Posted on

KANAK-KANAK MISKIN INI MENGEMBALIKAN DOMPET YANG DITEMUI KEPADA PEMILIKNYA DAN MEMINTA SERINGGIT DARIPADANYA NAMUN DIA DIKETAWAKAN. TETAPI SETELAH MENGETAHUI SEBABNYA MEREKA…

(Video dan gambar penuh sila lihat dibawah sekali).

Ketika dermawan Kenneth Behring melintasi San Francisco Bay Area pada tahun 1990-an, dia tiba-tiba mendapati dompetnya hilang. Pembantunya berkata dengan cemas, “Mungkin anda kehilangan dompet anda semasa anda berjalan pada waktu pagi dan melalui kawasan sesak dan kotor di Berkeley. Apa yang boleh kita lakukan sekarang?”

Behring dengan berat hati berkata: “Kita hanya boleh menunggu orang yang mengambil dompet saya untuk menghubungi kita.”

Dua jam kemudian pembantu Behring memberitahunya dengan rasa kecewa: “Sudahlah, jangan membuang masa kita lagi menunggu seseorang yang tinggal di kawasan yang sesak dan kotor untuk mengembalikan semula dompet tuan. Kita tidak sepatutnya berharap daripada orang seperti mereka langsung.”

Behring dengan tenangnya menjawab: “Tidak, saya masih mahu menunggu dan lihat.”

Pembantu itu berasa hairan: “Orang yang mengutip dompet tuan sepatutnya dapat menghubungi kita dengan mudah kerana di dalam dompet tuan ada kad perniagaan. Ia hanya mengambil masa beberapa minit untuk membuat satu panggilan. Kita telah menunggu sepanjang petang. Nampaknya orang yang mengutip dompet itu tiada niat untuk mengembalikannya kepada tuan.”

Behring tetap berkeras untuk terus menunggu. Siang berganti malam dan tiba-tiba telefon berbunyi. Orang yang menghubungi itu adalah orang yang mengutip dompet Behring. Dia mahu Behring mengambil dompetnya di Jalan Kata.

Pembantu Behring menggumam: “Adakah ini satu perangkap? Mungkin mereka mahu mengancam atau memeras ugut kita?” 

Behring tidak mengendahkan pembantunya dan dengan segera memandu ke Jalan Kata. Sebaik sahaja mereka tiba, seorang kanak-kanak lelaki berjalan menghampiri mereka dan di tangan kecilnya terdapat dompet Behring yang hilang itu.

Dengan pantasnya pembantu Behring merampas dompet tersebut dan mengira wang yang ada di dalamnya. Dia terkejut kerana tiada satu sen pun yang hilang.

“Tuan, bolehkah saya meminta sedikit wang?” kata kanak-kanak lelaki itu dengan tersipu-sipu.

Selepas mendengar kata-kata kanak-kanak itu, pembantu Behring ketawa: “Lihat, saya sudah mengetahuinya…” Sebelum dia dapat menghabiskan ayatnya, Behring menyela pembantunya dan sambil tersenyum berkata: “Berapa banyak yang awak mahukan?”

“Hanya seringgit.” balas kanak-kanak itu dengan tersipu-sipu.

“Saya telah mencari sebuah telefon awam untuk masa yang lama dan apabila saya akhirnya menemui telefon itu, saya tidak mempunyai wang langsung lalu meminjamnya daripada pemilik kedai untuk membuat panggilan ini. Sekarang saya perlukan seringgit itu untuk dipulangkan semula kepadanya.”

Selepas mendengar penjelasan kanak-kanak itu, pembantu Behring termalu sendiri.

Behring sangat tersentuh hati dan memberikan pelukan kepada kanak-kanak lelaki itu. 

Dengan segera Behring menukarkan rancangan kebajikan asalnya. Behring melaburkan wangnya pada beberapa buah sekolah di Berkeley dan sekolah-sekolah ini bertujuan memberi pendidikan kepada kanak-kanak yang tinggal di kawasan yang sesak dan kotor.

Semasa pembukaan majlis, Behring berkata: “Kita mesti tidak menganggap bahawa setiap orang di luar sana adalah tamak atau mementingkan diri. Kita perlu menyediakan ruang dan memberi setiap orang satu peluang untuk membuktikan diri mereka mempunyai hati yang bersih dan baik. Sangat bernilai untuk membantu orang yang mempunyai jiwa yang baik.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *