Posted on

[VIDEO] Usia Anak Sudah 6 Bulan, Amyra Dah Mula ‘Cuit’ Amar Waktu Malam. Eh Kenapa? Nak Tambah Lagi Ke??

DIKURNIAKAN cahaya mata sulung bernama Aqeef Anaqi yang kini berusia enam bulan, pelakon Amyra Rosli mendedahkan dia hanya tidur beberapa jam sahaja pada waktu malam.

Amyra atau Nur Amira Izzati Rosli, 27, berkata, sebagai ibu dia sudah terbiasa menguruskan hal anak sehingga lewat malam dan tidak terbeban dengan tugas baharu itu meskipun sibuk dengan kerjaya lakonan.

“Apabila kita dah ada anak ni kehidupan memang berubah, pagi perlu kerja dan malam uruskan anak pula. Mujurlah Amar dan mama banyak membantu, jadi tidaklah terasa berat sangat.

“Kalau anak berjaga waktu malam, memang saya yang akan uruskan. Boleh dikatakan, sehari saya dapat tidur dalam tiga jam sahaja, lagipun saya memang ada masalah insomnia (kesukaran tidur),” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, isteri kepada Amar Baharin ini mengakui kerap membawa anak dan suami serta ibu menemaninya di set penggambaran.

“Kadang-kadang anak, suami dan ibu saya ikut pergi set penggambaran. Sebab dekat rumah pun tak ada buat apa, jadi tak salah mereka ikut sekali.

“Lagipun senang juga saya nak menyusukan anak bila dia ada dekat dengan saya. Amar pula akan ikut jika mempunyai masa lapang.“Tambahan pula, kalau saya kerja memang ibu yang jaga Aqeef. Sebab itu bawa sekali mereka ke set,” ujarnya.

Amyra dan Amar berkahwin pada November 2016 dan pasangan ini dikurniakan putera sulung pada 15 Oktober tahun lalu.

VIDEO :

PUTRAJAYA: Pelakon Amyra Rosli mengakui pernah menangis kerana terpaksa meninggalkan anak sulungnya, Aqeef Anaqi selama empat hari buat pertama kali.

Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, 27, berkata, dia terpaksa berbuat demikian kerana suaminya, Amar Baharin sudah menempah tiket ke Bangkok untuk membeli baju di sana.

“Pertama kali saya terpaksa tinggalkan Aqeef Anaqi selama empat hari. Kalau sebelum ada anak, saya rasa teruja kalau dapat berjalan atau bercuti.“Tapi kali ini saya menangis sebab tiba-tiba Amar beli tiket ke Bangkok untuk beli baju. Kami terbang ke sana pada bulan lalu.

“Setiap kali ada wifi atau internet memang saya terus buat Facetime untuk melihat anak,” kata Amyra kepada mStar Online.

Amyra ditemui ketika pertunjukan fesyen koleksi Anggun Raya Mek Kembang Cotton X Amyra Rosly di Hotel Everly, di sini pada Jumaat.

Tambah Amyra, dia juga kerap membawa anak dan suami serta ibu menemaninya di set penggambaran.

“Kadang-kadang anak, suami dan ibu saya ikut pergi set penggambaran. Sebab dekat rumah pun tak ada buat apa, jadi tak salah mereka ikut sekali.“Lagipun senang juga saya nak menyusukan anak bila dia ada dekat dengan saya. Amar pula akan ikut jika mempunyai masa lapang.“Tambahan pula, kalau saya kerja memang ibu yang jaga Aqeef. Sebab itu bawa sekali mereka ke set,” ujarnya.

Amyra dan Amar berkahwin pada November 2016 dan pasangan ini dikurniakan putera sulung pada 15 Oktober tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : GempakzViral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *