Wow!! Gaya Ranggi TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN Dalam Jean Biru & Kemeja Putih, Perghh!! Sungguh Class!

Semenjak melangsungkan perkahwinan pada 31 Ogos 2016 lalu dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, rakyat jelata berpeluang melihat Tengku Permaisuri Norashikin mengiringi baginda dalam pelbagai majlis.

Nona sendiri kerap mengikuti perkembangan bekas pembaca berita RTM itu yang sememangnya cukup jelita, bersopan santun dan manis dipandang.

Terkini, kemunculan Tengku Permaisuri Norashikin bersama Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena lawatan diraja menaiki LRT, MRT dan Monorail mencuri perhatian netizen. Lawatan yang berlangsung bermula pagi tadi turut menyaksikan keperibadian sultan berjiwa rakyat itu yang cukup sederhana dan merendah diri.

Kebahagiaan dan kemesraan baginda berdua cukup menjadi inspirasi rakyat sepanjang menyempurnakan lawatan sehari ini. Paling manis di mata Nona, tentulah melihat gaya ranggi Tengku Permaisuri Norashikin yang sedondon suami tercinta.

Meskipun sekadar bersolek tipis, namun pesona wanita bertubuh langsing itu sungguh mengasyikkan. Sekadar tekaan, gandingan kemeja putih Ralph Lauren dengan seluar jean biru, tali pinggang kulit Hermes dan tas tangan Longchamp yang sederhana tetap saja glamor di tubuhnya. Sneakers putih pula menyempurnakan penampilan.

Kredit : Nona

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *