Posted on

Sufian Dah Move On? Sheila Rusly Nak Dia Bercinta Dengan Janna? ‘Hint’ Percintaanya Dengan Janna Nick Melalui Video Ini?

Nampaknya ada sesuatu yang berlaku di antara penyanyi Janna Nick dan penyanyi Sufian Suhaimi. Sejak akhir-akhir ni ramai peminat Janna dan Sufian merasakan mereka bercinta. Anda boleh lihat video di IG stories dalam akaun milik Sheila Ruslydi mana Sufian menyanyikan lagu Janna sambil menulis kata-kata romantik. Hmm.. Macam ada something je ni.

“Saya nak ke Johor Bahru ni, awak jaga diri baik-baik ya!”- kata-kata Sufian dalam video ini seolah-olah mereka seperti sedang bercinta.

Sheila Rusly Doakan Hubungan Mereka

Pengarah dan penerbit popular, Sheila Rusly telah memuat naik gambar dia bersama Sufian di Instagramnya. Sheila sempat ada mengusik Sufian tentang hubungannya dengan wanita yang tak disebut nama. Namun Sheila yakin hubungan mereka berdua akan berkakhir ke jinjang pelamin.

“Bunga bukan sekuntum. Terkejut @sufiansuhaimi_ bila sis cakap “cubalah petik bunga ditaman sis” Yang mana satu ek?Cer korang teka siapa yg Yan pilih tak lama lagi makan nasi minyak lahhh kita tok sidang!”

Justeru, foto yang dimuat naik oleh Sheila ini juga menyebabkan timbul persoalan netizen adakah wanita yang dimasudkan adalah Janna Nick.

Akan Bercinta Di Matamu

Sedang kami membaca reaksi peminat yang tertera di ruangan komen, secara tak sengaja kami menemui komen dari Janna dan Sufian sedang berbalas-balas kata-kata romantik dan ini menguatkan lagi dakwaan bahawa mereka memang sedang bercinta.

Kisah terputusnya ikatan pertunangan antara pelakon Elfira Loy dan Sufian terus menjadi perbualan hangat netizen dan ada yang mengaitkan aktres berkenaan sudah ada pengganti. Kali ini giliran Sufian pula mencari pengganti, kalau dah jodoh apa salahnya!

Anda rasa bagaimana? Adakah Sufian dan Janna bercinta?

Sumber : Hangat.Com

 

Posted on

Isu Badan Semakin Tembam, Ini Respon Uqasha Yang Buat Ramai Orang Terkejut!!

Aktres Uqasha Senrose melahirkan rasa pelik dengan sikap segelintir netizen yang gemar mengkritik bentuk tubuhnya.

Kata pelakon berusia 25 tahun itu, dirinya sering menjadi bahan kutukan meskipun ketika langsing dahulu.

“Sejujurnya saya tidak faham kenapa orang perlu mempertikaikan bentuk badan saya.

“Dulu bila kurus orang kata saya ada penyakit namun bila berat badan bertambah ramai pula yang mengkritik di media sosial,” katanya yang dipetik daripada laporan portal Astro Gempak.

Uqasha membuat kenyataan tersebut di sesi penggambaran filem Hantu Kak Limah, yang berlangsung di Taiping, pada Ahad.

Terdahulu, penampilannya sewaktu menghadiri acara Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017) Jumaat lalu menarik perhatian umum.

Ia susulan berat badan aktres kelahiran Kota Bahru, Kelantan ini yang jelas meningkat secara mendadak hingga kelihatan sangat berisi.

Berikutan itu, Uqasha menjadi topik sensasi perbualan netizen di laman sosial.

Dalam pada itu, beliau berkata, perubahan bentuk tubuh itu dipengaruhi oleh selera makannya yang semakin meningkat.

Malah kebahagiaan yang dikecapinya kini juga menjadi penyebabnya.

“Berat badan saya naik sebanyak 13 kilogram daripada 47kg kepada 60 kg sekarang dalam masa satu bulan.

“Mungkin kenaikan berat badan ini disebabkan oleh selera makan yang tinggi sehingga saya tidak dapat mengawal berat badan,” katanya lagi.

Sumber berita: Astro Gempak

Posted on

Wow Patutlah! Tenaga Che Ta Masih Macam Anak Dara Walaupun Sedang Hamil Anak Ke 4! Rupanya Inilah Rahsia Tenaga Muda Che Ta Tu!

Peminat Che Ta tidak sabar lagi mahu menunggu kelahiran anaknya yang keempat. Anak yang bakal dilahirkan mesti comel. Walaupun Che Ta sudah berumur 40 tahun lebih, dia masih lagi bertenaga untuk beranak lagi.

Sesetengah peminat Che Ta mendakwa bahawa Che Ta sebenarnya sudah mencukupi dengan ketiga-tiga anaknya kerana dia telah berjaya mendapat anak perempuan pada ketiga kali kehamilan isterinya tetapi Dato Siti masih banyak kali meminta Che Ta untuk beranak lagi.

Walau bagaimanapun, selagi mempunyai tubuh badan yang sihat, tidak salah mahu beranak lagi. Terdapat wanita di negara barat yang sudah memasuki usia 70 tahun yang hamil dan berjaya melahirkan anak yang sihat dan comel. Subahanallah!

Sebenarnya Cik Ta masih muda seperti anak dara, oleh itu tidak salah untuknya beranak ramai-ramai selagi Tuhan hendak memberi rezeki. Cik Ta tidak perlu melayan kata-kata orang lain yang berkenaan dengan umur.

Namun begitu, bukan senang hidup dengan anak yang beramai-ramai. Hal ini kerana susah mahu menjaga anak yang beramai-ramai kerana wanita sekarang tidak seperti dahulu. Cik Ta masih perlu bekerja.

Kadang-kadang selepas balik kerja terus mengurus anak-anaknya entah dia ada makan dengan mencukupi atau tidak. Oleh hal yang demikian, kebanyakan wanita mengambil pil kawalan kehamilan kerana tidak mahu menghasilkan banyak hormon.

Walaupun masih tiada kasahihan dari Che Ta sendiri, Instagram pelakon itu sudah penuh dibanjiri dengan ucapan tahniah dari peminat yang gembira mendengar berita ini. Pasti ramai yang menantikan cahaya mata kedua Che Ta ini, dan pasti harapan mereka bayi kedua turut comel seperti Aaisyah.

Menurut Utusan Online, Che Ta dikatakan belum bersedia untuk mengumumkan berita berkenaan kerana usia kehamilannya yang baru memasuki dua bulan. Apapun tahniah buat Che Ta sekali lagi. Nampaknya termakbul doa Zain Saidin mengimpikan anak kedua dari isterinya!

.

Amalkan Air Rebusan Kulit Kayu Manis Ceylon Setiap Malam Diet 2 Minggu Dah Turun 7kg, Memang Terbukti Berkesan!

Petua baru dapat petang tadi bergosip dengan member,gosip pasal diet tawu..Bukan gosip kosong..haha.

Rupanya member ni tengah diet 2 minggu dah turun 7kg,tanjattt gegurlll.Sentap tau,gegurl jenuh nak turun 6kg sebulan ,semput exersice .Sembang nye sembang,member tercerita tanpa sengaja,dia amalkan air rebusan kulit kayu manis setiap malam,sebelah pagi,minum air rebusan halia.

Gigih kanss..

Macam kak ekin,skrang sebelum sarapan minim air halia(ketuk jer) + 1 hirisan lemon,kalau sempat baru rebus air halia,memang banyak khasiat.Boleh detox,badan cepat turun cepat tau.Tapi….Ofcozla kena jaga makan + workout ye saiyang-saiyang semua

Lagi satu,amalan minum air kayu manis ni,juga bagus untuk kesihatan,bukan sekadar untuk bakar lomak tepuss jer,ia juga bertindak menyahkan gula jahat dalam badan…bye2 gula jahat!!!

Cara Penyediaan Air Rebusan Kayu Manis.

(ikut cara kak ekin memang tak specific)

1.Sediakan 2 cawan air atau lebih

(Ikut brape banyak yang buat ye)

Macam kak ekin ni,skali minum jer..

2.Setelah air mendidih,masuk kan kulit kayu manis jenis “Ceylon” bole gugel ye,tak kisah serbuk atau batang,sebab sesuai untuk penggunaan yang lama,yang kita buat masak selalu tu Jenis “Cassia” tak sesuai sangat.

3.Kak ekin letak 2 batang Untuk 2 cawan air tadi,atau 1 sudu teh untuk yang pkai jenis serbuk,janji warna berubah ada aroma bau wangi.

Actually sukatan boleh ikut citarasa korang ye.

3.Boleh tambah madu asli,jangan madu biasa sebab manis tak asli,risau terlebih gula.

(Ni optional jer,tak letak pon xpe)

4.Perahan lemon(1 hirisan 1 cawan)

Senangkan,campak -campak..siap

Festime minum kayu manis,memang sedap gilerr,esok buat lebih ckit.Boleh simpan esok dalam peti ais,minum siang

Sekian untuk perkongsian malam ni,2 jam bako lemak tadi,flush lagi dengan ayaq kayu manih.Tak mustahil khans,esok timbang kompon 45.++kg

Oppsstt jangan lupa jaga makan + workout dan amalkan tips mudah ni.Kurang lebih kak ekin mohon maaf ye.Ni sekadar perkongsian cara kak ekin.Kak ekin doakan korang semua kurus sebelum raya.Amin

Kredit:Fb Norasikin Jusoh via viral oh viral

Share jika bermanfaat

Nota KTJ : Kayu manis ceylon ni boleh beli secara online.. search je di FB kayu ceylon

Sumber: Keluarga Till Jannah via makinheboh

Posted on

Alhamdulilah!! Bakal Masuk Islam! Ini 5 Perkara Menarik Tentang Julie Anne, Kekasih Fadlan Hazim Yang Ramai Tak Tahu…

PELAKON Fadlan Hazim, 26, mendedahkan teman wanitanya yang berbangsa Cina, Julie Anne Kang bakal bergelar mualaf dalam masa terdekat.

Fadlan bagaimanapun belum dapat berkongsi tarikh rasmi terbabit tetapi kekasihnya yang juga seorang pereka kasut itu giat menimba ilmu berkaitan agama Islam.

“Insya-Allah dia bakal bergelar mualaf tidak lama lagi. Buat masa sekarang dia seronok mendalami agama Islam.

 

Saya pun sebenarnya tidak mahu dia bertukar agama disebabkan hanya kerana kami mahu berkahwin. Biarlah, hatinya terbuka untuk menerimanya seikhlas hati.

 

“Sekarang pun, saya turut menemaninya untuk mengikuti kelas bagi mempelajari lebih banyak mengenai Islam. Saya juga sedar bahawa diri ini banyak kelemahan. Namun mana yang saya boleh bantu, saya akan bantu,” katanya.

Menurut Fadlan, dia yang mengenali wanita terbabit sejak zaman persekolahan mengakui beruntung kerana hubungan mereka mendapat restu keluarga kedua-dua pihak.

“Dalam keluarga kami pun memang ada yang berkahwin campur. Jadi, perkara itu tidak menjadi masalah.

 

Cumanya, mungkin ada individu yang cuba mempertikaikan hubungan kerana kami perbezaan bangsa. Pada saya perkara itu tidak perlu timbul kerana kita semua adalah bangsa Malaysia.

 

“Mereka yang pertikaikan bangsa ini pada saya bukanlah seorang rakyat Malaysia yang sejati. Lagipun kita hidup berbilang kaum di sini,” katanya yang merancang untuk mengakhiri zaman bujangnya tahun depan.

Umum tahu wanita cantik dan seksi bernama Julie Ann Kang merupakan bakal isteri pelakon kacak Fadlan Hazim.

Julie merupakan pereka kasut yang makin dikenali dalam dunia fesyen. Biarpun berbeza agama, bangsa dan budaya, hubungan cinta mereka bukan lagi rahsia.

Jika pasangan berbeza bangsa dan agama sering berdepan cabaran, mereka berdua sangat bertuah kerana cinta mereka direstui keluarga.

Memang tidak dinafikan Julie memiliki kejelitaan yang luar biasa dan mereka berdua ibarat pinang dibelah dua.

Sering memuatnaik gambar yang menawan dan bergaya di Instagram miliknya, Julie juga tampil seksi dalam beberapa acara yang dihadirinya.

Lihat beberapa gambar Julie yang seksi dan jelita yang berjaya memikat hati Fadhlan.

Bakal Bergelar Mualaf

Fadhlan mendedahkan teman wanitanya ini bakal bergelar mualaf dalam masa terdekat tetapi belum dapat berkongsi tarikh rasmi terbabit tetapi kekasihnya itu giat menimba ilmu berkaitan agama Islam.

Kenal Sejak Zaman Sekolah

Menurut Fadlan, dia yang mengenali wanita ini sejak zaman persekolahan mengakui beruntung kerana hubungan mereka mendapat restu keluarga kedua-dua pihak.

Gambar Kemesraan

Menerusi Instagram Fadlan dan Julie pula, masing-masing terbuka berkongsi gambar kemesraan mereka bersama.

Percintaan Sudah Lama

Hubungan kisah cinta pasangan ini sebenarnya sudah lama dihidu sehingga timbul dakwaan mengatakan kononnya mereka sudah mendirikan rumah tangga bersama wanita tersebut.

Semakin Terbuka

Fadlan juga kini dilihat sudah semakin terbuka untuk berkongsi perihal hubungan cintanya dengan wanita berkenaan apabila acap kali memuat naik foto dirinya bersama wanita itu di Instagram.

Sumber : HarianMetro, Instagram Fadlan Hazim, Julie Kang

Kredit; Soyalemon, beritasteady

Posted on

Adat Pelik Sebelum Malam Pertama!! Pengantin Perempuan Ini Rela Diratah Tetamu Lelaki. Ramai Yang Terkejut Apabila Mengetahui Puncanya.

Jelik dan memalukan. Seorang pengantin perempuan sanggup membenarkan tetamunya meraba payu daranya pada majlis perkahwinannya semata-mata bagi mengumpul wang untuk berbulan madu.

Video mengenainya telah tersebar dan dikatakan berlaku di utara China.

Dalam klip tersebut, tetamu lelaki tidak melepaskan peluang untuk meraba payu daranya dan mereka terpaksa berbaris untuk berbuat demikian. Selepas itu mereka menghulurkan wang kepadanya.

Bukan sahaja lelaki, kaum wanita juga tidak melepaskan peluang untuk memegang payu dara pengantin wanita terbabit.

Bagaimanapun identiti wanita itu tidak diketahui dan mereka yang menonton video terbabit menyatakan video tersebut sebenarnya dirakamkan di Thailand.

Ia merupakan sebuah kelam malam kabaret dengan pengunjungnya adalah pelancong China. Apapun perbuatan perempuan itu memang memalukan dan menjijikkan.

Jika betul dia mahu mengumpul wang untuk berbulan madu, bukan itu caranya. Dan persoalan yang timbul, di manakah suaminya dan kenapa dia boleh membiarkan isterinya diperlakukan demikian?

Sumber: terlajakover.blogspot.my

Artikel Menarik Seterusnya:

Janda Muda Mati Puting Digigit Hingga Putus

Seorang janda ditemui mati di kediamannya di kajang lapor the star,wanita itu ditemui terlentang tidak sedarkan diri di atas katil rumahnya dengan muka tertutup dengan bantal pada 6 mei lalu.

Mangsa dikabarkan adalah seorang pekerja setiausaha pengarah bank sudah kematian suami 15 tahun lalu dan tidak mempunyai anak.

Mangsa dilaporkan tinggal bersama pembantu rumahnya dan mayat diteimu oleh kakaknya sendiri.

Suspek utama dalam kejadian ini adalah pembantu rumahnya dan berjaya ditahan di tapak perojek nada alam seri pajam nilai pada jam 2.20 petang hari kejadian,sebelum kekasihnya yang berusia 29 tahun ditahan di pangsa rakyat pada hari yang sama.

Pembantu rumah berkenan berusia 25 tahun dipercayai melarikan diri selepas kematian mangsa dan turut melarikan kad bank milik mangsa.

Hasi soal siasat pada keduanya mengaku terlibat dalam kes pembunuhan itu dan ditahan reman sehingga 21 jun bagi membantu siasatan lanjut.

Siasatan dilanjutkan bagi mengenal pasti motif pembunuhan dan kes di siasat mengikut seksyen 302 kanun keseksaan.

Menurut ketua polis kajang Asisten Komisaris Othman Nanyan bedah siasat mendapati mangsa mati akibat lemas selain mendapati puting sebelah kanan putus dipercayai digigit manusia.

Sumber: Kena Baca

Posted on

“Eh!! Mak Ko Bukan Omputih Ker?” Peminat Hentam Emma Maembong Sebab Tak Pandai Cakap English. Ni Response Emma ?

Baru-baru ini, pelakon Emma Maembong ada memuat naik video untuk mempromosikan produk kecantikan jenama ibu beliau iaitu Janet Nicol di Instagram milik Emma. Apa yang mengejutkan apabila ada netizen mempersoalkan slang bahasa Inggeris yang digunakan oleh Emma.

DARAH CAMPURAN YANG TIDAK BOLEH BERTUTUR?

Emma juga ada memuat naik screenshot komen dari netizen yang mengecam cara Emma bertutur yang dianggap penggunaan dan susun atur bahasa Inggeris Emma sangat teruk dan salah dari tatabahasa. Malah netizen tersebut memerli bahawa Emma adalah dari darah kacukan tetapi tidak boleh bertutur bahasa Inggeris dengan sempurna. 

Netizen tersebut menyuruh Emma untuk memperbaiki tatabahasa dan cara sebutan yang betul. Emma juga ada membalas teguran tersebut yang menyatakan Emma tidak kisah mengenai teguran tersebut tetapi teguran itu perlulah ditegur dengan lebih sopan dan beradab. Budi bahasa kan budaya kita.

THERE IS NO SUCH THING AS PERFECT!

Emma juga mengaku bahawa Emma bukannya pandai dan fasih dalam bahasa Inggeris tetapi masih belajar dan tidak akan berhenti memperbaiki untuk bertutur serta menulis dalam bahasa Inggeris. Admin Hangat.com pun bukannya terror sangat dalam bahasa Inggeris, so NOT EVERYONE IS PERFECT. Selepas ini kalau ada pembaca Hangat.com nak menegur sesiapa pun tolong ada adab dan ayat berlapik sikit. Cuba bayangkan kalau anda sendiri ditegur seperti Emma, mesti anda pun akan melatah kan??

Adik Dikutuk Perangai Buruk Kerana Hisap Vape, Ini Respon ‘Win’ Emma Maembong.

Pelakon terkenal Emma Maembong diakui memiliki hubungan kekeluargaan dan persaudaraan yang akrab dengan adik beradiknya yang lain. Mempunyai 7 adik beradik perempuan, tidak hairanlah mereka sekeluarga memang sangat happening dan sporting. Walaupun sibuk bekerja, itu tidak membataskan ruang waktu mereka bersama.

Terbaru, Emma di Instagram memuat naik video prank Chacha ketika dia keluar bersama kekasih. Sampai pecah vape Chacha! Nakal betul Emma ini ye!

Bagus dia dah tak payah nak vape lagi – Emma

Emma Maembong bersama seorang lagi adik perempuannya membuat ‘prank’ dengan menyergah Chacha Maembong ketika dia keluar bersama kekasih. Mereka berdua pada awalnya menyorok kemudian menyerbu Chacha menyebabkan vapenya terpelanting dan pecah. Dalam video tersebut Emma berkata ‘bagus juga vape pecah, selepas ini Chacha tidak perlu vape lagi.’

Di ruangan komen ada segelintir yang tidak suka dengan mengatakan Chacha berperangai buruk. ‘Cha isap vape. Buruknya perangai’. Namun kritikan tersebut mendapat kecaman daripada peminat Emma yang lain pula.

‘Buruknya perangai’

Respon Emma Maembong

Sumber : Instagram Emma Maeombong

Sumber : ohbulan.com

Posted on

Terjebak Dengan Makcik Bawang!! Wanita Cantik Teruk Dikecam Setelah Tahu Kenderaan Bermula Huruf ‘Z’ Rupanya Milik….

Nombor plat kenderaan Malaysia merupakan plat nombor yang perlu dipamerkan semua kenderaan bermotor yang didaftar di Malaysia. Pengeluaran plat lesen ini dikawal dan dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Baru-baru ini, jadi tular di laman Facebook setelah status yang telah dimuatnaik oleh seorang pengguna telah teruk dikecam orang ramai, akibat kebodohan pengguna itu sendiri.

Status yang telah dimuatnaik oleh Mona Syamimi Mohd Samsuddin yang mempersoalkan mengapa sebuah kereta Proton Perdana bernombor pendaftaran Z8 dibenarkan melalui plaza tol tanpa perlu membuat sebarang bayaran.


Bodoh tu simpan sikit
Status Mona itu kemudian telah menjadi tular setelah mendapat perhatian ramai netizen. Rata-rata mereka terkejut dengan tahap pengetahuan am Mona yang rendah kerana tidak mengetahui siapakah pemilik kepada kenderaan bernombor pendaftaran Z8 itu.

Yang ni pulak apa?

Selain Mona, turut terdapat beberapa orang pengguna yang lain yang memang selama ini tidak mengetahui fungsi kenderaan bernombor pendaftaran Z ini.


Sila hadam ye kawan-kawan
Bagi mereka yang tidak mengetahui, nombor pendaftaraan kenderaan yang bermula daripada huruf Z adalah untuk kegunaan pihak tentera dan tidak boleh digunakan oleh orang awam, termasuklah anggota polis.

Untuk makluman semua, kenderaan rasmi ATM memang tak payah bayar tol.

Saya bagitahu supaya tak timbul fitnah. Bukan kereta rasmi untuk pangkat Jeneral saja yang tak perlu bayar tol, segala jenis kenderaan bermula Z. Kalau kalian kenal kereta perisai ACV 300 nama Adnan tu pun sekali la, memang tol dikecualikan.

Kang ada pula nampak saya naik kenderaan tentera bermula ZL, lepas tu viralkan sebab lalu tol tak bayar. Tak baik ya. Tanyalah elok-elok. Saya betulkan tanggapan tu.

ATM ni lah yang menjaga perairan, udara, sempadan negara. Kerana mereka inilah kita semua boleh tidur lena malam-malam. Hidup tenteram pun sebab ada mereka yang bertugas tak tentu masa. Kita tak nampak apa kerja mereka tapi tanpa mereka ni, huru hara kita.

Bersyukur lah Malaysia masih aman ya.

Awalan huruf plat

Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.

A = Perak B = Selangor C = Pahang
D = Kelantan (Nota : D hanya diperuntukkan setelah Kelantan dan Terengganu berpisah daripada berkongsi plat T – Timur). E = Sabah (sebelum tahun 1980-an) EJ: Jesselton (sekarang Kota Kinabalu, sejak 1968)

ES: Sandakan ET: Tawau ED: Lahad Datu EU: Keningau EK: Kudat EL: Labuan F = Putrajaya (mulai Jun 2016)[1] G = Gagasan 1Malaysia H = Teksi (diikuti dengan huruf negeri) HA : Perak HB : Selangor HC : Pahang HD : Kelantan
HJ : Johor HK : Kedah HL : Labuan
HM : Melaka HN : Negeri Sembilan
HP : Pulau Pinang

HQ : Sarawak HS : Sabah HT : Terengganu HW : Kuala Lumpur J = Johor K = Kedah KV = Langkawi L = Labuan M = Melaka N = Negeri Sembilan P = Pulau Pinang Q = Sarawak QA dan QK: Kuching
QB: Sri Aman dan Betong QC:

Samarahan QL: Limbang dan Lawas
QM: Miri QP: Kapit QR: Sarikei QS: Sibu dan Mukah QT: Bintulu
R = Perlis S = Sabah (ditukar daripada E) SA: Kota Kinabalu SB: Beaufort SD: Lahad Datu SK: Kudat
SS: Sandakan ST: Tawau SU:

Keningau T = Terengganu (Nota: Sebelumnya berkongsi dengan Kelantan (daerah Timur)) V = Kuala Lumpur (siri kedua; mulai Julai 2016)[1] W = Kuala Lumpur (siri pertama)

Z = Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Z: Panglima Angkatan Tentera, (Pemerintah Tertinggi ATM) ZA – ZD: Tentera Darat Malaysia (TDM) ZL: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ZU: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
JZ & JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF)

Nombor Plat Khas

Putrajaya : Hanya dikeluarkan semasa Wilayah Persekutuan Putrajaya dibuka PROTON : Hanya dikeluarkan untuk kereta PROTON tertentu

Tiara : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Tiara Perdana : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Perdana Satria : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Satria Chancellor : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Chancellor Waja

Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Waja PERODUA : Hanya dikeluarkan untuk kereta PERODUA tertentu NAZA : Hanya dikeluarkan untuk kereta NAZA tertentu LOTUS : Hanya dikeluarkan untuk kereta LOTUS tertentu Kriss

Hanya dikeluarkan untuk motorsikal Modenas Kriss Jaguh : Hanya dikeluarkan untuk motorsikal Modenas Jaguh

BAMBee : Hanya dikeluarkan semasa Piala Thomas dan Uber 2000 yang diadakan di Kuala Lumpur SUKOM : Hanya dikeluarkan semasa Sukan Komanwel 1998 yang diadakan di Kuala Lumpur

X OIC : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak OIC 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur XIII NAM : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak NAM 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur XI ASEAN : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak ASEAN 2005 yang diadakan di Kuala Lumpur

XXX IDB : Hanya dikeluarkan kepada peserta atau ahli Persidangan Bank Pembangunan Islam G1M : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia, bermaksud Gagasan 1 Malaysia

1M4U : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Kempen 1 Malaysia for Youth Patriot : Hanya dikeluarkan kepada ahli sukarelawan Yayasan Patriot Negara Malaysia TTB : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Slogan ‘Transformasi Terengganu Baharu’ oleh kerajaan negeri Terengganu

GT : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia Putra : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Putra VIP : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Tahun Melawat Pahang (Visit Pahang) 2017 GP : Hanya dikeluarkan untuk kenderaan rasmi (Proton Perdana) yang diguna pakai oleh pihak pengurusan Proton Group

DRB-HICOM SAS : Dikeluarkan sempena Sambutan Ulang Tahun KDYMM Sultan Ahmad Shah yang ke-40 dan hanya digunapakai oleh baginda sahaja PERFECT : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Pengutipan Dana untuk Persatuan Ping Pong Malaysia RIMAU : Hanya dikeluarkan sempena Sukan Sea ke-29 Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Para Asean ke-9

Sumber : manifesto.website

Posted on

Ya Tuhanku, Ampunkanlah Dosaku. Aduh Peritnya!! Elyana berharap doa daripada orang ramai. Tidur, Berjaga, Berdiri Sakit, Urat Pula Rasa Terbakar.

PENYANYI Elyana mengalami kekejangan di bahagian kaki kiri sehingga menyebabkan sukar untuknya berjalan dan hanya terbaring sahaja.

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 31, berkata dia mengalami kesakitan tersebut akibat rawatan kimoterapi sebelum ini.

“Kalau nak tahu, saya dekat rumah tidak gembira seperti yang anda lihat di laman sosial tapi yang sebenarnya saya hanya terbaring, tak boleh bergerak langsung.

“Urat kaki belah kiri sakit. Kejang, tak boleh jalan. Tidur sakit, berjaga sakit, berdiri sakit. Tak tahu macam mana, sampai doktor tak tahu buat apa.

“Saya pernah buat kimoterapi sebab itu urat-urat rasa terbakar. Saluran pendarahan tu dah tak lancar macam biasa,” kata Elyana

Elyana berhenti menjalani rawatan kimoterapi sejak tahun lalu.

 

Kali terakhir Elyana menjalani rawatan kimoterapi untuk penyakit kansert limfoma pada Julai tahun lalu namun hanya satu kali rawatan sahaja.

Bagaimanapun, dia mengambil keputusan berhenti melakukan rawatan tersebut buat sementara waktu dengan mencuba perubatan cara berlainan iaitu akupuntur.

Kata Elyana lagi, dia akan membuat persiapan awal supaya dapat melakukan kerja dengan baik.

“Buat masa ini, saya berhenti lakukan kimoterapi dan saya ada cuba berubat cara akupuntur. Kalau nak kerja, saya kena buat persiapan awal seminggu.

“Kena makan ubat dan rehat secukupnya. Barulah saya boleh kerja kalau tak susah,” ujarnya.

 

Elyana berharap doa daripada orang ramai.

 

Elyana Sedih Terpaksa Gugurkan Kandungan

Menerusi laporan mStar Online pada 17 Mac lalu, Elyana akui terpaksa menggugurkan kandungannya yang baru berusia dua bulan pada 7 Mac lalu atas faktor kesihatan.

 

PUTRAJAYA: Penyanyi Elyana mendedahkan dia terpaksa menggugurkan kandungannya yang baru berusia dua bulan pada 7 Mac lalu atas faktor kesihatan.

Elyana yang kini menghidap kanser limfoma tahap empat itu berkata, perkara disebabkan dia perlu bergantung kepada pelbagai jenis ubat.

“Sebenarnya 10 hari lalu saya terpaksa menggugurkan kandungan yang sudah berusia dua bulan. Keputusan tersebut terpaksa dilakukan atas sebab keadaan kesihatan saya yang tidak mengizinkan.

“Tambahan pula sekarang saya perlu makan ubat yang banyak,” kata Elyana

Elyana gugurkan kandungan atas faktor kesihatan.

 

Dia mengakui sangat bersedih dengan keputusan yang perlu dilakukan memandangkan dia teringin mempunyai anak yang ramai dan pernah keguguran disebabkan hamil luar rahim pada awal 2016.

Penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu ini mengakui bimbang jika bayi yang bakal dilahirkan tidak cukup sihat disebabkan kesan daripada ubat-ubatan berkenaan.

“Saya memang nak sangat anak sebab suka ada anak yang ramai. Sebelum ini pun saya pernah cuba dapatkan anak angkat tapi rezeki tak ada.

“Tiba-tiba dapat tahu hamil tapi terpaksa gugurkan. Saya sangat sedih sebab memang nak sangat anak. Sebelum ini pernah gugur tapi disebabkan hamil luar rahim.

“Kalau kanser saya ini masih peringkat awal mungkin saya boleh kuat tapi peringkat sekarang takut nanti bayi lahir tidak cukup sihat.

Tambah Elyana, sebelum membuat keputusan untuk gugurkan kandungan, dia ada bertanya terlebih dahulu kepada ustaz mengenai perkara itu.

“Saya ada tanya pendapat ustaz juga mengenai perkara ini dan dia beritahu jika dah memudaratkan kesihatan, memang perlu lakukan proses gugurkan,” katanya.

 

Dalam pada itu, penyanyi lagu Kalis Rindu ini berharap orang ramai mendoakan kesihatannya.

“Saya tak nak tunjuk dekat orang saya tengah sedih. Tapi itu sahaja cara saya boleh bagitahu peminat bila mereka tanya kenapa saya diam.

“Salah satu sebab saya beritahu penyakit ini sebab saya harapkan doa orang ramai,” katanya.

Sebelum ini, Elyana mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan dia menghidap kanser limfoma tahap empat sejak tujuh tahun lalu.

Kredit : mStar Online

Posted on

[VIDEO] “Lori Bengkung Kami Terbakar, Kerugian Kami Cecah RM350,000” – Sajat

Lori yang membawa produk kecantikan keluaran syarikat milik usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman terbabit dalam kemalangan. Bercakap kepada kami, Sajat berkata, kejadian membabitkan lori yang membawa muatan produk bengkungnya di China pada Rabu.

Ketika kejadian, katanya, ia dalam perjalanan ke lapangan terbang untuk proses penghantaran produk ke Malaysia. “Sangat terkilan bila lori yang nak menghala ke lapangan terbang tu terbabit dalam kemalangan jalan raya.

“Tak boleh nak buat apa, lori dan bengkung-bengkung kami pun terbakar. Jumlah kerugian kami hampir RM350,000,” katanya pada Khamis malam. Sajat berkata, pihaknya kini sedang menunggu proses insurans dan berharap semua pihak dapat bersabar berikutan kemungkinan kelewatan penghantaran produk.

Berita mengenai kemalangan itu turut dimaklumkan Sajat di laman sosial Instagramnya pada Khamis malam.

“Sedih sangat-sangat… Sajat baru dapat berita pagi tadi, lori yang sepatutnya menghantar ‘bekalan terakhir’ kepada kami, mengalami kecelakaan di jalan raya,” katanya yang turut memuat naik video kemalangan yang menunjukkan kenderaan terbakar dalam kejadian itu.

Dalam pada itu, Sajat memohon maaf kepada semua pihak terutama stokis, ejen dan pelanggan yang menunggu stok produk tersebut. “Sajat betul-betul terkilan dan serba salah sangat-sangat bila berlakunya kejadian sebegini,” katanya.

Menurut Sajat, pihaknya akan mempercepatkan proses pengeluaran produk yang baharu secepat mungkin bagi mengatasi tempahan yang telah dibuat. Beliau juga akan mengemaskini perkembangan mengenai pengeluaran produknya dari semasa ke semasa dan berharap pelanggannya dapat bersabar.

“Harap maaf sangat-sangat dan fahami situasi kami atas bencana yang menimpa ini. Terima kasih,” ujar Sajat.

Sedih sangat2 bila production sajat lets bengkung gold mengalami situasi mcm ini..sajat baru dapat berita pagi tadi,lorry yang sepatut nya hantar last production pada kami,mengalami kecelakan di jalan raya…kami di sini berminta maaf kepada mereka,terutamanya stokis2 kami,agent2 kami,customer2 yang menunggu Production kami…sajat betul2 terkilan dan serba salah sangat2 bila berlakunya kejadian sebegini… kami harap,sesiapa yang dah berurusan dengan stokis2 kami dan agent2 kami atas urusan preoder..kami di sini akan mengpercepatkan persediaan production secepat mungkin..segala kemusnahan bengkung yang akan di terbangkan hari ini,sepatut nya ada 3000pcs..tetapi semua nya musnah berlaka🔥🔥🔥,staf kami dari china beri info pada sajat pagi tadi…sedih sangat2 tau..😢😢😢😢😢 Sajat akan sentiasa update selalu tentang production kami.. kepada client2 harap bersabar yer🙏🏽..jangan marah stokis2 sajat atau agent2 sajat.. klu tak percaya,boleh call terus kat HQ…harap maaf sangat2 dan fahami situasi kami atas bencana yang menimpa ini.. terima kasih🙏🏽😢😔 #sosedih #mybengkung #maafataskelewatan #sosedih #nursajat #letsbengkunggold

A post shared by NUR SAJAT TISHRIN (@nursajat02) on

Sumber : Apakes

Posted on

Sayunya!! Inilah Luahan Dari Hajjah Neelofa Setalah Dia Berterusan Menerima Kecaman Dari Netizen… Hmm Sedih Juga Kalau Jadi Dia…

Ramai yang berkata, lumrah hidup sebagai seorang selebriti popular pasti akan dihimpit kontroversi dan gosip. Namun, awal tahun ini sahaja Neelofa ditimpa satu demi satu kontroversi yang mengundang pelbagai kecaman daripada netizen.

Namun, setiap fitnah dan kritikan yang diterima sedikit pun tidak membuatkan Neelofa berduka. Malah, ia menjadikan beliau seorang yang lebih kuat dan tabah.

Saya gembira dengan diri sendiri, dengan kehidupan dan dengan apa yang ada. Apa pun yang telah terjadi, saya tahu kritikan tetap akan datang. Kekal positif dan kuat melawan itu semua.

Saya belajar mengenali dengan lebih dalam siapa diri sendiri. Nilai hidup yang dimiliki, kekurangan dan kelebihan. Apa pun orang cakap, tak ada yang boleh mematahkan saya. Campaklah fitnah apa pun, kecaman apa pun, itu adalah peluang saya belajar kenali diri lagi. Saya bersyukur Allah datangkan ujian yang tersirat dengan hikmah yang maha besar.

Tidak dinafikan, Neelofa bukanlah calang-calang wanita kerana beliau bukan sahaja dikenali dalam bidang seni tetapi melakar kejayaan sendiri menerusi perniagaan yang diusahakannya. Ambil lah sisi positif Neelofa sebagai inspirasi untuk wanita lain mencapai kejayaan mereka sendiri.

Sumber Berita : Utusan Online