Posted on

Dasar Perangai Biawak!! Duda dan janda sama-sama ‘stim’!

KEGIATAN janda dan duda menjadikan sebuah bengkel mengecat kereta di Kampung Sentosa, Besut sebagai lokasi melepaskan gian dadah dan melampias nafsu terbongkar selepas mereka ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), semalam.

Pada serbuan jam 6.30 pagi, janda berusia 27 tahun itu ditemui berkain pelekat manakala si duda berumur 30 tahun bersembunyi di bawah katil.

Ketua Pegawai AADK Besut Normayati Mat Nawi berkata, serbuan dibuat hasil maklumat awam berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah di bengkel berkenaan.

“Ujian saringan air kencing mendapati pasangan itu positif dadah jenis methamphetamine.

“Difahamkan, wanita itu dipercayai sudah dua kali berkahwin sebelum berpisah dengan pasangannya, dia mempunyai seorang anak dan dijaga oleh bekas suami pertama,” katanya hari ini.

Menurut beliau, siasatan turut mendapati pasangan itu mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau seperti dadah di Kelantan.

Kedua-duanya kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Bagi Yang Masih Beristeri.

Yelah, bila kau duduk serumah dengan dia, memang kau naik muak tengok dia bangun pagi dengan muka zombi, rambut macam makmunah. Kadang-kadang selekeh, kadang-kadang berbau selepas cuci ayam atau ikan dan kadang-kadang kentut busuk sampai boleh membuatkan kau terasa nak muntah. Sebab itu kau rasa wanita di luar sana lagi cantik dari isteri kau. Tetapi kau silap bro. Orang perempuan bila dah jadi isteri dan mak orang, penat dia lain macam, yang tidurnya lena sampai jadi seperti zombi sebab jadual tidur dia sekali saja sehari. Kerja dia dari pagi sampai ke malam. Mana nak jaga anak lagi, suami lagi, rumah lagi dan macam-macam lagi kerja yang dia perlu buat. Dan kau kena tahu part mengandung, beranak hingga ke dalam pantang pun belum cukup penat dan rehatnya. Jadi, hargailah isteri anda yang masih setia berada di sisi anda, yang sanggup menerima baik buruk kau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *