Posted on

Al-Fatihah.. Kerisauan Keluarga Anak Mengambil Keputusan SPM, Menjadi Lebih Menyayat Hati Apabila Anaknya Maut Ketika Ambil Keputusan SPM.

KOTA BHARU: Seorang pemuda yang dalam perjalanan untuk mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh pokok di Jalan Padang Melintang, di sini, pagi tadi.

 

Dalam kejadian jam 7.45 pagi, Mohamad Iqbal Hafiz Mohamad Kauli, 17, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

 

Mayat dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat.

 

Ibu mangsa, Nastura Abdul Ghani, 45, berkata anaknya keluar dari rumah di Kampung Cherang Melintang, Bachok, pada jam 7.30 pagi untuk ke sekolah bagi mengambil keputusan peperiksaan SPM di Sekolah Menengah (SMU) Maahad Amir Indera Petra di sini.

 

“Namun, Iqbal tidak sempat sampai ke sekolahnya yang jaraknya kira-kira satu kilometer (km) selepas motosikal jenis Yamaha LC 135LC terbabas dan merempuh pokok,” katanya ketika ditemui Jabatan Perubatan Forensik HUSM di sini, hari ini.

 

Beliau berkata, Mohamad Iqbal anak kedua daripada empat beradik, tidak menunjukkan sebarang perubahan dan reda dengan pemergiannya.

 

Katanya, jenazah Mohamad Iqbal akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Sri Sentosa, Jalan Beris Kubur Besar, Bachok, petang ini.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok Deputi Superintendan, Nik Aminuddin Raja Abdullah, berkata berdasarkan keterangan saksi, mangsa menunggang motosikal Yamaha 125Z dari Kota Bharu menghala ke Beris Kubur Besar.

 

“Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dikatakan terbabas sebelum melanggar pokok di tepi jalan.

 

“Mangsa kemudian tercampak di atas jalan dan parah di kepala,” katanya.

Kredit : EBerita via http://bicaraislam.info

 

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *