Perghh Power!!! Lihat Gambar-Gambar Menarik Filem KL Special Force.

Bagi yang tidak tahu, Skop Production kini sedang dalam proses pembikinan filem aksi berjudul KL Special Force. Filem yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan itu diarahkan oleh pengarah muda, Syafiq Yusof (Abang Long Fadil 2, Desolasi).

Antara pelakon-pelakon yang membintangi filem aksi ini adalah Datuk Rosyam Nor, Syamsul Yusof, Fattah Amin, Tania Hudson dan Sabrina Ali.

Filem aksi kepolisan ini bakal menampilkan aksi-aksi lagak ngeri yang asli dan tidak bergantung penuh pada kesan-kesan khas. Menurut pengarahnya, filem ini hanya menampilkan kesan khas sebanyak 10% sahaja.

“Semuanya dilakukan dengan pekerja aksi lagak ngeri untuk memaparkan keaslian dan mengurangkan efek khas kepada kira-kira 10 peratus saja,”  – Syafiq Yusof

Pembikinan filem KL Special Force ini telah menelan belanja kira-kira RM2.5 juta dan buat masa ini tiada tarikh tayangan yang ditetapkan oleh pihak produksi.

Sementara menantikan filem aksi polis ini, mari kita lihat beberapa gambar menarik disebalik pembikinan filem KL Special Force

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *