Posted on

(Cerita Dalam Kelambu) Kisah Pasangan Baru Berkahwin Angkara Mengikut Petua Tok Nenek Depa.

(Video dan gambar penuh sila lihat dibawah sekali).

Sebelum Korang start baca, janji taw kalau korang tergelak dengan kisah ni, korang payung la share satu. Jangan makan sorang.. Hehe

Al-kisah berlakunya cerita di sebuah kampung nun jauh di Utara Kedah. Di situ tinggallah dua buah keluarga. Yang satu tu janda beranak satu. Janda ni ada anak dara bernama Milah. Keluarga yang satu lagi tu duda beranak satu. Duda ni juga mempunyai seorang anak teruna yang diberi nama Dollah.

Sejak daripada kecil hingga ke umur akil baligh, Milah dan Dollah berkawan rapat. Maka mak bapak Milah dan Dollah ni setuju untuk mengahwinkan mereka berdua.

 

Sebelum menjadi seorang isteri berpesanlah mak Si Milah kepada anaknya;

“Milah…hang dah kahwin nanti…bila tiba malam pertama tu, hang hati-hati sikit…”

“Kenapa mak?” Tanya Milah terkejut.

 

“Bukan apa Milah. Mak dengaq maknya Si Dollah tu mati sebab Bapak dia ‘punya’ sebesaq kepala lutut!! Jadi mak takut kot-kot la Si Dollah tu nurun ikut pak dia”Jelas mak Milah.

Maka Si Milah pun ngangguk la tanda paham dengan pesan ibunya itu.

Nak dijadikan cerita, bapaknya Si Dollah pun bagi ingatan juga pada anak dia.

 

“Dollah! Bila hang kawin ngan Milah nanti…tiba malam pengantin, hang tu kena jaga-jaga sikit! Pak dengaq ayah Milah dulu mati sebab mak dia ‘punya’ bergigi!! Takut-takut la Si Milah tu nurun mak dia…”

Terkejut beruang panda Si Dollah mendengarnya! Anyway, Dollah pun ahah kan je la…

Diringkaskan cerita, kahwin la Milah ngan Dollah. Time malam nak tidur pun tiba. Duk..dak..duk…dak… kedua-dua pengantin baru tu bila lampu dah padam. Yalah tiba-tiba teringatkan pesanan mak ngan bapak dorang.

 

Tapi dia orang tu masing-masing berlagak cool je. Macam takde apa-apa yang mereka risaukan. Waktu tidur tu, Milah pakai baju tidur yang paling seksi sekali yang ada dalam simpanannya. Jarang habis! Dollah pun apa lagi menitik la air liurnya!

Bila Dollah mula nak bukak step je, dia teringat pesanan pak dia tu. Dollah pun dapat idea nak hulur lutut dia. Kot-kot la betul bergigi Si Milah ‘punya’, selamat sikit fikir Si Dollah.

Si Milah pun camtu juga. Dia nak sua mulut dia. Kalau betui la Dollah ‘punya’ besaq kepala lutut, selamat la sebab dia boleh gigit.

 

Bila bertemu je gigi Si Milah ngan lutut Si Dollah, apalagi dua-dua terkejut beruk pencen la. Lagi-lagi Si Dollah. Dia terus lari balik rumah bapaknya.

“Pakkk….betullah! Si Milah ‘punya’ bergigi pak!” Bersungguh-sungguh Dollah bercerita.

Tapi pak Si Dollah tak puas hati . Mereka berdua pi ke rumah Milah buat spot checked. Masa tu Milah tengah mandi. Mandi wajib ke, mandi sunat ke, itu tak tahu la. Tapi dengan kurang ajarnya Dollah dan bapaknya terus tolak pintu bilik air Si Milah tu.

 

Apalagi, terkejut la Si Milah yang tengah mandi telanjang bulat tu. Dengan tak berlengah lagi dia terus je cabut pokok kangkung yang hidup subuq kat longkang bilik air. Dengan pokok kangkung tu la Milah tutup dia ‘punya’ tu!

Bapak Dollah nampak je keadaan Si Milah tu, dia pun jerit,

 

“HAH, TU DIA!
MAKAN KANGKUNG PULAK DAH!!!”

Posted on

KANAK-KANAK MISKIN INI MENGEMBALIKAN DOMPET YANG DITEMUI KEPADA PEMILIKNYA DAN MEMINTA SERINGGIT DARIPADANYA NAMUN DIA DIKETAWAKAN. TETAPI SETELAH MENGETAHUI SEBABNYA MEREKA…

(Video dan gambar penuh sila lihat dibawah sekali).

Ketika dermawan Kenneth Behring melintasi San Francisco Bay Area pada tahun 1990-an, dia tiba-tiba mendapati dompetnya hilang. Pembantunya berkata dengan cemas, “Mungkin anda kehilangan dompet anda semasa anda berjalan pada waktu pagi dan melalui kawasan sesak dan kotor di Berkeley. Apa yang boleh kita lakukan sekarang?”

Behring dengan berat hati berkata: “Kita hanya boleh menunggu orang yang mengambil dompet saya untuk menghubungi kita.”

Dua jam kemudian pembantu Behring memberitahunya dengan rasa kecewa: “Sudahlah, jangan membuang masa kita lagi menunggu seseorang yang tinggal di kawasan yang sesak dan kotor untuk mengembalikan semula dompet tuan. Kita tidak sepatutnya berharap daripada orang seperti mereka langsung.”

Behring dengan tenangnya menjawab: “Tidak, saya masih mahu menunggu dan lihat.”

Pembantu itu berasa hairan: “Orang yang mengutip dompet tuan sepatutnya dapat menghubungi kita dengan mudah kerana di dalam dompet tuan ada kad perniagaan. Ia hanya mengambil masa beberapa minit untuk membuat satu panggilan. Kita telah menunggu sepanjang petang. Nampaknya orang yang mengutip dompet itu tiada niat untuk mengembalikannya kepada tuan.”

Behring tetap berkeras untuk terus menunggu. Siang berganti malam dan tiba-tiba telefon berbunyi. Orang yang menghubungi itu adalah orang yang mengutip dompet Behring. Dia mahu Behring mengambil dompetnya di Jalan Kata.

Pembantu Behring menggumam: “Adakah ini satu perangkap? Mungkin mereka mahu mengancam atau memeras ugut kita?” 

Behring tidak mengendahkan pembantunya dan dengan segera memandu ke Jalan Kata. Sebaik sahaja mereka tiba, seorang kanak-kanak lelaki berjalan menghampiri mereka dan di tangan kecilnya terdapat dompet Behring yang hilang itu.

Dengan pantasnya pembantu Behring merampas dompet tersebut dan mengira wang yang ada di dalamnya. Dia terkejut kerana tiada satu sen pun yang hilang.

“Tuan, bolehkah saya meminta sedikit wang?” kata kanak-kanak lelaki itu dengan tersipu-sipu.

Selepas mendengar kata-kata kanak-kanak itu, pembantu Behring ketawa: “Lihat, saya sudah mengetahuinya…” Sebelum dia dapat menghabiskan ayatnya, Behring menyela pembantunya dan sambil tersenyum berkata: “Berapa banyak yang awak mahukan?”

“Hanya seringgit.” balas kanak-kanak itu dengan tersipu-sipu.

“Saya telah mencari sebuah telefon awam untuk masa yang lama dan apabila saya akhirnya menemui telefon itu, saya tidak mempunyai wang langsung lalu meminjamnya daripada pemilik kedai untuk membuat panggilan ini. Sekarang saya perlukan seringgit itu untuk dipulangkan semula kepadanya.”

Selepas mendengar penjelasan kanak-kanak itu, pembantu Behring termalu sendiri.

Behring sangat tersentuh hati dan memberikan pelukan kepada kanak-kanak lelaki itu. 

Dengan segera Behring menukarkan rancangan kebajikan asalnya. Behring melaburkan wangnya pada beberapa buah sekolah di Berkeley dan sekolah-sekolah ini bertujuan memberi pendidikan kepada kanak-kanak yang tinggal di kawasan yang sesak dan kotor.

Semasa pembukaan majlis, Behring berkata: “Kita mesti tidak menganggap bahawa setiap orang di luar sana adalah tamak atau mementingkan diri. Kita perlu menyediakan ruang dan memberi setiap orang satu peluang untuk membuktikan diri mereka mempunyai hati yang bersih dan baik. Sangat bernilai untuk membantu orang yang mempunyai jiwa yang baik.”

Posted on

Sangkakan Kayu Golf Tersangkut Atas Pokok Kelapa Sawit, Tapi Bila Tengok Dia Mengembang Kelam Kabut Semua Orang. Tq Abang Bomba Membantu.

Komen tentang video : (atau scroll ke bawah terus tonton video)
Bapak GiLer Besar, King Cobra Atas Pokok, Nasib baik sempat elak, kalau tak nyawa melayang.

kerja bomba bukannya mudah, kerja bomba ini mencabar, kerja bomba bukan sekadar padam kebakaran, tetapi kerja bomba merangkumi segala aspek persekitaran.

jangan hanya perlekehkan kerja bomba ini, rata rata nya mengata bomba ini tiada kerja. sebenarnya banyak kerja bomba ini.

berikut merupakan kerja kerja bomba:

1. Padam Kebakaran termasuklah Rumah, Hutan, Semak, Padam hati juga,

2. menangkap binatang berbisa seperti ular.

3. menghalau atau membunuh serangga berbisa seperti tebuan

4. mengawal sisa tumpahan bahan kimia berbahaya

5. dll

bukannya mereka duduk goyang kaki di balai.

fahamkan sekarang tugas bomba mcm mana, so kena la tabik spring kat abam bomba lepas ni.

Bukan calang calang orang yang boleh jdi bomba ni. pertama sekali kenalah ada Pendidikan, kedua mesti ada keberanian, kalau badan sado tapi penakut pun tak gunakan.

jom saksikan aksi aksi berbahaya anggota bomba, menangkap King of the Cobra. salah sikit, alamatnya nyawa melayang lah. dorang pun ada anak bini, mak ayah jugak. tapi mereka tidak alpa dalam menunaikan tanggungjawab dalam usaha menyelamatkan keadaan persekitaran. nak harapkan kita, nampak ular pun dah mencicit lari. hahahahaha.

semoga menjadi semangat untuk anak muda menjadi pasukan penyelamat, terutama sekali, BOMBA.

by admin1 KFRianaZ Media @terbitan 2018
Sila tonton video:

Posted on

Inilah Biodata Tasha Kakak Qila Lakonan Nelydia Senrose Dalam Drama Lafazkan Kalimah Cintamu, Ramai Tak Tahu Dia Pernah Digelar…

(Video dan gambar penuh sila lihat dibawah sekali).

Siapa sebenarnya gadis cantik bernama Nadiyah Shahab ini? Nadiyah Shahab adalah seorang pelakon baru yang mula mencuri perhatian menerusi drama bertajuk Encik Suami Mat Salih Celup.

Buah tangan terbaharu beliau adalah sebagai pelakon sampingan dalam drama berjudul ‘Mr. Hijab’ yang disiarkan melalui Slot Iris TV3. Popularitinya meningkat setelah membintangi drama Lafazkan kalimah cintamu di saluran Astro

Sebelum bergelar pelakon, Nadiyah Shahab lebih dikenali sebagai Freelance Model dan juga host untuk rancangan travel ‘Lost At Sea’ yang ditayangkan di saluran Go ASEAN (Astro Channel 737).

Dalam rancangan itu, beliau menjelajah dan mengembara ke beberapa bandar dan destinasi utama pelancongan antaranya Myanmar, Filipina, Kemboja, Jogyakarta, Sulawesi Indonesia dan Sarawak.

Biodata Nadiyah Shahab

Nama Penuh: Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab
Nama Komersial: Nadiyah Shahab
Tarikh Lahir: 29 Mei 1991
Umur: 27 Tahun (2018)

 

Asal: Singapura
Bintang: Gemini
Pendidikan: Jurusan Undang-undang dari Universiti of London, Singapura

 

Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Singapura
Keluarga: Anak sulung dari 2 adik-beradik
Kerjaya: Pelakon, Model, Pengacara

 

Drama: Encik Suami Mat Salih Celup, Mr. Hijab (2017)
Program TV: Lost At Sea
Facebook: @Nadiyah-Shahab
Instagram: @nadiyah.shahab
Twitter: @nadiyah_shahab

Fakta Menarik Tentang Nadiyah Shahab

Akaun Instagram Nadiyah Shahab pernah digodam dan beliau terpaksa membayar wang berjumlah RM660 untuk mendapatkan kembali akses tersebut.

Pernah dipaparkan dalam Majalah Esquire dalam artikel yang bertajuk ‘The Women We Love of Instagram’ kerana mempunyai pengikut Instagram yang ramai dalam masa yang singkat.

Ramai yang bertanyakan tentang agama Nadiyah Shahab, tentunya beliau beragama Islam.

Pernah digelar sebagai Song Ji-hyo Malaysia disebabkan kecantikan yang dimilikinya.

Sumber : himpunanceritalawak

Posted on

Sayu!! “Laju Je Fattah Dengan Fazura Turun Dari Pelamin Tak Hirau Gaun Tersangkut Sebab Nak Sambut Opah”- Sweet Moment Fattzura Dan Opah Amat Menyentuh Hati.

(Video dan gambar penuh sila lihat dibawah sekali).

Sudah berlangsung dengan meriahnya persandingan dua merpati sejoli iaitu Fattah dan juga Fazura baru-baru ini.Memang romantis habis orang cakap mereka punya perkahwinan dan tema majlis itu sungguh mengasyikkan seperti berada di alam kayangan.

Mereka berdua di lihat sama cantik dan sama padan ketika berada di pelaminan bersama.

Majlis itu di hadiri oleh pihak media, rakan-rakan dan juga keluarga dari kedua-dua belah pihak malah tetamu VVIP juga turut di jemput bersama.

Macam biasa, bila lepas makan-makan, maka akan ada sesi tetamu datang naik ke pelamin untuk ucap tahniah dan bersalaman dengan para pengantin di samping mengambil gambar kenangan. Memang sangat ramai artis popular post gambar mereka bergambar dengan pengantin hot nie di Instagram masing-masing.

Namun ada satu detik indah berjaya di rakam dan menarik perhatian ramai netizen. Kata netizen, ini adalah saat full of love antara Fattzura dan juga Opah. Ketika mereka sibuk melayan hadirin di pelamin, mereka berdua cepat-cepat turun ke bawah untuk mendapatkan Opah yang berada di atas kerusi roda walaupun gaun Fazura yang panjang itu di katakan tersangkut-sangkut ketika nak turun.

Saat manis itu di rakam dan di kongsi oleh keluarga mereka sendiri(Mak Teh). Opah di katakan sebak melihat cucunya bernikah dan bahagia dengan hidupnya membuatkan dia menangis haru. Ketika itu Fazura cuba memujuk Opah sambil memegang tangan serta merangkul wajahnya. Setelah itu Fattah juga di lihat bercaka-cakap dengan Opah dan barulah Opah nampak tersenyum.

Mungkin Opah merasa hiba dan sebak kerana dapat melihat detik indah itu walaupun dia hanya mampu duduk atas kerusi roda. Netizen ramai yang tersentuh hati dengan saat indah dan bahagia ini.Mereka memuji-muji Fazura yang di lihat tersangatlah loving dan rendah diri dan menurut netizen,Fattah telah memilih individu yang tepat untuk di jadikan isteri.

Kredit: Kisah Dunia / ceriteradunia

Posted on

Anjing Menitis Air Mata Menahan Kesakitan Kerana Diracun Perompak… Apa Yang Terjadi Selepas Itu Sungguh Meruntun Hati…

Anjing bukan sahaja setia namun mereka juga sangat berguna kerana membantu menjejaki jenayah dan menjadi pengawal rumah.

Sangat menyedihkan apabila kita seringkali mendengar kisah mereka dicederakan dan dibunuh. Ada juga kisah mereka yang dibiarkan mati kerana kebuluran selain didera tuan sendiri.

Baru-baru ini seorang warganegara Indonesia Achy Wijaya berkongsi di Facebook bagaimana dia menjumpai anjingnya yang sedang nyawa-nyawa ikan kerana diracun. Sedihnya..

Menurut Achy, rumahnya yang terletak di Merauke, Papua dipecah masuk perompak pada suatu malam namun cubaan mereka digagalkan oleh anjing peliharaannya.

Berhati-hati. Kes rompakan semakin berleluasa.

Beberapa hari lalu, halaman rumah kami dimasuki orang yang tidak dikenali pada waktu tengah malam. Namun rancangan mereka gagal kerana digigit oleh anjing peliharaan kami.”

Namun, menjelang pagi, mereka menyedari bahawa anjing mereka sedang terbaring dan nazak kerana diracuni. Menurutnya lagi, mereka sekeluarga telah mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan anjing kesayangan mereka itu, namun usaha mereka gagal.

Kami telah suapkan satu tin susu, separuh liter minyak dan air kelapa namun dia (anjing) tidak dapat diselamatkan.

Lebih menyedihkan apabila mereka tidak dapat membawanya ke klinik veterinar kerana klinik itu tutup pada hari tersebut.

Di dalam video yang dikongsikan Achy, sangat jelas kelihatan air mata anjing itu menitis dan bergenang seperti memberitahu bahawa dia sedang menangis dalam kesakitan. Kesiannya

Dia juga dilihat sangat lemah dan meluakkan semula apa yang diberikan Achy untuk menyelamatkan. Sedih bila bayangkan penyiksaan yang dilalui anjing ni…

Ramai netizen terutamanya pencinta haiwan yang membaca post tersebut turut bersimpati dengan Achy selain turut berasa sangat marah terhadap mereka yang meracuni anjingnya itu.

Kenapalah orang tak ada hati dan perasaan? Kejam, manusia itu berhati syaitan.”

Kesiannya anjing ini, menitis air mata dia menahan sakit azab nak mati.”

Ada juga yang memberi komen mempersoalkan tindakan Achy merakam detik kematian anjing kesayangannya itu.

Saya berasa sangat sedih dengan apa yang menimpa anjing ini tetapi saya tidak faham mengapa kamu merakamkan detik ini?”

Kenapalah dunia semakin kejam, manusia semakin hilang sifat perikemanusiaan. Haiwan yang tidak bersalah menjadi mangsa kekejaman mereka.

Sumber://lobakmerah.com/anjing-menitis-air-mata-menahan-kesakitan-kerana-diracun-perompak/

Posted on

Sayu!! Ada Yang Suruh Saya Bercerai… Saya Sayang Suami Dan Akan Jaga Dia Sepanjang Hayat Yang Ada…

MELAKA – Penyakit yang dihidapi suami menyebabkan saya terus cekal meneruskan kehidupan dan menjaga keperluan harian suaminya yang tidak mampu menguruskan diri akibat penyakit yang dihidapi.

Menurut laporan Harian Metro yang menemu bual Nurr Hidayah Hassan, 29, isteri kepada Hamdan Hashim, 30, yang menderita penyakit Johnson Steven Syndrom sejak awal tahun ini.

“DOKTOR beritahu suami tidak boleh sihat seperti dulu, matanya sekarang sudah tidak nampak lagi. Dia hanya boleh mendengar,” kata

Menurut Nurr Hidayah, semuanya bermula ketika suaminya bekerja di stor kilang pakaian di Melaka.

“Pada asalnya selepas bekerja di stor kilang pakaian, suami saya sakit mata dan ke klinik untuk dapatkan rawatan. Doktor bagi ubat mata dan pil bagi meredakan sakit di mata suami saya.

“Bagaimanapun, kurang dari 24 jam mata dan mulut suami bengkak sebelum saya bawa dia ke Hospital Melaka bagi mendapat rawatan,” katanya yang kini hanya bekerja sambilan dalam talian bagi meraih pendapatan.

Nurr Hidayah berkata, penyakit suaminya semakin serius selepas doktor memberikan antibiotik kerana mendakwa suaminya sakitcacar air.

“Selepas makan antibiotik dia semakin teruk kerana kulit bertukar seperti melecur dan berdarah.

“Dia (suami) dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama sebulan. Sedih saya lihat keadaannya ketika itu namun sebagai isteri saya perlu kuat,”katanya yang ketika ini menumpang teduh di rumah neneknya di Kampung Morten, Melaka.

Menurutnya, suaminya kini tidak dapat bekerja berikutan doktor mengesahkan menghidap penyakit Johnson Steven Syndrom hingga mengakibatkan penglihatan suaminya tidak jelas.

“Mata kanan suami tidak dapat diselamatkan kerana sudah ada selaput yang menghalang dan dia tidak nampak.

“Namun doktor cuba untuk memulihkan mata kiri yang kabur. Kerana tidak dapat melihat, suami hanya akan mendengar radio sepanjang hari dan saya menemaninya serta membantu untuk menguruskan dirinya,” katanya.

Menurut Nurr Hidayah, ada komen negatif netizen yang diterimanya selepas gambar suaminya tular di Facebook (FB) sejak semalam.

“Ada yang suruh saya bercerai dan sebagainya. Saya sayang suami saya dan akan jaga dia sepanjang hayat saya.

“Susah senang saya mahu bersamanya dan akan sedaya upaya mencari jalan untuk dia pulih,” katanya yang berkahwin dengan Hamda sejak tiga tahun lalu.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh salurkan ke akaun Maybank Hamdan Bin Hashim, 1040 6829 6200.

Posted on

Rupanya Ini Sebenar Yang Berlaku Di Zouk.. Daphne Iking Menceritakan Perkara Sebenar

Ketika ini, baik di Instagram mahupun Facebook rata – rata netizen masih hangat membicarakan soal majlis pelancaran kolesi tudung terbaru Neelofa, ByLofa. Segalanya menjadi kontroversi apabila selebriti itu memilih sebuah kelab malam terkenal di ibu negara sebagai lokasi majlisnya itu.

Daphne Iking Pertahankan Neelofa

Menyedari pelbagai kecaman terus diterima, pelakon dan pengacara Daphne Iking yang turut berada disitu sebagai hos tampil memberi kenyataan balas di Instagramnya yang mendakwa ianya bukanlah seperti yang digambarkan netizen. Menurut Daphne, segala persiapan telah pun diatur rapi dimana tiada minuman alkohol dihidangkan, tidak dibenarkan merokok malah kelengkapan hiasan turut dihias mengikut tema yang diinginkan.

Tambahnya juga, sebab mengapa kelab malam itu dipilih kerana ianya juga merupakan sebuah lokasi acara disamping turut tersedia dengan pakej yang berpatutan dan mengikut tema yang diinginkan.

Neelofa Tidak Ambil Peduli Komen

Meskipun pelbagai komen dan kecaman daripada netizen, Neelofa mengambil jalan untuk tidak ambil peduli dengan sebarang ancaman yang diterima. Baginya menerusi BH Online pula, beliau tahu apa yang beliau sedang lakukan.

“Saya membuat keputusan untuk tidak mempedulikan lagi kritikan orang ramai berhubung mana-mana perkara, yang penting saya tahu apa yang dilakukan. Lokasi dipilih sesuai dengan tema selepas menyenarai pendek beberapa tempat”

“Kalau pilih tempat lain, saya perlu keluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema. Sampai bila pun takkan habis kalau terus melayan kecaman netizen. Jadi tahun ini, saya memilih untuk tidak ambil peduli lagi kata-kata orang,”

Posted on

Neelofa Akhirnya Buka Mulut Selepas Tidak Boleh Diam Diri Kerana Dihentam Netizen. Ini Respond Neelofa Tentang Apa Yang Terjadi Sebenarnya…

Setelah dikecam hebat di media sosial kerana membuat majlis pelancaran koleksi tudung dan sambutan ulang tahun kelahiran ke-29 di sebuah kelab malam di ibu kota, pengacara dan pelakon, Neelofa tampil mempertahankan tindakannya.

Lapor Harian Metro, Neelofa ketika dihubungi pengacara program MeleTOP, Nabil Ahmad dan Sherry Al Hadad berkata, bahagian dalam pusat hiburan itu sudah ditukar supaya bersesuaian dengan majlis itu.

“Memang tidak ada sebotol pun minuman beralkohol yang orang boleh nampak. Malah tidak ada juga orang menghisap rokok ketika majlis itu berlangsung.

“Siapa yang tak datang saja yang kecoh, tetapi orang yang ada di situ (pusat hiburan) tahu apa yang berlaku,” katanya dalam program yang disiarkan secara langsung di Astro Ria malam ini.

Sebelum itu, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri telah menulis surat terbuka buat Neelofa berhubung penganjuran majlis pelancarannya di pusat hiburan berkenaan.

“Kami sangat khuatir, apa yang terjadi baru-baru ini bakal membawa satu fenomena normalisasi dalam bertudung. Apa sahaja boleh dan dibenarkan asalkan bertudung,” kata beliau dalam surat terbuka itu.

Datuk Dr Zulkifli juga berpesan agar Neelofa bertanya kepada ulama sebelum bertindak, sentiasa memelihara imej wanita bertudung dan mencari rezeki yang diberkati Allah SWT.

Sementara itu di akaun Instagramnya, Neelefo dikecam teruk dan hampir semua gambar-gambarnya yang berkaitan dengan majlis tersebut dihujani komen-komen dari netizen yang berbaur kecaman dan tidak kurang juga memberikan nasihat atau doa agar Neelofa bertaubat.

Posted on

Fuhh!!! Rugi Tak Cuba! Cara Putihkan Gigi Secara MUDAH Dan SEMULAJADI Dalam Masa 2 MINIT!

Makeup cantik-cantik nak pergi dating tapi bila senyum je gigi nampak kuning. Spoil je! Nak buat apa eh?

Maklumlah, gigi yang putih bersih memberi impression di mana anda betul-betul jaga kesihatan badan dan pentingkan kebersihan gigi.

Inginkan gigi putih tapi tak nak bazirkan wang dengan membeli produk pemutih atau gunakan apa-apa teknik moden yang doktor gigi syorkan? Ada cara mudah yang anda boleh cuba sendiri di rumah! Anda cuma perlukan sebiji lemon dan baking soda.

Tapi sebelum tu, kena ingat! Memandangkan gabungan dua ramuan tu berasid, pastikan anda tidak memberus gigi (dengan ubat gigi biasa) setengah jam sebelum dan selepas anda mulakan teknik pemutihan gigi ini.

Okay, jom kita mulakan!

1. Potong lemon dan perah untuk dapatkan jusnya.


2. Campurkan sesudu teh jus tersebut dengan sesudu teh baking soda ke dalam sebuah mangkuk kecil dan kacau hingga rata.


3. Dengan menggunakan sehelai tissue tebal, kautkan campuran itu dan sapu ke atas permukaan gigi.


4. Biarkan selama 2 minit.

Ingat! Teknik ini boleh membahayakan enamel gigi anda jika dibiarkan lebih daripada 2 minit tu, jadi anda perlu betul-betul setkan masa. Takut reput pula gigi anda nanti!

5. Setelah tamat masa, kumur dengan air.
Nescaya gigi anda lepas ni akan nampak putih berseri dan berkilat!

Senang, kan? Jom cuba!

Anda tahu teknik lain untuk putihkan gigi? Mari kongsikan!

Sumber: Rclbeauty101 @ YouTube