Posted on

AirAsia Buat Hal Lagi? Kali Ini Beg Dato’ AC Pula Menjadi Mangsa!! Fuhh Habis Beg Tu Korang ‘Cium’… Agak Agaklah…

Tular hari ni apabila pengacara popular Dato’ AC Mizal memuat naik sebuah video yang menunjukkan beg dia hancur. Menurut Dato’ AC dia mengambil penerbangan dari AirAsia dan begitu kecewa dengan apa yang terjadi ke atas bagasi miliknya.

Saya betul betul frust gila dengan Airline AIR ASIA…… #airlinemurahpunah please respect your customer and our property!Customer Service AirAsia sungguh kurang ajar dan tak membantu langsung!

Video :

“Maafkan Kami” – Staf AirAsia Kempen Cium Beg

Menerusi perkongsian daripada pengguna Facebook, Mohd Amir Izzat, dia memuat naik sekurang-kurangnya 20 gambar pengendali bagasi syarikat penerbangan itu yang mencium bagasi penumpang sambil mempamerkan senyuman.

“Wahai beg, tidak kira berapa berat pun kamu, kita akan uruskan dengan ciuman dan perlindungan. Sayang kamu beg,” tulis Amir yang turut dipercayai merupakan salah seorang petugas pengendali bagasi.

Aksi lucu itu dipercayai susulan insiden syarikat penerbangan tambang rendah terbabit yang baru-baru ini dikritik selepas tular video mengenai pekerja di bahagian berkenaan mencampakkan basikal milik penumpang.

Menerusi catatan tersebut juga, dia mengemukakan permohonan maaf bagi mewakili kakitangan-kakitangan yang mengendalikan bagasi susulan insiden sebelum ini, dan berharap pelanggan akan terus menyokong AirAsia.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen berharap ia tidak hanya ‘drama’ dan apa yang lebih penting adalah insiden yang sama tidak berulang pada masa depan.

Apa pun ‘kempen’ kiss the bag yang dilancarkan petugas bagasi AirAsia ini setidaknya membuka mata netizen tentang keprihatinan mereka dalam mengurus bagasi penumpang. Semoga kejadian bagasi rosak dan sebagainya ini tidak akan berulang lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *