Pelik Tapi Benar! Mayat Sami Ditemui Dalam Keadaan Tersenyum Setelah Dua Bulan Meninggal Dunia.

BEBERAPA keping gambar mengejutkan muncul, menunjukkan seorang sami yang sudah dua bulan meninggal dunia ‘tersenyum’ ketika mayatnya dikeluarkan oleh pengikutnya setianya.

Luang Phor Pian, seorang sami yang dihormati ketika hayatnya, meninggal dunia pada 16 November tahun lalu di Bangkok, Thailand pada usia 92 tahun.

Berasal dari Kemboja, Pian menghabiskan sebahagian besar hidupnya sebagai guru kerohanian dan guru Buddha yang terkenal di Lopburi, Thailand.

188dae438f1e43d4979d8ca8b04df38c.ashx?la

Gambar Pian yang diambil tidak lama sebelum dia meninggal dunia. -foto Asiawire/FB

Apabila dia meninggal dunia, mayatnya dikembalikan ke kuil tempat dia berkhidmat untuk dikebumikan.

Pada minggu ini, para pengikutnya mengeluarkan mayatnya dari keranda sebagai sebahagian daripada upacara tradisi Buddha.

Tetapi mereka terkejut apabila mendapati mayatnya hampir tidak terjejas dan dia kelihatan sedang tersenyum.

Menakjubkan apabila Pian masih nampak tersenyum apabila diangkat melalui orang ramai.

f2f21d3e758b4ac48082e3c5c429e6f8.ashx?la

Orang ramai tidak melepaskan peluang merakamkan gambar saat-saat luar biasa ini dan berkongsi foto-foto tersebut di media sosial.

Laporan menyatakan bahawa para sami telah mengeluarkan mayat Pian untuk dipakaikan dengan pakaian yang baharu dan bersih.

Walaupun sudah dua bulan meninggal dunia, mayatnya masih sempurna, seperti seseorang yang mati tidak lebih dari 36 jam, media tempatan melaporkan.

Keadaan Pian digambarkan sebagai tanda bahawa sami itu telah mencapai nirwana (kebahagiaan tertinggi).

Image result for Luang Phor Pian

Para pengikutnya akan terus berdoa untuknya sehingga upacara peristirahatan akhir diadakan pada hari ke-100 kematiannya.

Orang ramai yang berasa kagum dengan kejadian itu telah mengambil keputusan untuk merakamkan gambar insiden luar biasa ini dan kemudiannya telah tersebar di media sosial.

Luang yang berasal daripada Kemboja itu telah menghabiskan lebih daripada separuh usianya menjadi seorang sami Buddha yang terkenal di wilayah Lopburi, Thailand.

Sumber: penmerahpress

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *