Posted on

Jahil Dan Jahil!! Akibat Tindakan Bodoh Keluarga Ini, Ia Menyebabkan Ibu Hamil 7 Bulan Meninggal Dunia.

Ada seorang wanita, sebut saja namanya Hasmah yang baru saja menikah dengan seorang lelaki bernama Razak. Razak sendiri berasal dari desa dan keluarganya bekerja sebagai petani sebagai mata pencarian utama mereka.

Setelah menikah, Razak pun membawa Hasmah ke desa dan tinggal disana bersama dengan keluarganya. Walaupun ekonomi keluarga Razak tidak terlalu bagus, tapi Hasmah cukup bahagia kerana orangtua Razak sayang sangat dengannya.

Setelah hampir setahun, Hasmah pun akhirnya mengandung anaknya yang pertama. Orangtua Razak pun senang bukan main ketika mendengar kabar bahawa Hasmah telah hamil sekarang.

Mereka pun mempersiapkan segala sesuatunya untuk menyambut kehadiran sang cucu di keluarga mereka. Tapi siapa sangka kalau kebahagiaan mereka ternyata tak mampu bertahan lama kerana insiden ini terjadi pada saat Hasmah sudah mengandung 7 bulan.

Selama masa kehamilan, Hasmah mengeluh sering sakit kepala, pusing-pusing, bahkan terkadang dia mampu jatuh pingsan. Hasmah sendiri tahu bahawa dia memiliki tekanan darah tinggi, tapi orangtua Razak mengatakan bahawa itu hal yang biasa dialami oleh seorang ibu hamil.

Mereka pun tidak membawa Hasmah pergi check-up rutin ke doktor kandungan selama masa kehamilan Hasmah.

Memasuki bulan ke 7 kehamilan, Hasmah terlihat terbaring kaku di atas tempat tidur dan mengagetkan seluruh keluarga Razak. Razak pun segera membawa Hasmah yang sudah terbujur kaku ini ke rumah sakit terdekat.

Setelah diperiksa, Hasmah dan janin di dalam kandungannya sudah meninggal dunia jauh sebelum mereka sampai di rumah sakit. Penyebabnya adalah tekanan darah yang terlalu tinggi dan akhirnya menyebabkan stroke.

Doktor pun menyalahkan keluarga Razak kerana tidak membawa Hasmah check-up rutin selama masa kehamilan padahal mereka sudah tahu kalau Hasmah punya tekanan darah tinggi.

Razak dan keluarga sangat terpukul akan kejadian ini, tak ada cucu baru yang mampu digendong, menantu kesayangan mereka pun pergi untuk selama-lamanya.

Oleh kerana itu, sebagai seorang ibu hamil, jangan pernah remehkan keadaan kesehatanmu sendiri ya! Jika kamu merasa ada yang tidak enak dengan badanmu, segera periksakan dirimu ke doktor supaya doktor mampu membantumu untuk menjaga kesehatanmu dan janinmu juga!

Yuk share artikel ini supaya teman-temanmu juga tahu pentingnya untuk check-up rutin selama masa kehamilan!

 

Sumber : sembang mommy

Posted on

Pucuk Muda Dan Nasib Saya!!! “Saya Terima “(Izreen Azminda) Sebagai Madu” – Isteri Pemuzik Gegar Vaganza

ntan membuat pendedahan mengenai suaminya sudah berkahwin dengan pelakon terkenal yang dipercayai Izreen. Foto: Utusan Online.

PETALING JAYA: Isteri kepada pemuzik bebas program Gegar Vaganza yang dikenali sebagai Uda menerima kehadiran seorang pelakon terkenal sebagai madunya.

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Intan mendakwa mengetahui tentang perkara ini dua minggu lepas dan reda dengan keputusan suaminya untuk berpoligami.

“Saya terkejut apabila mendapat tahu perkara ini pada dua minggu lalu dan tidak sangka kerana hubungan kami baik sebagai suami isteri.

“Pada mulanya saya tidak terima namun disebabkan kasih sayang kepada suami dan anak, saya reda dan terima takdir yang telah dientukan,” kata Intan.

 

“Saya Terima “Izreen Azminda) Sebagai Madu” – Isteri Pemuzik Gegar VaganzaIzreen dilaporkan bakal berkahwin dengan pemuzik yang dikenali sebagai Uda.

Pendedahan tersebut dilakukan menerusi temu bual secara langsung bersama sebuah portal berita pada Khamis.

Rumahtangga Intan dan Uda dibina empat tahun lalu. Mereka dikurniakan dua cahaya mata masing-masing berusia tiga tahun dan 11 bulan.

Dalam pada itu, Intan tidak menolak kemungkinan apa yang berlaku ini berpunca daripada kekurangan dirinya sebagai seorang isteri.

“Dia suami yang baik. Kalau bab anak-anak, dia bertanggungjawab. Saya yakin dia mampu untuk berlaku adil.

“Susah nak terima. Mungkin salah saya, tak pandai jaga suami,” ujarnya.

Pemuzik Gegar Vaganza Bakal Suami Izreen Azminda

Terdahulu menerusi laporan mStar Online pada Rabu, aktres Izreen Azminda dikatakan bakal berkahwin dengan pemuzik yang dikenali sebagai R atau nama timangannya, Uda.

Menurut sumber, satu majlis doa selamat akan diadakan oleh Izreen pada 7 Disember depan di Damansara Perdana kira-kira pukul 8 malam.

Tags / Kata Kunci:Uda , Gegar Vaganza

Sumber :http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/11/30/isteri-pemuzik-dedah/#y5BD0XWrSsfCpwF9.99

Posted on

MENARIK HARI INI, 7 SELEBRITI MEMILIKI WAJAH ‘BABY FACE’! YANG NO 3 TU DAH UMUR 43 TAPI MASIH NAMPAK MUDA! APA RAHSIANYA??

Miliki wajah baby face memang menjadi dambaan orang ramai. Mana tidaknya, walaupun sudah berusia, namun wajah masih maintain cantik dan comel bak gadis sunti gitu.

Miliki wajah baby face memang menjadi dambaan orang ramai. Mana tidaknya, walaupun sudah berusia, namun wajah masih maintain cantik dan comel bak gadis sunti gitu.

MH kongsikan beberapa selebriti yang memiliki wajah ‘baby face’. Haa, ada antara mereka sudah 40an ya! Tak caya? Tengok ni.

Tapi serius bertuah individu yang miliki wajah seperti ini sangat bertuah kerana foreveryoung!

Jom #MHBelanjaGambar untuk korang 7 selebriti yang memiliki wajah baby face. Mana satu fav korang?

1.Nora Danish

2.Sari Yanti

3.Amy Mastura

4.Elyana

5.Liyana Jasmay

6.Wawa Zainal

7.Lisa Surihani

Sumber mediahiburan.my

Lain-lain berita

Kerajaan Persekutuan akan memastikan mangsa banjir diberikan bantuan terbaik yang diibaratkan ‘layanan diraja’ ketika berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, lapor agensi berita tempatan.

Bernama melaporkan Shahidan berkata pihak berkuasa telah membuat persediaan secukupnya dalam menghadapi bencana itu bagi memastikan mangsa banjir yang berlindung di PPS mendapat keistimewaan dan keselesaan berserta kemudahan-kemudahan tertentu.

“Makanan segar juga akan disediakan kepada mangsa-mangsa banjir yang tinggal di pusat pemindahan dan pelbagai kemudahan lain turut disediakan agar mereka dapat duduk dengan selesa.

“Dengan kerjasama semua pihak khususnya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kita harap segala kelengkapan dapat disediakan dengan sempurna kepada mangsa,” katanya kepada Bernama selepas melawat mangsa banjir di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati di Pasir Mas, Kelantan hari ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Din Ahmad dan Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kelantan Zainuddin Hussin turut serta dalam lawatan itu, lapor Bernama.

PPS tersebut menempatkan seramai 185 mangsa daripada 78 keluarga.

Shahidan meminta supaya penduduk yang tinggal berhampiran sungai agar segera berpindah jika paras air mula meningkat bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Katanya beliau mengalu-alukan bantuan daripada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mangsa banjir.

Tengahari tadi Malaysiakini melaporkan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengingati rakyat negeri itu betapa musibah banjir yang sedang dialami mereka adalah ujian Allah bagi menguji keimanan dan kesabaran.

Menteri Besar Terengganu Datuk Ser Ahmad Razif Abd Rahman pula meminta agar Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengkaji kembali punca banjir yang berlaku di enam daerah di negeri ini.

Manakala itu, Bernama melaporkan banjir kian memburuk di pantai timur Semenanjung dengan menyaksikan jumlah mangsa di negeri Kelantan dan Terengganu yang dipindahkan ke PPS terus meningkat.

Setakat jam 9 malam ini, mangsa banjir Kelantan meningkat kepada 5,,016 orang, sementara mangsa banjir di Terengganu setakat petang tadi pula berjumlah 4,781 orang ditempatkan di 41 PPS manakala di Kelantan mangsa banjir meningkat kepada 5,,016 orang.

Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun menjadi korban pertama banjir di Terengganu apabila lemas akibat tergelincir di tali air di Marang.