[VIDEO] Netizen Sungguh Tak Sangka Pick up Tok Adi Lagi Padu Dari Pick Up Line Sepahtu!!

Siapa yang tidak mengenali watak Tok Adi dalam drama bersiri Tanah Kubur bukan?

Nasir Bilal Khan yang juga dikenali sebagai Tok Adi dalam drama beliau di Astro Oasis, namun pada kali ini beliau dijemput sebagai artis jemputan dalam rancangan CCTV bersama pelakon Zara Zya, Hafreez Adam dan Izzue.

Namun yang paling mencuit hati adalah kata-kata pickupline daripada Tok Adi kepada Zara Zya membuatkan ramai tertawa.

Tok Adi yang pada mulanya menanyakan nama manja Zara Zya tetapi pelakon Hafreez Adam yang kelihatan wajahnya memandang mesra terhadap kekasihnya itu. Mereka berdua yang telah dikhabarkan bercinta dan menjadi kesukaan ramai dengan hubungan Zara dan Hafreez yang dilihat sangat manis bersama.

Tok Adi punya pickup line…

“Hari Sabtu kita nikah, hari Ahad kita bersanding”. Ujarnya kepada Zara Zya setelah menanyakan hari minggu kesukaan beliau dan memilih ‘Ahad’.

Video yang dimuat naik di laman instagram Official Hlive itu telah mendapat lebih 350k tontonan.

Rata-rata netizen juga turut memberi komen tentang pickup line daripada Tok Adi.

Video Penuh :

Sumber: IG Official Hlive

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *