Posted on

Selain Berhabis RM1JUTA Untuk Belanja Rakyat, Ini 5 Perkara Tentang TMJ Yang Ramai Tidak Tahu.. No 5 Memang Lain Macam

Heboh di kalangan rakyat Malaysia selepas Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilaporkan membuat kejutan di sebuah pasaraya di Bandar Tebrau, Johor apabila Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu secara spontan beramah mesra dengan pelanggan dan menanggung perbelanjaan mereka.

TMJ dikatakan berbelanja RM3,000 untuk setiap seorang pelanggan dengan jumlah keseluruhan perbelanjaan berjumlah RM1 juta.

Foto: JOHOR Southern Tigers

Di sebalik niat murninya untuk mengurangkan beban rakyat Johor, mungkin ramai yang tidak mengenali beliau secara lebih mendalam. Hangat.com tertarik dengan sebuah wawancara yang dikeluarkan oleh portal dari Singapura yang mendedahkan rahsia keperibadian TMJ.

Menurut Mediacorp, TMJ mempunyai sifatnya yang lebih terbuka dan berseloroh dalam satu video wawancara itu. Berikut Hangat.com cuba simpulkan 5 rahsia keperibadian hidup TMJ.

HARIMAU DAN JERUNG BINATANG KESAYANGAN?

Bila cakap pasa binatang peliharaan, kebiasaannya kucing, arnab dan burung pilihan pencinta haiwan. Namun TMJ memilih harimau dan jerung. Alasannya, Jerung merupakan haiwan paling champion dalam laut manakala harimau pula paling champion di darat. Eksotik betul haiwan kesayangan TMJ ni!

KERETA IDAMAN TMJ

Dengan puluhan kereta mewah yang dimiliki TMJ, beliau memberikan senarai kereta-kereta kegemarannya. TMJ menyukai kereta jenama Rolls-Royce, Bugatti Chiro yang baru, Dodge, buat masa ini Hellcat. Manakala Motosikal pula, TMJ gemar motosikal besar seperti Harley Davidson.

JIKA TMJ BUKAN TMJ?

Apa agaknya pekerjaan TMJ jika beliau bukan Tunku Mahkota. Beliau mendedahkan mahu menjadi ‘Hitman’, pembunuh upahan. Impiannya pula adalah untuk menjadi kaya.

“Saya nak buat duit. Saya nak kaya betul-betul kaya sampai kalau saya tengok saya nak beli kerajaan Malaysia, kerajaan pun saya beli. Kalau nak beli separuh dunia, separuh dunia pun saya beli,” kata TMJ

PASUKAN BOLA SEPAK PALING DIMINATI

Selain daripada Johor Darul Takzim, TMJ mendedahkan bahawa pasukan bola sepak kegemarannya di dalam negeri adalah Selangor. Di luar negara pula, beliau meminati England, Manchester United, Juventus, Borussia Dortmund dan Barcelona

TIDAK TAKUT HANTU

Dalam wawancara itu, TMJ mengatakan saat dia berada di Istana, hantu yang mengganggunya hanya semasa waktu beliau kecil sahaja. Kini, hantu pula takut dihalau keluar dari istana. Meskipun nampaknya TMJ tidak takut diganggu hantu, TMJ tidak suka menonton filem atau drama seram. Kalau tengok cerita hantu dia akan tutup telinga dan mata. Ini kerana, jelas TMJ, beliau “tidak suka terperanjat”.

SUMBER : HANGAT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *