod kegagalan rumah tangga, Anggun menjadi lebih selektif untuk berkongsi cerita peribadinya.

Namun, baru-baru ini penyanyi lagu Snow On The Sahara itu sering berkongsi foto seorang jejaka berketurunan Inggeris yang dipercayai merupakan suaminya yang keempat bernama Christian Kretschmar, 43.

Lelaki itu bekerja sebagai seorang jurugambar profesional yang sering membidik foto-foto Anggun terutama ketika konsert.

Menurut laporan dari Win Net News, Anggun mula mendedahkan suaminya itu pada Acara Diaspora 2017 bulan Julai lalu

Anggun telah berkahwin sebanyak tiga kali, suami pertamanya Michael Georgea yang juga pernah menjadi pengurusnya. Anggun berkahwin dengan Michael pada tahun 1992 dan akhirnya memutuskan untuk bercerai pada tahun 1999.

 

Kali kedua Anggun berkahwin bersama Oliver Maury jejaka dari Kanada pada tahun 2004 dan berpisah pada tahun 2006.

Seterusnya, perkahwinan ketiga Anggun adalah dengan penulis dari Perancis, Cyril Montana pada tahun 2010.

Menerusi hasil perkahwinan bersama Cyril Montana, Anggun dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Kirana Cipta Montana yang kini berusia 10 tahun.

Sayangnya sekali lagi perkahwinan itu tidak dapat bertahan lama, Anggun dan Cyril Montana dikatakan berpisah pada tahun 2014 apabila memuatnaik gambar bersama seorang jejaka bernama Edwardo.

Terbaru, Anggun dikhabarkan telah berkahwin lagi buat kali yang keempat dengan Christian Kretschmar, 43, seorang jurugambar profesional yang sering mengambil gambar-gambar Anggun terutamanya di konsert-konsert.

 

Pelantun lagu Berganti Hati itu dilihat sering berkongsi foto kemesraan bersama suami barunya ini di laman sosial.

Walaupun sering gagal dalam perkahwinan namun Anggun tetap terbuka untuk peminat mengetahui kehidupan peribadinya.

Posted on

Tampilan dianggap gila, ini 10 potret Upiak Isil yang aslinya cantik..cantik rupanya dia..kalah Neelofa!

Baju daster, dililit kain batik atau sarung, dan sandal jepit jadi ciri khas yang melekat pada penyanyi kocak Upiak Isil. Menurut pengakuannya tak jarang dengan penampilan yang tidak sesuai standar penyanyi pada umumnya itu ia disangka orang gila dan diremehkan oleh banyak orang. Kesuksesan lagu Tak Tun Tuang miliknya berhasil mematahkan asumsi banyak orang bahwa dengan penampilannya yang seperti orang gila, Upiak Isil tetap dapat meraih ketenarannya.

Di balik penampilannya yang nyeleneh, wanita yang sempat berprofesi sebagai ahli gizi ini ternyata memiliki sisi lain yang cantik nan anggun ketika menggunakan hijab. Berikut 10 potret cantik Upiak Isil saat berhijab yang brilio.net himpun dari akun @Upiak_Isil_Official, Jumat (29/12).

1. Lebih keliatan aura cantiknya ketika berhijab.

Tampilan dianggap gila, ini 10 potret Upiak Isil yang aslinya cantik..cantik rupanya dia..

foto: instagram/@Upiak_Isil_Official

2. Gak nyangka bisa berubah banget ya penampilannya.

Tampilan dianggap gila, ini 10 potret Upiak Isil yang aslinya cantik..cantik rupanya dia..

foto: instagram/@Upiak_Isil_Official

3. Pake seragam dinasnya nih, anggun ya…

Tampilan dianggap gila, ini 10 potret Upiak Isil yang aslinya cantik..cantik rupanya dia..

foto: instagram/@Upiak_Isil_Official

4. Kecantikkannya menurun dari sang mamah ternyata.

Tampilan dianggap gila, ini 10 potret Upiak Isil yang aslinya cantik..cantik rupanya dia..

foto: instagram/@Upiak_Isil_Official

5. Lagi benerin hijab aja tetep cantik.

Tampilan dianggap gila, ini 10 potret Upiak Isil yang aslinya cantik..cantik rupanya dia..

foto: instagram/@Upiak_Isil_Official

6. Bikin pangling deh liatnya kalo gini.

Tampilan dianggap gila, ini 10 potret Upiak Isil yang aslinya cantik..cantik rupanya dia..

foto: instagram/@Upiak_Isil_Official

7. Tetep awet muda walau umur udah masuk kepala 3.

Tampilan dianggap gila, ini 10 potret Upiak Isil yang aslinya cantik..cantik rupanya dia..

foto: instagram/@Upiak_Isil_Official

8. Cantik naturalnya lebih keliatan waktu lagi dinas.

Tampilan dianggap gila, ini 10 potret Upiak Isil yang aslinya cantik..cantik rupanya dia..

foto: instagram/@Upiak_Isil_Official

9. Masak cantik gini disangka orang gila.

Tampilan dianggap gila, ini 10 potret Upiak Isil yang aslinya cantik..cantik rupanya dia..

foto: instagram/@Upiak_Isil_Official

10. Kalo kata orang Minang sih “cantiak bana!”

Tampilan dianggap gila, ini 10 potret Upiak Isil yang aslinya cantik..cantik rupanya dia..

foto: instagram/@Upiak_Isil_Official

Posted on

Rupanya Faktor Usia, Saiz Kandungan Yang ‘Paksa’ Nora Danish Berkerusi Roda!

KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish memberitahu dia tidak dibenarkan berjalan selama tiga minggu akibat mengalami masalah tulang pinggul baru-baru ini.

Nora, 36, yang kini hamil tujuh bulan berkata, perkara tersebut disebabkan bayi dalam kandungannya yang agak besar, selain faktor umur.

“Mengandung pada usia sudah lebih 30 tahun agak berbeza berbanding kandungan pertama ketika usia 20an.

“Kandungan saya lebih besar kali ini sehingga saya alami masalah tulang pinggul dan tidak boleh berjalan selama tiga minggu,” ujarnya kepada mStar Online.

Nora ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik miliknya Oh Most Wanted  di Play Up Advance, Fahrenheit 88, dekat sini, Sabtu.

Nora berkata, masalah kesihatan yang dialaminya juga menyebabkan dia bergerak menggunakan bantuan kerusi roda.

Sementara itu, ditanya tentang kecaman netizen yang menganggap dia sebagai pemalas, Nora berkata, dia tidak membaca komen-komen kritikan seperti itu.

“Saya tidak baca komen-komen yang mengacau jiwa dan saya tidak kisah apa yang mereka nak katakan.

“Biasalah natizen akan kata macam-macam, saya nak hidup dalam keadaan positif,” ujarnya.

Nora berkahwin dengan Nedim Nazri pada 30 Mac lalu dalam sebuah majlis tertutup.

Posted on

Sedihnya! Tiada Duit Pergi Bandar Berjumpa Ibu Dan Ayah, 2 Beradik Sanggup Menyorok Bawah Bas Bergerak Sejauh 80 Kilometer!

Dua kanak-kanak sanggup menyorok dibawah bas sepanjang 80 kilometer (km) perjalanan selama tiga jam semata-mata mahu berjumpa ibu bapa mereka yang bekerja di bandar.

Kanak-kanak tersebut dipercayai datang dari sebuah perkampungan miskin di kawasan pedalaman di Nazuo, Wilayah Guangxi.

Menurut sumber Southern Morning Post, kanak-kanak berusia sekitar lapan dan sembilan tahun itu, ditemui diselaputi lumpur oleh seorang pekerja keselamatan apabila bas berkenaan berhenti di sebuah stesen di daerah Xilin.

“Mereka sangat kurus sehingga mampu menyelit di bahagian bawah bas itu dan sanggup menggadai nyawa berpaut sepanjang perjalanan semata-mata rindu mahu menemui ibu bapa,” kata seorang pekerja stesen bas.


Anggota badan kanak-kanak terbabit dipenuhi lumpur kerana terlibat dengan perjalanan yang agak jauh sebelum dibantu oleh pekerja stesen itu yang mencuci pakaian dan memberi makanan kepada mereka.

Sementara itu, mereka menumpang bas yang membuat perjalanan dari Nazuo ke Baise kerana diberitahu saudara-mara bahawa ibu bapa mereka bekerja di sana.

“Ibu bapa mereka sebenarnya bekerja lebih jauh iaitu di wilayah Guangdong, namun saudara-mara memberitahu bekerja di Baise sekadar untuk ‘menyedapkan hati’ mereka,”kata pekerja itu.


Keluarga kanak-kanak itu mengambil mereka selepas mendapat maklumat mengenai penemuan mereka pada petang hari yang sama.

Sumber – BBC

Posted on

“Saya Dilayan Seperti Hantu.” Ahli Keluarga Terkejut, Lelaki Disemadikan 7 Bulan Yang Lalu, Kembali Pulang Ke Rumah.

SEBUAH keluarga di Thailand terkejut apabila melihat seorang ahli keluarga mereka yang telah disemadikan beberapa bulan lalu berada di pintu rumah.

Sakorn Sacheewa, 44, dari wilayah Si Ka Ket di Thailand, pulang ke rumah selepas dua tahun bekerja di sebuah bot nelayan, di bahagian lain di negaranya.

Dia tidak pernah menghubungi keluarganya sepanjang tempoh itu, jadi dia tidak mengharapkan kepulangannya diraikan.

Bagaimanapun, dia juga tidak pernah terlintas akan dilayan sebagai ‘hantu’ sebaik sahaja dia pulang.

Namun, begitulah cara keluarganya bertindak balas ketika dia berjalan di pintu pada 17 Disember lalu dengan ahli keluarganya menyentuh dan memegangnya untuk memastikan dia adalah manusia.

Sacheewa kemudian mendapat tahu bahawa bagi mereka, dia telah mati tujuh bulan lalu.

Pada Mei, keluarga Sacheewa telah dihubungi oleh polis di Nang Loeng, tempat di mana dia bekerja yang memberitahu bahawa ahli keluarga mereka itu telah meninggal dunia akibat gangguan pencernaan.

Mereka diminta untuk mengenal pasti dan membawa pulang mayat.

Mereka telah pergi ke daerah Phra Nakhon, Bangkok, di mana mereka menerima sijil kematian dan kemudian mengambil mayat dari sebuah hospital di sana.

Keadaan mayat yang bengkak yang ditunjukkan kepada mereka menyebabkan ia sukar untuk dikenal pasti, malah sepupu Sacheewa, Nakornchai Pimklang, 33 tahun, menyedari bahawa gigi mayat itu tidak sepadan dengan dirinya yang tidak mempunyai dua gigi depan.

Dia memberitahu seorang pegawai tetapi mereka tetap diarah untuk mengambil mayat tersebut.

Mereka tidak membantah lalu membawa mayat itu pulang ke Si Ka Ket, di mana mereka mengadakan upacara keagamaan selama tiga hari, sebelum mayat dibakar.

Sementara itu, Sacheewa yang sebenarnya masih hidup dan berada dalam keadaan baik, bekerja di Nang Loeng, sama seperti yang telah dilakukannya selama dua tahun lalu.

Beberapa minggu lalu, dia memutuskan untuk berhenti kerja dan pulang ke rumah tanpa menyangka betapa kepulangannya itu mengejutkan keluarganya.

Selepas mendengar kisah kematiannya, Sacheewa berkata, pada satu ketika, seorang rakan sekerja dari Myanmar mencuri kad pengenalannya dan menghilangkan diri, tetapi dia hanya melaporkannya sebagai satu kehilangan biasa dan pihak berkuasa tempatan telah mengeluarkan pengenalan diri yang baharu.

Dia tidak pernah membayangkan bahawa seseorang akan menggunakan kadnya untuk menyamar menjadi dirinya.

Kebimbangan utama Sacheewa sekarang ialah untuk mendapatkan pengesahan semula daripada Biro Pentadbiran Pendaftaran yang menyatakan dia secara rasmi telah mati tujuh bulan yang lalu, berdasarkan sijil kematiannya.

Polis kini perlu menyiasat untuk mengetahui mayat siapa yang disemadikan tujuh bulan lalu. Mereka berharap dapat mengetahuinya dengan cara menganalisis tulang yang tersisa daripada pembakaran mayat.

Posted on

5 Foto Kehamilan Nora Danish Disamping Suami. Romantisnya!

Meskipun suami kepada pelakon terkenal Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz kecewa apabila beliau tidak dibenarkan berjumpa anak hasil perkahwinan pertamanya bersama Nabilah Khaniaitu Mohamed Nedrin atau Dre tetapi beliau sangat tabah dan cekal dengan dugaan yang ditimpa. [Hangat.com]

Nedim juga telah membawa perkara itu ke mahkamah bagi menuntut hak penjagaan sebagai seorang bapa pada September yang lalu.

Wajah Bayi ketika diimbas dalam kandungan yang dimuatnaik oleh Nora di Instagram dengan kapsyen;

“Baby Ney Ney wants to say hello to mommy’s followers. “

Nora Danish yang sedang hamil 28 minggu sedang rancak membuat persiapan bersama suami untuk kelahiran #NeNojr yang dijangka akan dilahirkan pada pertengahan Mac 2018.[Hangat.com] Jom lihat gambar-gambar Nora Danish yang kini sedang menunggu hari dari Instagram jurusolek profesional, Khir Khalid.

Pasangan ini telah berkahwin pada 30 Mac yang lalu selepas 3 tahun bercinta. Hangat.com mendoakan semoga pasangan sepadan dan secocok ini selamat dikurniakan cahaya mata yang pastinya akan memeriahkan lagi keluarga mereka, in shaa Allah, amin.

Posted on

Kenali Suku Kaum Pashtun – Kaum Gadis TERCANTIK Dunia dan Kaum Yang Hanya Tinggal Sesama Wanita Sahaja!

Bagi kebanyakkan orang lelaki, mencari peneman hidup yang cantik dan menawan sudah pasti menjadi satu kemestian..Namun, tahukah anda bahawa golongan wanita yang paling cantik di dunia terdiri dari kaum wanita dari suku Pashtun? Haa, kalau nak tahu dengan lebih lanjut, jom tengok kat bawah ni.

Suku Pashtun adalah salah satu suku di Afghanistan. Populasi mereka ini terletak di wilayah timur selatan negara yang penuh konflik dan hidup di pedalaman.

Kebanyakannya mereka tidak mampu untuk memiliki alat solek seperti gadis-gadis negara lain. Jadi apa yang anda lihat memang kecantikan mereka secara semulajadi taw!

Dan, gadis suku Pashtun memang memiliki kriteria yang disebut-sebut sebagai golongan gadis tercantik dunia. Ciri-ciri utama yang terdapat pada mereka adalah mata yang besar berwarna biru kehijauan dan berhidung mancung seperti orang eropah namun mereka jauh lebih cantik ye.

Mata mereka sangat mempesona seolah-olah ia mampu menyihir seseorang untuk terus menatap wajah mereka.

Wanita dalam suku Pashtun sendiri mendapat kedudukan yang sangat mulia . Perempuan bagi kaum mereka, bagaikan bunga yang mesti dilindungi dan umpama harta yang paling berharga didalam keluarga. “Mereka sangat menjunjung tinggi kedudukan wanita seolah-olah wanita itu adalah harta yang paling berharga.”

Bahkan, orang Pashtun akan berasa sangat malu sekiranya anggota keluarganya terlihat oleh orang luar selain ahli keluarga sendiri.

Walaubagaimana pun, tetap ada beberapa wanita Pashtun yang menjejaki karier sebagai selebriti di Pakistan dan India. Ke-eksotikan wajah mereka menjadi salah satu daya penarik yang sangat kuat.

da juga sumber yang mengatakan suku kaum Pashtun ni merupakan golongan kaum Aryan yang asal.

Fuh, memang cantik kan!

Posted on

(5 Foto) Anak Artis Bollywood Yang Mewarisi Ketampanan Bapanya. Serius Kacak!!

Bollywood dikenal sebagai industri film terbesar di India sekaligus salah satu produsen film terbesar di dunia. Dari Bollywood ini lahir banyak aktor dan aktris berbakat yang tak hanya menyita perhatian masyarakat India namun juga dunia. Sebut saja, Shah Rukh Khan, Anil Kapoor, Jackie Shroff dan masih banyak lagi.

Kini, setelah aktor tampan tersebut menjadi aktor senior di Bollywood, mereka rupanya juga mempunyai putra yang juga malang melintang di dunia akting dan mewarisi paras tampan sang ayah.

1. Shah Rukh Khan dan Aryan Khan

Siapa yang tak kenal dengan Shah Rukh Khan? King of Bollywood ini mempunyai putra sulung bernama Aryan Khan, hasil pernikahannya dengan Gauri Khan. Kini, Aryan telah tumbuh menjadi seorang pemuda tampan yang mewarisi wajah sang ayah.

2. Rishi Kapoor dan Ranbir Kapoor

Aktor serba bisa Rishi Kapoor pernah melambung namanya di era 90-an. Kini, kesuksesannya kala itu diikuti oleh sang anak, Ranbir Kapoor, yang kini malang melintang di dunia perfilman India.

3. Amitabh Bachchan dan Abhisek Bachchan

Abhishek Bachchan’s Lefty similar to Aamir Khan’s Ghajini?

Pernikahan Amitabh Bachchan dan Jaya Bachchan juga melahirkan satu aktor berbakat yakni Abhisek Bachchan. Sosoknya yang tegap, tinggi, serta berparas tampan, disebut mengekor sang ayah.

4. Jackie Shroff dan Tiger Shroff

Ingat aktor tampan yang sering main film India tahun 90-an dan berperan sebagai inspektur? Ialah Jackie Shroff yang mempunyai putra yang juga seorang aktor film tampan, yakni Tiger Shroff.

5. Anil Kapoor dan Harshvardhan Kapoor

Saking gantengnya dua aktor ini bahkan sering disalah sebut sebagai abang dan adik, bukannya ayah dan anak. Harshvardhan Kapoor yang baru saja mulai menceburi dunia film Bollywood adalah putra dari pasangan Anil Kapoor dan Sunita Kapoor.

Sumber – brilio