Posted on

Gambar Sambut Kelahiran Putera Kedua, Majlis Cukur Jambul Anak Fouziah Gous & Suami Tarik Perhatian. Comelnya!

Sebentar tadi, telah berlangsungnya majlis cukur jambul bagi putera kedua pasangan Fouziah Gous dan suami. Majlis serba ringkas itu telah disempurnakan oleh Ustaz Fauzi Mustafa bersama Ustaz Azizi serta dimeriahkan oleh ahli keluarga terdekat.

Walaupun ringkas tetapi majlis tampil cukup sempurna. Jom tengok sekitar majlis istimewa si kecil ini!

Memperkenalkan Zaheen Yusuf

Dimeriahkan keluarga terdekat

Semoga Zaheen membesar menjadi anak yang soleh disamping keluarga tercinta. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan Fouziah Gous dan Zhafran!

Sumber: Zhafran Yusof

Posted on

(Video) Anak Rasa Sebak dan Menangis Hingga Naik Ke Pentas Ketika Ibunya Amy Mastura Menyanyi Di Hari Konvokesyen. Jom Tengok!!!

Sebut sahaja Amy Mastura, memang ramai orang kenal artis kecil molek ini dari dulu lagi. Tidak di nafikan, Amy Mastura memang seorang yang lucu, peramah dan sangat sporting.



Wajahnya masih muda dan kelihatan tidak makan dek usia. Namun siapa tahu, di sebalik wajah awek muda Amy Mastura, dia sudah pun punya anak yang besar panjang.

Keluarga Amy Mastura pun di lihat sangat bahagia.




Ramai yang setuju bahawa Amy merupakan ibu yang sangat loving dan rapat dengan anak-anak. Siapa sangka di hari dan majlis konvo anaknya di sekolah, Amy membuat kejutan dengan menyampaikan lagu di atas pentas untuk semua guru dan pelajar yang hadir.

Amy yang menyanyikan lagu itu telah membuatkan anaknya yang turut bersekolah sama dan melalui konvo pada hari itu tidak dapat menahan sebak melihat ibunya bersungguh-sungguh menyanyikan lagu yang menyentuh hati.

Anaknya di lihat naik ke atas pentas dan memeluk erat ibunya dengan begitu lama. Hadirin yang melihat detik itu tersentuh hati dan memberikan tepukan pada mereka.

“Amy ni memang mak yang sweetlah..boleh je dia datang nyanyi kat konvo anak haha”

“alahai cik amy comel nyer awak..dah mcm kakak dah….”

“amy seriously muda gile mcm adik kakak ngan anak..suara dia still best sama mcm dlu”

“tersentuh hati tgk mak nyanyi atas pentas…… huhu “

Posted on

3 Bulan Anak Menghilang Tanpa Berita. Apabila Berjumpa Ibu Tak Kenal Anak ‘Bertukar’ Jadi Model Korea.

SEORANG pekerja kilang dari Thailand mengejutkan ibunya dengan melakukan transformasi penuh selepas menjalani siri pembedahan plastik dalam program ‘Let Me In Thailand’, sebuah rancangan TV popular di Korea, edisi negara itu.

Noppajit Monlin, 22 tahun, sentiasa ingin mengubah wajah dan penampilannya, kerana rahangnya yang senget menyebabkan dia tidak dapat mengunyah dengan sempurna.

Malu dengan kekurangan dirinya, Monlin sering mengasingkan diri daripada rakan sekerjanya dan selalu makan sendirian pada waktu rehat.

 

-foto Let Me In Thailand

Dalam program bersiri ‘makeover’ musim ketiga yang disiarkan pada Ahad, Monlin dipilih untuk menjalani pembedahan plastik di Korea Selatan.

Dalam usaha mendapatkan wajah yang dikehendaki, lelaki Thai itu menjalani pembedahan rahang, dahi dan kelopak mata.

Program itu juga menyaksikan dia diberikan suntikan botox kelenjar air liur, satu prosedur yang digunakan untuk memperbaiki lelehan yang berlebihan serta rawatan kulit untuk menghilangkan kecacatannya.

 

Selepas semua proses itu selesai, Monlin berjaya menjadi seorang lelaki baharu, dengan fizikalnya sama sekali berbeza dengan dirinya yang lama.

Selesai menjalani proses pemulihan selama tiga bulan, Monlin dijadualkan untuk bertemu ibunya untuk kali pertama di restoran kegemaran mereka.

 

Malangnya, ibunya tidak mengenali Monlin walaupun anak kandungnya itu berada dekat dengan mejanya.

“Saya sangat merinduinya, ini bukan lakonan,” kata ibu Monlin sebelum menangis  di depan kamera menceritakan tentang anaknya.

Ketika Monlin bangun dan berjalan ke arah ibunya, wanita itu mula menagis teresak-esak apabila Monlin memperkenalkan dirinya yang baharu.

“Ibu masih ingat saya? Pandanglah saya,” kata Monlin.

“Kamukah ini? Betulkah ini kamu?,” tanya ibunya.

 

Jika anda melihat gambar sebelum dan selepas pembedahan, anda dapat memahami mengapa ibunya sukar mempercayai apa yang berlaku sehinggalah dia terpaksa mencari parut di tangan Monlin untuk mendapatkan pengesahan.

Dalam temubual program itu, Monlin berkata hidupnya telah berubah sepenuhnya terutama dalam suasana sosial.

“Ramai melihat saya sebagai individu yang berbeza. Saya rasa lebih baik. Sebelum ini, orang lihat wajah saya tak normal dan masyarakat tidak menerima saya, kini saya mempunyai lebih ramai kawan,” katanya.

 

Walaupun kelihatan seperti seorang model Korea yang bergaya, Monlin berkata dia masih orang yang sama dan hatinya masih milik Tob, seorang wanita transgender yang ditemui di Facebook dan menjalinkan hubungan dengannya selama tiga tahun.

“Saya menjaganya, tetapi saya tidak takut dia tinggalkan saya. Kami percayai satu sama lain sejak awal perkenalan,” kata Tob, 26, dalam program itu.

 

Tob berkata Monlin segera meminta nombor telefonnya, lima minit selepas mereka mula berhubung di Facebook. Tiga minggu kemudian, mereka tinggal bersama.

“Dia menjaga saya. Walaupun dia bukan seorang wanita sejati, tetapi dia sebenarnya hampir sama. Wanita ini adalah yang terbaik untuk saya,” kata Monlin.

“Walaupun saya mempunyai kehidupan baru sekarang, hati saya tetap sama,” katanya.

Tags / Kata Kunci:pembedahan plastik , Let Me In Thailand

Posted on

Comelnya!!! Inilah Wajah dan Nama Anak Kedua Fouziah Gous Di IG.

Rasanya semua sudah sedia maklum bahawa pelakon wanita, Fouziah Gous baru sahaja selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada 9 November yang lalu kira-kira jam 8.15 malam dan bayi keduanya ini dilahirkan secara normal dengan berat 3.04 kilogram.

Semalam Fouziah telah memperkenalkan cahaya mata keduanya ini kepada orang ramai menerusi akaun Instagramnya.

A post shared by Zhafou | Zhafoujr (@fouziahgous) on

“السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ
Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Penyayang,

 

Dengan Lafaz *
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ *

 

Saya ingin memperkenalkan our new Bundle of Joy.
*
His name is Zaheen Yusuf bin Md Zhafran. picture ni di ambil sewaktu pertama kali saya mendukung Zaheen di Nursery selepas keluar labour room 😍.. Dengan ini,Saya ingin mengucapkan terima kasih atas segala doa dan ucapan dari kalian semua.. syukur اَلْحَمْدُلِلّهِ saya & Zaheen sihat walafiat.. Berat Zaheen 3.04kg tapi mungkin sekarang ni berat Zaheen dah naik di sebabkan kuat minum susu setiap jam tanpa henti😅.. Mommy nak minta maaf sbb lambat share picture Zaheen sebab sibuk sangat sampai takde masa nak ber ‘caption’ almaklumlah dah ada anak 2.. payah juga nak adapt dgn situasi baru ni.. nak jaga hati abang Zeeshan lagi..Tidak mudah tapi sangat bahagia. Alhamdulilah rezeki Allah yg tiada nilainya di dunia… nanti saya kongsi kan picture Zaheen yg lain.. Some picture i will upload @zhafoujr .. #zhafoujr2 #mzzy,” tulis Fouziah.

Geram MH melihat kecomelan Zaheen Yusuf ni, rata-rata pengikut Fouziah juga turut teruja melihat bayi kecil ini dan mendoakan yang baik-baik buat Zaheen.

sozayman: Mashallah! He is such a bundle of joy!.. will drop by soon!.. kids are unwell so don’t want to pass the bug 😘

noornadiaashari: Subhanallah!! Alhamdulillah… Baby dah pandai pandang mommy… 🌷🌷😘😘😘

lamamma_hululangat: Tahniah @fouziahgous n SuAmi.. Moga zaheen jadi anak yang soleh buat mommy daddy😘😘

putri.iqbal.aufa: Penyejuk hati mummy @fouziahgous hehe….membesar dgn sihat ye…😘

MH doakan agar Zaheen membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh untuk ibu dan bapanya.

Terdahulu, Fouziah telah selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Md Zhafran Md Yusof hanya dengan sekali lafaz pada 21 September 2013.

Fouziah telah menerima mas kahwin sebanyak RM1,112. Manakala wang hantaran RM50,000 daripada suami tercinta.

Pada November 2015, pasangan ini telah menimang cahaya mata lelaki pertama yang diberi nama, Muhammad Zeeshan.

Kini Zeeshan sudah berusia 2 tahun dan sudah bergelar abang kepada adiknya yang baru sahaja dilahirkan, Zaheen Yusof.

Sumber: Instagram Fouziah Gous

Posted on

Sebak Apabila Mengetahui Wanita Tua Gelandangan Berpakaian Kotor Disisihkan Ini Rupa-Rupanya Seorang Bekas Guru Matematik Yang Dihormati Pada Masa Dahulunya..

DAHULUNYA merupakan seorang guru yang begitu dihormati masyarakat, namun wanita itu kini hanya mampu merempat tak berumah bak seorang gelandangan terbiar.

Begitulah realiti yang dihadapi seorang bekas guru di wilayah Kerala, Selatan India apabila beliau telah ditinggalkan oleh suami dan anaknya kira-kira enam tahun lalu.

Menurut seorang kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai Vidya, dia menemui guru berkenaan merempat di stesen kereta api Thampanoor pada 5 November lalu ketika sedang menunggu seorang rakan.

“Ketika di stesen berkenaan, saya terpandang seorang wanita tua berpakaian kotor dan lusuh sedang memegang beg plastik, lantas saya terfikir untuk mengekorinya.

“Wanita tua itu juga dilihat memetik buah-buah dari pokok berhampiran lalu memakannya,” katanya memetik portal berita Timeofindia.

Vidya kemudian bertanya sama ada wanita tua itu lapar, biarpun pertanyaannya tidak dijawab, dia cuba memujuk dengan membelikannya makanan untuk mengajaknya berbual.
Daripada perbualannya, firasatnya kuat merasakan wanita itu seorang yang berpendidikan tinggi dan setelah mengajukan beberapa soalan, dia mendapati wanita itu merupakan seorang bekas guru Matematik.

Vidya kemudian berkongsi kisah menerusi di laman Facebook dan turut menyertakan nama sekolah tempat wanita itu pernah berkhidmat iaitu Sekolah Malapurram.

Dalam masa singkat ramai bekas murid mula mengecam guru mereka yang dipanggilTeacher Valsa dan pernah mengajar mereka subjek Matematik.

Ramai bekas muridnya yang berasa terkesan dengan kesusahan hidup guru mereka sekarang dan ingin membantu namun sebagai manusia bermaruah, Valsa menolak dan berkata dia hanya akan tinggal bersama anak dan suaminya.

Sementara itu, laporan polis dibuat bagi kes pengabaian keluarga dan pihak polis akhirnya berjaya mengesan adik perempuan Valsa, namun kini masih mencari suami dan anak lelakinya.

Meskipun sikap prihatin bekas anak muridnya patut dipuji namun realiti bekas guru yang sudah tua ini tergamak diabaikan keluarganya amat menyayat hati.

Seorang guru amat besar jasanya dalam membentuk peribadi ramai manusia, namun patutkah dia diabaikan tanpa belas dan kasihan sebegini rupa oleh darah dagingnya sendiri.

Jasa guru mesti dikenang kerana tanpa mereka tak mungkin kita pandai membaca dan menjadi manusia berguna.

Namun pada masa sama, jangan sesekali lupa tanggung jawab pada ibu bapa dan pasangan kerana setinggi mana pun pendidikan tiada gunanya kalau tak ada sahsiah diri.

Posted on

Kuasa Allah. Jenazah Ibu Hampir 12 Tahun Di Temui Dalam Keadaan BAIK. Apa Yg Dilakukan Arwah Semasa Hidup Buat Ramai INSAF !!!

Sesungguhnya mati itu pasti dan setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Namun, bagaimanakah kematian kita? Tiada siapa yang tahu. Semuanya bergantung kepada amalan kita di dunia ini sebagai hamba yang Maha Kuasa.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Amina Jasmine telah berkongsi sebuah kisah mengenai ibunya yang sarat dengan pengajaran untuk dijadikan pedoman hidup. Kisah mengenai jasad ibunya yang masih terpelihara dan tidak berbau walaupun sudah dikebumikan 12 tahun lalu. Jom kita ikuti perkongsiannya dibawah.

Alhamdulillah selesai pemindahan kubur mak.

12 tahun mak pergi mengadap Illahi. Jenazah mak elok, masih dlm keadaan kiam. Kain kafan mak tak koyak, bantal dan tali masih ada. Susuk badan mak jelas dipandangan mata kami yang menyaksikan tadi. Cukup sifat dan tak berbau. Allahuakhbar, Maha Suci Allah.

Dia wanita yang lembut. Tak suka mengata org lain, tak suka mencerca orang lain. Mak sangat mudah mengalirkan air mata. Hatinya bak tisu mudah terkoyak. Setiap cerca orang mak balas dengan senyuman dan air mata. Dengan suami mak bersabar.

Dan siapa sangka dalam kepadatan Tanah Perkuburan Bukit Alip, mak dapat dikebumikan sebelah kubur arwah ayah. Maha Suci Allah.
Setelah 12 tahun mak pergi, Allah beri aku ‘sesuatu’, tentang hidup ni, hati ini dan keinsafan ini.

Cari redha Allah.

Siap untuk dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Bukit Alip.

Maha Suci Allah jodoh mak dan ayah, dapat mak dikebumikan di sebelah kubur ayah.

Anak-anak tak pernah jumpa tok mak nya. Sengaja saya bagi mereka tengok. Buat pertama dan terakhir tok mak mereka.

Sewaktu proses gali semula Tanah Kubur Kampung Pendas Laut.

Banyak kubur-kubur telah di gali. Masih dalam proses di Kampung Pendas Laut.

Jenazah mak.

Tali kain kafan mak setelah 12 tahun. Masih elok tak reput berada disisi mayat.

Sumber : Amina Jasmine via Siakapkeli

Posted on

Lahir Dalam Sampul, Dia Akan Jadi Sejahat-Jahatnya. Ibu Kongsi Pengalaman Lahirkan Anak Tak Pecah Ketuban.

Siapa disini pernah lahirkan baby encaulbirth..saya ada seorang anak sulong saya sekarang sudah 5tahun.
Menurut Kajian dokter Amerika – 1 dalam 80ribu akan jadi (x tau betol ke x) .. Dalam keluarga ibu saya anak sulong keluar macam ni..

Bukan gambar Sebenar Contoh Sahaja:

Memang susah nak teran sebab keluar dalam sampul n air ketuban x pecah.. memang lambat proses nak keluar tu..selalunya baby mcm ni akan diCaesar Tapi Alhamdulillah saya normal..

Contoh kalau diCaesar:

Doc dah cuba pecahkan air ketuban tapi xboleh sampai 6 org dokter gilir gilir pecah kan sampai pakar sendiri turun.. tetap x pecah .dorg amik keputusan untuk biarkan secara natural..tapi memang lambat x de masalah sebab tu doc x nak czer..doc pon cakap first time dalam hidup dia sambut baby mcm ni ..selalu org simpan tali pusat je kan buat kenangan..suami saya ambil sarung dia ni simpan buat kenangan jgak ..masih simpan dalam album sampai sekarang ni

Selalu akan dengar org tua akan cakap jika anak keluar dalam sampul dia ..nanti besar dia akan jadi org jahat sejahatnya.. Ya anak akan jadi jahat jika si ibu asyik berdoa dan pikir benda tu.. Jadi kita sebagai ibu doakan yang terbaik untuk anak anak kita setiap hari…jadi org jahat yang kat luar tu semua beranak sampul la ye..

Jadi sebagai ibu jangan terlalu dengar semua yg org ckp..kita sebagai ibu setiap percakapan kita adalah doa…apa salahnya kita doa anak jadi org berguna.. pemimpin,berjaya dunia akhirat..jangan la kita doa nanti besar jadi org jahat sejahatnya .. Alhamdulillah berkat doa mummy n daddy anak saya pandai dari segi ilmu pembelajaran dan ilmu agama walaupun agak hyperaktiv…selalu cakap kat suami…anak dara ni dah ramai yang booking nak jadi menantu…kawan lain lain negara…parah parah..ada kawan kawan sendiri pon cakap macam tu…

Gambar baby tu amik goggle..doc x sempat ambik gambar sebab nak cepat antar anak ke nicu sebab tali pusat terbelit 4x

Sumber: Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM)

Kredit: FB Tieyra Chee 

Posted on

CANTIK PERSIS MODEL, SERING JUGA DISANGKA ‘GIRLFRIEND. WANITA INI RUPANYA…

Cantiknya dia. Patutlah ramai yang salah anggap ingat dia girlfriend anak lelakinya, tak nampak macam ibu beranak tiga pun. Apalah rahsia yang Puan Yasmi ini amalkan. Boleh tiru!

Raut wajah dan gaya Yasmi Abdul Hamid tidak ubah seperti gadis cantik yang baru meniti usia awal 20 tahun. Sudahlah berkulit cerah dan bersusuk tubuh kecil, anak jati Perak ini juga memiliki darah kacukan Pakistan – Jawa. Patutlah cantik, ditambah pula dengan rambutnya yang panjang mengurai. Memang mengancam!

Pertama kali menyapa Yasmi dan mengetahui usia sebenarnya ternyata membuatkan penulis terkedu. Selain menghampiri umur 40 tahun, dia juga merupakan ibu kepada tiga orang anak. Terus terdetik di benak hati, bagaimanalah wanita ini menjaga kesihatan dan kecantikan diri.

“Rahsianya, i dont act like my age! Hati kena selalu ‘muda’,” ungkap Yasmi sambil berseloroh.

“Setiap pagi rutin harian saya takkan lengkap tanpa menikmati khasiat sarang burung. Ia adalah produk premium sarang burung walit dari Gua Gomantong, Sabah hasil R&D Jepun yang dikenali sebagai Bi-Su atau dalam bahasa Jepun, beautiful nest. Selain bagus untuk kesihatan dalaman terutamanya bagi wanita berusia, produk ini juga sebahagian perniagaan yang saya usahakan bersama rakan kongsi dari Jepun. Inshallah, ia bakal dipasarkan di Malaysia tahun depan.

Di samping itu, saya turut mengambil vitamin dan suplemen tambahan. Sebagai wanita lebih-lebih lagi bila sudah bergelar ibu, kena pentingkan kesihatan, selalu senyum dan gembira serta kekal berfikiran positif. Itu motto hidup yang saya pegang selama ini. Baru muka akan tampak glowing,” ceritanya dalam nada ceria.

Merupakan ibu kepada finalis Hero Remaja 2017, Nabil Aqil yang kini berusia 19 tahun, Yasmi mengakui dia mendirikan rumah tangga pada usia yang sangat muda iaitu selepas tamat pengajian sekolah menengah. Tidak pernah menyesal dengan keputusan tersebut, pengusaha bakeri Mama I Love Food (MILF) ini berkata berkahwin muda ada banyak untungnya. Salah satu kebaikan yang diperoleh, apabila dia dapat melihat anak-anak membesar dan menjaga serta mendidik mereka ketika diri masih kuat dan muda.

Menyentuh tentang kesihatan dan kekuatan stamina, Yasmi yang meminati bidang tarian sejak remaja lagi kerap menghadiri kelas tarian setiap kali punya masa terluang. “Saya memang suka keluarkan peluh dengan menari sebab masa zaman remaja dulu saya merupakan bekas penari. Jadi memang sampai sekarang pun saya akan tetap menari sebagai salah satu senaman untuk stay fit. Kadang-kadang sampai ‘heret’ anak-anak untuk menari bersama. Dan mangsanya sudah tentu Nabil dan dialah yang akan jadi my dance partner.”

Bersyukur dengan kurniaan kesihatan dan kecantikan yang ada pada diri, Yasmi yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha percaya hati yang bersih dan bebas hasad dengki menyerlahkan lagi kecantikan sebenar seseorang wanita.

Tatkala ditanya reaksi dirinya apabila ramai yang menganggap dia teman wanita kepada Nabil setiap kali keluar bersama-sama, Yasmi hanya mampu tersenyum lebar. “Bila keluar bersama ramai yang ingat saya kekasih anak-anak saya. It was so funny tapi bagi saya itu satu penghargaan. Terima kasih. Mungkin cara saya besarkan anak-anak agak berbeza daripada ibu-ibu yang mengenakan cara didikan berprotokol.

Secara jujur, saya lebih suka menjadi kawan baik pada anak-anak, bergurau, kongsi masalah dan cara perbualan pun bersahaja termasuk apabila berada bersama anak perempuan bongsu. Apa yang penting, ketiga-tiga mereka tahu menghormati saya sebagai ibu dan i am a proud mother for how they grow,” akhirinya.

Sumber Nona