Posted on

POLIS MENYELAMATKAN GADIS DARIPADA PENGANIAYAAN DAN 20 TAHUN KEMUDIAN, GADIS ITU MENJEJAKI POLIS TERSEBUT LALU BERTANYAKAN SATU SOALAN!

Seorang remaja perempuan telah diselamatkan oleh seorang pegawai polis daripada ibu bapanya yang melakukan penderaan terhadapnya. Ketika itu, Sally Zheng berusia 14 tahun dan kehidupannya tidak sama seperti remaja yang lain namun semuanya berubah selepas dia bertemu dengan Pegawai Ralph Torres yang membuatkan dia berasa selamat.

“Ia bermula daripada ingatan, memori dari zaman kanak-kanak saya,” kata Sally Zheng kepada CBS New York. “Saya tidak berada dalam keadaan yang baik, tetapi dia ada bersama saya.”

Masing terngiang-ngiang di telinga Sally Zheng kata-kata semangat daripada polis tersebut: “selagi dia berada di sana, tiada siapa akan menyakiti saya”. Bagi seseorang yang telah melalui beberapa tahun penderaan, ia adalah kali pertama Sally Zheng berasa selamat.

Kredit: You Tube CBS New York

Sebelum meninggalkan Sally Zheng, Torres telah memberikan nombor telefonnya tetapi Sally Zheng tidak dapat mengesannya selepas menetap di pusat jagaan anak-anak angkat. Dia tidak mempunyai pilihan lain selain menjejaki Torres dengan usahanya sendiri.

Menjejaki seseorang bukanlah perkara mudah namun kelebihan yang dimiliki oleh Sally Zheng sebagai salah seorang anggota polis memudahkan pencariannya. Selepas mendapat pekerjaan sebagai pegawai di biro pengangkutan, dia memulakan misi mencari Torres.

Dia bertanya kepada sesiapa sekiranya mereka mengenali mana-mana polis dengan nama akhir yang sama, Pegawai Torres.

Selain daripada itu, Sally Zheng juga pernah menulis surat kepada Torres dengan menyatakan harapannya untuk bertemu dengan heronya itu.

Akhirnya, pada Mei 2017, hasrat Sally Zheng menjadi kenyataan selepas dia diberitahu oleh Pesuruhjaya James O’Neill mengenai kehadiran Torres semasa perhimpunan pagi anggota polis.

Kredit: Facebook NYPD

Sally Zheng yang terkejut dengan lawatan itu ternyata tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata kegembiraannya!

Kredit: Facebook NYPD

Dia berasa sangat gembira kerana akhirnya dia dapat bertemu semula hero yang pernah menyelamatkannya ketika dia berhadapan dengan masa yang sukar dahulu.

Kredit: Facebook NYPD

Ternyata, pencarian Sally Zheng bukanlah sia-sia dan selepas 20 tahun terpisah, mereka dipertemukan semula dalam satu pertemuan yang penuh emosi.

“Saya telah mendapat anak perempuan lain,” kata Torres.

Kredit: Facebook NYPD

Torres teringat Sally Zheng sebagai anak yang ketakutan dan dia tahu dia perlu menenangkannya.

Pada fikiran Sally Zheng tentulah Torres akan tertanya-tanya apakah yang berlaku kepadanya selepas diserahkan ke pusat jagaan anak-anak angkat dan kini dia mampu menunjukkan betapa dia telah melakukan hal yang membanggakan dengan menjadi anggota polis seperti Torres.

Kredit: Facebook NYPD

“Adakah awak berbangga dengan saya?” soal Sally Zheng kepada Torres.

“Saya sangat berbangga dengan awak!” itulah yang dijawab oleh Torres.

Menurut Sally Zheng, dia berharap sikap dan tindakan yang telah ditunjukkan olehnya menjadi contoh yang baik kepada semua anak angkat yang berada di luar sana dan berpegang bahawa harapan itu sentiasa ada di luar sana.

Mari saksikan pertemuan semula penuh emosi antara Sally Zheng dan heronya, Pegawai Ralph Torres dalam video di bawah.

Sumber: NTD

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Credit – Era Baru

Posted on

Pemilik Kedai Halau Gelandangan Yang Minta Makanan, Tapi Rupa-Rupanya Gelandangan Itu Ialah..!

setiap manusia mempunyai kehidupannya masing-masing. Ada yang mewah hidupnya, cukup makan dan pakai, ada pula yang hidupnya serba serbi kekurangan, sebagai contoh gelandangan. Gelandangan merupakan sebuah kelompok kecil yang kurang bernasib baik. Kalau dilihat secara terperinci, hidup mereka sebelum ini sebenarnya senang, tetapi mungkin kerana kesilapannya yang sedikit, membuatkan mereka tersasar sehingga ke hari ini.

Seperti kisah yang dikongsikan di media sosial, Muhammad Danial Abdullah, beliau telah memuat naik video serta beberapa keping gambar bersama gelandangan di Kuala Lumpur. Melalui perkongsiannya itu, dia meluahkan rasa kagum terhadap kehidupan gelandangan ini, di mana walaupun mereka susah tetapi mereka masih memikirkan orang lain.

 

Gambar hiasan

 

“Syukur, hari ini saya dapat satu pengajaran yang amat berharga daripada seseorang yang tak pernah saya duga”

 

Danial bekerja di sebuah kedai yang terletak di Jalan Tiong Nam berhampiran dengan Jalan Chow Kit. Di kawasan kedainya itu, memang sudah terkenal dengan kaki botol, kaki paw serta gelandangan.

 

“Hari-hari saya diganggu oleh mereka dengan memasuki kedai saya, meminta wang dan rokok, dengan bau alkohol yang kuat dan cara yang sangat kasar”

Ketika dia sedang ralit dengan kerjanya, kedainya dimasuki oleh beberapa gelandangan berwarga India. Dek kerana dia sudah biasa berhadapan dengan orang seperti ini, dia terus menghalau gelandangan itu keluar dari kedainya. Tetapi salah seorang daripada mereka sempat memintanya untuk menghubungi Ambulancekerana kawannya yang muntah darah akibat terlalu banyak meminum arak. Tetapi Danial masih tetap menghalaunya.

Sumber: Facebook

 

“Dia kemudian menangis meminta tolong untuk call ambulance. Ada seorang perempuan cina datang membantu dengan menghubungi ambulance“

 

Setelah lihat mereka benar-benar dalam kesusahan, Danial menyesal kerana menghalau mereka tadi. Lantas dia keluar untuk meminta maaf.

Sumber: Facebook

Kata Danial, salah seorang daripada gelandangan itu, Raj, merupakan seorang pemuzik. Dia ditinggalkan isteri dan anak-anak, manakala ibunya di kampung masih tidak tahu kehidupannya sebagai seorang gelandangan di ibu kota ini.

“Mak dia hidup lagi di Melaka, setiap kali contact dengan mak dia, dia kata kehidupan dia di sini baik-baik sahaja”

 

Sumber: Facebook

Ketika mereka sedang sibuk berborak, tiba-tiba datang seorang warga Indonesia, memberikan makanan kepadanya. Apa yang mengejutkan, dia tidak terus makan makanan itu, tetapi meminta diri untuk pulang, untuk membahagikan makanan yang baru sahaja dia dapat itu, untuk berkongsikan dengan rakan-rakannya.

 

“Paling saya terkesan, walaupun hidup uncle Raj hanya dengan membawa satu tote beg, dia masih fikirkan untuk mengagihkan sebungkus makanan yang dia dapat tadi. Apakah aku serba cukup ini sanggup menghalau seseorang keluar dari kedai hanya kerana dia seorang homeless?”

 

Ada sebab sebenarnya mereka memilih untuk menjadi gelandagan. Siapalah kita nak menghukum mereka sesuka hati? Harap dengan kisah ini, dapat buka minda kita untuk terima orang-orang seperti mereka..

sumber:ceritaviral

Posted on

(FOTO) Farid Kamil Dan Diana Danielle Keluar Makan Bersama-Sama, Buat Ramai Gembira

Pasangan suami isteri Datuk Farid Kamil dan juga Datin Diana Danielle menjadi sebutan ramai ekoran kes yang melanda pelakon ini.

Kes Farid Kamil mengamuk di balai polis dan mengambil bahan terlarang kini sedang disiasat dan bakal dibicarakan tidak lama lagi.

Melalui kenyataan adiknya, Fadzil Zahari, Farid Kamil telah menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya setelah dibebaskan dari tahanan reman.

Fadzil Zahari yang juga suami kepada Yana Samsuddin merupakan individu yang paling sibuk dalam menguruskan kes abangnya itu.

Ramai yang respect dan memuji dengan tindakan Fadzil Zahari yang amat menjaga ahli keluarganya.

Dalam perkembangan terkini, melalui laman media sosial, Fadzil Zahari ada memuatnaik satu foto terbaru tentang Farid Kamil.

Fadzil Zahari memuatnaik foto abangnya itu sedang keluar makan tengah hari bersama isterinya Diana Danielle.

Turut berada di dalam foto itu ialah keluarga Farid Kamil termasuk bapanya Dato Dr Zahari Che Dan, ibu mereka iaitu Datin Sharifah Bardah, isteri Fadzil Zahari iaitu Yana Samsuddin dan anaknya Aisy Mateen.

Ini fotonya:


Di ruang komen, ramai follower gembira dengan perkembangan ini. Ada juga yang sayu melihat foto ini. Nampaknya hubungan Farid Kamil dan Diana Danielle baik baik sahaja.

 

Farid juga sebelum ini ada mengatakan dia sudahpun berjumpa dengan anak-anaknya. Syukur!

Semoga segala urusan keluarga ini berjalan dengan baik dan lancar.

Terdahulu, Farid Kamil menggemparkan dunia hiburan apabila dia menampar seorang anggota polis di Balai Polis Trafik Kota Damansara, Selangor pada 11 Januari lalu, selain disahkan positif bahan terlarang.

Farid yang sebelum itu ditahan reman selama lima hari bagaimanapun mengaku tidak bersalah di mahkamah atas empat pertuduhan termasuk menampar seorang anggota polis dan menendang dua orang awam.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Mac hadapan untuk sebutan semula kes. -Berita Memey

Sumber: IG Fadzil Zahari via gengjoyah

Posted on

Satu Perumahan Berbau Busuk. Suami Isteri Ditemui Mati Dalam Keadaan Yang Sungguh Tragis

Kisah hidup pasangan suami isteri yang tinggal di Dusun Sanggrahan Desa/Kecamatan Mungkid Kabupaten Magelang sangat menyayat hati kerana meninggal dunia tanpa di ketahui anak dah ahli keluarga sehingga mayat mereka membusuk di dalam rumah.
Mayat Sukarjo, 70, dan Sutari, 60 ditemui dalam keadaan membusuk dan hampir reput pada tarikh 28 Januari pukul 11.30 oleh seorang menantu mereka yang berniat untuk melawat.
“Berdasarkan kenyataan saksi, pada ketika itu menantu datang untuk berkunjung menemui mertuanya, namun saat mengetuk pintu tidak ada yang menjawab dan curiga mencium bau busuk yang menyengat dari dalam rumah,” kata Ketua Polis Daerah Kabupaten Magelang Edi Susanto.
Menantu mangsa yang curiga dengan keadaan itu meminta bantuan jiran2 untuk memecahkan pintu.
Sebaik sahaja masuk kedalam rumah alangkah terkejutnya menantu itu kerana menemukan jasad si ayah mertuanya terbujur kaku diatas kerusi di ruang tamu manakala ibu mertuanya meninggal ditempat tidur.

 

“Keadaanya sudah hampir mereput,” katanya.
Hasil pemeriksaan mendapati mayat kedua pasangan itu sudah meninggal dunia pada waktu yang sangat lama dan dianggarkan kira-kira 2 hingga 3 minggu yang lalu.
Dipercayai si suami terlebih dahulu meninggal dunia, kemudian si isteri yang menderita stroke turut meninggal kerana tiada yang merawatnya..
Sumber: Berita Media Online
Posted on

Koleksi 10 Foto Comel Selebriti Semasa Remaja & Kanak-Kanak, Gambar No 9 Tuh Hensemya Waktu Kecik.

Zaman ketika remaja dan kanak-kanak merupakan tempoh membsar yang pasti tidak dapat dilupakan oleh sesiapa sahaja. Pelbagai perkara pahit dan manis berlaku sepanjang proses untuk mengenal dunia.

Seperti kamu, selebriti terkenal tanah air juga pernah lalui zaman kanak-kanak atau remaja yang pastinya memberikan seribu satu kenangan dalam hidup mereka. Dan hari ini Remaja ingin kongsikan koleksi-koleksi foto throwback 10 selebriti terkenal ketika mereka kanak-kanak atau remaja.

Cuba tengok Fazura dan Neelofa, semasa kecil lagi sudah nampak sangat comel bukan?

Diana Danielle

Datin Diana Danielle Danny Beeson atau lebih dikenali sebagai Diana Danielle (lahir 22 November 1991) merupakan salah seorang pelakon wanita Amerika Malaysia. Dari kerjayanya sebagai pelakon, beliau mula dikenali umum menerusi filem sulung lakonannya Idola (2002) dan telah membintangi beberapa drama TV termasuk Air Mata Maria (2007).

Akim Ahmad

Afiq Hakim bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Akim Ahmad (lahir 18 Januari 1991) adalah merupakan penyanyi utama yang terkenal di Malaysia dan juga salah seorang bekas pelajar daripada program rancangan realiti iaitu Akademi Fantasia musim ketujuh. Beliau juga merupakan anak saudara kepada penyanyi 1980-an dan 1990-an iaitu Sofie S dan pemain bass kumpulan rock 90-an iaitu Mat Mega yang terkenal dengan lagu Bayangan Gurauan dan Takdir Dan Waktu. Beliau juga berasal dari daerah Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Namun kini, beliau menetap di Kuala Lumpur, Malaysia.

Kelab peminat Akim telah diberi nama Gerakan Penyokong Afiq Hakim (GAFIM). Beliau sekarang sedang aktif bersama band beliau iaitu Akim & The Majistret.

Pada 5 Februari 2016, Akim telah bernikah dengan pilihan hatinya iaitu penyanyi Stacy Anam selepas Stacy memeluk Islam. Mereka mengikat tali pertunangan pada 26 September 2015. Majlis pernikahan itu diadakan secara tertutup di Kota Kinabalu.

Fasha Sandha

Nur Fasha Sandha binti Hassan (lahir 28 Mac 1984)[kaki 1] atau Fasha Sandha merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau boleh dikatakan seorang pelakon yang kerap membawa watak “wanita malang” dan kebanyakan genre atau watak yang dibawa oleh Fasha banyak kepada watak yang berat. Walaupun begitu, Fasha juga boleh membawa pelbagai watak dari perempuan murah hati sehingga perempuan yang dikatakan membawa sial seperti dalam lakonannya untuk drama Natasha. Dalam satu temuramah dalam promosi drama Natasha, Fasha memberitahu kepada media bahawa wataknya di dalam Natasha amat sukar untuk dihayatinya dan memberi kesan kepada dirinya juga.

Nur Fazura

Nur Fazura binti Sharifuddin (lahir 27 September 1983) atau lebih dikenali sebagai Nur Fazura (beliau juga dikreditkan sebagai Fazura Sharifuddin atau Fazura sahaja) merupakan pelakon, pengacara, model, penyanyi dan VJ wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya dalam industri hiburan Malaysia dengan menjadi hos rancangan televisyen dan beberapa peranan lakonan kecil. Beliau merupakan pengacara rancangan televisyen terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Teens World. Pada tahun 2004, beliau melancarkan kerjaya filem beliau dengan memainkan peranan utama dalam filem Bicara Hati arahan Rosnani Jamil yang melayakkan beliau menerima pencalonan anugerah. Kemudian pada tahun 2005, beliau membintangi watak utama sebagai Putri dalam filem Gol & Gincu.

Johan As’ari

Johan Ariff bin As’ari atau lebih dikenali sebagai Johan As’ari (lahir 3 Disember 1986) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia yang mula menempa nama di layar kaca televisyen Malaysia sejak tahun 2011 menerusi watak Botak dalam siri TV Juvana. Beliau merupakan anak kepada Datuk As’ari Ibrahim, Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.

Che Puan Juliana Evans

Juliana Sophie binti Johari Evans atau lebih dikenali sebagai Juliana Evans ialah seorang pengacara, pelakon dan model iklan dari Malaysia. Beliau dilahirkan pada 5 Julai 1989 di Shah Alam, Selangor. Juliana mencipta nama sebagai pengacara kanak-kanak seawal usia 12 tahun, dan kemudian popular sebagai pengacara rancangan “Remaja” di TV3.

Nabila Huda

Nabila Huda binti Suhaimi (lahir 2 Disember 1984) atau lebih popular sebagai Nabila Huda ialah seorang pelakon Malaysia kelahiran Kuala Lumpur yang mula menempa nama menerusi watak-watak antagonis. Nabila ialah anak sulung kepada legenda rock Amy daripada kumpulan Search. Antara filem yang dibintangi beliau ialah Rock, Akhirat, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Pisau Cukur, Duhai Si Pari-pari dan Bohsia 2: Jalan Kembali.

Scha Alyahya

Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Al-Yahya (lahir 30 Mei 1983) atau lebih dikenali sebagai Scha Al-Yahya ialah seorang pelakon, pelawak, pengacara serta peragawati di Malaysia. Beliau mula dikenali ramai selepas memenangi pertandingan Dewi Remaja 2005/2006 dan membuat kemunculan sulung di televisyen menerusi drama Impian Illyana (2006) dengan memegang watak undangan sebagai Yati, Scha mula meraih pencapaian luar biasa menerusi watak lakonannya sebagai Dania dalam siri drama Awan Dania (2008-2010) sekaligus melancarkan kerjayanya sebagai pelakon. Selepas berlakon dalam beberapa siri TV, beliau membuat kemunculan sulungnya di layar lebar sebagai pelakon utama menerusi filem Antoo Fighter (2007). Kredit filemnya yang lain termasuk Histeria (2009), Evolusi KL Drift 2 (2010), Aku Bukan Tomboy (2011) dan Awan Dania The Movie (2012).

Zizan Razak

Mohd Razizan Abdul Razak (lahir 15 April 1984 di Dungun, Terengganu, Malaysia) atau lebih dikenali sebagai Zizan Razak, ialah seorang pelawak, pengacara, pelakon, penyanyi dan duta Malaysia. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik. Beliau ialah naib juara Raja Lawak musim pertama, malahan ketika awal kemunculannya beliau dipanggil sebagai Zizan Raja Lawak. Beliau juga dikenali menerusi gandingan bersama Johan Raja Lawak membentuk Jozan dan banyak menyertai pelbagai pertandingan lawak di Malaysia. Selain berbakat dalam bidang lakonan, beliau juga telah memperluaskan bidang kerjanya.

Neelofa

Noor Neelofa binti Mohd Noor (lahir 10 Februari 1989) atau lebih dikenali sebagai Neelofa ialah seorang pelakon, pengacara dan model iklan Malaysia. Beliau mula melibatkan diri dalam lapangan seni hiburan tanah air apabila beliau dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2009/10 dan terkenal menerusi lakonannya sebagai Alisya dalam drama bersiri Kau Yang Terindah yang bersiaran di TV3 dan Suri Hati Mr. Pilot di Astro Ria.

Sumber : remaja.my, wiki

Sumber : sembangkenchangtoq.com

Posted on

Farah Nabilah Berlagak Jadi Juri Bintang Bersama Bintang??? Apa kes?

Pelakon baharu Farah Nabilah memohon maaf jika ada yang menganggap dirinya berlagak dan bersikap ‘diva’ ketika menjadi juri program Bintang Bersama Bintang (BBB) pada malam Ahad lalu.

Farah, 25, berkata, dia memberi komen pada malam berkenaan secara ikhlas dan terpulang kepada netizen untuk menerima atau tidak.

“Minta maaf jika komen saya terlalu negatif ke terlalu diva ke terlalu berlagak ke? Saya komen yang ikhlas saja. Tidak boleh terima takpe. Lagi pun hari ini first day PMS. Silap la,” tulisnya di Instagram.

Terdahulu, Farah dikritik tidak layak menjadi juri program lawak BBB yang bersiaran secara berlangsung pada malam Ahad.

Farah memuat naik status memohon maaf pada malam Ahad.

Penonton program tersebut meluahkan rasa kurang senang terhadap pelakon berkenaan yang dikatakan membuat mimik muka sombong dan berlagak ketika memberi komen kepada peserta-peserta pertandingan itu.

Mereka turut berkata, Farah atau popular dengan watak Aisy dalam drama Titian Cinta itu seperti tidak faham dengan lawak-lawak yang dipersembahkan pada malam berkenaan.

Farah dijemput menjadi juri undangan bersama juri tetap pelawak terkenal Saiful Apek pada program tersebut.

“Juri muka ketat, macam berlagak tapi komen entah apa-apa. Juri jemputan ambillah yang ada pengetahuan dan betul-betul layak,” ujar salah seorang netizen.

Komen netizen di laman Instagram milik TV3 yang kurang berpuas hati dengan Farah Nabilah.

Sementara itu, Farah yang turut menutup ruangan komen Instagram itu berkata, dia berbuat demikian bukan kerana takut dikecam, sebaliknya enggan netizen berbalah di laman sosial itu.

“Saya tutup komen sebab tidak mahu korang buat dosa free. Bukan takut pun,” ujarnya.

Sumber: Mstar

Posted on

Saat Dahinya Disentuh, Tiba-Tiba Jenazah Gadis Dalam Peti Mati Ini Menggerakkan Anggota Tubuhnya! Orang Tuanya Terkejut Dan Berteriakan!!

Setelah meninggal, seorang gadis bernama Isis Mendez kemudian dibaringkan di dalam sebuah peti mati. Matanya terpejam dan mulutnya sedikit terbuka. Namun, saat kerabat dan teman-temannya menyentuh Mendez, tiba-tiba kedua tangannya bergerak merespon. Hal ini membuat kedua orang tua Mendez seketika berteriak, “Anak itu kembali!”

Di dalam sebuah video terlihat Mendez terbaring di sebuah peti mati berwarna putih, ditutupi dengan selimut putih, dan dikelilingi bunga. Namun saat seorang wanita membelai dahi Mendez, tiba-tiba tangannya terlihat bergerak. Seketika orang-orang yang ada di sekitar berteriak kaget dan hal ini membuat orang tuanya percaya bahwa anaknya itu tidak meninggal. Saat hal itu terjadi, memang belum lewat 24 jam sejak Mendez meninggal, sehingga gejala pembusukan pada tubuhnya belum muncul dan warna kulitnya masih cukup bagus.

Pada kenyataannya, gadis itu sebenarnya tidak bangkit. Gerakan pada tangannya disebabkan oleh cadaveric spasm yang ditandai dengan pergerakan telapak tangan atau kekakuan pada tubuh. Hal ini terkadang disalahartikan sebagai tanda-tanda kehidupan.

Berikut adalah video terkait berita ini:

Sumber: teep

Posted on

Dasar Perangai Biawak!! Duda dan janda sama-sama ‘stim’!

KEGIATAN janda dan duda menjadikan sebuah bengkel mengecat kereta di Kampung Sentosa, Besut sebagai lokasi melepaskan gian dadah dan melampias nafsu terbongkar selepas mereka ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), semalam.

Pada serbuan jam 6.30 pagi, janda berusia 27 tahun itu ditemui berkain pelekat manakala si duda berumur 30 tahun bersembunyi di bawah katil.

Ketua Pegawai AADK Besut Normayati Mat Nawi berkata, serbuan dibuat hasil maklumat awam berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah di bengkel berkenaan.

“Ujian saringan air kencing mendapati pasangan itu positif dadah jenis methamphetamine.

“Difahamkan, wanita itu dipercayai sudah dua kali berkahwin sebelum berpisah dengan pasangannya, dia mempunyai seorang anak dan dijaga oleh bekas suami pertama,” katanya hari ini.

Menurut beliau, siasatan turut mendapati pasangan itu mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau seperti dadah di Kelantan.

Kedua-duanya kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Bagi Yang Masih Beristeri.

Yelah, bila kau duduk serumah dengan dia, memang kau naik muak tengok dia bangun pagi dengan muka zombi, rambut macam makmunah. Kadang-kadang selekeh, kadang-kadang berbau selepas cuci ayam atau ikan dan kadang-kadang kentut busuk sampai boleh membuatkan kau terasa nak muntah. Sebab itu kau rasa wanita di luar sana lagi cantik dari isteri kau. Tetapi kau silap bro. Orang perempuan bila dah jadi isteri dan mak orang, penat dia lain macam, yang tidurnya lena sampai jadi seperti zombi sebab jadual tidur dia sekali saja sehari. Kerja dia dari pagi sampai ke malam. Mana nak jaga anak lagi, suami lagi, rumah lagi dan macam-macam lagi kerja yang dia perlu buat. Dan kau kena tahu part mengandung, beranak hingga ke dalam pantang pun belum cukup penat dan rehatnya. Jadi, hargailah isteri anda yang masih setia berada di sisi anda, yang sanggup menerima baik buruk kau.

Posted on

Kehidupan 4 Permaisuri Raja Melayu Tetapi Bukan Berdarah Raja.. Yang No 4 Tu Memang Cantik Sangat!

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu? Inilah ungkapan yang bisa HUNKZ ungkapkan apabila bercakap tentang “langkah kanan” kehidupan 4 orang Permaisuri Raja Melayu yang masih bertakhta pada hari ini. Baginda Permaisuri menaiki takhta negeri masing masing sebagai Permaisuri yang bukan dari darah diraja ataupun bukan Permaisuri gahara, Dalam entry kali ini, ingin membawa pengunjung blog ini untuk mengenali serba sedikit mengenai latar belakang setiap seorang daripada 4 Permaisuri Raja Melayu Yang Bukan Berdarah Raja..

TUANKU HAJAH HAMINAH BINTI HAMIDUN Ibu Kepada Raja Nazrin Shah, Tuanku Bainun telah dilahirkan pada tahun 1932 di Pulau Pinang. Baginda telah mendirikan rumahtangga dengan Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang pada ketika itu merupakan seorang majistret di Kuala Lumpur. Perkahwinan baginda telah diserikan lagi dengan kehadiran 5 orang cahayamata iaitu dua orang putera dan tiga orang puteri iaitu YTM Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, YAM Raja Dato Seri Azureen, YAM Almarhum Raja Dato Seri Ashman Shah, YAM Raja Dato Seri Eleena dan YAM Raja Dato Seri Yong Sofia.



Diputerikan pada 15 Julai 1953, Tuanku Hajah Haminah merupakan puteri kepada Haji Hamidun Taib dan Hajah Isma binti Mohamad. Kehidupan baginda sebagai seorang rakyat biasa berubah apabila baginda mendirikan rumahtangga bersama KDYMM Sultan Kedah (Yang di-Pertuan Agong XIV) dan bergelar Che Puan Kedah, Haminah binti Hamidun.

Dengan qada dan qadar Illahi, pada 9 Januari 2004 baginda dengan rasminya telah dimasyur dan ditabalkan menjadi Sultanah Kedah yang baru menggantikan Almarhumah Tuanku Hajah Bahiyah.

Serentak dengan pertabalan tersebut, baginda digelar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kedah Sultanah Hajah Haminah Hamidun.

Tuanku Hajah Haminah bersama Pengiran Isteri Anak Hajah Saleha ketika Istiadat Santapan Malam bagi memuliakan lawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV ke Brunei
Foto : Infofoto Brunei.
Apabila KDYMM Tuanku Abdul Halim dimasyurkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV pada 13 Disember 2011, Tuanku Hajah Haminah dengan rasminya bergelar Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan pertabalan baginda berdua dilangsungkan pada 11 April 2012.

DYMM Sultanah Hajah Kalsom telah dilahirkan pada tanggal 12 September 1951 dan mendirikan rumahtangga bersama KDYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah pada 14 Mac 1991. Selepas mendirikan rumahtangga, baginda memakai gelaran Yang Mulia Cik Puan Kalsom.

Sultanah Hajah Kalsom telah dimasyur dan ditabalkan sebagai Sultanah Pahang pada 30 September 1992 dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang, Sultanah Hajah Kalsom. Pada istiadat yang sama, KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah telah berkenan menganugerahkan Sultanah Kalsom dengan Darjah Kerabat Pahang, DK Pahang.

Pada 9 Disember 1988, telah berlangsung Istiadat Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah dan DYMM Tuanku Bainun sebagai Sultan dan Raja Permaisuri Perak. Tuanku Bainun kemudiannya telah diisytiharkan pula sebagai Raja Permaisuri Agong IX dalam Upacara Angkat Sumpah DYMM Sultan Azlan Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong IX.

Diputerikan sebagai Rozita binti Adli Bakeri pada 7 Disember 1973 di negeri jelapang padi, Kedah Darul Aman, baginda telah mendirikan rumahtangga dengan KDYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada tanggal 28 Mac 1996.Pada ketika itu, KDYMM Sultan Mizan bergelar Yang Dipertuan Muda Terengganu Darul Iman.

Selepas perkahwinan tersebut, Sultanah Nur Zahirah bergelar Yang Mulia Cik Puan Seri Rozita Adli Bakeri. Perkahwinan baginda menjadi lebih bahagia apabila telah dikurniakan dengan 4 orang cahayamata iaitu 2 orang putera iaitu DYTM Yang

Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail dan YAM Tengku Muhammad Mua’az serta 2 orang puteri iaitu YAM Tengku Nadhirah Zahrah dan YAM Tengku Fatimatuz Zahra.

Posted on

TAKZIAH, REMAJA YANG DITUDUH MENCURI TELEFON GURUNYA KINI MENGALAMI MATI OTAK

Vasanthapiriya, seorang pelajar Tingkatan 2 SMK Methodist di Nibong Tebal yang cuba membunuh diri selepas dituduh mencuri iPhone gurunya, kini dilaporkan mengalami mati otak.

Menurut satu laporan Free Malaysia Today (FMT), gadis itu mengalami kegagalan organ. Beliau telah diberi sistem sokongan hidup dan sedang menjalani rawatan intensif di Hospital Seberang Jaya.

“Kami berdoa agar keajaiban akan berlaku padanya untuk terus hidup dan memberitahu kami apa yang telah beliau lalui,” kata FMT memetik David Marshel Pakianathan, ahli majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang membantu keluarga Vasanthapiriya.

Malaysian Tamilar Kural

Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh seorang ahli keluarga di Balai Polis Prai, Vasanthapiriya telah dipanggil untuk disoal siasat oleh 3 guru pada 2.00 petang Rabu lepas.

Salah seorang daripada mereka, seorang guru wanita berusia 40-an, menuduh beliau mencuri telefon bimbit iPhone 6 miliknya, kata laporan itu.

Selepas remaja itu menafikan mencuri telefon bimbit, seorang lagi guru didakwa memukul belakang tubuhnya di hadapan pelajar-pelajar lain.

Menurut keluarga gadis itu, beliau kemudian dikurung 5 jam di dalam sebuah bilik,  tanpa makanan atau dibenarkan ke tandas.

Keluarga itu turut mendakwa bahawa rakan-rakan Vasanthapiriya, yang juga disoal oleh guru-guru berkenaan, mempertahankannya dengan mengatakan Vasanthapiriya tidak mencuri telefon itu.

Vasanthapiriya telah meninggalkan sekeping nota sebelum cuba membunuh diri, “Cikgu (nama dirahsiakan) saya tidak ambil telefon bimbit cikgu,” tulis Vasanthapiriya, bersama ucapan selamat tinggal kepada ibu bapa dan neneknya.

Jabatan Pelajaran Pulau Pinang telah memindahkan guru berkenaan untuk sementara waktu sementara siasatan dalaman sedang dijalankan.

“Sebagai permulaan, guru yang terlibat telah ditempatkan sementara di PPD Seberang Perai Selatan sehingga siasatan selesai.

“Jabatan itu telah membuka kertas siasatan ke atas insiden ini mengikut prosedur operasi standard. Kami tidak bertolak ansur dengan kesilapan yang dibuat oleh mana-mana pihak.

“Kami juga akan bekerjasama dengan pihak polis mengenai perkara ini,” kata Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Mohd Jamil Mohamed.

Malaysian Tamilar Kural

Sementara itu, ibu bapa, yang pilu akibat keadaan anak perempuan mereka, telah mendaftar di kumpulan tekanan hak asasi manusia untuk bantuan undang-undang

Kumpulan itu berkata ibu bapa gadis itu terlalu lemah untuk menghadapi keadaan itu.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Credit Era Baru