Posted on

Kononnya Selamat Save No Perempuan Letak Nama Lelaki. Bila Suami Buat Salah, Pasti Allah Akan Gerakkan Hati Isteri, Mustahil Lelaki Ajak Hisap Buah Dada…

Meskipun suami aku bukanlah cinta aku yang pertama, aku sangat mencintai suamiku. Awal pernikahan segalanya indah. Dia menjanjikan bulan dan bintang. Setia sampai ke akhir hayat. Aku amat percaya.

Bila suami buat salah, pasti Allah akan gerakkan hati isteri, itulah naluri-Mustahil lelaki ajak hisap ‘barang atas bawah dia’

Demi Allah aku amat mencintainya. Justeru DIAdiamengujiku dengan kecurangan suami. Allahu Akhbar.

Dalam tempoh aku menjadi kekasih halalnya, dia turut punya kekasih gelap di luar sana, rakan sepejabatnya.

Suatu hari, suami terlelap. Dia lupa matikan telefonnya. Telefonnya pula asyik bergetar. Vibrate. Entah berapa kerap. Hati tergerak mahu tengok sebab debar di dada tiba-tiba terasa.

Whatsapp dari seorang perempuan. Tapi nama yang dia simpan itu lelaki!

Mustahil lelaki ajak hisap ‘barang atas bawah dia’. Aku skrol ke bawah semua Whatsapp dari perempuan itu dan suamiku. Gambar bogel mereka, gambar zina mereka. Voice mesej masa mereka berzina. Allahu Akhbar. Hancur luluh hatiku. Terduduk aku dibuatnya.

Aku tidak sangka suami yang aku percaya iblis rupanya. Dia sudah terlalu jauh tersasar. Terlalu enak mengusung dosa besar. Zina sudah jadi kewajipan buat mereka berdua dan dosa mereka ini sudah berlarutan sejak setahun lalu, ketika aku baru bergelar isteri.

Aku akui, aku bukan isteri yang gemar mencari kesalahan suami. Aku percaya, jika suami berbuat salah, pasti Allah SWT akan gerakkan hati ini untuk tahu. Itulah naluri.

Selama ini aku tumpahkn sepenuh percaya. Aku percaya dia balik lambat kerana kerja lebih masa. Tapi rupa-rupanyanya overtime zina!

Mulai saat itu, aku tetap berlagak seperti biasa dan suami pun terus dengan lakonannya yang paling hebat untuk abad ini. Memang layak dapat Grammy Award.

Sehinggalah suatu hari, aku mengajak empat orang kawan baikku ke pejabat suami. Dua lelaki dan dua perempuan. Aku pergi tanpa pengetahuan suami.

Sampai sahaja, aku terus tanyakan nama perempuan itu. Ku tunjukkan juga gambarnya yang dikirim kepada suamiku sebagai kepastian, agar aku tidak tersilap orang. Akhirnya, bertemu empat mata. Aku lihat ekspressi terkejut pada wajahnya yang bermekap tebal itu. Kenal ke pada aku? Hah, mungkin. Kecut perut kot.

Tanpa banyak cakap, aku tarik tangannya. Terpinga-pinga dia. Staf lain kiri kanan tertoleh-toleh kehairanan. Terus ku bawa perempuan itu ke meja suamiku sambil diekori kawan-kawanku dan staf lain. Segala soalan perempuan itu aku tak jawab. Aku pekakkan telinga.

Di hadapan suamiku, dengan tenang, sambil disaksikan oleh semua orang, aku berkata…

“Saya pinangkan kekasih abang ini untuk abang, supaya kalian tidak terus terjerumus ke kancah zina.”

Suamiku terketar-ketar. Sekejap saja dia menangis dan melutut di depan aku.

“Maafkan abang, sayang. Abang salah….”

“Apa salah saya? Apa kurang saya? Apa dosa saya sampaikan abang tergamak menipu saya. Curang pada saya…”

“Sayang dah cukup sempurna…”

“Tipu! Kalau saya ni dah cukup sempurna, mengapa abang curang kepada saya?!”

“Abang mengaku salah…”

“Setakat bercinta mungkin saya boleh terima, tetapi, kalian hanya kurang akad dan nikah sahaja, selebihnya, kalian dah bergaul macam suami isteri. Terus terang, saya jijik!”

Hatiku yg sudah amat terluka ini takkan mungkin terpujuk lagi dengan pengkhianatan sebesar itu. Berzina kot! Bukan sekali. Berkali-kali. Yang haram dipuaskan. Yang halal ditipu tipahkan.

“Izinkan saya pulang ke rumah mak ayah saya dan selamat pengantin baru.”

Air mataku jatuh saat berlalu pergi. Aku sempat mengucup tangannya.

Kau takkan tahu, betapa sakitnya hati yang dilukai. Betapa seksanya cinta yang dikhianati.

Setahun sudah berlalu. Aku bahagia kini. Lebih bahagia berbanding sebelumnya. Ada rahsia dan hikmah, mengapa dia tidak memberikanku zuriat. Aku kini sedang menyambung pengajianku dalam PhD. Alhamdulillah.

Statusku? Ya. Aku janda. Dan bekas suamiku kini meroyan. Dia hendak kembali kepadaku.

Benar. Aku amat cintakannya. Aku amat kasihinya. Tetapi itu dulu.

Maaf, bekas suamiku. Aku harap kau tahu, yang aku takkan jilat ludahku balik.

Berbahagialah dengan pilihanmu itu.

Nota:

Apakah susah untuk setia? Org yang curang adalah org yang kufur nikmat kerana tak tahu bersyukur.  Apatah lagi untuk menghargai. Amanah yg diberi disia-siakan.
Yang haram dibangga-banggakan. Yang halal tidak diendahkan. Itulah, bakal penghuni neraka.

Posted on

Power Tak Ingat!! 7 Ketua Gangster Wanita Paling Terkenal Di Dunia, Yang No 3 Sekali Memang Layak Di Gelar Ratu Kejahatan.

Kita serba maklum jika sebut berkenaan kongsi gelap, jenayah, atau pengedaran dadah, golongan yang banyak terlibat dalam gejala ini semestinya adalah golongan lelaki.

Tetapi jarang kita mengetahui bahawa penglibatan wanita dalam jenayah kongsi gelap juga tidak kurang hebatnya. Mereka kebanyakan terpengaruh dengan pasangan, mempercayai dan kesetiaan terhadap suami mereka yang juga ketua kongsi gelap menyebabkan wanita seperti ini terjerumus dalam kancah jenayah dan kekerasan.

1. Judy Moran (dipenjara 2009-sampai sekarang)

Judy Moran 70, lahir pada 18 Disember 1944 adalah ketua kumpulan kongsi gelap ‘Moran’ yang terkenal di Melbourne, Australia.

Judy adalah isteri kepada John Leslie, seorang kartel dadah yang terkenal di Sydney. Leslie ditembak mati pada tahun 1982 dalam konflik berkaitan kongsi gelap di Sydney.

Hasil perkahwinan dengan Leslie, mereka dikurniakan anak bernama Mark Moran juga seorang ahli kongsi gelap dan akhirnya terbunuh pada tahun 2000.

2. Xie Caiping (dipenjara, 2009-sampai sekarang)

Di bandar Chongqing,Cina kerajaan melaksanakan tindakan keras terhadap jenayah terancang. sebuah operasi besar-besaran telah dilancarkan dan menangkap hampir 1.500 penjenayah, yang semuanya berada dibawah pimpinan Xie Caiping.

Sebagai ketua, Caiping menjalankan pusat perjudian haram dan merasuah anggota polis untuk mengelak dikenakan tindakan.

3. Sandra Avila Beltran (dipenjara 2007-sampai sekarang)

Beltran lahir dan dibesarkan untuk menjadi “GodMother” Mexico. Pakciknya adalah pengedar dadah di mexico.Dia mendapat julukan “Ratu Pasifik kerana dia menjadi orang tengah antara kartel Valle del Norte colombia dan kartel Sinaloa, dan membantu mengembangkan laluan rahsia penyelundupan dadah di sepanjang Pantai Pasifik Mexico.

Sandra sendiri dipenjara ketika menghadapi tuduhan jenayah terancang dan pencucian wang.

4. Rosetta Cutolo (dipenjara 1993-sampai sekarang)

Kecewa kerana ahli keluarganya ditangkap polis, dia menyambung legasi kongsi gelap ini dengan meneruskan perniagaan milik keluarga mereka. Dia menjadi senarai suspek yang paling dikhendaki di Itali,kerana dia termasuk anggota keluarga Raffaele Cutolo, Nuova Camorra Organizzata (NCO), iaitu gangster yang paling digeruni di Itali.

Setelah menyerang balai polis Itali di tahun 1981, dia menghabiskan 10 tahun sebagai buruan sampai akhirnya menyerah diri.

5. Maria Licciardi (dipenjara, 2001-sampai sekarang)

Dari tahun 1993 hingga 2001, Maria Licciardi adalah ketua keluarga Licciardi dan “Capo di Tutti Capi” gangster dari Napoli.

Di bawah pimpinannya, keluarga Licciardi menjadi lebih terancang, dan lebih menguntungkan dalam segala usaha mereka. Perniagaan yang paling menguntungkan yang diusahakan keluarga

Licciardi adalah pelacuran di Camorra.

6. Maria Chata Leon (dipenjara 2010-sampai sekarang)

Seorang ibu 44 tahun dengan 13 orang anak mungkin kedengarannya tidak terlalu berbahaya. Namun berbeza dengan Maria Leon, dia menjadi pemimpin pengedaran dadah dan ubat bius yang menguasai timur laut Los Angeles. Dia menjalankan perniagaan ini demi memberikan pendidikan untuk anak-anaknya.

7. Griselda Blanco (Kali terkahir dipenjarakan pada tahun 1998)

Ketika berusia 11 tahun, dia menculik anak orang kaya yang tinggal berdekatan dengan harapan mendapatkan wang tebusan. Ketika orang tua dari anak yang diculiknya menyatakan tidak mahu memberikan wang tebusan, dia terus menembak mangsa tersebut.

Setelah pindah ke New York dari colombia di era 70-an dan memulakan kariernya dalam penyeludupan dadah.

Setelah berhijrah ke Miami, dia menjadikan ibukota tersebut sebagai bandar kokain. Blanco diyakini telah mendalangi lebih dari 200 pembunuhan sepanjang kariernya. Pada tahun 1988, dia ditangkap oleh DEA di California dan menghabiskan 16 tahun di penjara.

sumber: kakifollow⊃

Posted on

Seorang Pemuda Kaya Membawa “Wanita Cantik” Ke Butik Beg LV, Semasa Membuat Pembayaran, Apa Yang Dilakukan Cashier Ini Amat Mengejutkan.

Suatu hari ada seorang pemuda dengan baju yang sangat lusuh dan muka yang pas-pasan, membawa seorang wanita cantik berkelas tinggi ke sebuah toko tas LV.

Pemuda ini ingin membelikan wanita cantik ini sebua tas yang dia pilih, seharga 780 juta rupiah…

 

Saat hendak membayar, pemuda ini mengeluarkan sebuah cek, dan ia menuliskan angka sesuai dengan harga tas tersebut di atas cek serta menandatanganinya.

Ia memberikan cek tersebut ke petugas kasir, namun petugas ini tampak kebingungan. Pemuda ini langsung mengerti maksud si kasir dan dengan santai ia mengatakan,

“aku tau, kamu pasti khawatir jika ini adalah cek kosong bukan? Hari ini hari sabtu, semua bank tutup.

Aku menganjurkan agar kamu menyimpan dulu cek dan tas ini. Tunggu hari senin, kamu tukarkan cek ini ke bank, setelah ini baru kirimkan tas tersebut ke alamat wanita ini. Bagaimana?”

 

Petugas kasir pun tenang mendengar hal ini, ia langsung menyetujuinya dan bahkan mengatakan bahwa biaya kirim akan ditanggung oleh toko.

Pada hari senin, petugas toko ini pun membawa cek nya ke bank, namun ternyata cek tersebut adalah cek kosong! Dengan marah, ia menelepon pemuda tersebut.

Pemuda tersebut berkata padanya, “tenang, tak ada yang perlu dipersoalkan, aku dan kamu sama-sama tidak rugi.

Tasnya belum ku ambil dan masih di kamu. Tapi, malam minggu kemarin aku sudah berhasil meyakinkan wanita tersebut! Terima kasih atas kerja samanya!”

Cerita ini hendak menyampaikan kepada kita sebuah pesan: “apa yang terlihat dengan mata” belum tentu adalah nyata, ada harga yang harus dibayar untuk sifat matre.

Wanita cantik ini mengira tas seharga ratusan juta tersebut akan sampai di rumahnya, dan karenanya rela melepaskan keperawanannya.

Ia tidak menyadari bahwa ia sedang berinvestasi pada sesuatu yang belum pasti dan beresiko.

 

Seekor serigala yang lapar melihat sebuah kandang ayam, namun karena terlalu gemuk, serigala tersebut tidak bisa masuk ke kandang ayam.

Serigala pun tidak makan selama 3 hari, dan akhirnya dapat masuk ke dalam.

Namun setelah kenyang memakan ayam di dalamnya, ia tidak lagi bisa keluar. Akhirnya dia hanya bisa menunggu 3 hari lagi untuk keluar.

Apa yang dilakukan pun akhirnya hanya sia-sia, bahkan menjadi lebih menderita.

Uang yang dihasilkan dengan mengorbankan masa muda, tidak dapat membeli kembali masa muda. Uang yang dihasilkan dengan mengorbankan kebahagiaan, tidak dapat membeli kembali kebahagiaan.

Uang yang dihasilkan dengan mengobarkankan waktu, tidak dapat membeli kembali waktu. Uang yang dihasilkan dengan mengorbankan hidup, tidak dapat membeli kembali hidup.

Menggunakan seluruh hidup untuk mendapatkan kekayaan seluruh dunia; kekayaan seluruh dunia tidak dapat membeli kembali seluruh hidupmu. Jadi, ketika waktunya bekerja, bekerjalah dengan baik. Saat waktunya beristirahat, beristirahatlah dengan tenang.

Bekerja dengan bahagia, menikmati hidup, menghargai seluruh yang dimiliki, mengasihi sesama, melewati hari dengan kegembiraan.

Share Sekiranya Bermanfaat!

Sumber: LIFE via Cerpen.co.id

Posted on

Ya Allah Semoga Terbuka Hatinya!! Status Agama Shah Rukh Khan Kembali Diperkatakan Selepas Gambar Ini Menjadi Viral Di Laman Media!!

Nampaknya isu-isu agama yang dikaitkan dengan pelakon Bollywood yang terkenal, Datuk Shah Rukh Khan kembali bercakap hangat selepas pelakon itu dilihat memegang manik semasa berada di lapangan terbang.

Gambar tersebut diambil oleh peminat selepas aktor tersebut bersama pelakon wanita terkenal, Kajol baru pulang selepas mengadakan pergambaran filem baru bertajuk ‘Dilwale’ di Bulgaria.

Sebelum ini Shah Rukh Khan diedarkan oleh madrasah di India yang murtad selepas dia bertindak menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW selain daripada dia membuat keputusan untuk menikahi isterinya, Hindu Gauri Chibber pada tahun 1991.

Imej yang berkaitan

Imej yang berkaitan

Imej yang menjadi virus kini tersebar di laman sosial yang menunjukkan dia memegang manik manakala mulutnya mengejek tentang sesuatu.

Berdasarkan laporan media ini bukanlah kali pertama SRK memegang tasbih di mana sebelum ini juga tersiar gambarnya memegang tasbih.

Ada yang berkata mungkin SRK sudah berubah dan mahu kembali mengamalkan ajaran Islam di mana pelakon itu juga pernah meluahkan hasrat mahu pergi ke Mekah menunaikan haji apabila anaknya nanti sudah besar.

Nampaknya isu agama yang pernah dikaitkan dengan perlakon terkenal Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan kembali hangat diperkatakan selepas aktor tersebut dilihat memegang tasbih semasa berada di lapangan terbang.

Gambar tersebut diambil oleh peminat selepas aktor tersebut bersama pelakon wanita terkenal, Kajol baru pulang selepas mengadakan pergambaran filem baru bertajuk ‘Dilwale’ di Bulgaria.

Sebelum ini Shah Rukh Khan diedarkan oleh madrasah di India yang murtad selepas dia bertindak menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW selain daripada dia membuat keputusan untuk menikahi isterinya, Hindu Gauri Chibber pada tahun 1991.

Imej virus kini tersebar di laman sosial yang menunjukkan dia memegang manik ketika mulutnya mengejek sesuatu.

Berdasarkan laporan media ini bukan kali pertama SRK memegang manik di mana sebelum itu juga menyebarkan gambar memegang manik.

Sumber: kamiviral.net

Posted on

Sungguh Tragis!! “Dua Tulang Belakang Retak, Tulang Koksik Pecah, Kereta Pula Remuk, Enjin Tercabut” – Awal Ashaari.

Pengacara popular Awal Ashaari sebak apabila berkongsi semula kisah sebenar kemalangan ngeri yang berlaku tiga tahun lalu.Kata Awal, 36, kemalangan yang hampir meragut nyawanya itu berlaku pada tarikh yang sama semalam, 29 Mac 2015.

“Ini kali pertama saya membuka semula kisah yang sudah saya campak jauh-jauh dari hidup saya.

“Ketika kejadian saya sebenarnya demam dan duduk di kerusi penumpang sebelah kiri, ketika dalam perjalanan kereta yang dipandu rakan saya terbabas melanggar bahu jalan.

“Kemudian tercampak, terbalik dan melambung kira-kira 100 meter sebelum terhempas atas tunggul pokok yang baru dipotong.

“Ketika itu saya tergantung dan hanya sedar apabila dengar orang menjerit meminta tolong, saya nampak rumput dan kaki orang berjalan.

“Kemudian ada seseorang datang membuka tali pinggang keselamatan dan saya terjatuh. Kemudian dikejarkan ke hospital.

“Memang kalau imbas kembali kisah silam itu saya akan beremosi. Saya bersyukur diberikan peluang kedua ketika saya memikirkan saya hampir kehilangan semua insan yang saya sayangi dalam hidup,” katanya sebak kepada Astro Gempak.

Awal yang hampir menitis air mata ketika itu memberitahu, kesan daripada kemalangan ngeri itu, keretanya jenis BMW 6 Series gagal dibaik pulih dan dia sendiri terpaksa menjalani rawatan susulan selama setahun setengah.

“Saya patah tulang T2, L4 dan tulang Koksik, apabila duduk saya akan rasa berpasir dan saya terpaksa membawa ‘pengalas’ ke mana-mana saya pergi.

“Sampaikan orang ingat saya bawa pelampung Lara ketika itu.

“Tetapi sepanjang tempoh rawatan selama setahun setengah saya berhabis puluhan ribu untuk pelbagai rawatan, MRI, CT Scan, fisioterapi dan sebagainya.

“Sejak itu baru saya sedar betapa pentingnya insurans nyawa dan kesihatan,” tambahnya.

Awal ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta kempen #Demi untuk sebuah bank perdagangan terbesar negara semalam.

Pada 11.15 pagi 29 Mac 2015, Awal yang dalam perjalanan ke Jom Heboh Melaka untuk mengacarakan program Melodi di sana terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Hentian Rawt & Rehat Ayer Keroh arah selatan.

Ketika itu, Awal bersama rakannya, Izuan Mokhtar dari Kuala Lumpur.

Sumber : IG @awalashaari, Gempak

Posted on

[VIDEO] Ramai Peminat Yang Sebak, Ada Yang Menangis Tonton ‘Comel Pipi Merah’

Siti kongsi detik-detik kelahiran anak sulungnya menerusi muzik video Comel Pipi Merah.

PENANTIAN peminat penyanyi kesayangan Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk menonton muzik video penuh lagu terbarunya, Comel Pipi Merah akhirnya tercapai apabila ia dikongsi dengan orang ramai sejak malam Rabu.

Muzik video tersebut dimuat naik di YouTube rasmi DatoSNurhalizaVEVO.

Rata-rata peminat meluahkan rasa sebak apabila menonton detik-detik kelahiran Siti Aafiyah, puteri sulung Siti Nurhaliza dan suami Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Klip video Comel Pipi Merah dapat sambutan hangat.

“Ya Allah kita pula yang sebak tengok. Jelas terpancar sinar kebahagiaan pada raut wajah mak Iti. Penantian 11 tahun yang penuh makna.

“Dari mula saya tersenyum sampai akhir. Tak sedar sampai air mata keluar. Tahniah Tokti. Saya baru selamat melahirkan bayi kembar tiga. Rasa bahagia tu macam mana.

“Tak tahulah kenapa sebak, penantian yang lama bagi penyanyi nombor satu negara. Tahniah Datuk CT. Jagalah amanah ini dengan baik,” tulis beberapa netizen.

Siti Aafiyah kini adalah bayi paling popular.

Selain itu, peminatnya turut mendoakan bayi perempuan yang membawa maksud ‘segala yang baik’ itu menjadi anak yang solehah.

Belum cukup 24 jam dimuat naik, muzik video tersebut kini treding dan menerima hampir 150,000 tontonan serta lebih 21,000 tanda suka.

Dalam pada itu muzik video dalam bentuk lirik ciptaan pengurus Siti, Rozi Abdul Razak masih trending di tangga kelima dan lebih dua juta tontonan sejak dimuat naik pada 14 Mac lalu.

Muzik video lirik lagu tersebut masih menjadi trending di Youtube.

Siti Nurhaliza melahirkan bayinya dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi pada 19 Mac lalu di sebuah hospital swasta secara pembedahan.

Sewaktu dilahirkan bayi itu diberikan nama sementara Fatimah Az-Zahra sempena nama anakanda Nabi Muhammad.

Pada Ahad lalu Siti dan suami mengumumkan nama puteri mereka dalam satu majlis di kediaman mereka di Bukit Antarabangsa, Ampang.

Majlis akikah dan tahnik itu dipimpin oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Bakri.

VIDEO :

Sumber : mStar

Posted on

Sejak Usia Anak Sulong 2 Bulan Irma Hasmie Selalu Bisikkan Doa Ini, Dan Bila Anak Dah Besar Ramai Netizen Kagum Dengan Hasilnya…

Hari ini anak sulung personaliti TV, Irma Hasmie Binti Ibrahim dan , Redza Syah Azmeer Radzuan genap 5 tahun. Rupanya sejak usia 2 bulan, Irma Hasmie dah bisikkan doa yang baik-baik, yang manis-manis untuk anak lelakinya itu, Redza Syah Irfhan.

Dalam perkongsiannya ini, Irma maklumkan yang dia dah simpan lama video doa anaknya itu. “Waktu ini Irfhan usianya baru 2 bulan. Moga Allah mendengar dan makbulkan doa buat anak-anakku.”

Dan video itu sudah disampan lama dekat lima tahun, Irma kongsi semula. “Subhanalllah… Hari ini usia Redza Syah Irfhan genap 5 tahun. Syulkur Alhamdulillah, terima kasih atas anugerah ini Ya Allah.”

Akui Irma lagi memang sejak dari awal dia mahu anak kecilnya itu belajar surah Al-Ikhlas. “Surah Al-Ikhlas pula antara surah terawal yang Irfhan belajar.

“Surah ini banyak fadhilat dan khasiatnya. Saya memang minta Irfhan amalkan selalu.” Terang Irma yang juga mempunyai seorang lagi anak perempuan bernama Irma Nur Naylie, 4 tahun.
Usia Anak Sulung 2 Bulan, Irma Hasmie

Bisik Doa Ini Di Telinga, Ada Sebab Kenapa Surah Al-Ikhlas Jadi Amalan Irfhan
Ini Fadhilat Surah Al-Ikhlas
SurahAl-Ikhlaṣ (الإخلاص‎) bererti Keikhlasan atau ‘Yang Ikhlas’ adalah surah at-Tauḥīd (التوحيد‎) (Monoteisme) yang merupakan Penyataan Ringkas Tauhid, Perisytiharan Kesempurnaan Allah SWT serta Ketulusan Agama.

Malah surah Ikhlas meringkaskan dalam empat ayat tentang ketuhanan dan keesaan Allah SWT.

Surah Al-Ikhlaṣ terdiri daripada 4 ayat adalah surah ke-112 dalam Al-Quran. Al-Ikhlas bererti ‘Kesucian’ atau ‘Penulenan’ yang bermaksud untuk kekal suci dan setia atau keadaan membersihkan jiwa seseorang dari kepercayaan bukan-Islam, seperti paganisme, animisme dan kemusyrikan.

Ini adalah satu-satunya surah dalam Al-Quran yang namanya tidak terdapat atau tidak mempunyai hubungan linguistik terhadap surah itu sendiri.

Ia juga dikenali sebagai Surah Pelindung. Surah ini adalah sebuah surah Makkiyah yang mengesahkan mengenai Bilal yang ketika diseksa oleh tuannya yang kejam, dia berulang kali mengatakan “Ahad! Ahad!” (Tunggal, merujuk kepada Allah SWT).

Mak-mak dah fahamkan kebaikan surah Al-Ikhlas ini, marilah kita dekatkan anak-anak dengan bacaan dan penghayatannya. Moga keluarga kita akan sentiasa dalam lindungan rahmat Allah.

MW ucapkan selamat hari lahir buat Redza Syah Irfhan menjadi anak yang soleh dan menjaga ibu dan ayahnya.

Dengar Doa Yang Irma Hasmie Bisikkan Di Telinga Anak

Lama sy simpan video doa ni, waktu ni Irfhan usianya baru 2 bulan.. Moga Allah mendengar dan makbulkan doa buat anak-anak ku. Subhanallah… Hari ini usia Redza Syah Irfhan genap 5 tahun, syukur Alhamdulillah, terima kasih atas anugerah ini ya Allah. . Dan surah Al-Ikhlas pula antara surah terawal yang Irfhan belajar, surah ini banyak fadhilat dan khasiat nya, sy memang minta Irfhan amalkan selalu.. . SurahAl-Ikhlaṣ (الإخلاص‎) bererti Keikhlasan atau ‘Yang Ikhlas’ adalah surah at-Tauḥīd (التوحيد‎) (Monoteisme) yang merupakan Penyataan Ringkas Tauhid, Perisytiharan Kesempurnaan Allah SWT serta Ketulusan Agama. Surah Ikhlas meringkaskan dalam empat ayat tentang ketuhanan dan keesaan Allah SWT. . Surah Al-Ikhlaṣ terdiri daripada 4 ayat adalah surah ke-112 dalam Al-Quran. Al-Ikhlas bererti ‘Kesucian’ atau ‘Penulenan’ yang bermaksud untuk kekal suci dan setia atau keadaan membersihkan jiwa seseorang dari kepercayaan bukan-Islam, seperti paganisme, animisme dan kemusyrikan. Ini adalah satu-satunya surah dalam Al-Quran yang namanya tidak terdapat atau tidak mempunyai hubungan linguistik terhadap surah itu sendiri. . Ia juga dikenali sebagai Surah Pelindung. Surah ini adalah sebuah surah Makkiyah yang mengesahkan mengenai Bilal yang ketika diseksa oleh tuannya yang kejam, dia berulang kali mengatakan “Ahad! Ahad!” (Tunggal, merujuk kepada Allah SWT). . . #happybirthday #redzasyahirfhan #redzasyahirfhan5years

A post shared by IRMA Hasmie Ibrahim (@irmahasmie) on

Sumber : ceriteradunia.org

Posted on

Aduhai Tak Malu Ke?! “Simpan Sikit Bont*t tu Untuk Bakal Suami” – Ameera Khan Buat Yoga, Buat Netizen Jadi ‘Geram’

Baru-baru ini adik kepada Neelofa telah mencetuskan kontraversi apabila beliau telah memperlekehkan sebuah model telefon pintar android, Samsung. Walau bagaimanapun, beliau telah memohon maaf atas tindakannya itu.

Namun, beliau sekali lagi telah mencetuskan kontraversi apabila beliau melakukan senaman yoga di sebuah gymnasium dengan aksi dan gaya yang menggoda. Memiliki body goals yang diimpikan setiap wanita, Ameera atau mesra dengan panggila Little Miss Khan, sering berkongsi gambar dan videonya di IG.

Beliau juga telah memuat naik beberapa buah video di Instastory miliknya dengan pose yang menggiurkan.

Menerusi video yang telah dirakam oleh gadis berusia 17 tahun ini, rata-rata netizen telah memberi komen negatif terhadapnya seolah-olah beliau ingin mencari publisiti murahan.

“Murahnya dia ni…”

Mengundang nafsu lelaki.

Euwww….

Sumber : Ameera Khan

Posted on

Ramai Orang Terkejut Dengan Penampilan Terbaru Vivy, Kerana Hamil Dia Tak Suka Bergaya, Tak Suka Make Up…

Kehamilan Ketiga Ubah Vivy Yusof. Tak mahu Bergaya, Tak Suka Mekap!

Meskipun tahun ini merupakan tahun yang agak sibuk buat pengasas Fashion Valet ini namun Vivy Yusof nekad menambah bilangan ahli keluarga.

Mengikut saranan ibu yang selalu berpesan supaya melahirkan ketika usia masih muda dan bertenaga akan tetapi akui Vivy kehamilan ketiga ini cabarannya agak berbeza.

Dua kehamilan sebelum ini dilalui dengan mudah dan tidak memberi banyak masalah namun kali ini ternyata ia tidak seperti dijangka.

Jika Vivy yang kita kenal sentiasa positif, suka bekerja, bangun waktu pagi dengan senyuman, peramah dan suka bergaya namun kehamilan kali ketiga mengubah semua sikap itu.

Selesa pakai kaftan, baring atas lantai

Menamakan dirinya yang baru Pivy (Pregnant Vivy) ujar wanita ini setiap pagi dia bangun dengan keluhan, enggan bergaya sebaliknya hanya selesa dengan kaftan.

“Pivy tak mahu makan dan kalau boleh hanya mahu tidur di atas lantai marble yang sejuk untuk meredakan sakit belakangnya.

“Dia tak lagi suka bermekap, bertemu ramai orang malah ibarat mengheret kaki untuk pergi bekerja. Morning sicknes yang dihadapinya bukan saja pagi, tapi berlarutan hingga tengah hari, petang dan malam,”ujar Vivy melalui tulisannya dalam kolum di akhbar New Strait Times baru-baru ini.

Paling menonjol katanya lagi perutnya sudahpun kelihatan seperti hamil lima bulan walaupun dia baru berada di trimester pertama kehamilan.

Kehamilan saya dulu mudah, ia satu karma!

Tak ketinggalan Vivy, isteri kepada Fadzarudin Anuar ini juga melalu perubahan emosi yang ketara.

“Trimester pertama kehamilan ini bukan mudah, saya rindu pada Vivy yang dulu, yang sentiasa happy.

“Selama lapan tahun pengalaman menjadi majikan saya banyak melihat pekerja saya hamil dan memasuki fasa menjadi seorang ibu.

“Saya tak memahami bila mereka berdepan masalah kerana kehamilan saya mudah. Saya merasakan kehamilan tak sepatutnya menjejaskan prestasi kerja dan juga rakan sekerja

“Tapi kini saya merasakan apa yang mereka lalui, ia satu karma! Tapi saya tak boleh kalah, saya harus ingat kembali kata-kata saya kepada mereka.

“Syarikat ini bergantung pada saya, suami saya perlukan isterinya yang dulu, begitu juga anak-anak perlukan ibu mereka yang dulu,”ujarnya yang kemudian bertemu penyelesaian semua masalah ini setelah bertemu dengan doktor.

“Ada ubat untuk semua ini rupanya? Kenapa saya tak diberitahu awal,”ujarnya dalam tulisan yang cukup lucu mencuit hati pembaca.

Mesti ada cara

Kesimpulannya menurut Vivy, setiap wanita melalui kehamilan yang berbeza. Ada yang mudah dan ada juga yang sukar hingga terpaksa dimasukkan ke hospital.

Apa yang penting wanita harus faham tubuh mereka sendiri dan berjumpa doktor untuk mengetahui tahap kemampuan diri.

“Tapi dalam masa yang sama kita perlu ada fikiran yang kuat supaya boleh melalui semua ini. Pasti ada cara ketika kehamilan yang dapat meredakan alahan.

“Contoh seperti ketika hamilkan Daniel saya makan jambu untuk hilangkan muntah-muntah, Mariam pula saya kemaruk dengan ice ships tapi untuk kehamilan ini mengeluh pada suami membuatkan saya sudah rasa selesa #prayforfadza,”akhiri Vivy.

Sumber: Vanilla Kismis

Posted on

Alamak!! Inilah 5 Artis Yang Sorok Perkahwinan, No 5 Tu Sampai Sekarang Tak Dedahkan Wajah Isteri…

Isu sorok perkahwinan ini bukanlah sesuatu yang baharu. Sebelum ini pun, sudah ada beberapa artis yang menyorokkan perkahwinan mereka.

Tidak salah pun mahu menyorokkan benda yang baik seperti perkahwinan daripada pengetahuan umum.

Cuma bila seseorang itu dikategorikan sebagai seorang selebriti yang popularitinya pula menggunung tinggi, ia seolah tidak berlaku adil kepada penonton dan peminat yang selama ini sentiasa berada di belakang dan menyokong kerjaya mereka baik di pawagam, kaca televisyen, pentas nyanyian mahupun pengacaraan atau pelawak.

Menyorok hal perkahwinan ini seolah-olah membelakangkan kehendak sesetengah peminat (bukan semua) yang sentiasa ingin tahu hal-hal peribadi.

Mereka ini sebenarnya tidak mengharapkan undangan perkahwinan pun. Cukup sekadar beritahu dan dapatlah mereka doakan kebahagiaan pasangan ini. Industri seni tempatan ini masih kecil, soroklah perkahwinan selama mana pun, satu hari, pasti akan diketahui umum juga.

Berikut adalah 5 selebriti tempatan yang menyorokkan hari pernikahan sebelum tampil memberitahu kepada media dan peminat status sebenar mereka.

1. Datuk Ramli MS & Datin Alyah

Konduktor muzik terkenal, Datuk Ramli MS bersama Alyah merahsiakan perkahwinan kira-kira setahun sebelum mengaku pada media status sebenar mereka.

Pernikahan itu dilakukan pada 18 Mac 2013 di Batam, Indonesia dan terdedah selepas Jabatan Agama Islam Selangor membuat serbuan ke rumah mereka pada 28 Ogos 2014 dan mengesahkan perkahwinan itu.

Ramli memberitahu, sudah setahun mereka berkahwin dan ada sebab mengapa perkahwinan itu dirahsiakan. Lagipun itu adalah hak mereka. Bagaimanapun Ramli tidak berhasrat untuk berkongsi sebab kenapa beliau berbuat demikian.

2. Datuk Jamal Abdillah

Penyanyi yang popular dengan gelaran Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah hanya mengesahkan perkahwinan selepas kira-kira sebulan bergelar suami.

Jamal enggan mengulas lanjut mengenai perkahwinan pada 1 April lalu. Dia hanya mengesahkan sudah bernikah dan enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Terbaharu, selepas tujuh bulan, barulah Jamal mendedahkan pula gambar gadis berusia 23 tahun yang berasal dari Kulim, Kedah yang kini menjadi isterinya.

3. Aeril Zafril & Wawa Zainal

Pernikahan pasangan pelakon, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal juga antara yang menjadi tanda tanya peminat mereka sehingga terpaksa mengadakan satu sidang akhbar khas.

Pasangan ini bernikah sebanyak dua kali iaitu pada 25 Februari 2012 (pernikahan tanpa kebenaran) dan 5 Februari 2013 (dengan kebenaran).

Pendedahan mengenai perkahwinan itu hanya didedahkan kepada umum pada Oktober 2013.

Menariknya, alasan yang diberikan untuk menyorokkan perkahwinan itu kerana takut dimarahi oleh majikannya iaitu David Teo.

4. Eja

Pelakon Eja boleh direkodkan sebagai antara yang paling lama menyorokkan statusnya sebagai isteri.

Pemilik nama sebenar Siti Shahrizah Saifuddin ini hanya memberitahu dia sudah berkahwin dengan seorang ahli korporat selepas 10 tahun iaitu pada 2009. Ketika itu dia sedang hamil anak sulung.

Baginya, dia tidak mahu hal kerjaya dan peribadi dicampuradukkan apatah lagi dia tidak pernah menafikan mahupun mengiayakan statusnya sebagai isteri selama 10 tahun itu.

5. Bront Palarae

Pelakon ini bernikah pada 31 Ogos 2013 dan Utusan Malaysia telah menyiarkan berita perkahwinan rahsia mereka.

Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Bin Saifuddin menafikan hal tersebut dengan mengatakan pada hari itu, dia sibuk mempromosikan filem terbaharunya di sebuah stesen radio.

Hal itu menjadi tanda tanya sehingga lah lima hari selepas itu, dia mengaku sudah bergelar suami kepada seorang wanita yang juga kenalan lamanya.

Sumber: Utusan