Posted on

Sah!! Zul Ariffin Putuskan Hubungan Dengan Zahirah MacWilson. Ini Punca Sebenar Yang Buat Ramai Orang Terkejut!!

Rasanya masih ramai yang berteka teki tentang status hubungan antara pelakon Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson. Zul Ariffin akhirnya menjelaskan yang mereka sudah putus dan tiada apa-apa lagi hubungan sejak sebulan yang lalu.

Sejak tahun lalu, ramai sudah tahu mengenai perhubungan kami yang bagai ada pasang surutnya.

“Kami sudah putus. Gelombang hubungan kami sudah diketahui ramai sejak tahun lalu. Diakui, hubungan kami ada masanya putus dan bersambung semula dalam tempoh berkenaan.

“Sebab itu, saya hanya memberi ‘samar bayangan’ jika ada yang bertanya.

“Hari ini, saya mahu menegaskan, perhubungan itu sudah berakhir dan tidak mungkin bertaut kembali.

“Jika masih meneruskan hubungan, bermakna saya menganiayai diri sendiri. Tiada apa yang mahu disembunyikan lagi,” kata Zul.

Menurut Zul adakah dia kecewa dengan perpisahan yang berlaku, Zul menegaskan dia langsung tak kecewa.

“Kecewa, tidak…! Kalau melihat orang ‘berselfie’ dengan gembira kira-kira 20 meter dari jenazah ibu tanpa rasa sensitif, inikah orang yang layak dibuat pasangan hidup?

“Itulah perasaan saya ketika melihat Zahirah seronok ‘berselfie’ bersama seorang teman berdekatan jenazah arwah ibu saya ketika dalam masjid.

“Ada beberapa saksi melihatnya, termasuk saya yang ketika itu mahu membuka penutup muka untuk mencium arwah ibu buat kali terakhir.

“Menyampah memandangnya, tetapi saya masih meneruskan hubungan. Saya tidak kejam dan tetap memaafkannya,” katanya.

Kata Zul, dia reda apabila masalah cinta yang berlarutan tak mampu untuk dipulihkan lagi.

“Saya tentunya mengharapkan ketenangan dan kebahagiaan dalam membina hubungan cinta.

“Jika terlalu banyak mengganggu kerja dan menjejaskan kehidupan peribadi, tiada guna untuk terus mempertahankannya. Tiada apa yang perlu saya kenangkan lagi,” katanya menurut BH Online.

Video :

Sumber: BH Online dan Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *