Posted on

Fuhh!!! Rugi Tak Cuba! Cara Putihkan Gigi Secara MUDAH Dan SEMULAJADI Dalam Masa 2 MINIT!

Makeup cantik-cantik nak pergi dating tapi bila senyum je gigi nampak kuning. Spoil je! Nak buat apa eh?

Maklumlah, gigi yang putih bersih memberi impression di mana anda betul-betul jaga kesihatan badan dan pentingkan kebersihan gigi.

Inginkan gigi putih tapi tak nak bazirkan wang dengan membeli produk pemutih atau gunakan apa-apa teknik moden yang doktor gigi syorkan? Ada cara mudah yang anda boleh cuba sendiri di rumah! Anda cuma perlukan sebiji lemon dan baking soda.

Tapi sebelum tu, kena ingat! Memandangkan gabungan dua ramuan tu berasid, pastikan anda tidak memberus gigi (dengan ubat gigi biasa) setengah jam sebelum dan selepas anda mulakan teknik pemutihan gigi ini.

Okay, jom kita mulakan!

1. Potong lemon dan perah untuk dapatkan jusnya.


2. Campurkan sesudu teh jus tersebut dengan sesudu teh baking soda ke dalam sebuah mangkuk kecil dan kacau hingga rata.


3. Dengan menggunakan sehelai tissue tebal, kautkan campuran itu dan sapu ke atas permukaan gigi.


4. Biarkan selama 2 minit.

Ingat! Teknik ini boleh membahayakan enamel gigi anda jika dibiarkan lebih daripada 2 minit tu, jadi anda perlu betul-betul setkan masa. Takut reput pula gigi anda nanti!

5. Setelah tamat masa, kumur dengan air.
Nescaya gigi anda lepas ni akan nampak putih berseri dan berkilat!

Senang, kan? Jom cuba!

Anda tahu teknik lain untuk putihkan gigi? Mari kongsikan!

Sumber: Rclbeauty101 @ YouTube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *