Posted on

Walaupun Rupa Parasnya Cantik Sangat, Namun Layanannya Terhadap Pembantu Rumahnya Buat Ramai Netizen Terharu.

Memiliki paras yang cantik dan anggun mungkin sudah lumrah bagi para artis. Karena menjadi seorang public figure memang dituntut memiliki wajah yang sempurna agar selalu terlihat menarik didepan kamera.

 

Tetapi ada yang berbeda dengan beberapa artis cantik yang berasal dari Indonesia ini. Beberapa artis ini selain memiliki wajah yang cantik, rupanya mereka juga baik hati. Dibalik kecantikan dan kekayaan yang melimpah, ternyata beberapa artis cantik ini juga tidak pernah memandang status sosial siapapun.

Para artis tentu memiliki Asisten Rumah Tangga (ART) untuk mempermudah urusan mereka. Tugas ART biasanya melakukan pekerjaan rumah, dan membantu mengurus perlengkapan para majikannya. Beberapa artis cantik ini, selain memperlakukan ARTnya dengan baik, mereka juga rela menghabiskan uang puluhan juta untuk si ‘Bibi’.

 

 

Berikut deretan empat nama artis cantik dan baik hati kepada ART-nya.

 

1. Nagita Slavina

Istri dari artis terkenal Raffi Ahmad ini ternyata juga termasuk kedalam daftar artis cantik dan baik kepada pembantunya. Dalam pernikahannya yang mewah beberapa waktu silam, tak lama kemudian Raffi-Nagita mendapat kabar bahagia bahwa mereka akan segera mendapatkan buah hati.

Pada tanggal 15 Agustus 2015 silam, mereka di anugerahi seorang anak laki-laki yang diberi nama Rafathar. Mengingat kesibukan mereka sehari-hari akhirnya wanita yang akrab disapa Memsye tersebut memutuskan untuk menggunakan jasa baby sitter.

Tetapi baby sitter yang satu ini bisa dibilang memiliki keberuntungan dibanding baby sitter yang lain. Baby sitter tersebut ternyata pernah diajak ‘Memsye’, panggilan Nagita dari para netizen, untuk liburan bersama ke London. Tak hanya itu, Memsye juga mengajak baby sitternya untuk Umroh bersama beberapa waktu lalu.

 

 

2. Syahrini

Siapa yang tak kenal dengan wanita glamour yang satu ini. Syahrini yang akrab dipanggil Incess ternyata selain memiliki paras bak barbie tersebut, ia juga dinilai loyal terhadap ART-nya.

 

Hal ini terbukti dari sikap Syahrini kepada pembantunya yang bernama Elin. Wanita asal Bogor ini mengatakan bahwa Elin sudah bekerja bersamanya selama lebih dari sepuluh tahun.

Tak heran jika Syahrini merasa sudah akrab sekali dengan pembantunya hingga menganggapnya sebagai saudara seumur hidup. Bahkan, wanita lulusan dari Universtas Pakuan Bogor tersebut pernah mengajak pembantunya liburan bersama ke Jepang. Didalam akun instagramnya @princessyahrini ia pernah memposting fotonya bersama Elin ketika sedang liburan di Jepang.

 

.

3. Nia Ramadhani

Wanita yang memiliki nama lengkap Pranti Nur Ramadhani ini adalah seorang istri dari pengusaha yang bernama Anindra Ardiansyah Bakrie. Dibalik hidupnya yang mewah dan serba ada, Ibu dari Mikhayla dan Mainaka ini ternyata tidak sombong dan tetap rendah hati. Bahkan, ia tidak memandang seseorang dari status sosialnya.

 

Hal itu terlihat dari postingan foto Nia di akun instagramnya @ramadhaniabakrie bahwa Nia mengatakan termakasih kepada pembantunya tersebut. Tak hanya itu, Nia juga sempat mengajak pembantunya untuk ikut berlibur bersama keluar negri, yaitu ke USA dan Disneyland. Dikabarkan juga Nia sering makan satu meja bersama para pembantunya tersebut.

 

 

4. Ashanty

Ashanty yang akrab disapa Bunda tersebut telah berhasil mendobrak citra buruk sebagai ‘Ibu Tiri’. Menurut dongeng dan sinetron, ibu tiri digambarkan sebagai sosok wanita yang jahat dan tanpa belas kasihan.

Berbeda dengan ibu tiri Aurel dan Azriel tesebut, justru memiliki hati yang penuh kasih sayang bak ibu peri. Kebaikan istri dari musisi Anang Hermansyah tersebut ternyata juga dirasakan oleh para pembantunya.

Juju, salah satu pembantu Ashanty yang mengidap tumor pernah diperiksakan ke dokter bahkan dibiayai operasinya, padahal Juju saat itu belum lama kerja dengan Ashanty. Tak hanya Juju, babby sitter Arsy pun merasakan kebaikan dari Bunda Ashanty ini. Baru-baru ini, baby sitter Arsy diajak ikut Umroh bersama, dan ditempatkan di kursi yang sama kelasnya dengan Ashanty.

 

Posted on

Waktu Kecik Dulu Selalu Petik Buat Rantai. Khasiat Pokok Tasbih Yang ramai TIDAK TAHU.

Tumbuhan daripada famili rumput ini mempunyai batang tegak yang mempunyai buah keras berupa manik dan berlubang di tengahnya. Kanak-kanak kampung menjadikan tasbih daripada buahnya yang dicucuk pada tali.

Satu kepercayaan masyarakat Melayu yang mengatakan kucing yang dipakaikan dengan rantai buah tasbih menjadi kurus dan tidak sihat. Namun, sejauh manakah kebenarannya tidak dapat dipastikan.

Tumbuhan berumpun ini mencapai ketinggian 3 meter. Buahnya berkilau seperti porselin, tebal dan keras. Ia berwarna hijau muda semasa muda dan berubah menjadi kuning langsat bila masak. Ia menjadi hitam apabila tua. Daunnya berbentuk seperti daun jagung tetapi lebih pendek dan berketak-ketak.

Upih daunnya rapat memenuhi batang. Tumbuhan ini hidup subur di kawasan yang mendapat cahaya matahari yang cukup. Jelai membiak melalui pecahan rumpun, sama seperti kebanyakan tumbuhan lain daripada famili rumput.khasiat pokok jelai, khasiat pokok tasbih, petua pokok tasbih, petua pokok jelai

Kegunaan Atau Khasiat Pokok Tasbih

Di kampung-kampung, herba ini digunakan bagi mengubati sakit kepala dan migrin.
– Caranya, keseluruhan pokok dibersihkan sebelum dicincang dan direndam dalam air panas. Pesakit dimandikan dengan air rendaman ini selepas suam.

– Akarnya mampu mengubati demam kuning dengan cara merebus 15 gram akarnya sehingga air rebusan tinggal setengah. Kemudian, air ini ditapis dan diminum 2 kali sehari. Di samping itu, pesakit perlu minum banyak air masak semasa mengamalkan tonik ini.

– Bagi merawat batu karang pula, 5 gram daunnya dijadikan teh dan diminum serta diamalkan hingga masalah batu karang hilang. Tambahkan daun hingga 10 gram bagi mengubati jangkitan pundi kencing dan kencing kotor.

– Bagi merawat reumatoid pula, 30 gram buah yang tua direbus hingga airnya tinggal suku, tapis dan minum airnya semasa sakit. Pastikan air rebusan adalah rebusan yang baru dan bukannya yang disimpan dalam peti sejuk. Air rebusan buahnya yang diminum juga dapat menghaluskan kulit . Ia juga menjadi penawar appendiks dan cirit-birit.

– Dalam perubatan tradisional Cina, jelai adalah tumbuhan yang mempunyai sifat sejuk dan berfungsi merehatkan otot, antitumor, penahan sakit, menurunkan kandungan gula dalam darah dan merawat demam. Ia juga dijadikan ubat bagi merawat cacing. Selain itu, masyarakat Cina juga menggunakan isi bijinya dalam masakan sama seperti penggunaan barli iaitu dijadikan bubur dan sup.
Penggunaan herba ini perlu dielakkan semasa hamil.

Memang banyak khasiatnya, tapi masih ramai yang tidak tahu akan khasiatnya, selain dijadikan ubat buah pokok ni juga boleh dijadikan tasbih.. Sesuai namanya digelar pokok tasbih 🙂

Posted on

SUDAH BOSAN KERJA BANK, LELAKI INI JUAL SATE DI SWITZERLAND MEMPEROLEHI PENDAPATAN RM50,000 SEBULAN.

Ada pemandangan agak luar biasa di Hallwylerstrasse, sebuah kawasan yang padat dengan pelbagai bangunan pentadbiran Switzerland.

Di hadapan restoran Asia Tisch, ada sebuah gerai beroda tiga dikerumuni ramai orang. Asap tebal mengepul tidak dipedulikan pelanggan yang mengenakan baju tebal sanggup sabar beratur menunggu giliran.

Angin dingin bertiup dari tasik Zurich juga tidak menghalang semangat mereka yang berkerumun. Setelah diamati, memang ada yang istimewa di depan restoran terkenal menyajikan menu bakso, rendang dan soto ayam itu.

Sebuah gerai kecil yang tiada kerusi menjadi seumpama pentas proses pembakaran sate ayam. Jangan terkejut ia memang sate ayam yang sedang dipamerkan oleh penjajanya di salah sebuah kota paling mahal dunia itu.

Inilah satu-satunya gerai sate ayam di Zurich, bahkan Switzerland. Semua keunikan itu diusahakan Rio Vamory, bekas pekerja bank yang membawa hidangan Indonesia di Zurich atau digelar Little Big City of Switzerland.

“Kebanyakan sate ayam hanya dijual di dalam restoran atau kafe yang terkenal. Saya pernah cuba menjualnya seperti di Indonesia tetapi kos agak mahal,” kata Rio dipetik akhbar berpengaruh Indonesia, KOMPAS.

Ini bermakna jika musim sejuk tiba, Rio tidak mungkin menjual makanannya itu di kawasan terbuka. Justeru Rio ‘meminjam’ pekarangan Asia Tisch sebagai tapak promosi awal untuk memperkenalkan sate dijualnya itu.

“Belum begitu terfikirkan. Ini masih lagi perintis, kerana saya berhasrat mulai Mei ini saya berjualan pertama kali di Zurich,“ katanya. Selepas ini dia akan cuba jual sendiri di sebuah taman di sini dengan gerai beroda tiga itu.

Apa yang dilakukan Rio ini dilihat seperti nekad, namun dia enggan disebut sedemikian. Ini kerana rancangan itu sudah diimpikannya bertahun-tahun lalu, ketika Rio masih lagi sibuk bekerja di sebuah bank terkenal di Zurich.

“Kalau nekad ya, tidak mungkin, saya sudah merencanakan perkara ini serius sejak lama, prosesnya bertahun-tahun, Secara kebetulan saya tidak bahagia (senang) bekerja di dalam bank tersebut,” akui Rio secara jujur.

Akibat tidak gembira bertugas di bank, maka cita-citanya menjual sate ayam, terus mengganggu hatinya. Maka, setahun lalu Rio memutuskan berhenti bekerja sekali gus enggan lagi memakai kot pejabat dan tali leher.

Rambutnya yang dahulunya disisir rapi, kini dibiarkan bebas, sengaja tidak digunting selama setengah tahun terakhir. Kini apron, baju-T dan seluar jean menjadi pakaian seragam Rio mengipas bakar sejumlah sate.

Sesekali tampak dia memang bimbang dengan hasil pemanggangan satenya yang mungkin tidak dibakar sempurna bahkan secara berterus terang Rio menjelaskan: “Agak gugup iya, ini kan baru peringkat percubaan.”

Selain membakar sate, dia juga selain ingin mempromosikan gerai bergerak dan segala peralatannya malahan turut mengundang masyarakat Switzerland untuk membantu dengan memberi sumbangan ke atas projek sate ayamnya.

Semua ini dilakukan Rio sendiri menerusi kaedah crowd funding yang cukup popular di Barat dengan individu yang memerlukan dana lazimnya menghebahkan idea mereka untuk kemudian dilabur oleh orang ramai atau netizen.

Satu rakaman video dimuat naik Rio menerusi Internet yang menjelaskan mengenai projek sate tersebut, sekali gus mengharapkan masyarakat terutama pengguna media sosial antarabangsa untuk menyumbang dana pelaburan.

“Tidak hanya itu, crowd funding ini juga sebenarnya untuk uji pasaran, apakah ada berminat atau tidak,“ tutur Rio. Ini kerana ada juga projek dihebahkan melalui Internet gagal dapat tajaan dan terbengkalai kerana tidak diyakini.

Syukurlah, sasaran modal yang hanya sebanyak 12,000 frank Swiss (kira-kira RM52,000) akhirnya tercapai melalui cara tersebut dan dia malahan berkata: “Saya gunakan dana kecil ini untuk beli gerai beroda dan keperluan lain.”

Di Switzerland, siapa yang berani terjun dalam bisnes gastronomi, memang kena bekerja keras. Harga makanan di restoran Swiss yang sangat mahal, membuatkan persaingan untuk menyajikan kualiti terbaik, menjadi kewajiban.

Rio tampaknya memang sedar dengan kenyataan tersebut. Sebelum mencuba sate ayam dengan gerai bergerak atau disebut gerobak dalam bahasa Indonesia, dia sudah membuat eksperimen dengan ‘jual’ satenya dari pintu ke pintu.

Kisah hidup Rio kemudian mendapat perhatian daripada akhbar paling berprestij di Switzerland iaitu Neuer Zurcher Zeitung (NZZ), yang kemudian memberi satu halaman penuh menceritakan aksi Rio itu kerana dianggap unik.

“Ini memang istimewa, jadi kami tertarik menulisnya,“ kata salah seorang editor NZZ. Selain mengisahkan proses peralihan Rio daripada pekerja bank menjadi tukang sate, dia juga mengisahkan perjalanan hidupnya sendiri.

Sate dijual Rio, menurut NZZ, cukup menarik dan dalam satu ulasan makanan, menerusi akhbar itu menyatakan bahawa makanan tradisional masyarakat Jawa itu: “Kalau pun ada yang perlu diperbaiki, ya acar timunnya.”

Rio lahir 34 tahun lalu, di Balingkah, Padang Panjang, Wilayah Sumatera Barat. Tidak lama setelah dilahirkan, Rosmidar, ibu kandungnya, terpaksa menerima kenyataan apabila kemudian ditinggalkan sang suami tercinta.

Perjalanan berikutnya, Rosmidar meninggalkan Indonesia dan berkahwin dengan seorang rakyat Switzerland yang berketurunan Tibet. Ketika itu, Rio dihantarkan ke Bogor untuk mempelajari ilmu agama di sebuah pesantren.

Rosmidar menetap dan berkahwin lagi di Zurich. Namun, kebahagiaan itu tidak lengkap jika berpisah dengan puteranya itu. Setelah dua tahun menetap di Switzerland, Rio kemudian dibawa ibunya bersama-sama ke Zurich.

Prestasi Rio ketika bersekolah cukup menonjol bahkan beberapa kali ‘lompat’ kelas kerana kecerdasannya sehingga mampu membina kerjaya di pelbagai bank besar, namun meskipun bergaji agak besar, Rio tidak berasa gembira.

Dia pun akhirnya memilih untuk meninggalkan karier perbankan yang cemerlang dan memilih menjadi tukang sate ayam secara jalanan di Zurich. Rosmidar, sebagai ibu kandungnya, sangat menyokong langkah ‘aneh’ Rio itu.

“Apa yang dilakukan Rio amat luar biasa. Tidak ramai dan hampir tiada pekerja bank yang hebat sanggup berubah profesyen dengan menjadi tukang sate ayam, keberanian itu namun ada dalam diri Rio,” kata editor NZZ.

Manakala Rosmidar ketika ditanya oleh NZZ hanya berkata: “Sebagai orang tua, saya tetap mendukung segala rancangannya. Lagi pula, dia sejak kecil saya mendapati Rio memang jenis orang yang suka masak di dapur.”

Selain cuba menjadi pengusaha sate, Rio juga berhasrat membantu tanah kelahirannya di Sumatera dengan cara setiap satu frank Swiss daripada jualan secucuk sate yang dijualnya untuk membantu pelestarian alam Sumatera.

Meskipun kini dilihat lebih berbudaya Switzerland berbanding Indonesia, Rio agaknya masih terus mengingat tanah kelahirannya dan secara jujur memberitahu:

“Lupa tentu tidak, saya juga mempunyai ramai saudara di sana.”

Puluhan tahun silam, Rio bahkan dapat bertemu dengan beberapa saudara tirinya yang menetap di sekitar Sumatera waima masih lagi tetap berkomunikasi dengan mereka sehingga sekarang bagi mengubat perasaan kerinduan.

Dia juga sempat cuba mencari bapa kandungnya ketika balik seketika ke Indonesia dan mujur pernah bertemu sendiri dengan lelaki tersebut di Jakarta. Namun selepas itu, kini dia dilaporkan tidak lagi berhubungan.

“Rasanya lega ketemu bapa saya. Tapi setelah itu ya sudah, tak banyak hubungi lagi dengan bapa saya. Dengan bapa saya tidak lagi, dengan saudara tiri, iya, masih berkomunikasi,” katanya.

Sumber : Mynewshub

Posted on

Penampakkan aneh berwarna merah jambu di permukaan lautan. Kapten Kapal Terkejut Besar Lantas Menyambar Kameranya.

Penampakan ikan lumba-lumba itu sendiri telah menjadi suatu perkara yang jarang ditemui oleh manusia di habitat semulajadi di seluruh dunia. Dan bayangkan apabila anda menemui ikan lumba-lumba berwarna merah jambu yang paling aneh dan jarang ditemui.

Pada tahun 2007, seorang kapten bot di Tasik Charles, Lousiana, Amerika Syarikat telah menemui seekor ikan lumba-lumba berwarna merah jambu yang aneh dan sangat cantik.

Pada mulanya kapten kapal yang bernama Kapten Erik Rue ini berfikir matanya telah tersalah pandang akan ikan lumba-lumba tersebut, tetapi setelah diteliti, beliau berasa amat terkejut apabila meneliti dari jarak dekat, ikan lumba-lumba ini benar-benar berwarna merah jambu.

Kredit: Facebook / Pinky the Dolphin

Ikan lumba-lumba tersebut adalah ikan lumba-lumba betina yang diberi nama Pinky oleh Kapten Erik Rue.

Menurut Kapten Erik Rue kepada ABC News, “Saya telah mengambil berkeping-keping gambar dan telah meneliti jantinanya, dan ia adalah ikan lumba-lumba betina.”

Pinky merupakan mamalia dengan bersifat ingin tahu, yang akan berenang pada jarak 10 meter daripada bot Kapten Erik Rue setiap kali mereka bertembung antara satu sama lain.

Kapten Erik Rue juga turut membawa pelancong dan pelawat di atas botnya bagi membolehkan mereka melihat Pinky. Semua pelawat yang datang melihat berasa amat bertuah dan kagum melihat Pinky, ikan lumba-lumba yang sangat cantik ini.

Kredit: Youtube Screenshot /Unreal World

Kapten Erik Rue berkata, “Saya fikir ramai yang telah melihat Pinky berasa agak terkejut, apabila mereka melihat ikan lumba-lumba itu benar-benar berwarna merah jambu seperti mana kami memberitahu mereka. Mereka berkata, “Wow, ia betul-betul berwarna merah jambu!”. Mereka benar-benar terkejut dan kagum yang rupa Pinky, sama seperti yang telah diterangkan oleh kami.”

Untuk menjelaskan mengapa ikan lumba-lumba ini berwarna merah jambu, terdapat beberapa pendapat mengenainya. Ada teori yang menyatakan yang ia adalah haiwan albino lalu menyebabkan warnanya bertukar menjadi merah jambu.

Haiwan albino biasanya tidak dapat menghasilkan melanin seperti pada tahap biasa haiwan lain boleh menghasilkan melanin, dengan ini, haiwan tersebut tidak akan dapat menghasilkan kulit yang berwarna normal seperti spesiesnya.

Kredit: Youtube Screenshot/ Unreal World

Satu fakta penting yang dikemukakan untuk menyokong pendapat ikan lumba-lumba ini bersifat albino ialah matanya yang berwarna merah. Namun begitu, Kapten Erik Rue tidak mempercayai teori tersebut dengan berkata seekor ikan lumba-lumba bersifat albino sepatutnya berwarna putih.

Salah satu teori menyatakan yang Pinky berasal dari kumpulan yang sama dari spesies ikan lumba-lumba dari sungai Amazon yang sememangnya berwarna merah jambu secara semulajadi.

Kredit: Facebook / Pinky the Dolphin

Walaupun pendapat itu boleh diterima, malangnya masih tidak terdapat sebarang bukti yang boleh mengesahkannya, kerana tiada kajian yang dilakukan secara menyeluruh untuk mengenal pasti spesies sebenar Pinky.

Tetapi tidak kira sama ada Pinky ini berwarna merah jambu kerana ia bersifat albino atau sememangnya ia dengan spesies asal berwarna seperti itu, apa yang pasti, Pinky merupakan ikan lumba-lumba paling cantik yang pernah dirakamkan melalui fotografi.

Lihat video di bawah.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Posted on

Kejadian Pelik Segitiga Bermuda. Setelah 90 Tahun Ia Menghilang, Kapal Ini Muncul Semula. Puncanya Memang Tak Masuk Akal.

PENJAGA PANTAI CUBA MENGUMUMKAN PAGI INI, BAHAWA MEREKA TELAH DIKEJUTKAN DENGAN KEMUNCULAN SEBUAH KAPAL YANG TIMBUL DARI DASAR LAUT DAN HANYUT MENUJU KE PULAU, KAPAL ITU DIDUGA SEBAGAI SS COTOPAXI, SEBUAH KAPAL WAP YANG HILANG PADA DESEMBER 1925 DAN SEJAK TERSEBARNYA LEGENDA SEGITIGA BERMUDA.

Pihak berkuasa Kuba melihat kapal itu untuk pertama kalinya pada tanggal 16 Mei, berdekatan kawasan sempadan tentera, Barat Havana. Mereka membuat banyak usaha yang gagal untuk berkomunikasi dengan para kru, dan akhirnya dimobilisasi tiga kapal patrol untuk memeriksa kapal itu.

Ketika mereka sampai ke kapal itu, mereka terkejut apabila mengetahui bahwa kapal adalah benar-benar sebuah kapal hampir berusia 100 tahun yang diidentifikasi sebagai Cotopaxi, nama yang terkenal dan dikaitkan dengan legenda Segitiga Bermuda. Tidak ada anak kapal di atas kapal dan kapal tampaknya telah ditinggalkan selama beberapa dekad, patrol mendakwa bahwa kapal ini sememangnya kapal pengagkut barang yang hilang pada tahun 1925.

Pencarian yang lengkap kapal membawa kepada penemuan buku catatan kapten kapal. Melihat isi dalamnya memang sah kapal ini benar-benar, berkaitan dengan navigasi perusahaan Clinchfield, pemilik SS Cotopaxi, tetapi tidak membawa petunjuk tentang apa yang terjadi pada kapal selama 90 tahun.

Ahli Kuba, Rodolfo Salvador Cruz, percaya bahwa buku catatan Kapten itu adalah asli. Dokumen ini penuh dengan informasi yang berharga mengenai kehidupan para kru sebelum hilangnya kapal, tetapi catatan berhenti tiba-tiba pada tanggal 1 Desember 1925.

Pada 29 November 1925 SS Cotopaxi berangkat ke Charleston, South Carolina, dan menuju ke Havana, Cuba. Kapal ini mempunyai kru sebanyak 32 orang, di bawah penyeliaan Kapten W. J. Meyer, dan membawa kargo 2340 ton batu bara. Kapal ini dilaporkan hilang dua hari kemudian, dan tidak pernah terdengar selama hampir 90 tahun.

Wakil Presiden dari Dewan Menteri, General Abelardo Colomé, mengumumkan bahwa pihak berkuasa Kuba akan melakukan penyelidikan menyeluruh untuk menelaah misteri hilangnya kapal dan kemunculan.

“Itu sangat penting bagi kita untuk memahami apa yang terjadi” kata umum Colomé. “Insiden tersebut bisa menjadi benar-benar buruk bagi ekonomikita, jadi ingin memastikan bahwa hilangnya kapal seperti ini tidak terjadi lagi. Waktunya telah tiba untuk memecahkan misteri Segitiga Bermuda, sekali dan untuk semua.”

Segitiga Bermuda adalah sebuah wilayah bebas didefinisikan yang meliputi daerah antara Miami, Puerto Riko dan Bermuda, pulau ini ialah pulau di mana ribuan kapal dan pesawat telah menghilang dalam keadaan misteri.
Budaya populer menyatakan bahawa segala kehilangan telah disebabkan oleh fenomena paranormal dan supranatural, atau aktiviti dari makhluk luar bumi.

Satu penjelasan, bahkan pin menyalahkan sisa teknologi dari mitos benua hilang Atlantis.

Meskipun popularitas teori-teori aneh ini, kebanyakan ilmuwan tidak bahkan mengakui keberadaan Segitiga Bermuda, dan menyalahkan kesalahan manusia dan fenomena alam untuk penghilangan yang terjadi.

Kemunculan misterius SS Cotopaxi telah, bagaimanapun, sudah menghasilkan banyak minat dalam komunitas ilmiah dan bisa mendorong beberapa ahli untuk berubah pikiran pada subjek.

Sumber: http://consumehealthyfood.com/

Posted on

Gilang-Gemilang. 10 Selebriti Yang Persis Puteri di Majlis Perkahwinan, Yang Mana Paling Cantik.

Bila bercerita tentang perkahwinan selebriti, pasti ramai yang suka lihat baju perkahwinan mereka dulu kan. Pasti akan ada macam-macam macam kita ni pereka baju la.

Masakan tidak, rasanya baju perkahwinan memainkan peranan penting buat mereka yang bergelar raja sehari. Tak dinafikan, baju perkahwinan yang cantik akan membuat seseorang tampil memukau dan banyak mata di hari bahagia mereka.

Tak caya? Tengok ni.

#MHBelanjaGambar untuk korang 10 selebriti yang persis puteri di majlis perkahwinan masing-masing. Mana satu fav chu ols?

1.Izara Aishah

Kredit : IG Rizman Ruzaini

2.Anzalna Nasir

Kredit : IG Anzalna Nasir

3.Bella Dally

Kredit : IG Rizman Ruzaini

4.Sari Yanti

5. Amyra Rosli

Kredit : IG Rizman Ruzaini

6. Syamim Farid

7. Stacy Anam

8.Ummi Nazeera

Kredit : IG Rizman Ruzaini

9. Noor Nabila

Kredit : IG Noor Nabila

Posted on

19 Foto. Anak Pasangan Melayu Dan Rusia Ini Jadi Perhatian Netizen. Malah Pernah Digelar Bayi Tercantik di Dunia.

Belumpun lahir sudah ramai yang tak sabar melihatnya. Apabila sudah lahir, ramai yang memuji, terutama matanya yang cantik.Siti Safuraa Hamzah, 32, bersyukur, anak perempuannya, Dhuhaa Sophea Stumbrys yang kini berusia 9 bulan, sihat walafiat, malah mula menjadi menjadi perhatian di alam siber.

Menurut Siti Safuraa, anak tunggalnya itu hasil perkahwinan bersama jejaka Eropah iaitu Asadullah Stumbrys,33.

“Saya tidak pernah merancang atau berminat nak kahwin dengan ‘mat salih’. Alhamdulillah jodoh saya dengan suami dan dikurniakan anak comel,” katanya yang juga bekas model.

Siti Safuraa yang berasal dari Besut, Terengganu berkata, dia mula memuat naik gambar anaknya di laman sosial sejak Oktober tahun lalu.

“Orang tak kenal pun ‘share'(kongsi) gambar anak saya. Kebanyakan pengikut saya di FB dan Instagram adalah orang Malaysia,” katanya yang sudah dua tahun menetap di Sweden.

Menurutnya, selepas tular di FB ramai yang memintanya memuat naik video dan gambar Dhuhaa setiap hari.

“Ada yang mesej saya di akaun FB minta video dan gambar. Jika saya tidak muat naik dalam tempoh dua hari, pasti ada yang risau dan bertanya keadaan Dhuhaa.

“Syukur kerana saya menerima komen positif dan tidak dikecam,” katanya.

Amacam? Comel kan?

Posted on

Padah Tak Faham Cara Memandu Betul-Betul. Dah tau selekoh, double line plak tu. Memang Kena Lah.

Viral di media sosial video seorang pemandu kereta pacuan empat roda memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan, cetus pelbagai reaksi netizen.

Video yang dimuat naik Chin Kean Fatt sejak 18 jam lalu telah dikongsi 12,386 kali dan ditonton 1.5 juta pengguna Facebook.

Berdasarkan video, kejadian berlaku pada jam 9.30 pagi semalam di Ranau, Sabah, menunjukkan pemandu kereta pacuan empat roda Ford yang tidak sabar dan cuba memotong sebuah lori di jalan garisan berkembar.

Namun tindakannya itu mengundang padah apabila sebuah kereta jenis Isuzu Mu-x yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu merempuh kereta Ford tersebut.

Difahamkan tiada kemalangan jiwa berlaku, tetapi kedua-dua buah kenderaan itu mengalami kerosakan yang teruk di bahagian depan.

Sementara itu di media sosial, netizen menyelar tindakan pemandu Ford yang memandu secara berbahaya itu menjadi punca kemalangan yang sepatutnya boleh dielakkan.

“Mohon pihak berkuasa ambil tindakan dan gantung lesen pemandu tak guna ini. Dah jelas dan terang jalan itu ada double line tak boleh memotong, dia degil dan potong juga. Potong kat selekoh plak tu,” kata Araish.

“Ini namanya kereta besar tapi otak pemandu kecik atau otaknya letak di lutut. Kasihan orang lain menjadi mangsa keadaan,” kata Fatty.


Difahamkan, susulan kejadian itu juga pemandu kereta itu juga telah dikenakan saman RM300 kerana memotong di garisan berkembar.

Posted on

Macam Tak Percaya. 3 Perangai Buruk Shah Rukh Khan Masa Kecil Buatkan Dia Dibenci Satu Kampung.

Masa kecil memang akan selalu sangat menjadi perkara yang tak boleh lupa dalam hidup kita. Kita semua tentu pernah nakal dan memiliki tabiat buruk semasa kecil. Walaupun saat itu kita seronok dengan tabiat ini, namun tabiat buruk ini berpunca dari sikap belum matang kerana usia masih kecil.

Tak terkecuali aktor paling popular di Bollywood, Shah Rukh Khan. Seperti hangat.com ambil dari laman Bollyworm, Rabu (15/11/2017), Shah Rukh Khan adalah anak yang sangat nakal di masa kecilnya. Lihat apa saja kenakalan raja Bollywood ini ketika masih kecil.

1. Meminjam Wang Demi Beli Komik

Seperti kebanyakan budak lelaki lain, dia sangat suka baca komik dan bahkan rela meminjam wang dari teman hingga keluarga demi membeli barang kesukaannya itu.

“Aku ingat pernah meminjam wang dari teman dan ahli keluarga untuk membeli komik Lotpot kegemaran dan gembira melihat karakter-karakter itu muncul kembali.

Aku benar-benar sangat menyukai mereka. Sebenarnya, aku sangat suka kartun bahkan setelah seharian lelah bekerja, aku pulang ke rumah dan menonton kartun yang dirakam sebelum tidur,” katanya.

2. Suka Curi Bil-bil Rumah Orang Lain

Selain meminjam wang dari teman dan keluarga untuk membeli komik, ternyata Shah Rukh Khansemasa kecil juga sangat dibenci. Dia suka membunyikan bil-bil di pintu rumah jirannya.

“Aku tidak tahu apa yang dilakukan ketika kecil. Tapi tolong jangan mengecam jika aku mengatakan hal ini. Ketika aku masih tinggal di rumah pangsa, ada dua hal buruk yang sering aku lakukan.

Pertama, aku sering membunyikan surat atau bil rumah seseorang kemudian aku lari,” ungkap suami dari Gauri ini.

3. Meletupkan Kotak Surat Rumah Jiran.

Yang satu ini paling nakal di antara lainnya dan jangan ditiru ya. Aktor berusia 52 tahun ini ketika masih kecil kerap memasukkan mercun ke dalam kotak surat rumah jirannya.

“Hal kedua yang aku dan teman-temanku lakukan adalah meletupkan kotak surat orang dengan memasukkan mercun ke dalam kotak surat jiranku. Aku masih ingat, dulu kami hidup di tingkat tiga dan ada satu anak perempuan yang sangat popular dan tinggal di tingkat empat rumah pangsa yang sama.

Jadi pernah suatu ketika aku meletupkan kotak surat rumahnya. Dan setelah itu ibunya marah kepada ayahku,” kenang Shah Rukh Khan.

Sumber Bollyworm

Posted on

Budak Perempuan Ghaib Semalaman, Diculik Makhluk Halus. Ketika Dijumpai Ada SESUATU Yang Agak Mencemaskan.

Kejadian sebenar berlaku dia Kelantan. BUDAK perempuan tujuh tahun yang dilaporkan hilang, malam tadi, di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Gua Musang, ditemui selamat, kira-kira 11 pagi ini.

HILANG KETIKA BERMAIN

Nur Dania Qistina ditemui penduduk di blok tidak berpenghuni selepas 12 jam dilaporkan hilang ketika bermain sendirian di gelanggang futsal perumahan itu.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Gua Musang 1 itu ditemui lemah dan ketakutan selain tidak mampu menjawab sebarang pertanyaan ahli keluarganya.

Neneknya, Tuan Sharifah Hanisa Syed Ali, 53, bersyukur cucunya ditemui selamat di tingkat bawah blok tidak berpenghuni itu.

KETIKA DIJUMPAI, KEADAAN MENGEJUTKAN

Saya tidak tahu apa yang berlaku terhadap cucu kerana dia seolah-olah dalam keadaan takut dan mahu melarikan diri.

Malah, ketika penduduk menjumpainya, Nur Dania Qistina masih cuba lari sebelum dipeluk penduduk kampung. Ketika itu barulah dia agak tenang, katanya.

Menceritakan kehilangan itu, Qistina, Tuan Sharifah Hanisa, berkata dia dan cucunya keluar makan roti canai dekat rumah mereka.

Ketika dalam perjalanan pulang, Nur Dania Qistina ingin bermain di taman rumah mereka. Waktu itu kira-kira 9 malam.

Tapi, kira-kira 11 malam, saya mula bimbang dan turun untuk melihat cucu saya, namun ketika itu Nur Dania Qistina sudah tiada sebelum memaklumkan kepada penduduk kampung.

Sejak malam tadi kami cari di blok kosong itu tapi tidak menemui cucu saya.

Alhamdulillah akhirnya, Nur Dania Qistina ditemui selamat dan saya percaya ada benda halus menyembunyikan cucu saya, katanya.

Difahamkan, ibu kanak-kanak itu, Wan Nurhafiza Wan Hassan, 32, berniaga kedai makan di Kampung Simpang Empat Kundur, di Gua Musang.

Kanak-kanak itu sudah kematian ayah dan Tuan Sharifah Hanisa akan menjaga cucunya jika Wan Nurhafiza keluar berniaga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Sumber : bacaviral