Dunia Akhir Zaman!! Malu Melahirkan Anak Luar Nikah, Remaja 15 Tahun Ini Bunuh Bayinya Dengan Gunting Di Hospital!!

Kes pembunuhan bayi oleh ibu kandungnya sendiri masih lagi berlaku sehingga ke hari ini. Kali ini perbuatan keji itu dilakukan oleh seorang pelajar di Banyumas, Jawa Tengah (Jateng). Gadis itu sanggup membunuh bayi yang baru dilahirkannya di tandas hospital Islam Purwokerto. Perbuatan keji gadis yang masih berusia 15 tahun itu, disyaki kerana tidak mahu menanggung malu akibat melahirkan bayi luar nikah.

Kejadian pembunuhan bayi ini bermula apabila gadis itu mengeluh sakit perut kepada keluarga pada pagi itu. Gadis itu yang merupakan penduduk Kecamatan Kedung Banteng, Banyumas ini kemudiannya dihantar keluarganya ke Hospital Islam Purwokerto untuk pemeriksaan.

Rupa-rupanya keluarga gadis itu tidak mengetahui gadis itu sedang hamil. Ketika hendak diperiksa oleh doktor, gadis itu selalu menolak dengan alasan perutnya amat sakit. Gadis itu akhirnya dinasihatkan untuk dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Plasenta bayi yang ditemui di tandas Hospital

Namun, ketika gadis itu sedang berada di tandas, dia melahirkan bayi yang dikandungnya. Gadis tersebut yang panik kemudian berteriak dan meminta tolong kepada ayahnya Nur Hidayat, 43 tahun untuk meminjam gunting kepada jururawat dengan alasan untuk memotong pampers.

Oleh kerana anaknya terlalu lama berada di dalam tandas, akhirnya ayah gadis itu membuka pintu tandas dan ternampam kaki bayi.

Melihat kejadian itu ayahnya panik terus melaporkan kepada jururawat terdapat bayi di dalam tandas.

Oleh itu, jururawat segera menuju ke tandas untuk melihat seperti yang dilaporkan. Ketika memasuki tandas tersebut, jururawat melihat gadis itu keluar dari tandas dan terdapat kesan darah di seluarnya. Ketika jururawat masuk ke dalan tandas, dia mendapati terdapat bayi di dalam dan air terbuka.

Ketika ditemui, keadaan bayi yang baru saja dilahirkan dan dibunuh oleh ibunya sendiri itu sungguh menyedihkan. Di beberapa bahagian badannya terdapat 11 luka tusukan yang disyaki menggunakan gunting di bahagian dada dan perut.

Setelah mengetahui kejadian tersebut, Nur Hidayat terus menghubungi pengawal keselamatan Hospital Islam Purwokerto, Suratman untuk membuat laporan kepada Pihak polis Purwokerto Barat.

Pihak polis mengaku terdapat kejadian tersebut di hospital.

“Katanya gunting itu untuk menggunting pampers, rupa-rupanya gunting inilah yang kemudian digunakan gadis itu untuk menikam anak kandungnya sendiri hingga mati. Ada 11 tusukan di badan bayi itu. Kemudian, jururawat yang berasa curiga akhirnya membuka pintu tandas dan menemui bayi itu,” kata pihak polis.

Kini, bayi tersebut masih dibedah siasat oleh pihak hospital. Sementara itu pihak polis telah merampas gunting yang juga digunakan gadis tersebut. Polis juga menahan seorang remaja yang disyaki kekasih gadis tersebut dan disabitkan kesalahan merogol remaja bawah umur. Gadis tersebut masih dirawat di hospital dan dalam kawalan rapi pihak polis.

Sumber: manaberita.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *