Posted on

Sangat Mengejutkan!! Ramai Nak Tahu Status Ziana Zain Selepas Suaminya Didakwa, Adakah Mereka Akan Bercerai?

Apabila penyanyi terkenal, Siti Roziana Zain atau lebih dikenali dengan stage name Ziana Zain, melaporkan perbuatan suaminya mencederakan anak lelaki mereka kepada pihak berkuasa sehingga Armin Zaharin didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, semalam, ramai yang tertanya-tanya apakah status Ziana dan suaminya selepas ini sekiranya Armin didapati bersalah?

Meskipun suami penyanyi Madah Berhelah itu mengaku tidak bersalah namun sekiranya dia gagal mempertahankan diri, Armin boleh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan dari mana-mana dua darinya. Majistret juga telah menetapkan wang jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan kes pada 4 April nanti.

Setakat ini berdasarkan informasi sumber terdekat Ziana, tiada sebarang perancangan untuk membatalkan dakwaan terhadap suaminya itu.

Melihat ketegangan rumah tangga Ziana dan Armin ketika ini, ramai menjangkakan pasangan ini akan membawa haluan masing-masing, terutamanya jika Armin gagal menang kes.

Semalam viral di media sosial suami kepada penyanyi terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam atas pertuduhan mencederakan anak lelakinya.

Dia didakwa memukul menggunakan rotan pada 25 Februari lalu. Walaubagaimanapun, Armin mengaku tidak bersalah dan menyatakan tujuannya adalah untuk mengajar anak mengaji dan solat namun anaknya tidak paham.

Berdasarkan kertas pertuduhan, laporan polis tersebut telah dibuat sendiri oleh Ziana pada 27 Februari lalu. Ziana dan Armin telah mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta Pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

So, disebalik kes ini sebenarnya bukan mudah menjadi ibu bapa yang sabar di zaman serba moden dan maju ini. Tugas dan beban yang perlu ditanggung dalam kehidupan sehari-hari pastinya banyak mencabar daya kesabaran kita.

Sumber : Hijab&Heels

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *