Posted on

Koleksi 10 Foto Comel Selebriti Semasa Remaja & Kanak-Kanak, Gambar No 9 Tuh Hensemya Waktu Kecik.

Zaman ketika remaja dan kanak-kanak merupakan tempoh membsar yang pasti tidak dapat dilupakan oleh sesiapa sahaja. Pelbagai perkara pahit dan manis berlaku sepanjang proses untuk mengenal dunia.

Seperti kamu, selebriti terkenal tanah air juga pernah lalui zaman kanak-kanak atau remaja yang pastinya memberikan seribu satu kenangan dalam hidup mereka. Dan hari ini Remaja ingin kongsikan koleksi-koleksi foto throwback 10 selebriti terkenal ketika mereka kanak-kanak atau remaja.

Cuba tengok Fazura dan Neelofa, semasa kecil lagi sudah nampak sangat comel bukan?

Diana Danielle

Datin Diana Danielle Danny Beeson atau lebih dikenali sebagai Diana Danielle (lahir 22 November 1991) merupakan salah seorang pelakon wanita Amerika Malaysia. Dari kerjayanya sebagai pelakon, beliau mula dikenali umum menerusi filem sulung lakonannya Idola (2002) dan telah membintangi beberapa drama TV termasuk Air Mata Maria (2007).

Akim Ahmad

Afiq Hakim bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Akim Ahmad (lahir 18 Januari 1991) adalah merupakan penyanyi utama yang terkenal di Malaysia dan juga salah seorang bekas pelajar daripada program rancangan realiti iaitu Akademi Fantasia musim ketujuh. Beliau juga merupakan anak saudara kepada penyanyi 1980-an dan 1990-an iaitu Sofie S dan pemain bass kumpulan rock 90-an iaitu Mat Mega yang terkenal dengan lagu Bayangan Gurauan dan Takdir Dan Waktu. Beliau juga berasal dari daerah Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Namun kini, beliau menetap di Kuala Lumpur, Malaysia.

Kelab peminat Akim telah diberi nama Gerakan Penyokong Afiq Hakim (GAFIM). Beliau sekarang sedang aktif bersama band beliau iaitu Akim & The Majistret.

Pada 5 Februari 2016, Akim telah bernikah dengan pilihan hatinya iaitu penyanyi Stacy Anam selepas Stacy memeluk Islam. Mereka mengikat tali pertunangan pada 26 September 2015. Majlis pernikahan itu diadakan secara tertutup di Kota Kinabalu.

Fasha Sandha

Nur Fasha Sandha binti Hassan (lahir 28 Mac 1984)[kaki 1] atau Fasha Sandha merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau boleh dikatakan seorang pelakon yang kerap membawa watak “wanita malang” dan kebanyakan genre atau watak yang dibawa oleh Fasha banyak kepada watak yang berat. Walaupun begitu, Fasha juga boleh membawa pelbagai watak dari perempuan murah hati sehingga perempuan yang dikatakan membawa sial seperti dalam lakonannya untuk drama Natasha. Dalam satu temuramah dalam promosi drama Natasha, Fasha memberitahu kepada media bahawa wataknya di dalam Natasha amat sukar untuk dihayatinya dan memberi kesan kepada dirinya juga.

Nur Fazura

Nur Fazura binti Sharifuddin (lahir 27 September 1983) atau lebih dikenali sebagai Nur Fazura (beliau juga dikreditkan sebagai Fazura Sharifuddin atau Fazura sahaja) merupakan pelakon, pengacara, model, penyanyi dan VJ wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya dalam industri hiburan Malaysia dengan menjadi hos rancangan televisyen dan beberapa peranan lakonan kecil. Beliau merupakan pengacara rancangan televisyen terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Teens World. Pada tahun 2004, beliau melancarkan kerjaya filem beliau dengan memainkan peranan utama dalam filem Bicara Hati arahan Rosnani Jamil yang melayakkan beliau menerima pencalonan anugerah. Kemudian pada tahun 2005, beliau membintangi watak utama sebagai Putri dalam filem Gol & Gincu.

Johan As’ari

Johan Ariff bin As’ari atau lebih dikenali sebagai Johan As’ari (lahir 3 Disember 1986) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia yang mula menempa nama di layar kaca televisyen Malaysia sejak tahun 2011 menerusi watak Botak dalam siri TV Juvana. Beliau merupakan anak kepada Datuk As’ari Ibrahim, Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.

Che Puan Juliana Evans

Juliana Sophie binti Johari Evans atau lebih dikenali sebagai Juliana Evans ialah seorang pengacara, pelakon dan model iklan dari Malaysia. Beliau dilahirkan pada 5 Julai 1989 di Shah Alam, Selangor. Juliana mencipta nama sebagai pengacara kanak-kanak seawal usia 12 tahun, dan kemudian popular sebagai pengacara rancangan “Remaja” di TV3.

Nabila Huda

Nabila Huda binti Suhaimi (lahir 2 Disember 1984) atau lebih popular sebagai Nabila Huda ialah seorang pelakon Malaysia kelahiran Kuala Lumpur yang mula menempa nama menerusi watak-watak antagonis. Nabila ialah anak sulung kepada legenda rock Amy daripada kumpulan Search. Antara filem yang dibintangi beliau ialah Rock, Akhirat, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Pisau Cukur, Duhai Si Pari-pari dan Bohsia 2: Jalan Kembali.

Scha Alyahya

Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Al-Yahya (lahir 30 Mei 1983) atau lebih dikenali sebagai Scha Al-Yahya ialah seorang pelakon, pelawak, pengacara serta peragawati di Malaysia. Beliau mula dikenali ramai selepas memenangi pertandingan Dewi Remaja 2005/2006 dan membuat kemunculan sulung di televisyen menerusi drama Impian Illyana (2006) dengan memegang watak undangan sebagai Yati, Scha mula meraih pencapaian luar biasa menerusi watak lakonannya sebagai Dania dalam siri drama Awan Dania (2008-2010) sekaligus melancarkan kerjayanya sebagai pelakon. Selepas berlakon dalam beberapa siri TV, beliau membuat kemunculan sulungnya di layar lebar sebagai pelakon utama menerusi filem Antoo Fighter (2007). Kredit filemnya yang lain termasuk Histeria (2009), Evolusi KL Drift 2 (2010), Aku Bukan Tomboy (2011) dan Awan Dania The Movie (2012).

Zizan Razak

Mohd Razizan Abdul Razak (lahir 15 April 1984 di Dungun, Terengganu, Malaysia) atau lebih dikenali sebagai Zizan Razak, ialah seorang pelawak, pengacara, pelakon, penyanyi dan duta Malaysia. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik. Beliau ialah naib juara Raja Lawak musim pertama, malahan ketika awal kemunculannya beliau dipanggil sebagai Zizan Raja Lawak. Beliau juga dikenali menerusi gandingan bersama Johan Raja Lawak membentuk Jozan dan banyak menyertai pelbagai pertandingan lawak di Malaysia. Selain berbakat dalam bidang lakonan, beliau juga telah memperluaskan bidang kerjanya.

Neelofa

Noor Neelofa binti Mohd Noor (lahir 10 Februari 1989) atau lebih dikenali sebagai Neelofa ialah seorang pelakon, pengacara dan model iklan Malaysia. Beliau mula melibatkan diri dalam lapangan seni hiburan tanah air apabila beliau dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2009/10 dan terkenal menerusi lakonannya sebagai Alisya dalam drama bersiri Kau Yang Terindah yang bersiaran di TV3 dan Suri Hati Mr. Pilot di Astro Ria.

Sumber : remaja.my, wiki

Sumber : sembangkenchangtoq.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *