Posted on

Viral Sudah! ‘Hilang Muka Korea Mak Dia’- Lihat Reaksi Kelakar Kim Jong Kook Bila Ibunya Pakai Tudung!

Kim Jong Kook merupakan salah seorang anggota Running Man yang paling menonjol. Tidak hairan lah Jong Kook punyai ramai peminat di Malaysia. Bukan sahaja berbadan sador, karakternya yang kelakar juga membuatkan orang ramai cair dengan dia.

Selepas Running Man, Jong Kook membuat lagi satu program bertajuk ‘Let’s Go With Mom’ dimana dia dengan ibunya berjalan-jalan sekitar Malaysia. Di dalam satu episod menunjukkan ibu Jong Kook memakai tudung di Masjid Selat Melaka. Alahai comelnya!

Comelnya Mak Jong Kook


Kim Jong Kook dengan mak dia jalan2 kat Masjid Selat Melaka, mak dia pakai tudung terus hilang muka korea hahahaha

Dalam program terbaru, ‘Lets Go With Mom’ Jong Kook dan ibunya berjalan-jalan sekitar Malaysia dan dalam salah satu episod mereka telah melawat Masjid Selat Melaka. Tetapi ibu artis Korea itu ambil peluang untuk merasai pengalaman bertudung litup.

Reaksi Jong Kook ternyata terkejut dan pada masa yang sama mengatakan wajah ibunya cantik.

Sumber: ohbulan.com