Posted on

19 Foto. Anak Pasangan Melayu Dan Rusia Ini Jadi Perhatian Netizen. Malah Pernah Digelar Bayi Tercantik di Dunia.

Belumpun lahir sudah ramai yang tak sabar melihatnya. Apabila sudah lahir, ramai yang memuji, terutama matanya yang cantik.Siti Safuraa Hamzah, 32, bersyukur, anak perempuannya, Dhuhaa Sophea Stumbrys yang kini berusia 9 bulan, sihat walafiat, malah mula menjadi menjadi perhatian di alam siber.

Menurut Siti Safuraa, anak tunggalnya itu hasil perkahwinan bersama jejaka Eropah iaitu Asadullah Stumbrys,33.

“Saya tidak pernah merancang atau berminat nak kahwin dengan ‘mat salih’. Alhamdulillah jodoh saya dengan suami dan dikurniakan anak comel,” katanya yang juga bekas model.

Siti Safuraa yang berasal dari Besut, Terengganu berkata, dia mula memuat naik gambar anaknya di laman sosial sejak Oktober tahun lalu.

“Orang tak kenal pun ‘share'(kongsi) gambar anak saya. Kebanyakan pengikut saya di FB dan Instagram adalah orang Malaysia,” katanya yang sudah dua tahun menetap di Sweden.

Menurutnya, selepas tular di FB ramai yang memintanya memuat naik video dan gambar Dhuhaa setiap hari.

“Ada yang mesej saya di akaun FB minta video dan gambar. Jika saya tidak muat naik dalam tempoh dua hari, pasti ada yang risau dan bertanya keadaan Dhuhaa.

“Syukur kerana saya menerima komen positif dan tidak dikecam,” katanya.

Amacam? Comel kan?

Posted on

Wow!! Gaya Ranggi TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN Dalam Jean Biru & Kemeja Putih, Perghh!! Sungguh Class!

Semenjak melangsungkan perkahwinan pada 31 Ogos 2016 lalu dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, rakyat jelata berpeluang melihat Tengku Permaisuri Norashikin mengiringi baginda dalam pelbagai majlis.

Nona sendiri kerap mengikuti perkembangan bekas pembaca berita RTM itu yang sememangnya cukup jelita, bersopan santun dan manis dipandang.

Terkini, kemunculan Tengku Permaisuri Norashikin bersama Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena lawatan diraja menaiki LRT, MRT dan Monorail mencuri perhatian netizen. Lawatan yang berlangsung bermula pagi tadi turut menyaksikan keperibadian sultan berjiwa rakyat itu yang cukup sederhana dan merendah diri.

Kebahagiaan dan kemesraan baginda berdua cukup menjadi inspirasi rakyat sepanjang menyempurnakan lawatan sehari ini. Paling manis di mata Nona, tentulah melihat gaya ranggi Tengku Permaisuri Norashikin yang sedondon suami tercinta.

Meskipun sekadar bersolek tipis, namun pesona wanita bertubuh langsing itu sungguh mengasyikkan. Sekadar tekaan, gandingan kemeja putih Ralph Lauren dengan seluar jean biru, tali pinggang kulit Hermes dan tas tangan Longchamp yang sederhana tetap saja glamor di tubuhnya. Sneakers putih pula menyempurnakan penampilan.

Kredit : Nona

Posted on

Bayi Lahir Dalam Sampul, Nenek Cakap Dia Akan Jadi Sejahat-Jahatnya. Ibu Kongsi Pengalaman Lahirkan Anak Tak Pecah Ketuban.

Siapa disini pernah lahirkan baby encaulbirth..saya ada seorang anak sulong saya sekarang sudah 5tahun.
Menurut Kajian dokter Amerika – 1 dalam 80ribu akan jadi (x tau betol ke x) .. Dalam keluarga ibu saya anak sulong keluar macam ni..

Bukan gambar Sebenar Contoh Sahaja:

Memang susah nak teran sebab keluar dalam sampul n air ketuban x pecah.. memang lambat proses nak keluar tu..selalunya baby mcm ni akan diCaesar Tapi Alhamdulillah saya normal..

Contoh kalau diCaesar:

Doc dah cuba pecahkan air ketuban tapi xboleh sampai 6 org dokter gilir gilir pecah kan sampai pakar sendiri turun.. tetap x pecah .dorg amik keputusan untuk biarkan secara natural..tapi memang lambat x de masalah sebab tu doc x nak czer..doc pon cakap first time dalam hidup dia sambut baby mcm ni ..selalu org simpan tali pusat je kan buat kenangan..suami saya ambil sarung dia ni simpan buat kenangan jgak ..masih simpan dalam album sampai sekarang ni

Selalu akan dengar org tua akan cakap jika anak keluar dalam sampul dia ..nanti besar dia akan jadi org jahat sejahatnya.. Ya anak akan jadi jahat jika si ibu asyik berdoa dan pikir benda tu.. Jadi kita sebagai ibu doakan yang terbaik untuk anak anak kita setiap hari…jadi org jahat yang kat luar tu semua beranak sampul la ye..

Jadi sebagai ibu jangan terlalu dengar semua yg org ckp..kita sebagai ibu setiap percakapan kita adalah doa…apa salahnya kita doa anak jadi org berguna.. pemimpin,berjaya dunia akhirat..jangan la kita doa nanti besar jadi org jahat sejahatnya .. Alhamdulillah berkat doa mummy n daddy anak saya pandai dari segi ilmu pembelajaran dan ilmu agama walaupun agak hyperaktiv…selalu cakap kat suami…anak dara ni dah ramai yang booking nak jadi menantu…kawan lain lain negara…parah parah..ada kawan kawan sendiri pon cakap macam tu…

Gambar baby tu amik goggle..doc x sempat ambik gambar sebab nak cepat antar anak ke nicu sebab tali pusat terbelit 4x

Sumber: Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM)

Kredit: FB Tieyra Chee 

Posted on

Sayu!! Bayi Ini Meninggal Selepas Majlis Aqiqah Dijalankan.. Remuk Hati Ibu Arwah Bayi Ini Bila Dapat Tahu Punca Adalah…

SEPASANG suami isteri mengalami pengalaman cukup perit apabila bayi mereka yang berusia sebulan meninggal dunia kesan daripada menghidu asap rokok tetamu yang hadir ke majlis aqiqahnya.

Menceritakan kisah pilu itu, Fitria Indah Lestari atau Indah menerusi Facebook berkata pada 17 Julai 2017 dia sekeluarga mengadakan majlis cukur jambul dan aqiqah untuk anak lelakinya Muhammad Hafizh Syawal.

Bayi Ini Meninggal Selepas Majlis Aqiqah Dijalankan.. Remuk Hati Ibu Arwah Bayi Ini Bila Dapat Tahu Punca Adalah..

Menurutnya majlis diadakan di rumah mentuanya kerana ruang lebih luas dan pada malam kejadian, dia membawa bayinya ke ruang tamu kerana ramai yang ingin melihat anaknya itu.

“Aku terlalu sibuk dengan tetamu sampai aku tak menyedari kalau ada orang yang sedang merokok.“Awalnya Hafizh baik-baik sahaja namun selepas dua hari majlis berlalu, Hafizh mengalami batuk-batuk dan sesak nafas.

“Aku memberitahu suamiku tentang keadaan Hafizh, akhirnya aku diberikan ubat batuk. Memandangkan Hafizh masih terlalu kecil, aku yang minum ubatnya (sebelum dia disusukan),” tulisnya.

Malangnya keadaan Hafizh masih tidak sembuh sehingga Indah dan suami terpaksa membawa anak mereka berjumpa jururawat namun tiada ubat diberi kerana bayinya masih kecil.

 

Akhirnya, Hafizh dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan dan barulah doktor mengesahkan Hafizh menghidap pneumonia atau paru-paru berair.

Indah dan suaminya tidak henti berdoa agar Hafizh sembuh dengan segera namun keadaannya semakin teruk dan dipindahkan ke wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik.

Doktor kemudian memberitahu mereka bahawa pneumonia dialami Hafiz adalah kritikal.“Sepatutnya paru-paru Hafizh semuanya berwarna hitam tetapi paru-parunya hampir putih kesemuanya.

Sebahagiannya hitam, saya perlukan tandatangan kedua-dua ibubapa sekiranya berlaku perkara tak diingini,’’ ujar doktor.Dengan berat hati, Indah dan suami menandatangani surat tersebut sambil terus berharap ada keajaiban berlaku.

Namun pada 30 Julai 2017, degupan jantung Hafizh semakin lemah dan Indah dan suaminya pasrah dengan ketentuan Ila

 

.

Indah mengenang saat-saat terakhir melihat bayinya, Hafizh yang disifatkannya masih mampu tersenyum meskipun nafas tersekat-sekat.Baca luahan perasaan Indah yang menyentuh hati:

Kulihat Hafizh menatapku dalam-dalam, seperti petanda kalau dia akan meninggalkan aku pergi selamanya. Aku pun tersenyum membalas tatapannya.Bunda sayaaanggg sangat dengan Hafizh. Kucium keningnya dan tak lama Hafizh pun ‘tiada’. Innalillahi wa inna ilaihi roji’un.Semua menjadi sangat gelap. Duniaku telah pergi untuk selamanya. Tangisku dan tangis suamiku meledak. Ya Allah, jika ini yang terbaik. Lindungilah Hafizh, berikanlah dia tempat yang indah di surga-Mu. Berikanlah ketabahan dan kekuatan untuk kami yang ditinggalkan. Amin.emoga perokok di luar sana sedar akan kesan dan akibat perbuatan mereka kepada anak kecil yang belum cukup kuat untuk melawan penyakit.

Peringatan penting buat ibu bapa pula, jauhi anak anda dari perokok, biarlah apa pandangan orang lain, asalkan kesihatan dan nyawa anak dapat diselamatkan, itu lebih utama.

sumber KLICK.MY

Posted on

“Amboi-amboi! Sayangnya sampai gitu sekali. Setiap pagi & malam ketuk pintu bilik Aafiya. Arif akan menjenguk Aafiyah di…

Apabila pasangan ibu bapa merupakan seorang artis dan selebriti, sudah tentu anak-anak mereka juga akan terkena tempias daripada populariti tersebut, lebih-lebih lagi menerusi laman media sosial yang sentiasa ‘adore’ dengan keletah dan kelucuan mereka.

Tidak kurang bagi cucu kepada penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Arif Jiwa Asyraf yang sentiasa menjadi perhatian orang ramai kerana kecomelan sehingga dipanggil ‘pipi pau’ oleh ibunya, Tya Arifin dan bapanya, Asyraf Khalid.

“Amboi.. Setiap pagi & malam ketuk pintu bilik Aafiyah…Arif akan menjenguk Aafiyah di awal pagi”.

“Amboi.. Setiap pagi & malam ketuk pintu bilik Aafiyah…Arif akan menjenguk Aafiyah di awal pagi”.

“Amboi.. Setiap pagi & malam ketuk pintu bilik Aafiyah…Arif akan menjenguk Aafiyah di awal pagi”.

Apa yang menarik perhatian, Arif dan ibu bapanya tinggal sebumbung bersama ibu saudaranya iaitu Siti Aafiyah, anak kepada Siti Nurhaliza dan suami. Jadi sudah tentu rumah tersebut meriah dengan kehadiran kanak-kanak comel berkenaan.

“Amboi.. Setiap pagi & malam ketuk pintu bilik Aafiyah…Arif akan menjenguk Aafiyah di awal pagi”.

Maka sejak kelahiran Aafiyah, Arif telah mendapat teman baru sehingga memanggil ibu saudaranya sebagai Aunty Princess. Aktiviti seharian mereka berdua yang dirakam dan dimuat naik ke laman media sosial oleh keluarga membuatkan ramai netizen berasa lucu dengan tingkah laku mereka.

“Amboi.. Setiap pagi & malam ketuk pintu bilik Aafiyah…Arif akan menjenguk Aafiyah di awal pagi”.

Pada waktu malam sebelum masuk ke ruang kamar tidur, Arif akan mengajak ibu atau bapanya untuk melawat Aafiyah terlebih dahulu sebelum lena bersama orang tuanya.

Begitu juga setelah bangun dari tidur, Arif akan menjenguk Aafiyah di awal pagi walaupun si comel pipi merah itu sedang nyenyak tidur.

Sumber : Youtube

Comel betul mereka berdua ni kan? Tak sabar nak tengok keakraban kanak-kanak comel ini bila besar nanti. ‘Confirm’ sama cantik sama kacak!

Posted on

Terlalu Sedih!! Permintaan Terakhir Banduan Sebelum Dihukum Mati Ini Buat Ramai Polis Menangis

Seorang banduan akhir’, iaitu yang menantikan hukuman mati meminta sebatang pen dan sekeping kertas sebagai ‘permintaan terakhir’nya. Selepas menulis selama beberapa minit, banduan tersebut meminta pegawai penjara untuk menyerahkan surat yang ditulis itu kepada ibu kandungnya.

Surat itu berbunyi…

IBU…,

Sekiranya terdapat LEBIH keadilan di dunia ini, kita berdualah yang seharusnya dihukum bunuh, dan bukan hanya saya seorang. Ibu juga bersalah ke atas liku kehidupan yang saya jalani.

INGATKAH IBU ketika saya mencuri basikal milik seorang budak lelaki yang sebaya saya? Ibu yang membantu saya menyorokkan basikal itu dari pengetahuan ayah.

INGATKAH IBU ketika saya mencuri wang dari dompet jiran kita? Ibu juga yang pergi bersama saya ke sebuah pasaraya untuk membelanjakannya.

INGATKAH IBU ketika saya bertengkar dengan ayah dan kemudian ayah pergi meninggalkan kita? Ayah sekadar mahu memperbetulkan diri saya kerana perbuatan saya mencuri keputusan akhir sebuah pertandingan yang menyebabkan saya dibuang sekolah.

IBU…

KETIKA ITU saya hanyalah seorang kanak-kanak, yang tidak lama selepas itu saya menjadi seorang remaja yang bermasalah. Dan sekarang, saya hanyalah seorang lelaki yang rosak.

KETIKA ITU saya hanyalah seorang kanak-kanak yang memerlukan pembetulan, bukannya keizinan (untuk berbuat kerosakan).

TETAPI, SAYA TETAP MEMAAFKAN IBU….

Saya mohon agar surat ini sampai kepada seberapa banyak ibubapa di dunia ini, agar mereka tahu yang menjadikan seorang anak itu baik atau jahat adalah… PENDIDIKAN IBUNYA!!!.

Terima kasih ibu kerana MEMBERIKAN ‘nyawa’ kepada saya dan juga menyebabkan saya KEHILANGANNYA.

Dari anakmu,
(Seorang Banduan Hukuman Mati)
***********************************************

PELAJARAN BUAT IBUBAPA

Perkara paling sukar dalam usaha memperbetulkan masyarakat sekarang ini ialah untuk membuatkan seorang ibu SEDAR akan kesilapan diri mendidik anaknya. Lebih sukar lagi untuk menerima teguran tentang tabiat buruk yang telah berlaku pada anaknya sekalipun bukti terang nyata di depan mata.

Tiada guna adanya ayah yang tegas dan bijaksana sebagai ketua keluarga jika si ibu tidak telus dan tulus merujuk dan berkongsi maklumat mengenai perkembangan anak-anaknya. Apabila sedar, keadaan sudah terlambat…. “Rebung sudah menjadi buluh”.

Lebih sulit lagi jika si Ayah juga jenis yang tidak ambil kisah. Hal ehwal keluarga dan urusan anak-anak diserahkan kepada isteri semata-mata. Urusan mencari rezeki dan persekolahan anak semuanya si ibu uruskan. Apabila anak bermasalah, mencuri, merempit, merogol, hisap dadah bahkan dilokap polis pun minta isteri juga yang uruskan.

Ramai sekali suami yang hanya tahu meniduri isteri sahaja. Lebih berat lagi jenis yang hari-hari minta duit isteri dan asyik keluar bersama rakan-rakan sampai ke tua. Ada pula yang kaki joli, ketagihan dadah, arak dan judi. Ada pula yang hanya mahu mencukupkan quota poligami sahaja. Kemudian dikuda pula semua isteri yang ada untuk turut ‘membaiayai’ dirinya. Hidup tidak ubah seperti ‘jantan sewaan’ sahaja.

Ada ibu yang berjaya melepasi ujian ini. Ada pula yang terpaksa membiarkan bukan sahaja anak, malah diri sendiri untuk ikut mencuri. Mungkin dia ‘terpaksa’ kerana itu sahaja punca nafkah buat mereka.

Apapun, perlu diingat bahawa tugas utama ibu adalah mendidik anak. Jika berjaya ibu melangkah ke syurga, maka jejak yang sama jugalah bakal diikuti oleh anaknya. JEJAK KAKI IBU itulah yang menjadi hakikat di sebalik ungkapan, “syurga itu di telapak kaki ibu”. Kisah Siti Hajar dan Ismail a.s. adalah antara contohnya.

Jika ibu sampai bersikap degil dan mungkar, maka jejak yang sama jugalah bakal ditiru oleh anak-anaknya. Kisah isteri dan anak-anak Nabi Noh a.s. adalah rujukannya.

Semuga kisah pendek ini ada motivasinya buat ibubapa di pagi Jumaat yang mulia ini.

KREDIT WARGA PRIHATIN.

Posted on

Sungguh Sadis!! Padah Tumpangkan Tetamu, Anak Perempuan Dijadikan Pelempias Nafsu!!

Menerusi pendedahan Baitus Solehah di Facebook, rahsia seorang remaja berusia 13 tahun akhirnya terbongkar apabila ibu bapa menyedari perubahan bentuk fizikal yang dialaminya. Setelah disoal siasat, si anak mengaku hamil 6 bukan hasil hubungan seks dengan seorang lelaki berusia 37 tahun yang ditumpangkan di rumahnya.

Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan supaya lebih berjaga-jaga dan mengelakkan lelaki asing bermalam di rumah walaupun saudara mara. Terseksa jiwa raga apabila orang yang kita tumpangkan khianat!

Mula hubungan seks dari 12 tahun

Elakkan lelaki asing menumpang

Sumber : ohbulan

Posted on

Ramai Netizen Marah Bila Mengetahui Punca Sebenar Bapa Sengaja Hentak Bayi 4 Bulan Ke Lantai, Dipenjara 10 Tahun!!

Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana menghentak bayinya yang berusia empat bulan ke lantai sehingga mengalami pendarahan otak dan koma.

Hakim Zaman Mohd Noor menjatuhkan hukuman itu terhadap gelandangan, Mohd Amri Ismail, 29, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama perbicaraan kes. Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh ditangkap pada 5 November 2017.

Sebelum hukuman dijatuhkan, Zaman berkata, mesej yang jelas perlu disampaikan kepada masyarakat agar penderaan kanak-kanak tidak menjadi kes yang berterusan.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Amri didakwa cuba membunuh mangsa yang ketika itu berusia empat bulan sehingga menyebabkan pendarahan dalam otak akibat dihentak ke lantai di bilik sewa di Lorong Haji Taib, Chow Kit pada jam 7.30 malam, 4 November 2017.

Mengikut fakta kes, Mohd Amri menjaga anaknya ketika ketiadaan ibu angkat bayi itu dan sejurus selepas ibu angkatnya pulang ke rumah, Mohd Amri meminta wanita itu membawa mangsa ke hospital.

Hasil siasatan mendapati, bapa angkat mangsa mendakwa melihat Mohd Amri mencampak mangsa lalu cuba menghalang perbuatan lelaki itu, tetapi tidak dihiraukan.

Doktor yang memeriksa mangsa dimaklumkan bahawa bayi itu terjatuh. Pemeriksaan mendapati berlaku pendarahan pada otak bayi yang ketika itu berada dalam keadaan koma.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum selama 10 tahun dan boleh dikenakan denda dan jika perbuatan itu menyebabkan cedera kepada seseorang, hendaklah dipenjara boleh sampai 20 tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amirah Sariaty Zainal, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh yang kelihatan bersahaja merayu mahkamah memberikan hukuman ringan kepadanya dari tarikh dia ditangkap.

Ketika disoal oleh Zaman, adakah tertuduh sedar dengan perbuatannya itu boleh menyebabkan mangsa meninggal dunia, dia menjawab “Saya sedar. Saya menyesal buat anak saya begitu”, katanya.

Amirah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang sewajarnya terhadap tertuduh dengan mengambil kira keadaan mangsa yang tidak sedarkan diri ketika dibawa ke hospital.

“Jika bayi itu terlambat dikejarkan ke hospital, ia boleh menyebabkan kematian. Ini adalah kesalahan serius dan sepatutnya sebagai bapa, tertuduh perlu menjaga anak kandungnya dengan baik. Ketika ini terlalu banyak kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak berlaku.

“Di harap hukuman terhadap tertuduh dapat memberikan mesej kepada masyarakat supaya tidak bersikap sambil lewa terhadap anak-anak,” katanya.

Sumber: The Reporter

Posted on

[18++] Ramai Orang Terkedu Dengan Jawapan Doktor Ini Mengenai Hukum Menjilat Kemaluan Isteri…

Menjilat kemaluan isteri adalah perkara yang jarang dibincangkan secara terbuka kerana masyarakat kita sangat sensitif dan pemalu. Jika dibuat kajian 98 peratus pasangan suami isteri melakukan “oral sex” ini. Jika ini membahagiakan pasangan suami isteri dalam menikmati perhubungan seks. Sila baca posting ini. Apakah hukumnya menjilat kemaluan isteri anda?

Allah SWT menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya’ dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks’ tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.

Jawapan Doktor Ini Pasal Hukum Menjilat Kemaluan Isteri Yang Pasti Mengejutkan!!

Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks’, adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan. Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-

Yang mengharuskan

Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua ceceair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.

Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex’ atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks’ tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.

Pandangan ‘harus’ atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri ‘Abdul Ra’ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.

Perbincangan ringkas

Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.

Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang ceceair dikeluarkan semasa aktivti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.

Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci. Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis.

Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.

Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.

Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.Oral seks” juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.

Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-uhdang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta’zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah. Ulama Yang Mengharamkan

Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut:-

Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al’Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,
“Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan.

Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.”

Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.

Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex’ dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.

Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-

Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak.

Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu ‘alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim – dan keadaannya seperti ini – merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan”

Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.

Tindakan men’generalize’ semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks’?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak.

Kesimpulan

Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-

1. Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perkara khilaf.

2. Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.

3. Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia).

4. Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah’ kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.

5. Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penajara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, “Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua”.

Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.

Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membahayakan diri dan masyarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Layanlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak.

Sumber : mediahijrah

Posted on

Sungguh Sayu!! Ramai Yang Terkejut Punca Sebenar Bayi Berusia 10 Hari Ini Meninggal, Kesilapan Ini Berpunca Dari Neneknya Yang…

Kecuaian seorang warga emas telah menyebabkan bayi yang baru lahir meninggal dunia selepas disuap dengan bubur pisang.

Menurut Lia Imelda Siregar, kejadian itu berlaku pada November tahun lalu di Kuala Simpang, Indonesia.

“Ini semua pengajaran buat kita semua. Dulu mungkin bayi baru lahir boleh diberi makan bubur pisang kerana pisangnya masih bersih dan bebas dari racun serangga,” tulisnya di Facebook.

Difahamkan, bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan itu baru saja berusia 9 hari, tetapi telah disuap dengan bubur pisang oleh neneknya meskipun telah dilarang berbuat demikian.

Akibatnya, berlaku pendarahan dari hidung, mulut dan duburnya menyebabkan keluarga itu panik, lalu menghantar mangsa ke hospital.

“Si dedek (bayi) menangis saja. Jadi, saya buatkan bubur pisang untuk dia. Dulu anak-anak saya semua diberi makan bubur ini dan tiada apa-apa masalah yang berlaku.

“Tetapi bila diberi pada cucu, darah keluar dari hidung, mulut dan duburnya. Saya menyesal. Bidan pun dah melarang sebelum ini tetapi saya degil.

“Sewaktu dilahirkan, beratnya 1.8 kg. Selepas 10 hari, beratnya turun ke 1.3 kg,” katanya sambil menangis dan mengatakan bahawa itu adalah cucu pertamanya.

Sejam selepas dibawa ke hospital, bayi berkenaan disahkan meninggal dunia.

Lia menasihatkan ibu bapa dan penjaga tidak mengulangi kesilapan warga emas berkenaan dan haruslah diketahui bahawa bayi berusia enam bulan ke bawah tidak digalakkan diberi makan makanan pejal kerana usus mereka masih belum mampu menghadam makanan pejal.

“Jangan beri bayi makan makanan pejal. Kasihan anak kecil ini menderita darah keluar dari hidung, mulut dan duburnya sehingga hilang nyawa akibat kecuaian neneknya sendiri.

“Usus bayi tidak kuat seperti usus orang dewasa. Tolong jangan beri makanan pejal kepada bayi,” tulisnya.