Posted on

Ramai Netizen Tertanya-Tanya Kenapa Lelaki Ini Ditikam, Dilanggar Dan Digilis Sehingga Mati Oleh 4 Individu Yang Menaiki Sebuah BMW? Rupa-Rupanya Ini Punca Sebenar Yang Buat Netizen Terkejut…

Kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang lelaki ditikam, dilanggar dan digilis sehingga mati oleh empat individu di sebuah stesyen minyak di Taman Pelangi, Johor Bahru pada pukul 7.30 malam tadi.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd siasatan awal mendapati mangsa adalah lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an.

Mangsa ketika itu bersama seorang wanita dipercayai pergi ke stesyen minyak itu untuk mengisi angin tayar kereta mereka.

“Bagaimanapun, ketika mengisi angin tayar Volkswagen miliknya tiba-tiba empat lelaki menaiki BMW putih menghampirinya.

“Mereka menarik mangsa dan berlaku pergelutan. Keempat-empat suspek dikatakan cuba memaksa mangsa menaiki kereta itu.

“Isteri mangsa yang juga warga asing berusia 20-an terus lari untuk mendapatkan bantuan manakala mangsa bergelut dengan keempat-empat suspek.

“Mangsa dikatakan dilanggar dan digilis oleh kereta suspek ketika terbaring selepas cedera ditikam.

“Suspek turut dikatakan membakar dan membaling mercun di lokasi kejadian,” katanya pada sidang media di tempat kejadian.

Tambahnya lagi, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi sebaik sahaja menerima laporan dan apabila tiba di lokasi, mangsa sudah pun meninggal dunia.

“Hasil pemeriksaan, kami menemui kesan tikaman di dada kiri mangsa, dipercayai ditikam.

“Wanita berkenaan masih trauma dan dibawa ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

“Semua suspek melarikan diri menggunakan BMW putih dengan nombor pendaftaran WB79L dan kami sedang mengesan pemiliknya,” katanya.

Menurutnya, suspek dikatakan membaling mercun di kawasan itu dipercayai bagi menakutkan orang ramai kerana ketika itu ramai pelanggan di stesen minyak dan kawasan berhampiran.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Kami masih menyiasat motif kejadian mengikut beberapa sudut dan latar belakang mangsa sama ada peniaga atau mempunyai kerja tetap,” katanya.

Dalam pada itu terdapat satu video berdurasi satu minit 23 saat yang tular di aplikasi WhatsApp berkaitan kejadian itu.

Rata-rata ramai yang terkejut dengan berita tersebut dan berharap agar penjenayah kejam tersebut dapat ditangkap dengan segera.

Kecoh Apabila Ada Netizen Mengatakan Pembunuh Lelaki Ini Telah Ditangkap

Seorang lelaki maut selepas disyaki ditikam dan dilanggar ketika bergelut dengan sekumpulan penjenayah yang cuba melarikannya dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa yang berusia lingkungan 30-an bersama isterinya wanita warga asing berusia 20-an berhenti di stesen minyak berkenaan bagi mengisi angin pada tayar kereta.

Bagaimanapun, mangsa yang menaiki kereta jenis Volkswagen Polo meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian dada kiri selepas berlaku pergaduhan.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, mangsa yang berhenti di stesen minyak berkenaan telah didatangi sekumpulan lelaki disyaki empat orang menaiki sebuah kereta BMW berwarna putih dengan nombor pendaftaran WB79L.

“Kereta berkenaan menghampiri kereta mangsa dan salah seorang suspek dipercayai keluar dari kereta serta menarik mangsa sebelum dia berjaya menyelamatkan diri.

“Mangsa bergelut dengan salah seorang suspek sebelum suspek yang lain melanggar mangsa sebanyak dua kali,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Mohd Khalil berkata, suspek turut bertindak membaling mercun bagi menakutkan orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan sebelum kesemua mereka melarikan diri.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan pada dada kiri disyaki ditikam serta kecederaan akibat dilanggar.

Dalam pada itu, Mohd Khalil turut memohon kerjasama orang ramai untuk tampil membantu siasatan sekiranya mempunyai maklumat mengenai kedudukan suspek.

“Sesiapa yang mengenali atau dapat mengesan kenderaan ini diminta untuk menghubungi Balai Polis terdekat atau menghubungi Hotline Polis Johor di talian 07-2212999 dengan kadar segera,” katanya.

Dalam Laporan Oleh Harian Metro Tangkapan Masih Lagi Belum Dibuat Dan Berita Tentang Penangkapan Adalah Palsu!

POLIS Johor menyeru orang ramai supaya berhenti menyebarkan maklumat tidak tepat berhubung tangkapan suspek kes bunuh di stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru, malam semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Azman Ayob mengesahkan maklumat yang tular di laman sosial Facebook (FB) yang turut dikongsikan di aplikasi sembang adalah tidak tepat memandangkan belum ada sebarang tangkapan dibuat.

Beliau berkata, penularan maklumat itu perlu dihentikan supaya tidak mengganggu siasatan pihak polis.

“Maklumat tidak tepat. Kita seru hentikan tular liar yang boleh mengganggu siasatan.

“Isu masih dlm siasatan. Belum ada tangkapan dan kita akan makumkan jika ada perkembangan,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Malam semalam, dipercayai empat lelaki menikam, melanggar dan menggilis seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an sehingga mati dalam kejadian tragis pada 7.30 malam.

Sejak pagi ini, satu berita berhubung suspek dalam kes bunuh itu yang sudah berjaya ditangkap tular di FB dan turut mendakwa kes berkenaan sudah selesai.

Azman memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro, The Reporter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *