Posted on

‘Tengok Boleh Sentuh Jangan’ Amar Baharin Tak Bagi Anak Dicium Atau Disentuh Orang

Kecomelan bayi yang masih kecil ini boleh membuatkan kita berasa geram dan kalau boleh pipi mulus mereka mahu dicium sepuasnya.

Namun begitu, antibodi bayi yang masih kecil tidak kuat seperti orang dewasa dan sangat mudah tededah dengan kuman.

Baru-baru ini, MH ada terlihat pelakon, Amar Baharin telah memuat naik satu screenshot daripada portal website Pa&Ma di Instagram berhubung satu artikel tentang seorang bayi terkena jangkitan paru-paru sehingga terpaksa dibuang sebelah paru-paru malah jangkitan kuman tersebut telah mengakibatkan tulang belakangya bengkok selepas dicium oleh individu yang dalam keadaan kurang sihat.

Melihat screensht yang dikongsi oleh Amar telah membuatkan hati MH sebak dan simpati terhadap bayi tersebut yang terpaksa menanggung penderitaan tersebut.

Pada ruang kapsyen, Amar telah meluahkan rasa marah dan geram terhadap individu yang mengakibatkan bayi tersebut sakit sedemikian rupa malah pelakon ini juga berharap walau secomel mana pun bayi yang kita lihat, tidak perlulah kita mencium atau menyentuh bayi itu kerana dikhuatiri perkara sebegini akan terjadi.

Kecomelan bayi yang masih kecil ini boleh membuatkan kita berasa geram dan kalau boleh pipi mulus mereka mahu dicium sepuasnya.

Namun begitu, antibodi bayi yang masih kecil tidak kuat seperti orang dewasa dan sangat mudah tededah dengan kuman.

Baru-baru ini, MH ada terlihat pelakon, Amar Baharin telah memuat naik satu screenshot daripada portal website Pa&Ma di Instagram berhubung satu artikel tentang seorang bayi terkena jangkitan paru-paru sehingga terpaksa dibuang sebelah paru-paru malah jangkitan kuman tersebut telah mengakibatkan tulang belakangya bengkok selepas dicium oleh individu yang dalam keadaan kurang sihat.

Melihat screenshot yang dikongsi oleh Amar telah membuatkan hati MH sebak dan simpati terhadap bayi tersebut yang terpaksa menanggung penderitaan tersebut.

Pada ruang kapsyen, Amar telah meluahkan rasa marah dan geram terhadap individu yang mengakibatkan bayi tersebut sakit sedemikian rupa malah pelakon ini juga berharap walau secomel mana pun bayi yang kita lihat, tidak perlulah kita mencium atau menyentuh bayi itu kerana dikhuatiri perkara sebegini akan terjadi.

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin) on

“kalau betul la cerita ni, ini la perbuatan yg paling tak bertimbang rasa… kalau aku ckp B.O.D.O.H agak kasar bunyinye. But yes, siapa yg tak bertanggungjawab tu memang BODOH. Kalau ye pon kau suka, geram, baby tu nampak comel, tak perlu sampai nak cubit pipi or cium or sentuh sekalipon sbb kau kena faham, baby ni antibody belum kuat. Kau ikut perasaan nafsu geram kau, cium baby tu or sentuh baby tu, sampai secara tak langsung kau sebarkan virus kat baby tu sampai sakit mcm ni, siapa yang menanggung??? Kau tak fikir ke mcm mane bersusah payah ibu dia melahirkan, menjaga dan membesarkan anak dia, dengan sekelip mata baby tu menanggung kesakitan atas perbuatan bodoh kau tu???
Aku sendiri tak pernah nak sentuh mane2 baby yg aku jumpe walaupon comel dan geram aku tengok sbb aku sedar diri, sedar ruang, tak nak apa2 jadi kat baby tu.

 

“Mintak maaf, aku memang tak berkenan dengan perangai sesetengah manusia yg tak bertanggungjawab mcm ni.

 

“Dan aku nak mintak maaf jugak kalau aku bertindak sedikit aggressive kalau aku terjumpe mahluk2 mcm ni kat luar sana.Dan aku berharap supaya ibu bapa diluar sana, tolong tolong tolong jaga anak2 korang dgn baik. Jangan terlalu menjaga hati orang sampai anak korang terseksa mcm ni. Plz #tengokbolehsentuhjangan #bertindakpakaiotak,” tulis Amar dengan tegas.

MH setuju dengan Amar, bukannya kita sengaja untuk tidak memberi bayi kita dicium atau disentuh orang tetapi kita tidak mahu perkara sebegini menimpa anak kita.

Diharap ibu bapa di luar sana jadikan hal ini sebagai pengajaran dan sentiasa lindungi anak-anak anda.

Sumber: Instagram Amar Baharin

 

Posted on

Bekas Ratu Cantik Dan Penyanyi Jo Anna Rampas Sabah PRU-14 Cetus Fenomena Luar Biasa. Dengan Gayanya Sahaja Membuatkan…

Ratu Cantik Ngadai Kaamatan 2007, Jo Anna Henley Rampas kini menjadi fenomena di Sabah lebih-lebih lagi apabila disebut sebagai calon Parti Warisan Sabah (WARISAN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu pada PRU kali ini.

“Saya sendiri pun tidak tahu lagi. Pucuk pimpinan belum ada apa-apa makluman.

“Presiden (Mohd. Shafie) akan buat keputusan dan jika saya diberi peluang saya akan berusaha sedaya upaya saya yang terbaik dan saya yakin orang Sabah keseluruhannya bersedia untuk ubah Sabah,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika dihubungi hari ini.

Jo Anna, 29 yang sudah berkahwin dengan ahli perniagaan berasal dari Kajang, Selangor sejak tahun 2016 berasal dari Kampung Poturidong, Kiulu dan berbangsa Dusun.

Beliau mendapat pendidikan dalam Bachelor of Laws daripada University of London dan melanjutkan pelajaran di University of the West of England dan memperoleh Master of Laws in International Law and Corporate Social Responsibility.

Joe Ana juga Naib Juara Bintang RTM 2009 pernah berkerja dengan salah sebuah syarikat telekomunikasi di West Kensington,London selama dua tahun sebelum kembali ke Sabah pada tahun 2016.

Menurut Jo Anna, beliau aktif dalam WARISAN selepas diperkenalkan oleh Timbalan Presiden WARISAN, Darell Leiking sejak dua tahun lalu.

Sekiranya dicalonkan, Jo Ana menangkis dakwaan WARISAN menggunakan calon wanita cantik semata-mata untuk meraih undi.

“Kita kena lihat perkara lain selain wajah yang cantik. Kalau saya dicalonkan saya akan pastikan saya buat kerja untuk rakyat,” tambahnya.

Posted on

Akibat Tak Tahan Sangat Nak Melabur, Lelaki Ini Terima Padah Apabila Burungnya Disambar…

Sesungguhnya kemalangan atau bencana seperti ini boleh berlaku di mana saja, termasuk kemalangan yang berkaitan dengan serangan haiwan liar.

Insiden seperti itu tidak perlu berlaku di hutan atau perladangan, di bilik mandi walaupun kemalangan itu boleh berlaku.

Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki di Wilayah Chachoengsao, Thailand, Rabu lepas.

Seperti yang dilaporkan oleh halaman Bangkok.coconuts.co, seorang lelaki bernama Atthaporn Boonmarkchuai mendapat “kejutan” pada waktu pagi ketika sedang marah.

A python tiba-tiba muncul dari almari, dan segera menggigit zakar Atthaporn.

Lelaki berusia 38 tahun cuba menyelamatkan dirinya. Dengan pergerakan refleks, dia bangkit dari tempat duduknya.

Artikel ini telah disiarkan di Tribunjateng.com di bawah tajuk HORRIBLE: Lelaki ini terkejut apabila ‘Burung’ digigit oleh Ular, Ini adalah Video,

https://www.youtube.com/watch?v=0huAzwN61Q4

Posted on

Luluh Hatiku Di Malaysia. Isteri Banting Tulang Kerja Di Luar Negeri, Suami Bangga Tayang Kekasih Di Facebook.

Disebabakan oleh kemiskinan yang semakin memburuk, ramai netizen di Filipina memilih untuk bekerja di luar negara dengan harapan boleh mendapat lebih banyak wang untuk membantu keluarga yang berada di Filipina.

Mereka yang lebih dikenali sebagai ‘Oversea Filipino Workers’ (OFW) itu sanggup bekerja siang dan malam atau melakukan dua tiga pekerjaan demi memperolehi masa depan yang lebih cerah dan terjamin.

Selain itu, mereka juga terpaksa tinggal berjauhan dari keluarga dan itu pasti membuatkan ke semua OFW akan berasa sedih dan merindui keluarga mereka. Satu-satunya cara paling mudah untuk berhubung dengan keluarga yang berada di Filipina adalah dengan menggunakan media sosial.

Wanita ini juga merupakan warga Filipina yang sanggup bekerja di luar negara semata-mata untuk membantu keluarganya.

Princess Sittie Fairodz Utto telah bekerja siang malam dengan harapan dapat membuatkan kehidupan anaknya di Filipina menjadi lebih senang. Oleh itu dia telah meninggalkan suaminya di Filipina untuk menjaga anak mereka sehingga dia kembali semula suatu hari nanti.

Setiap bulan Sittie Fairodz Utto mengirimkan wang ke kampung untuk merawat anaknya mereka yang sakit dan dijaga oleh suaminya.

Bagi tujuan mencari wang, dia terpaksa melakukan banyak pekerjaan dengan harapan suatu masa nanti dia dapat kembali ke kampung halaman dan berkumpul semula dengan keluarganya.

Tetapi, sebaik sahaja dia melihat Facebook suaminya, harapannya itu musnah. Di Facebooknya, Princess mendakwa yang suaminya telah menipunya.

Dia juga telah memuat naik beberapa keping gambar ‘selfie’ suaminya yang tidak berpakaian bersama seorang perempuan di atas katil sebagai bukti.

Paling menyakitkan hati ialah kedua-duanya bangga bergambar berdua dalam keadaan yang menjelikkan itu. Mereka juga seakan tidak peduli jika Sittie melihat foto berkenaan.

Perkongsian kisah malang Princess itu telah menyentuh hati beribu-ribu netizen yang akhirnya bertindak menenangkan dan memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Tetapi, menurut Princess terdapat juga beberapa orang ‘haters’ telah menghantar mesej kepadanya dengan mengatakan dia seorang yang “bodoh” kerana benarkan suaminya berbuat seperti itu.

Akhirnya Sittie mendedahkan dia mengetahui mengenai perselingkuhan antara suami dan kekasihnya itu namun dia membiarkannya kerana ingin memperbaiki keadaan dan kembali ke kampung halaman untuk tinggal bersama suaminya demi anak mereka.

Posted on

Wow!! Gaya Ranggi TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN Dalam Jean Biru & Kemeja Putih, Perghh!! Sungguh Class!

Semenjak melangsungkan perkahwinan pada 31 Ogos 2016 lalu dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, rakyat jelata berpeluang melihat Tengku Permaisuri Norashikin mengiringi baginda dalam pelbagai majlis.

Nona sendiri kerap mengikuti perkembangan bekas pembaca berita RTM itu yang sememangnya cukup jelita, bersopan santun dan manis dipandang.

Terkini, kemunculan Tengku Permaisuri Norashikin bersama Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena lawatan diraja menaiki LRT, MRT dan Monorail mencuri perhatian netizen. Lawatan yang berlangsung bermula pagi tadi turut menyaksikan keperibadian sultan berjiwa rakyat itu yang cukup sederhana dan merendah diri.

Kebahagiaan dan kemesraan baginda berdua cukup menjadi inspirasi rakyat sepanjang menyempurnakan lawatan sehari ini. Paling manis di mata Nona, tentulah melihat gaya ranggi Tengku Permaisuri Norashikin yang sedondon suami tercinta.

Meskipun sekadar bersolek tipis, namun pesona wanita bertubuh langsing itu sungguh mengasyikkan. Sekadar tekaan, gandingan kemeja putih Ralph Lauren dengan seluar jean biru, tali pinggang kulit Hermes dan tas tangan Longchamp yang sederhana tetap saja glamor di tubuhnya. Sneakers putih pula menyempurnakan penampilan.

Kredit : Nona

Posted on

Bayi Lahir Dalam Sampul, Nenek Cakap Dia Akan Jadi Sejahat-Jahatnya. Ibu Kongsi Pengalaman Lahirkan Anak Tak Pecah Ketuban.

Siapa disini pernah lahirkan baby encaulbirth..saya ada seorang anak sulong saya sekarang sudah 5tahun.
Menurut Kajian dokter Amerika – 1 dalam 80ribu akan jadi (x tau betol ke x) .. Dalam keluarga ibu saya anak sulong keluar macam ni..

Bukan gambar Sebenar Contoh Sahaja:

Memang susah nak teran sebab keluar dalam sampul n air ketuban x pecah.. memang lambat proses nak keluar tu..selalunya baby mcm ni akan diCaesar Tapi Alhamdulillah saya normal..

Contoh kalau diCaesar:

Doc dah cuba pecahkan air ketuban tapi xboleh sampai 6 org dokter gilir gilir pecah kan sampai pakar sendiri turun.. tetap x pecah .dorg amik keputusan untuk biarkan secara natural..tapi memang lambat x de masalah sebab tu doc x nak czer..doc pon cakap first time dalam hidup dia sambut baby mcm ni ..selalu org simpan tali pusat je kan buat kenangan..suami saya ambil sarung dia ni simpan buat kenangan jgak ..masih simpan dalam album sampai sekarang ni

Selalu akan dengar org tua akan cakap jika anak keluar dalam sampul dia ..nanti besar dia akan jadi org jahat sejahatnya.. Ya anak akan jadi jahat jika si ibu asyik berdoa dan pikir benda tu.. Jadi kita sebagai ibu doakan yang terbaik untuk anak anak kita setiap hari…jadi org jahat yang kat luar tu semua beranak sampul la ye..

Jadi sebagai ibu jangan terlalu dengar semua yg org ckp..kita sebagai ibu setiap percakapan kita adalah doa…apa salahnya kita doa anak jadi org berguna.. pemimpin,berjaya dunia akhirat..jangan la kita doa nanti besar jadi org jahat sejahatnya .. Alhamdulillah berkat doa mummy n daddy anak saya pandai dari segi ilmu pembelajaran dan ilmu agama walaupun agak hyperaktiv…selalu cakap kat suami…anak dara ni dah ramai yang booking nak jadi menantu…kawan lain lain negara…parah parah..ada kawan kawan sendiri pon cakap macam tu…

Gambar baby tu amik goggle..doc x sempat ambik gambar sebab nak cepat antar anak ke nicu sebab tali pusat terbelit 4x

Sumber: Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM)

Kredit: FB Tieyra Chee 

Posted on

NAK SELFIE DIRI SENDIRI NAMPAK BUDAK-BUDAK MAIN ATAS JALAN KERETAPI. KEMUDIAN KERETAPI LALU TERAKAM KEJADIAN YANG MENGERIKAN

ADMIN PUN TAK SANGGUP TENGOK SLOW2 JADI SIAPA YANG HATI TISU OR LEMAH SEMANGAT TAK YAH LA TENGOK YE!

Area di sekitar jalur Kereta Api (KA) memang seharusnya tidak menjadi area bermain, terutama untuk anak-anak.

TEMPAT : indonesia ( Luwungragi kecamatan Bulakamba)

SAKSIKAN VIDEO DI BAWAH :

Video Player

Video Sumber: youtube

Posted on

Kalau Ada Buaya Darat Mesti Lagi… Rakaman Bila Buaya Laut Bertemu Buaya Sungai. Apa Yang Jadi Buat Semua Tergamam!

Sebuah video rakaman dari sebuah helikopter menjadi viral di laman sosial.

Video rakaman tersebut adalah sebuah kejadian yang amat menarik menunjukkan apa yang jadi bila buaya laut (saltwater crocodile) bertemu dengan buaya sungai (freshwater crocodile). Kejadian ini berlaku di Australia.

Dari segi saiz pun dan tau siapa yang akan menang. Buaya laut memang saiz sangat besar berbanding dengan buaya sungai. Sekali gigit terus lembik.

Jom tengok video tersebut di bawah. Kalau nak detail lebih lagi boleh baca artikel English selepas video.

Video Pertembungan Buaya Laut dan Buaya Darat Eh Buaya Sungai Hehe

It's a Croc Eat Croc World

How about this! HeliSpirit flying near Kununurra in far north Western Australia captured this epic footage of a big saltwater croc eating a smaller freshwater croc!

Posted by HeliSpirit on Khamis, 6 April 2017

Posted on

“Otak Kat Lutut!! Kalau Ye Pun Tak Sukakan Kucing..Jangan Lah Sampai Buat Macam NI”-Ditetak Berkali-kali Dengan…

TANPA perikemanusiaan, seekor kucing menerima azab apabila badannya ditetak berkali-kali dengan objek tajam sehingga menampakkan isi dagingnya.
Tidak diketahui apakah punca sebenar, kucing yang bergelar Tam itu telah dijumpai oleh pemiliknya ketika dia hendak memberikan haiwan tersebut makanan.

Pemiliknya yang terkejut dengan keadaan haiwan kesayangannya itu terus bergegas membawanya ke klinik veterinar berhampiran dan mujurlah doktor memberitahu bahawa kecederaan yang menimpa haiwan terbabit tidak mengakibatkan kepatahan tulang.

Posting berkaitan kejadian kekejaman terhadap haiwan kesayangan Rasulluah ini telah membuat netizen di media sosial mengecam tindakan pelaku yang disifatkan keterlaluan.

Meskipun haiwan tersebut ada melakukan sesuatu yang diluar dugaan kepada pelaku, sanggupkah anda menetak haiwan tersebut sehingga ‘terburai’ seperti ini?

Adalah berdosa besar bagi sesiapa yang melakukan penganiayaan sesama makhluk tuhan.

Menurut maklumat, Tam menerima puluhan jahitan dan dilaporkan semakin sihat yang kini berada dalam jagaan pemiliknya.

Sumber http://klikkini.blogspot.my/

Posted on

Dari Jauh Sangkakan Orang Main Remote Control Kapal Terbang. Bila Nampak Dekat Terkejut Sangat Sampai Mengucap Tak Ingat Dunia.

Sebenarnyer aku betul2 minat pasal makhluk naga nie sejak kecik lagi (lagi2 bile baca komik Hong Kong yg ade cerita pasal naga n rupa naga). Dari kecik sampai sekarang itulah makhluk yg aku betul2 nk jumpe n tengok. Lagipun aku nie asal orang segamat Johor. So, adelah cite orang2 tua pasal ada naga yg sedang bertapa dekat tempat tinggal aku tu (Jalan Temenggong) siap kata kalau banjir besar berlaku, naga tu akan keluar ke sungai dan terus menuju ke laut.

Ayah aku pulak pernah cerita pasal Arwah atuk aku ada melihat naga masa die kecik2. Atuk aku meninggal tahun 1974 dan umur dia 114 tahun. Masa die kecik2 atuk dia (ayah kepada moyang aku ) pernah bawak dia naik sampan menyusur sungai dari kampung dia (Balik Pulau, Pulau Pinang) ke muara sungai lah. Sebelum bergerak, atuk die pesan la supaye jangan tegur n bcakap kalau nampak apa2 yg pelik.

Jadi, dalam perjalanan ke muara sungai tu, tiba2 atuk aku nie nampak bende berkilau-kilauan dekat tebing pasir di tepi sungai tu. Bile dah dekat, rupa2nye bende tu adelah seekor naga. Arwah atuk aku ckp kat ayah aku yg rupe naga tu betul2 mcm naga tarian naga China (dengan bulu mata yg tebal, mata die kadang2 buka kadang2 tutup- mcm sedang berehat..sisik naga tu berkilat2 bila kene cahaya matahari). Atuk aku ckp die siap nampak naga tu mcm sedang bernafas (turun naik nafas). Jadi dir tgk je la naga tu… Bila dalam perjalanan balik semula, naga tu dah xde.

Oleh sebab orang2 dulu nie takut n hormat kat orang tua, so atuk aku xde la nk tanye lebih2 dekat atuk die.

Jadi, nie menguatkan lagi la firasat aku bahawa naga tu wujud. Cuma samaada naga tu sejenis Jin ataupun naga tu adelah makhluk yg dah pupus ataupun manusia moden je yg belum temui lagi.

Macam juga biawak komodo, kura gergasi dan il2 dinasour. mula2 saintis ckp semua tu x wujud akhirnya terbukti wujud….

So, mcm ne “fendafat” {:2_66:}  korunk?  kalau ade gamba2 naga bole ar letak sekali n kalau ade info lagi bagus huhu… lagi satu aku minat pasal naga di Asia terutama Naga China n Naga di Nusantara.. naga barat nie kureng sket hehehe…

Posted by ‎غازي الشمري‎ on Rabu, 11 April 2018

 

Posted by ‎غازي الشمري‎ on Rabu, 11 April 2018