Posted on

Busuk! Busuk! Keluar! Keluar! Pemilik Kedai Halau Gelandangan, Tapi Rupa-Rupanya Gelandangan Itu Ialah..!

setiap manusia mempunyai kehidupannya masing-masing. Ada yang mewah hidupnya, cukup makan dan pakai, ada pula yang hidupnya serba serbi kekurangan, sebagai contoh gelandangan. Gelandangan merupakan sebuah kelompok kecil yang kurang bernasib baik.

Kalau dilihat secara terperinci, hidup mereka sebelum ini sebenarnya senang, tetapi mungkin kerana kesilapannya yang sedikit, membuatkan mereka tersasar sehingga ke hari ini.

Seperti kisah yang dikongsikan di media sosial, Muhammad Danial Abdullah, beliau telah memuat naik video serta beberapa keping gambar bersama gelandangan di Kuala Lumpur. Melalui perkongsiannya itu, dia meluahkan rasa kagum terhadap kehidupan gelandangan ini, di mana walaupun mereka susah tetapi mereka masih memikirkan orang lain.

Gambar hiasan

“Syukur, hari ini saya dapat satu pengajaran yang amat berharga daripada seseorang yang tak pernah saya duga”

Danial bekerja di sebuah kedai yang terletak di Jalan Tiong Nam berhampiran dengan Jalan Chow Kit. Di kawasan kedainya itu, memang sudah terkenal dengan kaki botol, kaki paw serta gelandangan.

“Hari-hari saya diganggu oleh mereka dengan memasuki kedai saya, meminta wang dan rokok, dengan bau alkohol yang kuat dan cara yang sangat kasar”

Ketika dia sedang ralit dengan kerjanya, kedainya dimasuki oleh beberapa gelandangan berwarga India. Dek kerana dia sudah biasa berhadapan dengan orang seperti ini, dia terus menghalau gelandangan itu keluar dari kedainya. Tetapi salah seorang daripada mereka sempat memintanya untuk menghubungi Ambulancekerana kawannya yang muntah darah akibat terlalu banyak meminum arak. Tetapi Danial masih tetap menghalaunya.
Sumber: Facebook

“Dia kemudian menangis meminta tolong untuk call ambulance. Ada seorang perempuan cina datang membantu dengan menghubungi ambulance“

Setelah lihat mereka benar-benar dalam kesusahan, Danial menyesal kerana menghalau mereka tadi. Lantas dia keluar untuk meminta maaf.
Sumber: Facebook
Kata Danial, salah seorang daripada gelandangan itu, Raj, merupakan seorang pemuzik. Dia ditinggalkan isteri dan anak-anak, manakala ibunya di kampung masih tidak tahu kehidupannya sebagai seorang gelandangan di ibu kota ini.

“Mak dia hidup lagi di Melaka, setiap kali contact dengan mak dia, dia kata kehidupan dia di sini baik-baik sahaja”

Sumber: Facebook
Ketika mereka sedang sibuk berborak, tiba-tiba datang seorang warga Indonesia, memberikan makanan kepadanya. Apa yang mengejutkan, dia tidak terus makan makanan itu, tetapi meminta diri untuk pulang, untuk membahagikan makanan yang baru sahaja dia dapat itu, untuk berkongsikan dengan rakan-rakannya.

“Paling saya terkesan, walaupun hidup uncle Raj hanya dengan membawa satu tote beg, dia masih fikirkan untuk mengagihkan sebungkus makanan yang dia dapat tadi. Apakah aku serba cukup ini sanggup menghalau seseorang keluar dari kedai hanya kerana dia seorang homeless?”

Ada sebab sebenarnya mereka memilih untuk menjadi gelandagan. Siapalah kita nak menghukum mereka sesuka hati? Harap dengan kisah ini, dapat buka minda kita untuk terima orang-orang seperti mereka..

sumber:ceritaviral

Posted on

Dari Jauh Sangkakan Siput Lutsinar Cantik. Bila Dekat Dengannya, Semua Orang Lari Bertempiaran.

Selamat bertemu kembali, kali ini anda di bawa kan sebuah video yang agak menarik…

Video yang di rakam selama 2:52 minit ini, boleh di jadi kan sebagai satu pengajaran di mane kita dapat mengenali haiwan haiwan yang dan jarang di lihat….

Haiwan yang di rakam adalah sejenis ubur ubur yang di beri nama UBUR UBUR PORTUGIS….

Bentuk rupa haiwan ini amat menarik dan cantik…. Tapi awas haiwan ini amat berbisa walau pun ia nya sudah mati tetapi bisanye masih aktif….

Bisa haiwan ini boleh memyebabkan maut pada manusia yang tidak kuat melawan bisa….haiwan ini berbentuk bulat dan mempunyai bentuk seperti layar kapal di bahagian bawah badan yang mana berfungsi sebagai bahagian pernafasan…

Haiwan ini akan terdampar di persisiran pantai apa bila di pukul ombak dan akan mati dalam masa beberapa jam….dan dalam waktu itu bahagian yang berbentuk layar kapal itu akan bergerak gerak seperti bernafas,pengarakkannya amat menarik…

Klik video dibawah untuk menyaksikan rakam haiwan tersebut dan sebarkan (share) supaya generasi baru dapat mengenalinye

SELAMAT MENONTON DAN SELAMAT BERKONGI MAKLUMAT…
TERIMA KASIH.

Posted on

Walaupun Umurku Setahun Jagung, Akan Ku Cuba Menjadi Cinta Teragung Kamu. Gadis Cantik Bernikah Umur 17 Tahun Jadi Viral.

Seorang gadis cantik menjadi perhatian netizen selepas menamatkan zaman bujangnya ketika baru berumur 17 tahun.

Gambar-gambar pernikaan gadis yang hanya dikenali sebagai Amyra Nadya itu tersebar selepas ianya dikongsi oleh beberapa portal terkenal hari ini.

Menurut Amyra, dia telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang jejaka bernama Khaldun, yang baru berusia 18 tahun!

Apapun, tahniah buat Amyra dan Khaldun. Semoga berbahagia hingga ke Jannah.

 

Ketahui rahsia yang tersirat bagi pasangan muda semasa belajar yang mahu melangsungkan perkahwinan.

Kalau dulu, admin pernah kongsikan kelebihan berkahwin pada usia muda, tapi kali ini admin kongsikan pula pada pembaca dalam konteks pembelajaran. Perkahwinan yang dilangsungkan ketika masih belajar pada usia muda. Selamat membaca!

KEBAIKKAN & KELEBIHAN BERKAHWIN KETIKA BELAJAR PADA USIA MUDA

Kebaikan 1

Kahwin awal dapat mengelakkan zina.Pasangan muda yang masih belajar apabila kahwin muda, mereka akan terlepas dari melakukan maksiat sebab mereka dah mempunyai hubungan yang halal dan sah. Daripada bercouple 4,5,6,7,8,9 ataupun 10 tahun tetap berdosa sebab semasa bercouple macam-macam maksiat boleh berlaku. Dalam islam pun sebenarnya tak dibenarkan bercouple, sebaliknya nak yang lebih indah iaitu Bercinta Selepas Nikah

Kebaikan 2

Dapat mengawal nafsu dan elakkan maksiat,Sekarang ni terlalu banyak kes anak di luar nikah, kes pembuangan bayi.Ini semua berlaku disebabkan perasaan cinta yang ditambah dengan nafsu dan dengan hasutan syaitan maka terjadilah zina. Sebab tu digalakkan berkahwin ketika belajar pada usia muda, sebab kita selamat dari melakukan perbuatan terkutuk iaitu zina dan selamat daripada melakukan dosa. Apabila dah berkahwin pastinya kita akan menjaga zuriat kita dengan baik dan sempurna.

Kebaikan 3

Batas-batas pergaulan anda terpelihara, memang tak dapat dinafikan pasangan couple selalunya tidak dapat menahan perasaan ingin berjumpa,ingin dating,ingin bersama2 setiap masa dan waktu.Apabila perkara ini selalu terjadi, secara tidak langsung pasangan ini akan terlibat dengan melalukan perbuatan terlarang iaitu maksiat & zina. Bila dah kahwin, dan mempunyai hubungan yang sah anda sudah berjaya menjaga batas-batas pergaulan anda.

Kebaikan 4

Bila dah berkahwin pada usia muda, anda sebenarnya sudah boleh dikatakan selamat dari gangguan orang ramai. Sekarang ni kita boleh lihat setiap hari perempuan2 yang cantik akan diganggu oleh lelaki. Perkara ini sering terjadi kepada pelajar IPTA. Dengan berkahwin pada usia muda dan mempunyai suami anda sebenarnya sudah selamat dari gangguan.

Kebaikan 5

Selamat dari cinta monyet, anda semua mesti tahu apa itu cinta monyet? biasa cinta monyet ni bertahan sekejap selepas itu putus. Ramai sebenarnya yang cinta monyet,berjanji sehidup semati nk bersama2 untuk selama-lamanya.Tapi bila hubungan yang diharapkan kekal sehingga ke jinjang pelamin akhirnya musnah. Apabila perkara ini berlaku, anda akan kecewa,sedih,marah,benci dan paling teruk hilang kepercayaan terhadap cinta ada yang sampai bunuh diri.Sebab itu anda patut berkahwin ketika usia muda, sebab apabila dah berkahwin insyAllah akan kekal selama-lamanya.

Kebaikan 6

Hidup lebih berkat dengan adanya hubungan yang sah.Pastinya hidup anda akan lebih berkat apabila mempunyai ikatan hubungan yang sah iaitu suami dan isteri.

Kebaikan 7

Prestasi cemerlang selepas kahwin,dan mendapat semangat baru untuk belajar, tak dapat dinafikan dah ramai yang berkahwin semasa belajar mereka memperolehi keputusan yang cemerlang dalam pelajaran dan exam. Dengan berkahwin, menjadikan seseorang itu lebih tenang dan matlamat hidup mereka lebih jelas. Mereka lebih fokus dalam bidang pelajaran dan sokongan dari pasangan membuatkan mereka lebih bersemangat.

Kebaikan 8

Hadiah yang terlalu bernilai dan diharapkan oleh ibu dan ayah anda.Semua ibu dan ayah ingin menimang cucu mereka sendiri.

Kebaikan 9

Dapat membuat perancangan keluarga lebih awal,apabila anda berkahwin pada usia muda anda sudah boleh merancang untuk masa depan keluarga anda.Isteri juga akan berasa yakin dan konfiden apabila melahirkan anak pada usia muda.Selain itu,pasangan yang berkahwin pada usia muda sebenarnya beruntung sebab boleh menjaga anda di usia muda. Kelebihanya apabila umur anda sudah 30 lbih masa tu anak-anak dah besar.Jadi anda tak kelam kabut pada usia tersebut.

Kebaikan 10

Menjadikan anda lebih bertanggungjawab, bila dah berkahwin dan mempunyai keluarga.Anda pasti akan ubah sikap2 malas anda kepada rajin sebab anda bukan lagi hidup dibawah jagaan ibu dan ayah tetapi anda sudah mempunyai tanggungjawab besar untuk jaga keluarga anda.

Posted on

SAYANGKU IBU! HADIAHKAN KERETA SEMPENA HARI LAHIR, PENAMPILAN IBU SHUIB SEPAHTU JADI PERHATIAN RAMAI?

Beberapa hari yang lalu, pelawak terkenal, Shuib dalam laman Instagramnya ada memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan dia, dan isterinya Siti Sarah bersama ibunya dengan sebuah kereta yang dihias indah belon.

Difahamkan Shuib menghadiahkan sebuah kereta berwarna putih itu kepada ibunya sempena hari jadi wanita berkenaan pada 8 Disember yang lalu.

Selain ucapan hari lahir buat wanita berkenaan, ternyata penampilan Sarah dan ibu Shuib menjadi perhatian netizen kenapa?

Rupanya rata-rata terkesima dengan penampilan ibu Shuib yang dikategorikan sebagai hipster, manakala Sarah pula menerima teguran berkaitan rupanya yang berbeza daripada imejnya di Instagram.

Gambar yang di muat naik dengan kapsyen “Happy belated birthday Mama…..Senyum lebor arini dia…” itu mendapat hampir 31K likes di Instagram.

Sumber Facebook RotiKaya