Posted on

Aduh!! Part Berkemban Juga Yang Digunakan Untuk Melariskan Filem. Hannah Delisha sedia dikecam kerana adegan berkemban

Pelakon cantik yang namanya semakin meningkat naik, Hannah Delisha sudah bersedia andai dikecam berkemban dalam filem terbaharunya berjudul Langsuir.

Dalam filem arahan Osman Ali itu, pelakon berusia 21 tahun itu sekali lagi bergandingan dengan pelakon Syafiq Kyle selepas drama Mencintaimu Mr. Photographer.
“Ada dua babak yang agak seksi iaitu babak berkemban ketika mandi dan juga babak Syafiq menyiram air ke atas diri saya.

“Namun begitu, sebelum babak tersebut dilakukan saya ada menyuarakan pendirian agar pakaian kemban yang tersarung tidak menampakkan lurah dada dan juga paha. Sementara babak Syafiq menyiram air pula, ketika itu saya memakai baju.

“Tetapi saya sudah bersedia andai babak tersebut mengundang perdebatan kerana berkemban atau tidak pastinya ada mata hati mereka yang tidak bersetuju,” katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!

Dalam pada itu, Hannah mengakui dia gementar dan dalam masa sama teruja kerana ini kali pertama dia diberi kepercayaan sebagai heroin filem.

 

 

Berkemban Dalam Filem Langsuir, Hannah Delisha Sedia Menerima Kecaman

Hannah DelishaAdegan-adegan mencolok mata dalam sesebuah filem atau drama pasti akan mengundang kontroversi dikalangan netizen dan si pelaku pula bakal menerima kecaman keras dari mereka.

Tetapi buat pendatang baru dalam industri hiburan, Hannah Delisha, beliau menberitahu sudah bersedia berdepan kecaman selepas tampil berkemban dalam filem sulungnya berjudul Langsuir arahan Osman Ali. Beliau mendedahkan pekara tersebut semasa bercakap dengan Kosmo.

“Pada saya, ada dua babak yang agak seksi iaitu babak berkemban ketika mandi dan juga babak Syafiq menyiram air ke atas diri saya. Namun begitu, sebelum babak tersebut dilakukan saya ada menyuarakan pendirian agar pakaian kemban yang tersarung tidak menampakkan lurah dadah dan juga paha. Sementara babak Syafiq menyiram air pula, ketika itu saya memakai baju.

“Tetapi saya sudah bersedia andai babak tersebut mengundang perdebatan kerana berkemban atau tidak pastinya ada mata hati mereka yang tidak bersetuju,” – Hannah Delisha.

Dalam filem seram tersebut, Hannah akan bergandingan dengan Syafiq Kyle dan akan membawa watak sebagai Suri iaitu hantu langsuir jelita.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai pengalamannya menjayakan filem Langsuir, Hannah bersyukur apabila diberi peluang dan kepercayaan untuknya bawa watak utama dan banyak memberi tunjuk ajar.

Hannah pada masa sama turut berkongsi pengalaman ngeri yang dihadapinya sepanjang menjalani penggambaran filem ini seperti ular berwarna hitam menjalar di kakinya dan entiti berupa lembaga di belakangnya ketika dia sedang menjayakan babak sebagai langsuir.

Filem terbitan Guam TeamWork Sdn Bhd dan Nuansa Films ini bakal menemui penonton pada tahun hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *