Posted on

”Pelik Dari Jauh Nampak Macam ‘Telur Katak’, Tak Sangka Sebenarnya Penawar Sejenis Penyakit Yang Paling Berkesan”

Siapa yang pernah mengalami gastrik pasti tahu sakitnya macam mana kan? Perut akan merasa pedih, tidak selesa dan kadang kala amat menyakitkan. Gastrik selalu menyerang apabila kita makan tidak mengikut aturan yang betul, berlapar kerana diet dan pada waktu puasa.

Petua yang dikongsikan oleh Ustaz Md Rosdi Hasan ini mungkin boleh membantu anda mengatasi masalah gastrik terutamanya pada bulan Ramadhan yang semakin menjelang tiba ini. Disebabkan masalah ini, ada yang tidak dapat berpuasa.

Petuanya mudah, hanya menggunakan biji selasih dan madu asli. Bukan sahaja dapat menyembuhkan gastrik jika mengikut aturan dan cara yang betul tapi boleh membantu anda untuk tidak merasa lapar. Bila tak lapar mesti lah boleh turunkan berat badan kan?

Jom kita ikuti perkongsian Ustaz Rosdi seperti di bawah ini. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba !

NAMPAK MACAM TELUR KATAK, TAPI SEBENARNYA PENAWAR UNTUK GASTRIK.

Masa kita di zaman kanak-kanak dulu bila lihat saja air sirap kalau ada biji selasih tentu kita akan kata telor katak dalam air sirap sebab biji selasih sama seakan-akan telor katak di dalam longkang, itulah indahnya kita hidup di zaman kita kanak-kanak dulu.

Biji selasih amat baik untuk kita semua kerana ia mengandungi karbohidrat, vitamin k ,mineral, zat besi, lemak. Ia juga membuatkan kita merasa kenyang sebab biji selasih ini amat kaya dengan fiber.

Untuk pengetahuan semua tak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan pada waktu itu kita akan berpuasa bagi menunaikan rukun Islam yang ketiga. Tapi pada waktu itu kita akan dengar ramai orang tak boleh berpuasa sebab mereka ada penyakit gastrik, orang muda pulak tu.

Secara umumnya gastrik ini terbahagi kepada dua.

1. Keradangan lapisan mukosa yang melepasi dinding perut.
2. Ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam.

Yang pertama ia akan menyebabkan kita akan merasa sakit bila kita lapar, itu menandakan asid hidroklorik terlalu tinggi di dalam perut kita.

Yang kedua ialah kita akan merasa sakit perut bila kita sudah makan, ini menunjukkan kita ada masalah ulser perut kita ataupun lapisan mukosa kita sudah nipis.

Jadi di sini saya nak mengajar bagaimana cara untuk kita merawat penyakit gestrik dengan cara yang amat mustajab serta dapat menahan lapar bila kita berpuasa.

Caranya ialah ambil satu sudu teh biji selasih dan rendam di dalam segelas air sehingga kembang dan masukkan dua sudu plastik madu lebah asli kedalam gelas tadi, kacau dan minum sehingga habis biji selasih tadi dan amalkan setiap hari semasa bersahur.

 

In Sha Allah kita tak akan ada masalah dengan gastrik pada bulan Ramadhan nanti malah kita juga tidak akan merasa lapar pada bulan itu. Selesai sahaja kita berpuasa di bulan Ramadhan penyakit gastrik kita juga akan sembuh.

Inilah amalan saya dulu semasa berpuasa yang ingin saya kongsikan untuk semua.

Siakapkeli.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *