Setelah Gambar Berpelukkan Tular Dan Dikecam, Ini Respon Dari Tiz Zaqyah Yang Buat Ramai Orang Makin Marah!!

Baru saja dimuat naik semalam gambarnya berpelukan dengan bintang lagenda bola sepak dunia di Instagram, namun pelakon Tiz Zaqyah dikecam netizen di media sosial.

Terdahulu, Roberto hadir ke Kuala Lumpur sebagai duta global syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia.

Bagaimanapun, Tiz tidak mendedahkan lokasi pertemuannya bersama Roberto, malah telah menutup ruangan komen pada gambar tersebut.

Sementara itu di media sosial, netizen kesal dengan tindakan pelakon berkenaan yang dianggap tidak menjaga batasan pergaulan dan memberikan contoh yang tidak baik kepada masyarakat.

“Malunya artis Malaysia buat macam tu. Tak ada maruah,” kata Azizah.

“Berpeluk macam tak nak lepas. Tak tahu pasal dunia bola ni, mula-mula tengok, dalam fikir mungkin ini suami dia. Rupa-rupanya pemain bola sepak. Boleh je mereka berpelukan seperti itu? Murahnya artis-artis Malaysia ni. Malu,” kata Pippy.

“Bukan apalah, diorang semua kadang-kadang bukan tak tahu mana boleh dan mana tak boleh. Tetapi saja tak nak ikut. Tak payah cakap lebih-lebih, nanti di sana tak pasal-pasal tertangguh jejak kaki dalam syurga sebab nak kena cari dia minta maaf pula. Sia-sia saja.

“Diana Amir, Yana Syamsudin, Siti Sarah (isteri Syamsul Yusof), Raja Farah, Misz Nina, ingat balik macam mana zaman jahiliah mereka dulu. Tengok pula mereka sekarang macam mana. Hidayah itu milik Allah, doa yang baik-baik saja,” kata Nuajrah.

The living legend @oficialrc3 🇧🇷

A post shared by TIZ ZAQYAH • QUEEN QYA (@tiz.zaqyah) on

Respon dari Tiz Zaqyah.

Tiz Zaqyah telah menutup ruangan komen di Instgram milik beliau. Setelah itu, netizen dikatakan pergi ke Instagram milik Roberto Carlos untuk mengecam tindakan Tiz Zaqyah…

Sumber : Instagram Tiz Zaqyah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *