Peminat DM Shukri Yahaya, Minta Tegur Isteri Tentang Aurat Dan Ini Respon Dari Isterinya Yang Buat Ramai Orang Tak Puas Hati!!

Isteri kepada aktor kacak Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan merasa bengang apabila “diserang” oleh peminat suaminya yang menghantar mesej peribadi di akaun Instagram suaminya meminta pelakon itu menegur Tya tentang auratnya.

Tya terkejut dengan tindakan peminat itu yang mahu beliau menutup aurat dengan betul. Semuanya gara-gara Tya memuat naik foto beliau memakai turban di akaun Instagramnya baru-baru ini.

Menurut Tya, Shukri mengetahui setiap perkara yang beliau lakukan termasuklah apa sahaja yang dimuat naik ke laman sosial.

Bersabarlah Tya, dah namanya isteri seorang selebriti pasti anda akan menjadi tumpuan juga dan menjadi mangsa kritikan orang lain tanpa mengetahui perkara sebenar. Kami yakin Shukri tahu macam mana hendak mendidik isterinya. Kalau hendak tegur, mengapa tidak bertanya terus kepada Tya sahaja?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *