SANGKAKAN SALAH MAKAN!! MENGADU PADA ISTERI PERUT SAKIT, AJAK REBAH DI BELAKANG SET

Pelawak dan penyampai Hot FM, Ajak Shiro, dikejarkan ke hospital malam tadi selepas tidak sedarkan diri akibat sakit pada bahagian perut.

Isterinya, Nur Afifah Amin berkata, Ajak disahkan mengalami tekanan kerja melampau sehingga menyebabkan badannya kekurangan air.

“Suami saya mengadu sakit perut sejak pagi semalam lagi, namun menukar ‘mood’ apabila perlu bersiaran secara langsung sebagai pengacara program Melodi. Keadaannya bertambah teruk pada sebelah petang dan kemudian dia tidak sedarkan diri.

“Selepas dikejarkan ke hospital, doktor mengesahkan ototnya terlalu penat dan kekurangan air. Jadi, dia perlu berehat selama beberapa hari bagi mengelakkan kesakitan dialami memberi kesan kepada buah pinggangnya pula nanti,” katanya.

Bercakap kepada kami, Afifah berkata, Ajak sebenarnya tidak suka jika ceritanya jatuh sakit mendapat perhatian umum.

“Dia memang mahukan perhatian lebih diberikan kepada kerjaya seninya,” katanya sambil memberitahu, Ajak bernasib baik kerana ketika ini jadual kerjanya agak kosong selama beberapa hari, sebelum kembali sibuk sehinggalah ke penghujung Mac ini.

Afifah turut menjelaskan, doktor masih memantau kesihatan suaminya selain meminta Ajak merehatkan diri buat waktu ini.

Menerusi perkahwinan mereka yang sudah memasuki usia lapan tahun, Ajak dan Afifah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohd Jad Thaqif, 7, Mohd Had Thaqif, 4, dan Nada Soffea, 2.

Bekerja boeh tapi kesihatan jangan lupa jaga. Bimbang penyakit mendatang. Semoga Ajak cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik selalu.

Ingat pada orang-orang tersayang. Semoga lepas ni Ajak lebih konsisten dalam menjaga kesihatan diri dan banyak berehat untuk kesihatan yang baik.

Sama-sama kita berdoa agar Ajak diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusannya sebagai seorang hamba Allah di bumi ini.

Apa pendapat korang pula?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *