BR1M : Kepada Semua Penerima Boleh Mula Periksa Akaun Isnin 26.2.2018 Ini. Dan Ini Senarai Bank Yang Pertama Akan Di Kreditkan Pembayaran.

Penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) boleh mula memeriksa akaun mereka mulai Isnin ini.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah berkata pembayaran itu dibuat secara tiga kali ansuran dengan peruntukan dianggarkan RM6.3 billion.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan BR1M di Pekan, dekat sini esok. Sehari selepas itu, para penerima boleh memeriksa bayaran yang dibuat menerusi akaun mereka,” katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Dalam pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober tahun lalu, Perdana Menter berkata, kira-kira tujuh juta penerima BR1M akan terus menikmati pemberian kerajaan dengan kadar maksimum sehingga RM1,200 pada tahun ini.

Sumber: Utusan Online

Seterusnya

Semak Status BR1M Melalui Applikasi Telefon

Semakan BR1M 2018 Melalui Applikasi Android Dan AppStore. Berita baik buat penerima dan pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2018). Kini semuanya menjadi lebih mudah untuk Semak Status BR1M Melalui Applikasi Telefon. LHDN telah memperkenalkan applikasi mobile Semakan BR1M yang antara lain dapat memudahkan penerima BR1M 2018 dalam membuat semakan status kelayakan masing-masing. Samada lulus atau gagal.

Diantara kemudahan yang terdapat pada aplikasi mobile semakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah semakan status penghantaran borang, permohonan, status bayaran dan status rayuan BR1M. Pemohon BR1M kini boleh memuat turun/ download aplikasi ini menerusi Play Store untuk platform Android atau App Store untuk platform iOS.

Semak Status BR1M Melalui Applikasi Telefon SEMAKAN BRIM

Semakan BR1M 2018 Menggunakan Aplikasi Telefon

Berikut dikongsikan cara membuat Semakan Status BR1M Melalui Applikasi Telefon. Pengenalan aplikasi mobile mudah alih ini sekaligus memudahkan urusan pemohon untuk melakukan semakan tanpa perlu menghubungi talian BR1M atau beratur panjang di kaunter-kaunter perkhidmatan BR1M di seluruh negara.

Cara Semak Status BR1M Melalui Aplikasi Telefon Mudah Alih (Mobile)

Pemohon perlu memuat turun aplikasi ini dari Play Store (Android) dan App Store (iOS) dengan kata carian “Semakan BR1M”

Klik Google Play Dan App Store
Ikut arahan mudah yang diberikan
semak status brim melalui applikasi telefon

Kaedah Lain Semakan BR1M 2018

Pengguna juga mempunyai pilihan lain dalam membuat semak status BR1M 2018 mereka. Diantaranya adalah seperti berikut :-

i) MyBR1M Online

Melalui MyBR1M, pemohon bantuan boleh membuat semakan BR1M 2018 secara atas talian atau online dengan mengikuti langkah-langkah semakan seperti berikut :-

Sila layari Menu MyBR1M di Portal Rasmi e-BR1M. Pemohon boleh membuat Semakan Status, Kemas Kini Permohonan, Cetakan Borang Permohonan, Peti Mel dan Maklum Balas di Laman MyBR1M.
ii) Melalui Pos

Surat makluman keputusan permohonan BR1M akan dicetak dan diposkan mengikut alamat seperti di dalam Borang Permohonan BR1M
iii) Semakan Melalui e-Mail

Hantar email ke alamat br1m@treasury.gov.my untuk bertanyakan status permohonan atau pertanyaan lain.
yatakan nama penuh dan no kad pengenalan dalam email.
iii) Semak Melalui Talian Telefon

Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia adalah 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
Semakan hanya pada hari bekerja dari jam 900 pagi sehingga 500 petang
Maklumat Lanjut

Jika anda menghadapi masalah berkaitan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2018 termasuk masalah semakan status BR1M, sila rujuk kepada

Cawangan LHDNM berdekatan. Sila bawa sekali salinan pengenalan diri pemohon termasuk pasangan dan tanggungan jika perlu.
Hotline BR1M LHDNM : 1-800-88-2716 : Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang
Hotline BR1M MOF : 03-8882 4565, 03-8882 4566
e-Mel : br1m@treasury.gov.my
Laman Web : https://ebr1m.hasil.gov.my/ & Laman Facebook Rasmi LHDN
Tahniah buat LHDN yang berjaya membangunkan applikasi semakan BR1M secara mobile. Selamat membuat semakan status BR1M dan semoga permohonan anda berjaya.

Sumber : semakan.my

Seterusnya

Jadual Tarikh Pembayaran BR1M 2018

Bila Tarikh Duit BRIM 2018 Dapat Dan Masuk Akaun. Tarikh pembayaran BRIM 2018 bila? Pasti ramai yang bertanya bilakah penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun 2018 akan menerima bantuan. Berikut dikongsikan jadual tarikh pembayaran BR1M 2018 iaitu tarikh dapat duit bantuan. Menerusi maklumat yang dipaparkan di Portal Rasmi e-BR1M, tarikh pembayaran akan dibuat seperti tahun lepas iaitu kaedah pembayaran 3 kali ansuran kecuali kategori bujang, yang dibayar sekali pada bulan Februari.

Kepada mereka yang berkelayakan tetapi masih belum memohon bantuan, tarikh pendaftaran baru dan kemaskini BR1M tahun 2018 adalah dari 27 November sehingga 25 Januari 2018. Semakan status permohonan boleh dibuat secara online melalui MyBR1M dan juga secara manual. Untuk makluman, jumlah bayaran BR1M 2018 untuk semua kategori penerima adalah sama seperti tahun 2017. Ini bermakna, jumlah kadar bayaran BR1M adalah dari RM450 sehingga maksimum RM1,200 mengikut kategori.

Jadual Tarikh Pembayaran BR1M 2018

Tarikh Duit BRIM 2018 Dapat Dan Masuk Akaun

Berikut dikongsikan maklumat jadual tarikh pembayaran BR1M 2018 mengikut kategori buat panduan penerima bantuan. Maklumat tarikh bulan pembayaran telah diumumkan tetapi tarikh rasmi masih menunggu makluman dari Portal e-BR1M.

Jadual Tarikh Pembayaran BR1M Tahun 2018 Mengikut Kategori

Berikut adalah jadual tarikh pembayaran BR1M 2018 mengikut kategori beserta jumlah bantuan yang bakal mereka terima. Terdapat 3 kategori penerima dan nilai bantuan adalah dari RM450 sehingga RM1,200.

1. Kategori 1 : Individu Bujang

Pendapatan Bawah RM2k dengan Jumlah Bantuan sebanyak RM450

Februari 2018 : RM450 (Tarikh rasmi akan dikemaskini)
2. Kategori 2 : Isi Rumah

Penerima kategori ini adalah mereka yang berpendapatan bulanan di antara RM3,001 hingga RM4,000 sebulan. Jumlah Bantuan yang bakal diberikan adalah sebanyak RM900 iaitu RM300 setaiap ansuran bayaran

Ansuran Pertama : RM300 : Februari 2018 (Akan dikemaskini)
Kedua : RM300 : Jun 2018 (Akan dikemaskini)
Ansuran Ketiga : RM300 : Ogos 2018 (Akan dikemaskini)
3. Kategori 3 : Isi Rumah

Kategori ketiga adalah mereka yang mempunyai pendapatan di bawah RM3k, Jumlah bantuan yang bakal diterima adalah sebanyak RM1,200 (Bayaran RM400 setiap ansuran)

Ansuran Pertama : RM400 : Februari 2018 (Akan dikemaskini)
Kedua : RM400 : Jun 2018 (Akan dikemaskini)
Ansuran Ketiga : RM400 : Ogos 2018 (Akan dikemaskini)
Untuk maklumat yang lebih jelas, sila rujuk kepada grafik di bawah ini.

Jadual Tarikh Pembayaran BR1M 2018

Cara Pembayaran BR1M 2018

Berikut adalah cara atau kaedah pembayaran BR1M 2018 yang boleh dipilih oleh penerima bantuan semasa mengisi borang permohonan atau semasa membuat kemaskini borang:-

i) Akaun Bank

Pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima untuk pemohon yang menyatakan no akaun bank semasa memohon.

ii) Baucar BR1M

Pemohon yang tiada akaun bank akan menerima baucar bayaran BR1M. Ianya boleh ditunaikan di bank seperti Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB atau Maybank.

Senarai Bank Untuk Pembayaran BR1M 2018

Berikut adalah senarai bank yang terlibat untuk pembayaran BR1M tahun 2018 :-

AFFIN BANK
AGRO BANK
ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
AM BANK BERHAD
AL RAJHI BANK
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
BANK RAKYAT
MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
CIMB BANK BERHAD
CITIBANK BERHAD
HONG LEONG BANK
HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD
MAYBANK
OCBC BANK
PUBLIC BANK BERHAD
RHB BANK BERHAD
STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD
UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD
Maklumat Lanjut BR1M

Untuk sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan BR1M 2018, anda boleh menghubungi:-

1. Sekretariat BR1M

Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
Presint 2, 65292 Putrajaya
2. Hotline BR1M LHDNM

1-800-88-2716
Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang
3. Hotline BR1M MOF

03-8882 4565, 03-8882 4566
4. e-Mel

br1m@treasury.gov.my
5. Laman Web

https://ebr1m.hasil.gov.my/
Semoga perkongsian Jadual Tarikh Pembayaran BR1M 2018 boleh dijadikan panduan dalam merancang kewangan buat penerima. Tahniah kepada pemohon yang berjaya mendapat bantuan BR1M tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *