Posted on

[VIDEO] Masya Allah!! Ramai Yang Terkejut Budak Layan Porn, Langsung Tak Kantoi Dengan Ibu Di Sebelah. Ini Sebabnya…

Kemajuan teknologi memudahkan urusan manusia seharian. Namun, apa sahaja yang berlebihan sudah tentunya mengakibatkan kesan negatif jika dilakukan tanpa pantauan atau kawalan. Sama juga halnya dengan teknologi.

Jalan pintas digunakan ibu bapa yang menyogok anak-anak dengan telefon pintar untuk membuatkan anak senyap dan leka akhirnya membawa padah. Satu video yang viral di media sosial semalam diharapkan menjadi pengajaran kepada ibu bapa untuk lebih berhati-hati mengawasi tindak-tanduk anak.

Tonton video dewasa di sebelah ibu

 

Dalam rakaman video itu, seorang kanak-kanak perempuan dipercayai berumur dalam lingkungan 5 hingga 6 tahun sedang leka menggunakan telefon sambil ditemani seorang wanita disebelahnya. Apabila diamati, kanak-kanak itu rupanya menonton video dipercayai lucah namun suara video ditontonnya itu tidak kedengaran, berkemungkinan besar sudah diperlahankan audio.

Wanita di sebelahnya langsung tidak endah akan perbuatan itu dan tiada reaksi pelik atau terkejut ditunjukkan. Kanak-kanak itu juga dilihat memegang telefon berkenaan pada jarak agak dekat mungkin untuk mengelak perbuatannya itu diketahui.

Sumber: Izwan Hs, ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *