Posted on

“Ini Yang Bidadari Saya Ajarkan” – Adam Corrie. Semoga perjuangan suami isteri ini diberi kemudahan oleh Allah.

Hebatnya kejayaan seorang suami, kerana ada isteri seumpama bidadari yang kuat menyokong suami dari belakang. Begitulah indahnya perkongsian pelakon KL Gangster, Adam Corrie Lee Abdullah tentang peranan isteri dalam hidupnya.

Bagaimana bidadari hatinya itu, Fazema Mohd Fuad membantunya dalam berhadapan kesulitan membantu rakan-rakan yang kembali menerima Islam. Semoga perjuangan suami isteri ini diberi kemudahan oleh Allah.

Ikuti perkongsian Adam Corrie ini yang akan menjentik-jentik hati anda untuk menjadi bidadari terbaik di sisi suami.

Bidadari Saya Minta Dia Belajar Wudhuk Dulu

Saya berborak-borak dengan isteri saya tentang seorang saudara baru yang telah kembali fitrah lebih dari 10 tahun. Sudah berumahtangga dengan seorang wanita Melayu dan mempunyai anak.

Walaupun saya baru kenal beliau, tapi saya terasa bertanggungjawab tanya tentang solatnya dan pemakanannya sehari-harian.

Dia ada cakap hatinya tak tenang macam mana nak solat. Saya mengadu pada bidadari saya bagaimana nak bantu dia.

Sebab dalam kita nak suruh orang buat kebaikan kena ada caranya, tak boleh paksa-paksa, desak-desak.

Tambahan dia tak dapat contoh dari pasangannya yang solat itu wajib serta menunjukkan Islam itu mudah dan indah dalam kehidupan seharian mereka.

“Kesian dia, dia sudah kembali pada Islam tapi masih tak dapat nikmat keindahan Islam.”

Baca Doa Ini Ketika Wudhuk

Jadi bidadari saya bagi cadangan pada saya supaya mengajar dia ambil wudhuk dahulu. Ajar perkara yang mudah dahulu.

Bagitahu dia yang ketika ambil wudhuk, seperti basuh tangan boleh disertakan dengan berdoa dalam hati seperti “Ya Allah bersihkan tangan ku ini dari membuat perkara-perkara yang haram dan hanya membuat perkara yang membawa manfaat sahaja.”

Ketika basuh telinga boleh minta Allah jauhkan kita dari mendengar perkara-perkara yang mungkar. Dan bagilah telinga ini mendengar perkara-perkara yang baik-baik sahaja dan yang berilmu sahaja.

Begitulah dengan kaki, doakan supaya kaki ini pergi mencari rezeki yang halal, berjuang di jalan Allah dan haramkan kaki ini dari pergi tempat-tempat maksiat.

Bidadari Saya sarankan saya suruh dia belajar ambil wudhuk dan buat setiap hari.

Lama-lama jika dia amalkan tentu dia rasa sesuatu.. kurang sesuatu.. iaitu solat. Biar dia belajar ingat Allah melalui ambil wudhuk dulu. Perlahan-lahan hatinya pasti ingin belajar solat.

Biar Lembut, Biar Sedikit, Lama-lama Terbit Rasa Sayangkan Allah

Bukan mudah nak ajak saudara baru kenal Allah.

Tapi itu memang dah tangggungjawab kita. Biar lembut.. biar sedikit.. lama-lama berkat kita sabar dalam dakwah ini. Dia akan sayang Allah lebih hebat dari yang kita sangka.

Sebagai pasangan ‘saudara baru’, tanggungjawabnya kita berat. Kalau kita tak ada usaha untuk berikan contoh pada pasangan kita. Dia akan terus hanyut.

Jika Saudara Baru Minta Dirahsiakan Syahadahnya..

Sepanjang saya dan bidadari saya terlibat dengan pengislaman saudara baru. Ada yang meminta syahadah mereka dirahsiakan dahulu. Hormati hak dan permintaan mereka.

Seperti saya, saya juga tidak war-warkan pengislaman saya. Tapi apabila ada yang perasan perubahan pada diri saya, baru saya mengaku saya sudah Kembali kepada FITRAH.

Sebenarnya ramai yang meminta dirahsiakan syahadah mereka. Antara sebab:

1. Empunya diri belum bersedia berhadapan dengan orang ramai sama ada yang Muslim, not yet Muslim dan non Muslim.
2. Takut ahli keluarga tidak boleh menerima diri mereka kerana sudah beragama lain.
3. Takut terima ancaman dari pihak yang tidak menyukai mereka yang telah syahadah.
4. Majikan yang seagama dulu akan berhentikan kerja / memulaukan mereka
5. Yang empunya bisnes, susah untuk dapat projek.

Jadi mereka perlukan masa untuk war-warkan pengislaman mereka. Apabila tiba masanya mereka akan umumkan sendiri atau lambat laun orang sekeliling akan sedari dengan perubahan diri mereka.

Jangan cepat buat andaian kalau alasan yang mereka berikan, anda rasa tak masuk akal.

Mereka masih baru dalam Islam.Sokongan dan pemahaman tentang Islam amat di perlukan oleh mereka.

Ini Ujian Paling Besar

Ujian paling besar adalah kita yang Muslim yang suka mendesak mereka berubah 100% dalam sekelip mata.

Sahabat-sahabat tidak berada di tempat mereka, saya sudah lalui nya. Zaman Rasulullah dulu pun. Rasulullah SAW berdakwah secara sembunyi-sembunyi dahulu.
Tapi apabila dah tiba masanya, secara terang-terangan.

Doakan yang baik-baik untuk hati yang sedang dijinakkan. Dakwah bukan cara paksa. Dakwah kita biarlah lembut, santun dan penuh berhikmah.

Senyum selalu, Selalu bersangka baik. InsyaAllah hati tenang.

 

Sumber/Foto : Instagram Adam Corrie Lee

Posted on

Subhanallah!! Tak Sangka Inilah Tempat Yg Dikunjungi Roh Semasa Kita Tidur

“Benarkah Roh Keluar daripada Jasad Ketika Anda Tidur ?”

Satu soalan ringkas yang belum tentu mampu berjawab dengan lengkap dan tepat. Tetapi dengan sedikit percubaan dan kajian tentang topik ini, jadi saya kongsikan setakat mampu.

 

Semuanya berbalik pada Al-Quran dan Hadis yang mampu menjelaskan segalanya dengan lebih tepat. InsyaAllah sama-sama manfaatkannya. Sedikit pesanan awal, kita sendiri diingatkan supaya tidak mengkaji terlalu mendalam tentang kewujudan roh kerana boleh menyebabkan rosaknya akidah seseorang yang juga mengakibatkan terpesong jauh daripada agama Islam.

 

kita tidak boleh membayangkannya kerana sudah terbukti roh tidak boleh tercapai melalui penguasaan akal manusia. Semuanya hanya Allah yang Maha Mengetahui atas tiap sesuatu.

 

Perkongsian ini adalah sekadar untuk ilmu dan pengetahuan kita bersama agar kita kagum dengan keindahan Islam sebenarnya.

Berbalik pada topik yang dibincangkan, sebenarnya Istilah “roh keluar daripada jasad” wujud dan benar. Namun ianya harus dihuraikan secara teliti untuk mengelakkan berlaku kekecelaruan dalam fahaman agama.

 

Roh keluar dalam dua keadaan iaitu keluar secara sepenuhnya atau keluar secara keseluruhan 100% daripada tubuh. Dalam keadaan ini, roh yang keluar daripada tubuh sepenuhnya akan menyebabkan jasad menjadi kaku dan tidak bernyawa.

 

Dalam istilah lain, seseorang itu meninggal dunia apabila roh meninggalkan jasad secara keseluruhannya.

Tetapi berbeza pula dengan peristiwa di mana, roh meninggalkan jasad secara tidak menyeluruh. Sebenarnya roh dan jasad terikat, apabila seseorang itu tidur, roh dan jasad tidak berpisah seluruhnya tetapi berpanjangan dihidungnya.

 

Ibn Mandah menjelaskan”Apabila roh keluar ketika tidur, ia berkelana mengikut kemahuan Allah SWT ke segala pelusuk negeri yang berpanjangan dari hidungnya.”Ini membuktikan bahawa roh dan jasad tetap terikat ketika waktu tidur, tetapi hanya roh bergerak ke merata tempat secara tidak mutlak.

 

Maksudnya roh tetap keluar dari jasad. Cuma berkelana atau dengan kata lain keluar secara tidak penuh.

Hadis lain pula ada diriwayatkan oleh Al-Baihaqi daripada Abdullah bin Amru bin al-‘As, katanya, “Roh dinaikkan ke langit semasa tidurnya dan disuruh sujud di Arash. Maka sesiapa yang bersuci maka dia sujud dekat Arash, dan sesiapa yang tidak bersuci maka dia sujud jauh dari Arash.

 

”Hadis ini turut menjelaskan bahawa roh keluar dari jasad ketika tidur. Saya tidak yakin untuk mengulas jauh tentang hadis ini kerana saya sendiri belajar dari sumber-sumber lain seperti buku. Saya letakkan hadis ini adalah sebagai salah satu bukti yang menyatakan bahawa roh keluar dari tubuh ketika tidur.

 

Pendapat lain daripada Syeikh Izzudin Ibn Abdul Salam katanya, “Allah melakukan mengikut kebiasaannya kepada roh orang yang masih hidup iaitu apabila ia keluar daripada jasad maka orang itu tidur. Pada ketika itu roh akan melihat apa yang dilihat semasa tidur.

 

Jika roh itu naik sampai ke tujuh petala langit maka apa yang dilihat itu adalah benar kerana tiada jalan bagi syaitan untuk sampat kelangit. Tetapi jika apa yang dilihat oleh roh itu tidak sampai ke langit, maka ia adalah penglihatan yang dicampakkan oleh syaitan.

 

Apabila roh itu kembali kepada jasadnya maka terjagalah tuannya daripada tidur.

“Pendapat Syeikh Izzudin ini sebenarnya ingin ditulis dalam sebuah artikel yang mebincangkan topik tentang mimpi, tetapi saya ambil dan masukkan pendapat ini kerana beliau ada menyebut tentang keluarnya roh daripada jasad ketika tidur.

 

Kemana hala tuju roh apabila keluar daripada jasad adalah berbalik pada rujukan melalui Al-Quran sendiri.Melalui artikel yang sama, Al-Syeikh Al-Suhaimi pula katanya, “Roh orang hidup itu memberitahu kepada hati akan apa yang dilihatnya.

 

”Hal ini, menjelaskan bahawa, roh orang yang hidup yang keluar daripada jasad ketika orang itu tidur mampu berinteraksi dengan hati untuk memberitahu apa yang dilihatnya.

 

Maksudnya dengan lebih jelas, segala peristiwa yang berlaku setelah roh seseorang keluar apabila jasad orang itu tidur adalah sebenarnya apa yang kita mimpi.

Sebab itulah ada pendapat lain yang menyatakan, sebelum seseorang itu tidur, beritahu hati kita apa yang kita hendak lakukan serta inginkan agar kita memperoleh mimpi yang baik dan benar InsyaAllah dan apa yang penting, tidurlah dalam keadaan berwhuduk.

 

Apa yang saya sebutkan tadi dijelaskan oleh Syeikh Khalil Ibn Syahin dalam kitabnya berjudul Al-Isyarat Fi Ilm Al-Ibarat katanya, “Barang siapa yang mahu mendapat mimpi yang benar, hendaklah dinyatakan apa yang tersimpan dalam hatinya, kemudian tidurlah dalam keadaan berwuduk di atas lambung kanannya dan menyebut nama Allah, dan membaca doa dan mengharapkan mimpi yang benar.”

 

Namun begitu, kita diingatkan bahawa apabila kita tidur (mati sementara), roh akan keluar dari jasad. Ketika itu, syaitan berpusu-pusu menyambut roh tersebut. Maka terjadilah mimpi mengikut rekaan syaitan.

 

Jika pun mimpi tersebut benar, hanyalah mainan syaitan untuk memporak-porandakan kehidupan manusia.

Dan ingatlah pesanan Rasulullah saw yang ada berpesan. Dari Abu Qatadah r.a. katanya beliau mendengar Rasullullah bersabda : “Mimpi yang baik datang dari Allah dan mimpi yang buruk dari syaitan. Maka bila kamu bermimpi buruk, meludahlah ke kiri 3 kali, kemudian berlindunglah kepada Allah dari bahaya kejahatannya, nescaya dia tidak membahayakan.

 

”Jangan keliru dengan topik ini sebab Asyraf ada masukkan sedikit perbincangan tentang mimpi, ia sebenarnya sekadar bahan kukuh untuk memberitahu kita bahawa roh keluar dari jasad ketika tidur dan sebab itu terjadinya mimpi.

 

Ada juga yang memberitahu sebenarnya mimpi itu adalah pembalikan cahaya ketika kita tidur.

Tetapi Asyraf kurang yakin dengan pendapat itu kerana banyak hadis dan ayat Al-Quran yang menjelaskan bahawa roh akan keluar meninggalkan jasad tetapi tidaklah roh itu melayang sesuka hati kerana terikat dengan jasadnya.

 

Dan firman Allah swt :”Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan memegang jiwa orang yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa orang yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan.

 

Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir”. (Az Zumar ayat 42)Jika pembaca, meneliti terjemahan pada sebutan terakhir dalam ayat ini, “Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.”

 

Ianya menjelaskan kepada kita, sudah jelas menyatakan hamba Allah yang mahu berfikir akan dapat melihat tanda-tanda kekuasaan Allah dan sesungguhnya kita berfikir semampu pencapaian akal kita jangan melebih-lebih.

Sekarang anda faham dan mungkin sama pendapat dengan saya tentang kejadian roh keluar daripada jasad ketika tidur ? Kalau faham sekarang Asyraf teruskan perbincangan tentang kejadian ini dengan lebih luas dan InsyaAllah menarik minat para pembaca kerana perkara yang berlaku pada kita secara kita tidak sedar itu adalah sebenarnya bukti kekuasaan Allah swt.

Apa itu Astral Projection atau Out of body experience ?(Wah tetiba je kan istilah sains pulak Asyraf keluarkan, HAHA)Sebenarnya kali ini Asyraf nak simpulkan apa yang Asyraf bincangkan kat atas tadi dengan lebih jelas dan padat InsyaAllah.

 

Rakan-rakan pembaca ada yang masih belum yakin bahawa roh akan keluar dari badan kita semasa tidur atau ada yang mungkin ingin tahu lebih lagi ?. Sini Asyraf beritahu semula bahawa roh kita akan keluar daripada badan untuk menunaikan atau memenuhi sesuatu kehendak kita .

 

Apabila kita tidur dengan lena roh kita akan keluar dari badan dan mencari penyelasaian untuk masalah kita atau mencari sesuatu yang kita inginkan.

 

Proses inilah yang digelar dalam istilah sains “Astral projection”atau ” Out of body experience “. Ianya proses yang sama seperti yang Asyraf nyatakan melalui beberapa hadis dan Ayat suci Al-Quran kat atas tadi.

Saya yakin sangat kebanyakan daripada kita pasti ada pengalaman sebegini, pengalaman pertama yang saya ingin kongsikan ialah, semasa tidur kita bermimpi atau terasa seperti jatuh dari tempat yang tinggi atau jatuh dari katil, lalu bangun dari tidur kerana tersentak dengan mimpi tadi.

 

Ada yang jantung berdegup begitu kencang apabila bangun. Situasi ini sering berlaku apabila badan kita mula sedar sebelum roh kita kembali, apabila roh kita masuk kembali kedalam badan semasa badan kita mula sedar kita akan mengalami mimpi atau pengalaman sebegini.

 

Pengalaman kedua pula, apabila kita bertemu dengan seseorang atau apabila kita kunjungi sesuatu tempat , kita terasa seperti pernah bertemu dengan orang tersebut atau pernah kita kunjungi tempat tersebut sebelum ini. Kita rasa seolah-olah melakukan benda sama berulang kali.

 

Sama juga kadang-kadang apabila kita lakukan sesuatu , kita terasa seperti kita pernah melakukan benda yang sama sebelum ini.

 

Tetapi kita tidak ingat bila peristiwa yang sebelumnya itu berlaku dan kita tertanya-tanya bila kita bertemu dengan mereka ? Bila kita kunjungi tempat tersebut ? dan Bila kita lakukan perkara tersebut ?.

Sebenarnya kita lakukan , kita kunjungi dan kita bertemu dengan mereka semasa roh kita keluar dari badan sewaktu kita lena tidur.Dalam isu lain pula, pernahkah anda terasa sangat susah untuk kejutkan seseorang yang sedang tidur supaya bangun dari tidur nyenyaknya ?

 

Ini kerana roh orang tersebut berada ditempat yang sangat jauh. Jadi kita sebenarnya dinasihatkan menjaga adab ketika mengejutkan seseorang supaya bangun dari tidur. Kenapa saya bercakap sedemikian adalah kerana, apabila kita menjerit-jerit dan memekik dengan terlalu kuat untuk mengejutkan seseorang,

 

roh yang berada di tempat yang sangat jauh terpaksa kembali dengan pantas bersama jasad. Silap anda jika roh tersebut tidak sempat kembali pada jasad pada waktunya. Apa yang akan berlaku pada rakan anda tadi ? Dan  pernahkah anda terasa sangat penat selepas bangun ? Ini kerana roh anda telah melakukan banyak perkara semasa keluar dari badan.

 

Sebab itulah kita dinasihatkan tidur secukupnya supaya badan mendapat rehat yang cukup dan roh makin kuat. Alunan zikir dan bacaan Al-Quran mampu menguatkan roh sesorang. Ianya seolah-olah vitamin tambahan untuk roh.

Ada juga peristiwa dimana, kadang-kandang kita boleh terpandang rupa atau bayang-bayang seseorang yang berada ditempat yang jauh. Kadang-kadang kita boleh dengan suara seseorang yang berada ditempat yang jauh.

 

Kadang-kadang kita akan terlihat rupa seseorang, rupa kanak-kanak atau terdengar suara pada waktu malam atau awal pagi, rupa-rupa tersebut biasanya akan dikaitkan dengan makluk halus tetapi itu adalah aktiviti roh yang telah keluar dari badannya

 

. Namun diingatkan ada juga yang kita lihat secara tidak sengaja itu adalah permainan jin yang sekadar menyesatkan manusia.Biasanya kita akan dengar suara dan lihat bayangan orang yang sangat menyangi kita.

 

Oleh kerana mereka terlalu sayangi kita , roh mereka akan keluar dari badan semasa mereka tidur dan akan mengunjungi kita. Sama juga dengan roh kita juga akan keluar dari badan ini dan mengunjungi orang-orang yang sangat kita sayangi.

Biasanya Roh kita akan keluar dari badan untuk mencapai beberapa perkara iaitu :

1. Untuk berjumpa dengan roh atau orang lain
2. Untuk berjumpa dengan orang yang kita sayangi

 

3. Untuk mencari pertolongan atau jawapan
4. Untuk mencari penyelesaian bagi masalah-masalah yang sedang kita hadapi

 

5. Untuk mencari jalan bagi mendapatkan sesuatu yang diingini
6. Menuju ketempat yang telah kita lalui pada hari tersebut
7. Menuju ketempat yang akan kita lalui pada hari berikutnya

 

8. Untuk menyelesaikan sesuatu yang kita runsingkan
9. Untuk kunjungi alam rohBiasanya apa yang di lihat oleh roh kita akan dianggap mimpi oleh diri kita.

Sesuatu yang dilihat oleh roh kita tidak semestinya sama dengan alam nyata ini. Alam ghaib sangat berbeza dengan dunia ini. Roh kita mungkin akan melihat sesuatu yang tidak dapat diterima oleh akal kita .

 

Lebih kurang 5 % daripada mimpi kita ialah peristiwa benar yang sedang dilihat oleh roh kita , sama ada dialam roh atau ditempat-tempat lain .

 

Kadang-kadang ada juga orang yang akan melihat diri mereka sendiri yang sedang tidur . Ini berlaku apabila roh mereka yang telah keluar dari badan , sedang memperhatikan badannya sendiri.

 

Hebatnya Islam ! Tetapi semuanya berbalik pada kekuasaan akal fikiran, jangan sesekali kita membayangkan bagaimana rupa roh kerana itu boleh menyesatkan.

Hanya Allah yang mengetahui segalanya. Solat dan ibadat-ibadat lain seperti membaca Al-Quran mampu menguatkan roh yang ada dalam badan kita. Bagaimana mahu kuatkan Roh ?Roh manusia merupakan perkara yang paling rumit untuk difahami sepanjang sejarah hidup manusia.

 

Ia wujud, tetapi tidak dapat dipastikan di mana letak duduknya dalam badan. Ia terlalu penting dalam hidup manusia, di mana kehilangannya bererti ‘mati’ dan tamatlah riwayat hidup di dunia ini dan bermulalah kehidupan di alam lain iaitu alam barzakh dan alam akhirat.

 

Roh manusia memerlukan makanan yang khusus iaitu IBADAT dan amalan spiritual seperti meditasi dan bertapa.

Ketahanan diri seseorang berkait rapat dengan kekuatan rohnya. Roh yang lemah akan menjadikan seseorang itu mudah alahan dan berundur.

Sebaliknya roh yang kuat akan menjadikan seseorang itu tegar dan tahan uji, sentiasa bersemangat dan bertenaga. Roh yang lemah akan menjadikan sesorang itu keletihan selepas bermimpi yang mengerikan, sebaliknya roh yang kuat akan sentiasa menjadikan tuannya segar dan tidak kelesuan.

Semasa tidur, roh seseorang akan keluar daripada badan tetapi masih bersambung dengan arus tertentu sehingga tubuh itu diganggu lalu menarik perhatian roh untuk kembali semula ke dalam badan.

 

Kalau roh itu keluar tanpa bersambung dengan badan, berlakulah kematian!Roh yang keluar secara menyeluruh tidak akan kembali lagi ke badan sesiapa pun termasuklah badan tuannya yang asal.

 

Roh manusia tidak boleh memasuki badan orang lain, samada semasa hayat seseorang atau selepas matinya.

Jadi saya nasihatkan jangan percaya pada cerita-cerita bomoh atau dukun yang memberitahu yang mereka hebat dan berkebolehan. Sudah dijelaskan dalam Al-Quran Roh manusia tidak sama dengan roh jin dan malaikat.

 

Jin dan malaikat merupakan jisim halus yang tidak memerlukan tubuh kasar. Manakala roh manusia memerlukan tubuh kasar untuk berfungsi menjalankan kehidupan di alam dunia.

 

Apabila terpisah daripada badan manusia, roh itu akan hidup di alam lain yang bukan lagi alam dunia ini meskipun dunia ini masih ada dan belum kiamat.

Apabila seseorang itu membaca Al-Qur’an, atau solat dengan memenuhi syarat dan rukunnya serta hadir hati, atau berzikir, atau semasa khusyu’ belajar, atau ringkasnya  dalam keadaan pasrah serta taat kepada Allah maka rohnya akan meningkat tinggi dan semakin kuat ketahanannya.

 

Begitu pula sebalik itu, atau semasa dalam menderhakai Allah, rohnya semakin lemah dan tidak ada ketahanan diri.Kepercayaan Hindu bahawa roh manusia yang baik akan menjadi burung merak dan seumpamanya adalah kepercayaan karut.

 

Roh manusia mungkin kembali ke alam dunia ini, namun ia tidak akan memasuki mana-mana jasad samada manusia mahu pun haiwan. Manakala dakwaan mampu memanggil roh untuk hadir kepada si pemanggil, ianya hanyalah satu penipuan besar untuk menakut-nakutkan manusia.

Sebenarnya yang hadir itu ialah jin-jin yang dipuja dan diseru, lalu menceritakan pelbagai perkara yang luar biasa dan mengkagumkan manusia. Walhal semua itu hanyalah satu proses menggugat kepercayaan kepada Allah dan alam ghaib yang luhur

 

.Seseorang yang hampir kepada Allah adakalanya diperlihatkan melalui rohnya perkara-perkara yang luar biasa, perkara yang tertutup kepada kebanyakan orang biasa, perkara yang belum terjadi (namun tidak berlaku dengan ada tanda-tanda yang pasti), dan perkara-perkara di alam barzakh.

Begitulah ‘karamah/ keramat’ yang berlaku bagi kekasih-kekasih/ wali Allah.Semasa akhir hayat manusia, rohnya akan dicabut oleh Malaikat Maut melalui ubun-ubunnya yang menyebabkan matanya turut membeliak (membelalak/ terbuka luas) ke atas semasa roh keluar tersebut.

Begitulah roh, perlu disegarkan dengan ketundukan dan kepatuhan kepada Allah, dan boleh lemah oleh dosa dan kederhakaan kepadaNya. Nauzubillah.Akhir kata, perkongsian ilmu saya dalam entri kali ini hanyalah sekadar perkongsian biasa.

 

Semua yang tepat adalah berbalik pada Al-Quran dan Hadis. Sama-sama kongsikan entri ini di facebook atau twitter rakan pembaca. InsyaAllah semoga Allah memberkati kita semua.

Posted on

Berang Di Kala Kecemasan!! “Hospital Ampang memang Jahanam, Kepala Tut! Bapak Ko” Mohd Fazwan.

kepada pasangan yang telah berkahwin pasti mempunyai pengalaman ketika bersalin di hospital yang berhampiran. memandangkan tidak berkemampuan pilihan orang awam terpaksa menggunakan perkhidmatan hospital kerajaan.

Jadi sejauh mana layanan hospital kerajaan kepada keluarga anda? ada yang berpuas hati ada juga yang mengadu servis hospital kerajaan sangat mengecewakan!

begitulah luahan seorang lelaki yang bernama Mohd Fawzan kerana servis hospital kerjaan di Ampang sangat teruk dan tidak ambil berat

berikut luahan melalui status di facebook miliknya

Image may contain: 1 person, text

Sebenarnya kes seperti ini bukanlah kes yang baru ia telah lama berlaku di Malaysia. Walaupun negara berstatus negara islam tetapi pemimpinnya dipenuhi dengan budaya sekular dan tidak ambil kisah tentang perkara ini.

Sepatutnya pihak pemerintah perlu mengubal dan mencari jalan supaya wanita yang ingin bersalin wajib disambut oleh doktor wanita.

tidak sepatutnya memberikan alasan kekurangan doktor atau sebagainya. Sebagai pemimpin mereka perlu mencari jalan bukan mencari alasan

ini jawapan dari ustaz Azhar Idrus yang patut anda dengar dan fahamkan

HUKUMBERSALIN DENGAN DOKTOR LELAKI PETIKAN DARI UTUSAN

BERSALIN dengan doktor lelaki secara tidak sengaja atau dengan rela hati perlu dilihat dalam dua perspektif iaitu situasi darurat dan tidak darurat.

Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh berkata, bagi situasi tidak darurat, hukumnya haram mengikut ulama terkenal Arab Saudi, Syeikh Abdullah Abd. al-Rahman al-Jibrin.

Manakala Syeikh Wahbah al-Zuhayli dan Jawatankuasa Tetap Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi dalam satu fatwa yang dipengerusikan oleh Syeikh Ibn Baz memutuskan bahawa doktor lelaki tidak diharuskan menguruskan perbidanan wanita.

“Walau bagaimanapun, dalam situasi darurat, iaitu apabila rawatan tersebut memang memerlukan kepakaran daripada doktor lelaki dan tiada doktor wanita yang boleh menjalankan tugas tersebut, hukumnya ialah harus.

“Hal ini diputuskan oleh Jawatankuasa Tetap Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi dalam satu fatwa yang dipengerusikan oleh Syeikh Ibn Baz dan dianggotai oleh Syeikh Bakr Abd. Allah Abu Zayd (1429 H), Syeikh Abd. al-Aziz Abd Allih Alu Shaykh, Syeikh Ali Fawzan al-Fawzan dan Syeikh Muammad Nair al-Din al-Albani (1420 H).

Nik Salida Suhaila berkata, melihat kepada situasi semasa, sudah banyak hospital swasta yang mempunyai doktor pakar wanita dalam bidang sakit puan dan boleh membidani wanita yang bersalin.

“Justeru, bagi wanita yang mampu, mereka harus memilih untuk bersalin di hospital swasta dengan doktor wanita. Namun, jika tidak mampu, tidak mengapa jika tidak memilih untuk bersalin di hospital tersebut, kerana situasi ini boleh dikatakan darurat kepada mereka.

“ Jika mampu, memilih untuk bersalin di hospital swasta tetapi memilih doktor lelaki, ia kembali kepada jawapan di atas, iaitu situasi tidak darurat yang menyebabkan hukumnya haram atau tidak harus mengikut pandangan ulama.

“Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamed Al-Bakri berkata, bahawa tidak logik lagi pada hari ini sekiranya tugasan untuk menyambut kelahiran bayi tidak boleh diberikan kepada doktor wanita sepenuhnya kerana pada masa ini jumlah doktor wanita di bahagian perbidanan sudah ramai,” katanya utusan.com.my/helangmerah.com

Posted on

Selebriti Malaysia yang diberi Cahaya Keimanan!! Yang nombor 7 tu mesti Korang Terkejut tak Sangka dah Berhijab!!

Alhamdulillah, satu fenomena penghijrahan artis-artis di Malaysia dari terlalu lalai kepada lebih menjaga adab sopan dan menutup aurat mengikut tata cara Islam. Semoga kamu semua dapat istiqomah (maintain) dan tabah menghadapi ujian dan cabaran.

Abaikan saja mulut-mulut celupar yang suka mengejek dan memaki hamun. Sedangkan Nabi Muhammad S.a.w pun diejek dan dibenci oleh orang-kafir walaupun mereka tahu bahawa akhlak Nabi mulia tiada bandingan, apatah lagi kita zaman sekarang.  Semoga kita dapat memberi semangat dan mengalu-alukan mereka yang mendapat hidayah dan mahu berubah ke arah Islamik, bukannya menjadi pencaci dan pembenci, na’uzubillahi min zaalik.

1 – Pierre Andre

Pierre Andre (lahir 1985) adalah seorang pelakon Malaysia. Wataknya sebagai Reza dalam filem Gol & Gincu 2005 adalah peranan utama pertamanya. Sejak itu beliau telah muncul dalam filem-filem lain dan siri TV, juga menulis skrip, dan mengarahkan filem pertamanya.

Tahun 2006 dalam Festival Filem Malaysia ke 19 memenangi Pelakon Harapan.  Tahun 2007 dalam Festival Filem Malaysia ke 20 menang sebagai Pelakon Terbaik dan tahun 2012 dalam Anugerah Skrin 2012, menang Anugerah Yasmin Ahmad.

Ketika menerima trofi dalam Anugerah Skrin 2012, Pierre telah mengucapkan beberapa kata-kata yang telah menggetarkan banyak jiwa.

“Ya, benar sekarang saya sedang dalam penghijrahan untuk lebih mengenal agama dan Allah dan Rasul tetapi hijrah saya ini tidak akan berlaku secara drastik, saya takut fitnah,” katanya.

“Anugerah paling hebat ialah kalimah ‘La ilaaha illallah,’ jagalah kalimah ini dalam diri kita, love Allah dan love Muhammad,” ucap Pierre dalam majlis itu.

Dia telah mula mengikuti Jemaah Tabligh 4 bulan sebelum majlis itu.

2 – Abby Abadi


Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan lahir pada 1 Disember, 1977, adalah seorang pelakon Malaysia yang membintangi drama polis popular, Gerak Khas. Beliau memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk Pelakon TV Paling Popular pada tahun 2000, 2001, 2002, dan 2003.

Abby adalah anggota kumpulan Elite, sebelum meninggalkannya pada tahun 1998. Beliau menyertai rancangan TV Roda Impian semasa musim kedua, sebagai hos bersama.

Abby berkahwin dengan pelakon Norman Hakim (Inspektor Haris), pada tahun 2002. Norman dan Abby telah disahkan bercerai (talak satu) di Mahkamah Syariah Gombak Timur pada tahun 2008 selepas mereka bercerai buat kali pertama pada 5 Mei 2006. Hasil perkongsian hidup, mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania dan Maria Danisha.

Kunjungan Abby Abadi ke Mekah untuk menunaikan umrah pada 15 – 6 Mac 2012 telah melancarkan niat sucinya untuk bertudung dan menutup aurat dengan sempurna.

“Demi agama Islam, saya tidak lagi takut kepada manusia dan bimbang akan kehilangan semua kerana ianya datang dari Allah. Sekiranya saya tidak dibenarkan lagi keluar di televisyen .. tak apa lah, sebab saya sayangkan agama saya.” MasyaAllah, itulah kata-kata Abby ketika berucap di pentas PAS anjuran Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah pada 26 Jun 2012.

3 – Alyah


Noor Hasliah Abu Hasan (32) atau lebih dikenali sebagai Alyah merupakan seorang penyanyi pop wanita Malaysia yang bergiat aktif dalam dunia seni sejak tahun 2000 ketika beliau berusia 19 tahun, namun namanya mula meniti di bibir peminat pada tahun 2008 menerusi lagu hits ‘Tak Mungkin Kerana Sayang’ ciptaan Ajai dan Habsah Hassan. Bakat Alyah dikesan menerusi pertandingan Bintang HMI 2000 anjuran Radio Televisyen Malaysia yang menobatkan beliau sebagai juara.

Kunjungan penyanyi Alyah ke Mekah untuk menunaikan umrah pada 27 Mac – 11 April 2013 telah melancarkan niat sucinya untuk bertudung.

“Alhamdulillah, sejak menunaikan umrah, saya nekad untuk terus berimej sebegini. Perubahan ini juga disebabkan satu insiden yang tidak boleh saya kongsi di sini di mana ia membuatkan hati saya terbuka untuk mengubah imej saya.” [mStar Online]

4 – Farah Asyikin


Farah Asyikin binti Zulkifli (lahir November 11, 1979) ialah seorang penyanyi dan komposer Malaysia yang meraih tempat ketiga dalam musim kedua pertandingan Malaysian Idol pada tahun 2005 dan tempat kelima dalam pertandingan One in a Million tahun berikutnya.

Sebenarnya, Farah sudah lama menceburi bidang hiburan sebelum menyertai pertandingan nyanyian TV pada pertengahan 2000-an. Pemegang Diploma Lanjutan Pengiklanan dan Penyiaran dari Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing ini menjayakan iklan TV pertamanya seawal usia 16 tahun iaitu iklan snek Twisties. Beliau mula dikenali sebagai penyanyi apabila menghasilkan single Kembali Lagi Di Sisimu menerusi album kompilasi Bebas yang dihasilkan untuk mempromosikan produk Salem Cool Planet.

Berkat selepas menunaikan solat sunat taubat nyata telah membuka hati penyanyi itu untuk berhijrah ke jalan yang diredhaiNya.  Dia akui tindakan memakai tudung dan menutup aurat dilakukan secara tiba-tiba selepas menunaikan solat taubat pada tanggal 12 Februari 2012.

Berlaku dengan pantas, Farah Asyikin berkata penghijrahan itu dilakukan selepas terbayangkan azabnya balasan Tuhan dan akui kesal akan perbuatannya yang lalu.

“Saya sendiri kesal dengan apa yang berlaku ke atas diri saya sebelum ini. Namun saya beryukur kerana akhirnya saya kembali ke pangkal jalan juga.

“Saya lakukannya kerana bersebab. Saya takut dengan balasan Allah dan takutkan hari kiamat. Perasaan takut yang kuat itu sudah mula menyelubungi diri saya sejak beberapa hari lalu sebelum saya bertaubat

“Alhamdulilah jiwa saya kini tenang ,” jelasnya lagi. [murai.com.my]

5 – Fiza Halim

Pelakon dan juga merupakan bekas anggota kumpulan sensasi 90-an, Elite, Fiza Abdul Halim atau Fiza Elite menunaikan hasratnya dengan kini tampil bertudung penuh sejak 6 Jun 2013. Berita itu diumumkan melalui akaun Instagram. [limauais.com]

Fiza yang juga sekarang berstatus ibu tunggal, pernah berlakon dalam filem Getaran, Nana Tanjung 2 dan Cinta U-Turn.

“Memang saya terfikir untuk bertudung sejak beberapa bulan ini. Saya tak mahu terburu-buru takut nanti saya melakukannya separuh jalan sahaja. Mahu berubah ini bukan setakat bertudung sahaja, tapi memerlukan kita untuk berubah secara dalaman juga. Cukupkah amalan kita? Cukupkah sembahyang kita?… tetapi kalau suatu hari nanti, anda lihat saya bertudung… itulah dia,” kata Fiza ketika menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 30 pada Ogos 2011.

Fiza mendapat hidayah Allah menerusi mimpi dan terus berazam mengubah cara hidupnya dengan mendekatkan diri kepada Allah. Menurut Fiza, seorang mekap artis, Kak Oyah memberitahunya, solat tahajud dapat selesaikan masalah hidup.

Bila Fiza mula melakukannya pada jam 3 pagi hingga ke solat Subuh, jiwanya berasa tenang dan terus jadi seronok melakukan setiap hari serta amalkan puasa sunat. Bahkan bila masuk saja solat fardhu lima waktu, dia akan tunaikan segera tanpa melambatkan tanggungjawab itu seperti masa lalu.

Kini Fiza terasa semakin dekat pada Allah dengan banyak berzikir. “Pada suatu malam saya bermimpi lelaki berjubah putih tersenyum pada saya.

“Kemudian dalam mimpi kedua, seorang wanita berjubah putih pula datang bertemu saya. Baunya harum semerbak,” cerita Fiza. Lepas itu timbul rasa hati nak pakai hijab dan bertaubat mengubah cara hidup.

“Betul-betul pada malam menyambut Israk Mikraj pada 27 Rejab (5 Jun lalu) saya pertama kali keluar rumah pakai hijab bawa dua orang anak saya pergi makan malam di The Curve.”Saya berdoa, Ya Allah bukakanlah pintu hatiku ke jalan-Mu.

Bimbinglah aku, aku tak nak hidup macam dulu lagi.”Aku nak hidup jadi orang baru yang sebersih-bersihnya mendekati-Mu,” kata Fiza yang tinggal di kawasan Damansara, Selangor.  [addin77.blogspot.com]

6 – Irma Hasmie

Irma Hasmie Binti Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Irma Hasmie lahir pada 8 Januari 1982 di Kuala Lumpur. Irma berdarah campuran Pakistan (ayah) dan Cina (ibu).

Anak sulung tiga beradik ini mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Dia memiliki Diploma Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Irma pernah memenangi Gadis Jelita 2004 anjuran majalah Jelita. Pertama kali mengenali dunia lakonan apabila membintangi filem Cinta Fotokopi, diikuti Main-Main Cinta selepas dilamar Metrowealth International Group (MIG) pada 2004. Filem lain ialah Bujang Senang dan Diva. Secara rasmi keluar dari MIG mulai Mac 2007 dan kini mengurus sendiri kerjayanya.

Pernah bergelar pembantu pengacara Roda Impian musim ke-11 bersama pengacaranya, Allahyarham Hani Mohsin. Selain filem, Irma juga bergelar pelakon TV.

Pada 29 June 2012, Irma Hasmie telah melangsungkan majlis perkahwinannya bersama pasangannya Syah Reza AzmeeRedza. Pasangan pengantin dinikahkan sendiri oleh bapa Irma Hasmie, Ibrahim Othman. Majlis Perkahwinan telah diadakan di Dewan Sri Melati, Putrajaya.

Irma telah mengambil keputusan untuk mula bertudung setelah pulang dari menunaikan umrah di tanah suci. Beliau kini juga menjadi pengacara di TV AlHijrah.

7 – Raja Farah

Raja Farah Raja Aziz (lahir 5 Julai 1988), merupakan seorang pelakon dan juga model. Dia di lahirkan di Kuala Lumpur. Anak ketiga dari empat beradik ini berketurunan Raja Jembal dari Kelantan.

Di kenali menerusi iklan TV sejak umur 13 tahun lagi. Komersial TV pertamanya Beras Floral. Wajah eksotik miliknya itu menjadi pilihan syarikat pengiklanan apabila berpeluang menjayakan puluhan iklan komersial TV, antaranya ialah Vanilla Coke, Eveready, Johnson & Johnson, Celcom dan F&N Orange.

Mula menceburi lakonan pada 2003 menerusi sitkom Ah-Ha bersama Harith Iskandar dan Afdlin Shauki. Farah turut mencuba bakatnya sebagai pengacara TV dan berpeluang mengendalikan program MangoTV, Game Time, VoiceOut dan Suara Emas Bintang RTM 2007.

Beberapa filem lakonannya seperti Salon, Akuarium Cinta, Anak Halal, Apa Kata Hati, Lagenda Budak Setan, Aku Masih Dara dan Haq.

8 – Sharifah Sofia

Sharifah Sofia binti Syed Hussein (lahir 28 julai 1985), adalah seorang pelakon Malaysia. Beliau dilahirkan di Liverpool, England.

Antara filem-filem yang pernah dilakonkannya ialah Gong (2006), Cinta Yang Satu (2007), Orang Minyak (2007), Pisau Cukur (2009) dan Berani Punya Budak (2009).

Sharifah mula bertudung sejak 1 Julai 2012. Dia pernah dihalau dari sebuah disko kerana masuk ke situ dengan keadaan berhijab. Sejak dari itu, dia mula membaca buku-buku agama dan mula faham bahawa lebih baik dia menjauhkan diri dari tempat-tempat hiburan sebegitu.

“Sebelum bertudung, bukan bermakna saya ini ‘kosong’ tentang pengetahuan Islam. Cuma kali ini saya lebih mendalaminya dan mahu diri ini sempurna dengan tidak meninggalkan amalan wajib,”  ujarnya.

9 – Ummi Nazeera

Ummi Nazeera Nur Hidayah bte Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Ummi Nazeera ialah seorang pelakon wanita yang berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia. Dia memulakan kerjayanya dalam layar perak pada tahun 2010 menerusi filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie sebagai artis jemputan, memegang watak Syarifah.

Pada tahun 2011 pula, dia masuk ke dalam pasaran filem antarabangsa menerusi filem Hikayat Merong Mahawangsa dengan memegang watak Embok. Dan satu filem popular lagi yang dia turut berlakon ialah Hantu Kak Limah Balik Rumah dengan memegang watak Cik Nin.

Ummi Nazeera dikatakan baru lagi berhijrah ketika post ini ditulis. Dan ketika ini dia baru saja tamat pengajiannya di Australia.

Diberitakan bahawa gambar-gambar lamanya yang tidak menutup aurat di Instagram beliau semuanya sudah tiada, dan hanya ada gambar yang menutup aurat sahaja. Begitu juga dia sentiasa berkongsi perkara-perkara yang islamik.

10 – Siti Nordiana

Siti Nordiana binti Alias, atau juga dikenali sebagai Nana, adalah seorang penyanyi Malaysia. Nana berasal dari Felda Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan. Beliau mula menceburi bidang seni suara pada 1999 ketika berusia 15 tahun dan telah meluncurkan 5 buah album studio secara solo. Beliau dikenali sebagai penyanyi lagu-lagu pop Melayu dan juga tradisional.

Salah satu lagunya yang evergreen yang meletupkan namanya suatu ketika dulu ialah ‘Kasihmu Seakan Berubah’.

Selepas berhijrah, antara kata-katanya yang boleh kita jadikan iktibar ialah, “Lagipun perubahan imej yang saya lakukan ini adalah satu kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai seorang wanita muslim. Malah, ini juga adalah langkah awal untuk saya berubah ke arah menjadi seorang insan yang lebih baik.”

11 – Ana Raffali

Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah binti Mohd Raffali ialah seorang pemuzik Malaysia berdarah Melayu. Beliau dilahirkan pada tanggal 4 November 1985. Beliau berkemahiran dalam nyanyian, penggubahan lagu dan bermain gitar.

Beliau mula mendapat perhatian setelah mengeluarkan single ‘Hujan Bunga di Kuala Lumpur’ di corong radio pada tahun 2009. Niat beliau ingin membantu keluarganya yang susah membuahkan hasil dengan penghasilan album pertamanya, ‘Ketika Aku Kecil’ yang telah keluar pada April 2010.

Bermula dengan hobi bermain gitar, Ana mula berjinak menulis lagu sebagai cara meluahkan perasaannya ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam jurusan Pendidikan Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL). Beliau sentiasa berbaju kurung atau kebaya ketika membuat persembahan. [Wikipedia]

“Semasa sambutan Maulidur Rasul tempoh hari, Ana terasa satu keinginan, dorongan… Susah sebenarnya Ana nak jelaskan tetapi pada hari itu, Ana nak sangat-sangat pakai tudung,” kata Ana Raffali mengenai keputusannya untuk bertudung.

“Ketika Ana bersiap nak keluar, Ana pun pakai. ‘It felt right.’ Ana tak berbincang dengan sesiapa. Cuma dengan Naim (bakal suami), Ana ada beritahu, hari ini Ana nak pakai tudung. Dia kata ‘Alhamdullilah’.

Ibu bapa Ana turut gembira melihat anak perempuan mereka berubah menjadi lebih baik. Sebelum ini, Ana biasanya memakai tudung untuk majlis-majlis keagamaan dan sepanjang zaman persekolahannya.

“Ana membuat keputusan ini atas kehendak dan keinginan Ana sendiri. Ana gembira dan bagi Ana, ini jawapan kepada doa-doa mereka di luar sana. Sebelum ini bila ada yang bertanya (bila Ana nak bertudung), Ana tak pernah ada jawapan. Ana cuma minta mereka doa-doakanlah.

“Ana berasa lebih tenang sekarang dan dengan penghijrahan ini, Ana mengharapkan yang terbaik. Ana masih seperti yang anda semua kenali dulu cuma Ana melihat diri Ana kini mempunyai kehidupan yang lebih sempurna.”  [GUA]

12 – Diana Amir

Nurdiyana Amir Hashim atau Diana Amir, lahir pada 22 Jun 1986 di Birmingham, England. Dia berasal dari Johor Bharu, Johor, Malaysia. Dia mendapat pendidikan hingga Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang

Diana pernah berlakon dalam filem-filem seperti 3, 2, 1 Cinta, Senario The Movie: Ops Pocot, Keramat, 7 Petala Cinta, 3 Temujanji, X, Aku Masih Dara, Salam Cinta, Pe3 dan Strawberi Cinta.

Diana Amir melakukan tindakan mengejut dengan memakai tudung dan menutup aurat selepas beberapa kali mengalami mimpi hari kiamat dalam masa 3 bulan.

“Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini,” katanya pada 22 September 2011.

– Leina Hangat juga sudah berhijab

p/s: Terlalu ramai dah artis Malaysia yang berubah ke arah kebaikan dan lebih Islamik, bagaimana pula dengan peminat-peminat? Masih mahu menjalani hidup yang penuh glamour dan seakan-akan artis, walaupun anda sebenarnya BUKAN artis pun. 😀

Sekurang-kurangnya bagi seorang wanita sebagai contoh, jalanilah kehidupan dengan menutup aurat dengan betul agar diri anda tidak menjadi punca naiknya syahwat para lelaki. Sedangkan tok imam pun boleh terbeliak biji mata tengok wanita seksi, apatah lagi orang lain. Maka jangan lah menjadi punca atau penggalak kepada nafsu serakah orang lain. Kerana itulah ada hikmahnya Islam mewajibkan kita semua menutup aurat dengan betul. 🙂

sumber buletin kampung

Posted on

[Video] Baru Tahu! Inilah Hukum Bermain Duit Kutu..Jangan Ambil Mudah

Kuliah Ustaz Azhar Idrus menerangkan hukum sekiranya bermain duit kutu.

Soalan :

Apakah hukum main duit kutu?

HARAM hukumnya sekiranya tidak menyatakan akad lafaz hutang kpd kawan-kawan.

Sekiranya kita penerima duit kutu pada bulan itu, kita perlu katakan :

“Saya berhutang kepada awak semua”

Sekiranya kita bayar bulan-bulan untuk kutu orang lain kita perlu katakan :

“Saya bayar hutang awak”

Manakala jika kita adalah orang terakhir yg dalam pusingan kutu, kita perlu berkata:

“Saya terima hutang awak semua kpd saya”

Sekiranya semua akad-akad ini dilafazkan maka hukum bermain duit kutu adalah HARUS.

**Jika tidak dilafazkan akad tersebut, hukumnya menjadi HARAM.

Tapi bagaimana dgn hukum main kutu yang dah lepas??

Mari beristighfar kepada Allah. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lalu kerana jahil tidak tahu hukum tersebut. Wallahua’lam.

Sumber: Sinar FM

Posted on

Allahuakbar!! “Dulu Saya Makan Babi, Kutuk Allah” – Abang Long Fadil Kongsi Kisah Penghijrahan Hidupnya.

Abang Long Fadzil merupakan bekas gangster Singapura yang pernah ditetak dan ditikam dalam pergaduhan. Tahanan lokapnya yang pertama adalah pada umur 12 tahun dan mula bertattoo seawal umur belasan tahun.

Lihat bagaimana kisah hidupnya yang bergelumang dengan dosa tapi akhirnya memilih cara hidup yang lebih baik selepas dia bermimpi.

Doa ibunya yang tidak putus harapan pada anaknya itu telah dimakbulkan. Ikuti pengakuan secara jujur oleh bekas gangster singapura ini.

 

Tonton video Hijrah Abang Long Fadzil, Bekas Gangster Singapura di bawah.