Posted on

Cikgu Lempang Anak Dia Sampai Sakit Kepala.. Ramai Terkejut Bila Tahu Siapa Sebenarnya Ibu Ini!!

Ibu bapa mana yang suka apabila anak mereka dicederakan tanpa sebab yang kukuh. Apabila ia terjadi, naluri keibubapaan mereka pasti ingin melakukan apa sahaja untuk memastikan pelaku menerima balasan atas tindakan yang dilakukan.

Namun, tidak dapat dinafikan bahawa segelintir ibu bapa terlalu memanjakan anak mereka sehingga apa sahaja perkara buruk yang dilakukan anak kesayangan mereka dipertahankan.

Perkara ini dilihat sering berlaku sekarang sehingga anak-anak ini menjadi terlalu manja dan sukar bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan.

Bagaimanapun, dalam satu video yang tular di laman sosial, seorang ibu nyata berang apabila anaknya dilempang seorang guru di sekolah beberapa kali sehingga menyebabkan pipi anaknya merah dan mengalami kesakitan.

VIDEO IBU INI MELUAHKAN APA YANG DIA TIDAK PUAS HATI

Melalui rakaman berdurasi enam minit 27 saat berkenaan, wanita tersebut yang dikenali sebagai Suzana Norlihan Alias menceritakan kisah yang terjadi kepada anaknya yang berumur 10 tahun dipukul seorang cikgu atas kesalahan bermain dengan bendera yang terletak di sudut padang.

Suzana bermula dengan mengatakan bahawa dia baru sahaja membawa anaknya ke sebuah hospital selepas anaknya mengadu sakit kepala selepas ditampar guru tidak bertanggungjawab itu.

Menurutnya lagi, beberapa murid turut bermain dengan bendera berkenaan namun anaknya seorang sahaja yang dikenakan hukuman oleh guru tersebut apabila telinganya ditarik dan mukanya ditampar sebanyak dua kali di pipi kanan dan kiri di hadapan sebuah kelas.

“Kalau kesalahan tu besar, saya faham lah, ini kesalahan setakat bermain dengan bendera, macam manalah saya tak marah.

 

“Bagi saya, kalau anak saya nakal sekali pun, awak nak denda ke nak marah ke atau nak pukul boleh, tapi janganlah usik muka, jangan usik bahagian kepala,” luahnya dalam video berkenaan.

Selain itu, dalam video yang dimuat naik olehnya sendiri ke akaun Facebooknya itu, Suzana turut berkeata bahawa anaknya pernah mengalami kecederaan di kepala sebelum ini selepas ditolak oleh rakannya sehingga terkena bahagian bucu sebuah meja.

Perkara itu menyebabkan anaknya mengalami sakit kepala sehingga kini, malah jelas wanita berkata dia pernah memberitahu seorang guru di sekolah berkenaan tentang kondisi anaknya itu.

Ujarnya lagi, anaknya dikesan mempunyai kesan retak di kepala selepas pemeriksaan Magnetic Resonance Imaging (MRI) dilakukan sebelum ini yang menjadi punca anaknya sering sakit kepala dan tindakan guru ini sebenarnya membahayakan anaknya itu.

Suzana turut memberitahu bahawa ramai pihak memintanya untuk bersabar dan tidak mengambil tindakan namun dia tetap dengan pendiriannya kerana guru tersebut telah melampaui batas.

Sebelum ini juga, beberapa orang murid telah menjadi mangsa tindakan tidak melulu cikgu tersebut apabila menuduh seorang murid melakukan perbuatan sihir ke atasnya selain turut pernah membaling buku terkena muka seorang murid.

Suzana berkata dia tidak akan berdiam diri seperti ibu bapa murid lain yang bimbang anak mereka akan menjadi mangsa di sekolah sekiranya mereka bersuara.

Justeru, Suzana memberi amaran kepada guru berkenaan bahawa dia tidak teraga-agak untuk mengambil tindakan yang lebih berat lagi sekiranya guru tersebut bertindak balas kepada anaknya selepas tersebarnya perkara ini.

“Kalau cikgu ni retaliate kepada anak saya, saya akan ambil tindakan lebih tegas lagi terhadap cikgu ini. Sekarang saya dah buat laporan polis.

 

“Pihak doktor sendiri menyokong tindakan saya sebab mereka kata banyak jadi kes macam ini, cuma orang takut nak ke depan. Jadi, kepada cikgu-cikgu yang buat perkara macam ini, jangan ingat kamu boleh lepas,” tegasnya.

IDENTITI IBU INI DIDEDAHKAN..

Tinjauan ke akaun Facebook wanita itu mendapati Suzana mempunyai karier sebagai peguam dan sememangnya berupaya untuk mengambil tindakan yang lebih dasyat sekiranya guru berkenaan masih berkelakuan sebegitu.

Dia juga turut memuat naik gambar anaknya yang kurang sihat selepas kejadian itu berlaku dengan mengatakan hatinya masih ‘panas’ melihat keadaan anaknya.

MINTA BERSABAR DAN BERBINCANG

Ada ibu bapa dan cikgu yang hubungi beliau dan meminta beliau untuk bersabar dan bawa berbincang. Ini respond dia,

“Hak anak sy, sy mesti pertahankan! Sy adalah ibu dia. Siapa lagi yg dia boleh harapkan kalau bukan sy sendiri! Kesalahan anak sy x seberapa! Cikgu ni masa kecik x nakal atau jahat ke? Cikgu ni punya anak baik sgt ke! Main flag je!”

Ibu mana yang tidak sayangkan anaknya, kejadian ini telah menyebabkan orang ramai memberikan kata-kata semangat ke atas Suzana serta turut menyokong tindakannya yang tidak berdiam diri.

Namun, tidak kurang juga beberapa akaun tidak bertanggungjawab yang memberikan komen negatif kepada dia dan anaknya dengan mengatakan anaknya itu terlalu lemah.

Apa-apa pun, diharap wanita ini dan pihak sekolah dapat duduk semeja berbincang mengenai tindakan patut diambil selepas ini. Siasatan juga perlu dijalankan pihak sekolah bagi memastikan kejadian sebegini tidak berulang.

SUMBER : MyNewsHub

Posted on

Ramai Terkejut Bila Baca!! Hati Siti Nordiana Sudah Berpunya? Ini Pendedahan Lengkap Isu Ini…

Siti Nordiana, satu nama yang tak perlu nak kenalkan lagi. Semua orang tahu siapa beliau dan lebih dikenali sebagai Nana. Artis yang cantik dan manis ini antara artis yang versatile kerana bukan sahaja menyanyi, sekarang Nana dah pun berlakon beberapa drama.

Tapi, kita tak nak cakap pasal drama. Kita nak cakap pasal lagu terbaru Nana iaitu Hatiku Milikmu. Apabila disoal tentang apa lagu ini, Nana berkata lagu ini tiada ‘interpretation’ yang spesifik. Sesiapa sahaja boleh berimaginasi mengikut persepsi masing-masing.

“Lagu ini berkisarkan dua relationship. Satu tak berjaya dan satu berjaya.” Kata Nana

Sumber : Era.Jea

Posted on

Memang Layak!! Cantik Dan Berbakat, 5 Keluarga Selebriti Ini Perlu Digelar The Kardashian

Kalau kita lihat, semakin ramai adik-beradik selebriti tanah air yang menceburi industri hiburan. Seperti di Hollywood yang memiliki keluarga The Kardashians, mereka juga turut menerima populariti yang diraih daripada keluarga masing-masing.

Namun di Malaysia juga apa kurangnya, ramai adik-beradik selebriti yang semakin popular menerusi bakat yang sedia ada. Berikut adalah lima keluarga selebriti Malaysia yang sering menjadi perhatian peminat mereka.

#1. The Maembong

Keluarga ni memang ‘happening’ dengan kehadiran tujuh adik-beradik perempuan! Boleh dikatakan masing-masing mempunyai bakat seni yang tersendiri. Selain Emma dan Chacha yang terlibat dalam bidang lakonan, abang mereka Ahmad Bakri juga merupakan pemain drum untuk kumpulan Flop Poppy dan Meet Uncle Hussein.

#2. The Nasir

Bukan setakat Anzalna, adik beradiknya yang lain seperti Diana, Afifah, Mia dan Nazirah Nasir juga sentiasa menjadi perhatian netizen kerana kecantikan yang dimilikinya. Dengan mewarisi darah kacukan Melayu, Cina, Punjabi dan Bugis, tidak hairanlah mereka kelihatan cantik dan bergaya.

#3. The Sharifah

Keluarga ini juga antara yang meraih populariti di Malaysia. Sebut sahaja Sharifah Haslinda, Sharifah Shahirah dan Sharifah Sakinah, pasti terbayang ‘kegilaan’ mereka yang sentiasa menghiburkan hati serta karenah yang melucukan.

#4. The Khan

Pelakon dan pengacara, Neelofa sering mendapat perhatian daripada netizen dengan kontroversi dan kejayaan yang diperolehinya. Turut menerima tempias populariti adalah kakaknya Noor Nabilah yang berkahwin dengan pelakon hebat Sharnaaz Ahmad. Adik-adiknya seperti Athisha dan Ameera juga semakin dikenali menerusi media sosial.

#5. The Senrose

Siapa yang tidak mengenali pasangan adik-beradik popular dalam bidang lakonan, Nelydia dan Uqasha. Selain mereka berdua, Rasya Rizrose juga merupakan adik berkongsi ibu yang sama namun berlainan bapa.

VIA http://kisahotai.com/2018/04/01/cantik-dan-berbakat-5-keluarga-selebriti-ini-perlu-digelar-the-kardashian/

Posted on

Pendedahan Berani Mati!! Lelaki Ini Dedahkan Perangai Buruk Catriona Ross 5 Tahun Lepas!

 

Pernah dianggap berpura-pura dan hendak menunjuk-nunjuk konon dirinya lebih bagus daripada yang lain. Hakikatnya, perubahan yang dilakukan daripada hatinya yang ikhlas. Pelakon dan bekas personaliti TV, Catriona Noorhayati Ross Bahrin Ross atau dikenali Catriona Ross adalah kacukan Melayu-Scottish.

Terbaru, Hangat.com ada terjumpa sebuah posting mengenai Catriona yang baru dimuat naik oleh seorang hamba Allah yang dikenali sebagai Mustafa Ariffin. Beliau menceritakan tentang perkenalan beliau bersama Catriona kira-kira lima tahun yang lepas dan Mustafa menumpangkan kenderaan untuk ke sebuah program.

“Di dalam perjalanan beliau berkata stokinnya tertinggal, lalu kami pusing cari kedai tetapi sayang tidak berjumpa.”

 

“Dan tiba-tiba beliau meminta stokin telah saya pakai semalamnya yang saya campakkandi lantai kereta untuk dipakai beliau semula.”

 

“Saya berat hati, busuk stokin tu. Tetapi beliau kata, it is ok. Aurah kerana redha Allah itu penting.”

Kami sungguh bangga dengan penghijrahan Catriona sejak 5 tahun lepas. Beliau sanggup meminjam stokin yang sudah dipakai dan berbau oleh seseorang yang tidak rapat hanya semata-mata untuk menutup aurat.

“Keputusan berhijrah daripada hati dan ia dapat mengawal akhlak seiring penampilan saya yang dianggap sebagai ikon masyarakat,” katanya kepada BH Ahad.

Catriona mengakui tidak semua selebriti yang baru berjinak ke arah cara hidup Islam berjaya menyucikan hati sendiri seperti sabar, reda dan menjaga pertuturan serta pergaulan berlandaskan syariat.

“Saya mahu tingkatkan amalan, menjaga nama baik Islam dan beriman kepada-Nya,” katanya lagi.

Hangat.com mendoakan agar penghijrahan Catriona ini dapat menyucikan diri serta mendapat taufiq, rahmat serta hidayah dari Allah s.w.t, in shaa Allah.. aamiin!

“Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.”

Sumber Instagram dan BH Ahad

Kredit:Hangat.com

Posted on

Dari Belakang Di Rabanya! Nasib Malang Apabila Hasrat Untuk Melampiaskan Nafsu Serakahnya Terbantut Gara-Gara…

Seorang lelaki menerima nasib malang apabila hasratnya untuk melampiaskan nafsu serakahnya terhadap seorang wanita yang tidak dikenalinya terbantut. Sebaliknya mendapati perempuan yang mahu dirogolnya itu rupa-rupanya adalah seorang pondan. Lebih malang apabila lelaki tersebut dibelasah sendiri oleh pondan tersebut.

Itu menurut apa yang telah diviralkan sebelum ini di media sosial. Namun dalam kenyataan lain pula, lelaki tersebut berhasrat untuk mencuri telefon bimbit pondan berkenaan namun tidak kesampaian kerana telah dibelasah sendiri oleh pondan tersebut. Kejadian berlaku di Semporna, Sabah

.kisah ke2

ENGLAND: Seorang pondan dihadapkan ke mahkamah di sini semalam selepas didakwa merogol seorang gadis berusia 15 tahun ketika dia masih lagi ‘lelaki’ di sebuah garaj dalam kejadian dipercayai berlaku pada 2004.

Memetik laporan BBC, tertuduh, Davina Aryton, 34, didakwa melakukan perbuatan tersebut sepuluh tahun lalu semasa namannya dikenali sebagai David.

Mahkamah di Portsmouth diberitahu, kejadian berlaku ketika kawan mangsa dan teman lelakinya sedang tidur di dalam garaj yang sama.

Ketika perbicaraan, mangsa turut memberitahu mahkamah bahawa dia cuba menjerit dan melawan Aryton sebagai cubaan menghentikan serangan tersebut.

Mangsa menambah, dia masih ingat dengan jelas peristiwa tersebut dan menafikan dia berada dalam keadaan mabuk.

Sementara itu, rakan mangsa memberitahu mahkamah bahawa dia dan teman lelakinya tersedar dari tidur selepas terdengar jeritan mangsa yang sedang menangis meminta pertolongan.

Mangsa ketika itu berada dalam keadaan lemah.

Saksi menambah, teman lelakinya kemudian membawa Aryton keluar dari garaj tersebut.

Mangsa turut memberitahu, selepas kejadian itu dia terus membuat laporan polis pada Disember 2004, namun tidak diendahkan oleh pegawai yang bertugas kerana mangsa dikatakan sebagai seorang “anti-polis” pada masa itu.

Dalam pada itu, pendakwaraya, Chris Stopa berkata, Aryton pernah memberitahu rakan sekerjanya pada 2014 bahawa dia pernah merogol seseorang pada masa lalu.

Aryton bagaimanapun menafikan tuduhan rogol antara Oktober dan November

kisah ke3

Desahan Jantan Selamatkan Pondan Kena Rogol|Seorang pondan telah membuat laporan polis karena mendakwa dirinya hampir di rogol oleh 5 orang samseng di sekitar sini semalam.

Mangsa yang mempunyai nama sebenar Mohd Azizi yang mesra di panggil dengan nama azizah memberi keterangan,bahwa ketika dia hendak pulang dari kerja yang berhampiran rumah kosnya telah di tahan oleh 5 orang lelaki ditengah jalan kira kira pukul 11 malam.

Saya cuba minta tolong namun tiada siapa mendengar ,apabila mereka mengasari saya dan cuba membuat perkara tidak senonoh ,saya mendesah dengan suara jantan semuanya cabut lari” katanya dengan nada sayu.

Setelah membuat siasatan kelima suspek telah berjaya di tangkap.

Mangsa azizah terpaksa di panggil semula kebalai polis untuk pengecaman kelima suspek.

Setelah di soal siasat kelima suspek telah mengaku bersalah Dan memang benar mereka mengaku ingin merogol azizah.

Kami tidak tahu bahwa dia adalah pondan .Maafkan kami encik .ujar salah seorang suspek

Kelima suspek telah di bariskan di hadapan azizah,kemudian azizah mengerluarkan kondom saiz XXXXXL dari beg tangannya dan bertanya “Ini siapa punya?”

Sumber:sehinggit via mylabulabi

Posted on

(5 FOTO) Muslimah Zaman Komunis Kut!! Nampak Hodoh, Makin Merepek.. Fesyen Terbaru Neelofa Dikecam Teruk

Masih lagi menjadi sebutan ramai, Neelofa kini boleh dikatakan selebriti yang paling banyak mencuri tumpuan para netizen dan masyarakat.

Tahun ini sahaja, begitu banyak kontroversi yang melanda pengacara MeleTop ini.

Isu paling panas sudah tentu apabila Neelofa telah mencetuskan kontraversi berkenaan tindakannya membuat majlis pelancaran tudungnya di sebuah kelab malam, Zouk di Kuala Lumpur.

Namun isu ini telahpun selesai setelah Neelofa telah memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai di atas perkara itu.

Setelah isu ini reda, kali ini, beliau sekali lagi mencetuskan kontraversi apabila tampil dengan fesyen yang dikatakan pelik dan langsung tidak bersesuaian dengan imej seorang Muslimah.

Semalam, Neelofa telah mengadakan sebuah majlis pelancaran koleksi terbarunya iaitu Naelofar La Dolce Vita yang mana Neelofa telah bekerjasama dengan Zalora.

Hadir di majlis berkenaan dengan fesyen terbaru, pakaian yang digayakan oleh usahawan jelita itu, telah mendapat kecaman hebat dari netizen.

Ini beberapa foto Neelofa:

  

Gambar-gambar Neelofa ni dimuat ini telah dikongsikan oleh laman media sosial Instagram “Eh! Malaysia”

Diruangan komen, ramai netizen yang meluahkan rasa tidak berpuashati dan berkenan dengan pakaian Neelofa itu.

Ini antara komen panas para netizen:

“Aurat bukan untuk dibalut, tapi ditutup dengan sempurna.

“Pelik betul fesyen Hajjah ni.

“Hodoh gila fesyen dia ni”

“Lofa lofa makin merepek fesyen ko dik”

“Nampak pendek dan gemuk.

“Where is the beauty..huuuu”

“Buka jela terus.. gaya macam nak buka terus je tu hajjah..

“For muslimah… leher dan tangan itu termasuk aurat.

“Ape punya fesyen la Neelofa pakai ni..

“Masalah fesyen dan akidah ni

“Tak mahu pakai seluar macam ni ok hahahaha”

“Fesyen over tu, last-last buka la turban tu”

“Don’t wear that pants if you don’t have the long legs, honey. It makes you look “pendek”

Dari komen yang diberikan, rata-rata kurang gemar dengan seluar yang dipakai oleh Neelofa yang dikataakn tidak sesuai.

Selain itu, pemakaian tudung Neelofa di majlis itu turut dipersoalkan ramai.

Itulah komen-komen dari orang ramai tentang fesyen terbaru Neelofa itu.

Sumber : Eh! Malaysia

Posted on

Wahh! Bakal Menantu Lawa. “Kalau Dia Dah Bersedia, Teruskan Dan Saya Tak Memilih Siapa Yang Akan Menjadi Isterinya” – Ibu Syafiq Kyle.

Syafiq Kyle Tidak Banyak Bercakap, Gemar Menyendiri – Ibu

IBU kepada pelakon Syafiq Kyle iaitu Rohaya Sulaiman, 55, berkata dia memberikan kebebasan sepenuhnya kepada anaknya itu untuk menentukan calon isteri.

Menurut Rohaya, dia tidak pernah meletakkan sasaran waktu untuk Syafiq mendirikan rumah tangga dan menerima sesiapa sahaja yang bakal menjadi menantunya kelak.

“Saya tak pernah letak sasaran waktu bila dia nak kahwin. Kalau dia dah bersedia, teruskan dan saya tak memilih siapa yang akan menjadi isterinya itu.

Syafiq manja dan pendiam.

“Saya tak nak nanti kalau kita memilih dan paksa dia kahwin akan menimbulkan masalah kelak sebab dia yang nak kahwin jadi dia yang kena tentukan siapa bakal isterinya nanti,” katanya kepada mStar Online.

Bercerita mengenai sikap dan perangai Syafiq di rumah, Rohaya berkata anak keduanya itu lebih manja dan bukanlah seorang pemarah.

Malah, pelakon drama Tak Ada Cinta Sepertimu ini juga tidak banyak bercakap dan lebih gemar menyendiri jika sedang berdepan dengan masalah.

Syafiq tidak gemar berkongsi dengan keluarga mengenai gosip atau kontroversi.

“Dia seorang anak yang manja dan kurang bercakap, sesekali dia suka mengusik dan menyakat adik bongsunya.

“Dia juga lebih tenang dan tak suka marah-marah, jika ada masalah dia akan menyendiri dan bila kita tanya baru dia cerita apa yang sedang berlaku,” katanya.

Sementara itu, Rohaya yang kini menetap di Kuala Pilah, Negeri Sembilan memaklumkan Syafiq tidak akan bercerita mengenai sebarang gosip atau kontroversi berkaitan dirinya.

Ibu bapa Syafiq Kyle iaitu Abdul Razak Husin dan Rohaya.

Sebaliknya, dia hanya mengetahui perkara tersebut menerusi laporan media dan di laman sosial.

“Kalau ada gosip atau kontroversi, dia tak pernah cerita. Saya hanya baca laporan media sahaja. Jika kontroversi itu keterlaluan saya yang akan mulakan perbualan.

“Lepas ditanya, baru dia akan terangkan apa yang berlaku dan kalau itu penjelasannya, saya akan terima apa yang keluar dari mulut dia sahaja.

“Saya ada nasihat dia, sebagai selebriti, kontroversi dan gosip ini sudah menjadi lumrah. Saya ingatkan dia selangkah keluar rumah orang akan perhatikan kita dan kena jaga kelakuan,” ujarnya.

Menerusi video ini anda dapat lihat perwatakan syafiq kyle sebagai seorang artis dan juga calon suami. Ada hint dalam tu..Tengok Sampai Habis.

Syafiq Kyle Senyum Dicium Peminat

PELAKON Syafiq Kyle mendedahkan ada peminat wanita yang tidak dikenali bertindak berani menciumnya ketika dia menyertai satu program jelajah, baru-baru ini.

Menurut Syafiq, 25, kejadian tersebut berlaku ketika dia bertemu peminat di sebuah negeri di kepulauan Borneo.

“Ada satu kejadian ketika sedang menyertai program beramah mesra dengan peminat, tiba-tiba seorang wanita mencium pipi saya.

Syafiq hargai usaha dan sokongan peminat.

“Terkejut jugalah ketika berdepan situasi itu, namun keadaan masih terkawal dan mujurlah tiada apa yang tidak diingini berlaku.

“Saya mampu senyum sahaja, tambahan pula peminat perempuan itu nampak masih kecil lagi, mungkin dia teruja dapat bertemu saya,” katanya kepada mStar Online.

Syafiq ditemui ketika menghadiri Anugerah Instafamous 2017 anjuran Hurr.TV yang diadakan di Menara Suezcap, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Syafiq membawa pulang trofi Anugerah Instafamous Adiwira di majlis anjuran Hurr.TV baru-baru ini.

Sementara itu, pelakon drama Mencintaimu Mr Photographer ini berkata kejadian tersebut merupakan antara pengalaman yang tidak mungkin dilupakan sepanjang tahun 2017.

“Kalau tanya pengalaman bersama peminat memang banyak yang indah dan manis untuk dikongsi. Tetapi, kes dicium ini memang saya tak akan lupa.

“Daripada kejadian itu saya boleh nampak betapa peminat begitu menghargai peluang dapat bertemu dengan selebriti pilihan mereka,” katanya.

Ada peminat mengharapkan Syafiq dan Hannad Delisha menjadi pasangan kekasih.

Bagaimanapun, pemilik nama nama Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak ini sedar mengenai sensitiviti dan meletakkan batas dalam melayan permintaan peminat.

“Bila berhadapan dengan peminat fanatik begini tak perlu sampai nak marah-marah.

“Sekarang ini pun peminat dah bijak, mereka tahu batas sebelum melakukan sesuatu. Jadi aksi lebih ekstrem jarang berlaku di Malaysia,” katanya.

Sumber:mstar Via exoramaroon

Posted on

[VIDEO] DEK KERANA TERKEJUT DAPAT DRIVER UBER KACAK GILER, OVARI WANITA INI MELETOP SERTA MERTA, KEGILAAN APAKAH INI…

Komen tentang video : (atau scroll ke bawah terus tonton video)
Wanita nie tak sangka boleh dapat driver uber yang kacak sekali, lihat apa reaksi wanita ini, memang gilakan apa nie..

Uber merupakan servis kenderaan di mana boleh bawa orang yang tidak ada kenderaan, bawa mereka dari suatu tempat ke tempat yang lain. Dulu memang tak ade uber ini, yang ada hanya ialah teksi saja. Teksi pun sudah lama kita tahu, dan sudah banyak tahun beroperasi di negara kita. Tapi baru-baru ini, banyak syarikat cam ni telah muncul sepergi uber dan grab untuk memudahkan orang ramai pergi ke tempat mereka. Makin banyak pilihan dah pada zaman ini. Nak pergi ke tempat lain pun tidak perlu tunggu lama-lama, sebab servis kenderaan cam ni makin popular.

Driver yang bawa kenderaan uber, grab atau teksi pun makin banyak. Kerja mereka nampak senang, tapi pun ada mengalami berbagai-bagai jenis pelanggan. Ada pelanggan yang baik, ada pelanggan yang tidak baik. Ini kena lihat cam mana driver uber handle dengan betul. Kalau kat uber / grab, handle tidak betul mungkin akan buat pelanggan tu nilaikan star yang tidak begitu baik. Tu lah sebabnya kerja jari driver uber / grab / teksi nie pun bukan senang.

Tengok apa yang berlaku dalam video di bawah. Driver uber ini jumpa pelanggan wanita yang amat gila.. kegilaan apakah ini… jom tengok video di bawah dan saksikan sendiri.

Wanita zaman sekarang pantang nampak lelaki kacak sikit, terus pakai istilah ovary explosion, atau di dalam bahasa Melayunya, ovari meletup ini nampaknya menjadi semakin trend sejak kebelakangan ini, terutamanya di kalangan pengguna media sosial wanita. Begitu mudah untuk meletakkan diri dalam situasi “ovari pecah” bila ternampak lelaki kacak. Lucu pun ada.

Lagi-lagi sekarang ni ramai yang guna perkhidmatan uber, jika dilihat, sebenarnya ramai yang cantik-cantik dan kacak-kacak bawa uber ni. Sebagai kerja sambilan menghantar orang lain yang memerlukan bantuan untuk sampai ke destinasi. Tetapi apa yang melucukan, apabila mereka yang menempah uber, ternampak yang bawa uber itu cantik dan kaca, mula la nak ‘meroyan’.

Seperti kisah seorang wanita Filipina ini. Seorang pengguna Facebook baru-baru ini telah berkongsi pengalaman ‘manis’ beliau sewaktu menempah perkhidmatan Uber pada beberapa hari yang lalu.

 

Mary Ann Joy Dimanlig yang juga merupakan seorang pengguna perkhidmatan Uber telah menempah sebuah kenderaan menerusi applikasi di telefon bimbitnya. Seperti kebiasaannya, beliau terpaksa menunggu kenderaan yang ditempahnya itu tiba di lokasinya untuk menjemput beliau.

Setelah berapa minit menunggu, kenderaan yang ditempah oleh Mary Ann itu telah pun tiba dan sebaik saja Mary Ann memasuk kenderaan Ubernya itu, ovarinya hampir meletup serta-merta. Katanyanya lelaki yang bawa uber itu terlalu kacak sehinggakan dia teruja untuk naik kereta tersebut. Tidak seperti sebelumnya, mungkin dia sering bertemu dengan lelaki ‘biasa’ tetapi kali ini terlebih kacak pula. Seperti jumpa selebriti terkenal pula kan?

Tidak cukup dengan itu, Mary Ann kemudiannya telah merakamkan momen-momen ‘indah’nya itu dan turut memuatnaik sebuah video dan dua keping gambar ke laman Facebook beliau untuk dikongsikan bersama teman-temannya di Facebook.

Walau bagaimana pun, insiden yang jarang terjadi ini bukanlah berlaku di Malaysia, sebaliknya ianya berlaku di luar negara di sebuah bandar Filipina yang dikenali sebagai Antipolo.

Sebenarnya ramai pemandu uber yang kacak-kacak di Malaysia, tetapi kerana takut ramai pula wanita Malaysia meletup ovari tiba-tiba, baik dielakkan.

Sila tonton video:

Sumber – dharian

Posted on

SAYU!! KAKI PUTUS DIGILIS LORI 2 TAHUN LALU, SIAPA SANGKA GADIS INI BANGKIT DAN INILAH YANG TERJADI SEKARANG!

Siapa kata tak sempurna fizikal tak boleh berjaya?

Korang masih ingat lagi tak ada seorangpelajar perempuan yang both kaki dia pernah kena gilis dengan lori dua tahun lepas kat Sabak Bernam? Waktu tu cebisan daging dan tulang dia bertaburan atas jalan raya dan kaki adik tu dah tak dapat nak diselamatkan.

Sumber: Sinar Harian

Dua tahun berlalu sejak kemalangan ngeri tu, adik Siti Nuraisyah Sahrin yang dulu sempurna fizikal tiba-tiba kudung dua-dua belah kaki. Siapa tak sedih kalau benda macam tu jadi kat diri sendiri, tapi Siti tak mudah mengalah. Semangat dia memang luar biasa!

Dalam masa yang singkat, Siti biasakan diri dengan fizikal baru dan dapat jadi atlet paralimpik berjaya pulak tu. Wow, dahsyat ni! Siti aktif dalam sukan angkat beratand dah aktif jadi atlet paralimpik sejak 2016 lagi.

Sumber: Kosmo

Siti berjaya raih tiga pingat perak dan satu gangsa dalam kejohanan Powerlifting Sirkit Akhir Kebangsaantahun 2016, 2017 dan suku pertama 2018. Siti juga wakil tunggal Selangor dan peserta termuda dalam pertandingan tu tau!

Siapa sangka lepas tragedi yang menimpa, haluan hidup Siti berubah jadi atlet sukan yang bukan sahaja mengagumkan tapi berjaya mengharumkan nama negara.

Sumber: Sinar Harian

“Ibu bapa, kawan-kawan dan cikgu sekolah banyak bagi kata-kata semangat. Mereka selalu nasihatkan saya jangan sesekali berputus asa,”kata Siti.

“Ketika kejadian, saya sedar kaki tiada dan tidak pernah rasa trauma hingga sekarang.”

Bapa tiri Siti sendiri kagum dengan semangat luar biasa Siti ni. Katanya dia bersyukur sangat sebab Allah kurniakan kekuatan pada anak dia untuk harungi musibah dan dapat terima kekurangan diri dengan baik.

Sumber: Mingguan Wanita

“Ecah (nama panggilan Siti) cepat pulih, kalau orang lain dah meraung tapi Ecah tak menitiskan air mata langsung…memang dia seorang yang kuat,” kata Roslan, bapa tiri Siti.

“Jangan anggap anak ini memalukan keluarga kerana mereka sebenarnya boleh berjaya. Jadi, kita perlu bawa dia ke depan dan jangan  berasa malu. Beri anak ini semangat dan harapan agar dia boleh maju dan menjadi seorang yang berjaya.”

Sumber: Mingguan Wanita

Wah, memang luar biasa semangat adik Siti ni! 

Sumber = lobakmerah

Posted on

Fullamak!! 10 Rumah Milik BILLIONAIRE Paling MEWAH Dan TERMAHAL Di Planet BUMI. Jangan Terkejut Apa Yang Ada Dalam Rumah No 4.

Rumah merupakan salah satu keperluan asas manusia. Namun di zaman serba mencabar ini tak semua orang mampu memiliki rumah. Ramai yang hanya mampu menyewa, namun ramai juga yang mampu membina rumah mewah.

Antara rumah yang paling mahal dan kontroversi di Malaysia adalah rumah Dato Alif Syukri yang dikhabarkan menelan kos RM20 juta. iluminasi.com kongsikan 10 buah rumah paling mahal milik billionaire.

10. Maison De L’amitie – Amerika Syarikat

maison de l amitie rumah billionaire termahal

Pemilik mahligai ini, Dmitry Rybolovlev merupakan seorang usahawan dan pelabur Rusia. Beliau membeli rumah yang berkeluasan 60,000 kaki persegi yang terletak di Palm Beach, Florida ini daripada Donald Trump dengan harga RM370.5 juta. Ketika itu nilainya setinggi RM488 juta.

Maison De L’amitie mempunyai 18 buah bilik, 22 bilik air, sebuah dewan, bilik media dan galeri seni. Emas dan berlian digunakan dalam penghasilan bilik air di istana ini.

Garajnya mampu memuatkan 50 buah kereta. Walaubagaimanapun rumah ini dirobohkan pada tahun 2016 kerana Dmitry ingin memecahkan tanah tersebut kepada slot-slot yang lebih kecil.

9. Silicon Valley Mansion – Amerika Syarikat

silicon valley mansion rumah yuri milner

Juga berasal dari Rusia, usahawan dan ahli fizik Yuri Milner merupakan pemilik rumah mewah ini. Rumah yang terletak di California ini berkeluasan 25,000 kaki persegi iaitu 25 kali ganda apartment biasa.

Dibeli pada tahun 2011 dengan harga RM390 juta, ia dilengkapi dengan 14 buah bilik, dua ruang makan, gelanggang tenis, kolam renang dan juga bilik senam. Selain itu, terdapat juga seubah dewan, bilik permainan, bilik sekuriti, bilik pembantu rumah dan rumah tetamu yang berkeluasan 4,600 kaki persegi.

Namun, nilai rumah ini dikatakan telah susut mendadak sehinggakan separuh nilai ketika dibeli, iaitu RM195 juta.

8. Copper Beech Farm – Amerika Syarikat

copper beech farm rumah billionaire termahal di dunia

Berada di tangga ke-8, rumah ini tidak diketahui pemiliknya dan terletak di Connecticut, Amerika Syarikat. Ia dibeli dengan harga RM468 juta pada tahun 2014 daripada pemilik asal iaitu John Rudey. Namun, nilai asalnya pada tahun 2013 adalah RM741 juta.

Berkeluasan 13,519 kaki persegi dengan 12 buah bilik tidur, 7 bilik mandi dan sebuah perpusatakaan kayu. Tak cukup dengan itu, rumah ini dilengkapi degan bilik kaca, ruang wain bawah tanah dan foyer diperbuat daripada kayu berketinggian 3 tingkat.

7. Xanadu 2.0 – Amerika Syarikat

xanadu 2 0 rumah bill gates

Terletak di Washington, Amerika Syarikat, rumah ini dimiliki oleh manusia kedua terkaya di dunia ketika ini iaitu Bill Gates. Rumah ini dilengkapi dengan teknologi canggih, rumah berkeluasan 66,000 kaki persegi ini mempunyai nilai pasaran RM470 juta.

Walaupun tersangat luas, ia hanya mempunyai 7 buah bilik tidur tetapi mempunyai 6 buah dapur memudahkan akses makanan. Ia mampu memuatkan 23 buah kereta, anak sungai dipenuhi ikan salmon dan lantainya adalah sensitif kepada tekanan yang membolehkan pengawal tahu siapa yang berada di rumah.

Bill Gates membayar cukai sebanyak RM4.3 juta bagi rumahnya ini. Info lebih lanjut mengenai rumah Bill Gates dalam artikel ini.

6. Ellison Estate – Amerika Syarikat

estet larry ellison rumah billionaire paling mahal di dunia

Rumah yang menelan kos RM780 juta untuk dibina ini milik CEO Oracle, iaitu Larry Ellison, manusia ke-9 terkaya di dunia dengan nilai kekayaan sebanyak RM228 billion.

Terletak di Woodside, California, rumah ini dibina berinspirasikan istana maharaja Jepun pada abad ke-16. Ia dibina di atas tanah seluas 23 ekar dan memakan masa 9 tahun untuk direka dan disiapkan.

Siap pada tahun 2004, ia dilengkapi 10 bangunan, tasik buatan manusia, rumah mandi dan tasik ikan koi. Nilainya, walaubagaimanapun dikatakanya hanya bernilai RM273 juta.

5. Kensington Palace Garden – England

kensington palace garden rumah billionaire paling mahal di dunia

Dibeli dengan harga RM866 juta pada tahun 2008 oleh billionaire India, Lakhsmi Mittal, rumah ini merupakan rumah termahal dan paling tinggi nilainya di United Kingdom ketika itu. Rumah ini terletak di kawasan paling mahal di United Kingdom yang didiami oleh duta-duta negara asing, billionaire dan juga Putera dan Puteri Cambridge.

Rumah ini mempunyai 5 buah bilik tidur dan dibina bermula tahun 1920-an. Ia dibeli oleh Lakshmi untuk anaknya, Aditya, yang merupakan Ketua Pegawai Kewangan syarikatnya, Arcelor Mittal.

4. One Hyde Park – England

one hyde park london rumah billionaire paling mahal

Rekod rumah termahal di United Kingdom diatasi oleh pembelian penthouse ini. Ia dibeli oleh individu tidak diketahui identitinya dengan harga RM925 juta. Ia juga merupakan penthouse/apartment paling mahal di dunia.

Terletak di One Hyde Park, London, harga ini bersamaan dengan RM32,500 bagi setiap kaki persegi. Penthouse ini mempunyai 2 tingkat, parkir persendirian dan akses ke spa dan gelanggang skuash.

3. Fair Field – Amerika Syarikat

fair field rumah billionaire paling mahal

Dimiliki oleh billionaire Amerika, Ira Rennert, rumah ini mempunyai nilai pasaran RM970 juta pada tahun 2014. Terletak di Sagaponack, New York iaitu antara kawasan paling mahal di New York.

Ia dilengkapi dengan 29 buah bilik tidur, 39 bilik mandi, 3 buah kolam renang. Tak cukup dengan itu, rumah ini juga mempunyai pusat janakuasa persendirian.

2. Villa Leopolda – Perancis

villa leopolda rumah billionaire paling mahal di dunia

Mahligai ini dilaporkan dibina untuk perempuan simpanan Raja Leopold II. Nilainya dianggarkan mencecah RM2.9 billion pada tahun 2008 ketika billionaire Rusia, Mikhail Prokhorov cuba untuk membelinya. Namun pembelian tersebut dibatalkan membuatkan beliau kerugian wang pendahuluan sebanyak RM290 juta.

Rumah ini milik Lily Safra, seorang socialit dan dermawan Brazil selepas kematian suaminya, Edmon Safra. Kekayaan Lily dilaporkan bernilai RM4.68 billion dan diperoleh daripada 4 perkahwinannya.

1. Antilia – India

antilia rumah billionaire paling mahal di dunia

Dan tak lain tak bukan, rumah billionaire paling mahal di dunia adalah milik billionaire dari India, Mukesh Ambani. Ia juga merupakan rumah termahal di dunia dengan kos pembinaan melebihi RM4 billion.

Diberi nama Antilia bersempena pulau mitos di Atlantic, rumah pencakar langit ini berkeluasan 400,000 kaki persegi berketinggian 173 meter iaitu sebanyak 27 tingkat.

Ia dilengkapi dengan 3 pad helikopter, ia dihuni oleh hanya sebuah keluarga iaitu Mukesh Ambani dan isteri, bersama 3 orang anak mereka.

Sumber

Sumber : http://viralisme.net