Luluh Hatiku Di Malaysia. Isteri Banting Tulang Kerja Di Luar Negeri, Suami Bangga Tayang Kekasih Di Facebook.

Disebabakan oleh kemiskinan yang semakin memburuk, ramai netizen di Filipina memilih untuk bekerja di luar negara dengan harapan boleh mendapat lebih banyak wang untuk membantu keluarga yang berada di Filipina.

Mereka yang lebih dikenali sebagai ‘Oversea Filipino Workers’ (OFW) itu sanggup bekerja siang dan malam atau melakukan dua tiga pekerjaan demi memperolehi masa depan yang lebih cerah dan terjamin.

Selain itu, mereka juga terpaksa tinggal berjauhan dari keluarga dan itu pasti membuatkan ke semua OFW akan berasa sedih dan merindui keluarga mereka. Satu-satunya cara paling mudah untuk berhubung dengan keluarga yang berada di Filipina adalah dengan menggunakan media sosial.

Wanita ini juga merupakan warga Filipina yang sanggup bekerja di luar negara semata-mata untuk membantu keluarganya.

Princess Sittie Fairodz Utto telah bekerja siang malam dengan harapan dapat membuatkan kehidupan anaknya di Filipina menjadi lebih senang. Oleh itu dia telah meninggalkan suaminya di Filipina untuk menjaga anak mereka sehingga dia kembali semula suatu hari nanti.

Setiap bulan Sittie Fairodz Utto mengirimkan wang ke kampung untuk merawat anaknya mereka yang sakit dan dijaga oleh suaminya.

Bagi tujuan mencari wang, dia terpaksa melakukan banyak pekerjaan dengan harapan suatu masa nanti dia dapat kembali ke kampung halaman dan berkumpul semula dengan keluarganya.

Tetapi, sebaik sahaja dia melihat Facebook suaminya, harapannya itu musnah. Di Facebooknya, Princess mendakwa yang suaminya telah menipunya.

Dia juga telah memuat naik beberapa keping gambar ‘selfie’ suaminya yang tidak berpakaian bersama seorang perempuan di atas katil sebagai bukti.

Paling menyakitkan hati ialah kedua-duanya bangga bergambar berdua dalam keadaan yang menjelikkan itu. Mereka juga seakan tidak peduli jika Sittie melihat foto berkenaan.

Perkongsian kisah malang Princess itu telah menyentuh hati beribu-ribu netizen yang akhirnya bertindak menenangkan dan memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Tetapi, menurut Princess terdapat juga beberapa orang ‘haters’ telah menghantar mesej kepadanya dengan mengatakan dia seorang yang “bodoh” kerana benarkan suaminya berbuat seperti itu.

Akhirnya Sittie mendedahkan dia mengetahui mengenai perselingkuhan antara suami dan kekasihnya itu namun dia membiarkannya kerana ingin memperbaiki keadaan dan kembali ke kampung halaman untuk tinggal bersama suaminya demi anak mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *