Posted on

TAHNIAH!! Zizie Dapat Anak Kembar..Tapi Ada Lagi Yang Istimewa Sempena Kelahiran Ini Sebab….

Zizie Izette binti Abdul Samad atau lebih dikenali sebagai Zizie Ezette (lahir 17 November 1978) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau juga adalah dramatis dan pengarah beberapa buah drama.

Beliau merupakan anak kepada pelakon Khaty Fauziah dan suaminya, Abdul Samad Jaaman. Adiknya, Shaheizy Sam juga bergiat aktif dalam bidang lakonan.

Beliau telah berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin pada Disember 2009. Walaupun pada mulanya dikatakan pernikahan mereka tidak sah kerana tidak mendapat persetujuan dari isteri pertama Datuk Bung Mokhtar, mahkamah kemudiannya mengesahkan pernikahan mereka.

PELAKON Zizie Ezette selamat melahirkan bayi kembar lelaki kira-kira 5.48 dan 5.50 pagi, Jumaat di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Zizie, 39, melahirkan bayi kembar berkenaan secara pembedahan dengan berat masing-masing 2.74 dan 2.78 kilogram.

Menerusi pengkongsian di Instagram Zizie meluahkan rasa teruja apabila kedua-dua bayi itu lahir sehari sebelum hari lahirnya pada Sabtu.

Zizie Dapat Anak Kembar..Tapi Ada Lagi Yang Istimewa Sempena Kelahiran Ini Sebab Sehari Sebelum Melahirkan anaknya, ialah Hari Lahir Zizie sendiri. Mesti best dapat sambut birthday sama-sama kan!

Zizie kongsi berita gembira itu di Instagramnya.

“Ibu hari jadi dengan dua hadiah hari lahir berharga. Hadiah hari lahir awal!

“Mommy jangka mereka akan lahir pada hari ini tapi mereka hadir dengan kejutan secara pembedahan semalam, 29 Disember pukul 5.48 pagi dan 5.50 pagi, berat 2.74 (baby boy 1) dan 2.78 (baby boy 2).

“Alhamdulillah, mereka berdua adalah bayi yang sihat.Terima Kasih yang tak terhingga kepada semua yang telah mendoakan saya,” tulis Zizie.

Dalam pada itu, menerusi Instagram Datuk Seri Bung Moktar meluahkan rasa syukur dengan kehadiran bayinya dan berharap keluarganya akan terus diberkati dan mendapat keredhaan Allah.

“Alhamdulillah keluarga ini telah dianugerahkan Allah tambahan dua orang putera. Semoga kehadiran orang baru ini, Insya-Allah pasti membawa kebahagian kepada kami semua.

“Kami sentiasa berdoa semoga kesemua dalam keluarga ini akan terus diberkati dan mendapat keredhaan Allah hendaknya,” tulisnya.

Rata-rata pengikut Zizie juga meluahkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah buat dia dan suami.

Zizie dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 58, berkahwin pada 2009.

Pasangan ini mempunyai seorang anak angkat bernama Nayla Nurjenna yang berusia dua tahun 11 bulan.

sumber: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *