Posted on

“Agaknya Awak Ni Banyak Sangat Makan Jamu Itu Yang Jadi Denyut-denyut Kemut Sampai Kacau Suami Orang Lain Kan?”

Saya dapat surat layang daripada suami meminuta izin mahu bernikah lagi. Katanya saya tidak pandai melayan batinnya. Anak sudah 7 orang, penat isteri ini lelaki tahu tetapi buat tidak tahu. Kalau sekali beranak, 10 saraf terputus, kalau 7 kali beranak? Berapa sudah putus bang? Ini bukanlah pertama kalinya abnag merungu t kata tidak pernah puas. Sudah kali kedua, cuma terkejut kali ini lain pula isi kandungannya.

Dear suamiku.

Abang minta mahu berkahwin lagi atas alasan yang bagi abang agak munasabahlah kan? Abang kira nafsu abang saja. Ye, memang lelaki nafsu yang jadi raja sebab dia ada satu nafsu saja. Wanita nafsu dia duit. Abang tahu tidak, duit yang abang bagi setiap bulan tidak pernah cukup? Kalau ikut nafsu, memang tidak pernah cukup bang. Saya tengok kawan beli beg LV berharga RM6,000 saya pun teringin, tetapi saya tahan nafsu sebab saya tahu banyak mana saja kemampuan abang itu.

Sekali sekali, saya minta abang belanja baju baru yang kat butik hari itu berharga RM150 pun abang sudah mula buat muka. Saya minta abang belanja Adimanja yang tengah viral itu abang suruh saya beli sendiri. Mahu makan sedap, tetapi tidak mahu keluar duit belanja. Baru RM180 kan? Saya korek juga simpanan baru semalam, saya beli sendiri sebab mahu usahakan juga bagi abang rasa sempurna.

Mahu sedapkan abang. Takpa, saya bertabah saja dan faham. Ini abang kata saya tidak bagi cukup batin pada abang, tidak pandai layan tidak cukupkah kehendak batin abang?

Wahai abang, sedarlah abang. Abang pun tidak cukupkan apa yang nafsu saya mahukan. Kita sama-samalah bertabah sebab sama-sama ada kekurangan. Saya terima kekurangan abang, tetapi abang?
Saya tidak kisah abang mahu berkahwin lagi, sebab hidup kita ini memang untuk merasa bahagia dan gembira. Kalau pun berkahwin dengan perempuan itu buat abang rasa gembira abang teruskanlah, saya tidak kisah.

Tetapi, benda itu tidak akan membuatkan saya gembira, malah merana jadi abang tinggalkan saya supaya supaya saya boleh hidup dengan gembira. Abang mahu ambil anak-anak abang, ambil semua ketujuh-tujuh mereka. Kalau tidak mahu biarlah saya yang menjaga. Kalau mahu bahagipun saya tidak kisah, tetapi kena tanya anak-anak mana pilihan mereka.

Saya ada Ijazah Sarjana dalam Perundangan, tetapi saya berhenti bekerja sebab abang yang suruh saya berhenti untuk menjaga anak-anak yang ramai ini untuk abang. Berapa puluh ribu sudah mak dan ayah saya habiskan duit hantar saya belajar ke luar negara, tetapi saya berkorban juga impian saya untuk menjadi seorang peguam yang terbaik untuk abang, untuk suami yang tercinta.

Tetapi malangnya, abang tidak pernah merasa bahagia. Abang silalah mencari bahagia dan saya teruskan kehidupan saya mencari kebahagian. Saya sedih bila abang mahu kahwin lagi, sebab sayang abang, tetapi sebab impian cinta kita tidak kesampaian.

Untuk si janda anak dua itu, saya tahu awak selalu ada dalam page ini dan baca tulisan saya ini. Saya mahu bertanya, tidakkah awak mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku pada diri awak dulu? Bekas suami awak tinggalkan awak kerana tergila-gilakan wanita lain dan sekarang kamu pula mahu hancurkan hati isteri dan anak-anak orang lain.

Tidakkah awak merasakan cerita-cerita di dalam ini cukup untuk memberikan awak pengajaran supaya masing-masing menjaga hati dan hak masing-masing. Malas saya mahu sambung, nanti awak berkecil hati, bahasa lembut saya, “agaknya awak ni banyak sangat makan Adimanja itu yang jadi denyut-denyut kemut cari jantan lain ke?”

Sumber : KRT via Oh My Media

Posted on

Tiada Jodoh! 5 Artis Malaysia Ini Diceraikan Suami ‘Mat Salleh’

Kisah cinta kebanyakkan artis cantik Tanah Air kadang-kadang tak segemerlap kariernya. Beberapa artis juga harus mengalami patah hati mendalam seperti ditinggal pasangan hingga bercerai dengan suami. Akhirnya mereka pun harus bergelar status janda.

Begitu pula yang dialami oleh artis cantik yang menikah dengan lelaki inggeris di bawah ini. Mereka harus rela kehidupan rumah tangganya berakhir dan kembali menjalani hidup sendiri tanpa pasangan.

Siapa saja mereka? Berikut 5 artis cantik Malaysia yang akhirnya harus bergelar janda setelah bercerai dengan suaminya yang buyang berasal dari negara Inggeris, seperti yang dirangkumkan oleh Hangat.com dari berbagai sumber.

1. Maya Karin

Maya Karin bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Ali Abdullah. Penceraian Maya Karin berlaku genap selepas sepuluh hari mereka mengesahkan perkahwinan mereka. Maya dan Muhammad Ali atau nama sebenarnya Steven David Shorthose berkahwin dalam suasana romantis pada 14 Ogos 2008 di Villa Corte de Lago.

Maya nampaknya lebih popular selepas muncul dalam filem Ombak Rindu. Maya sebagai Izzah dalam filem itu memainkan peranan sebagai gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di Kuala Lumpur untuk dijadikan pelacur.

2. Serina Redzuawan

Dua tahun tinggal berasingan, pelakon Serina  34, akhirnya sah bercerai talak satu dengan warga Britian, Gavin Edward O’luanaigh. Gavin atau nama Islamnya Salahudin Ghaffar dan Serina bernikah pada 1 Januari 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef serta Isabella Saffiya.

Gavin pernah membuat surat terbuka tentang tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

3. Sarimah Ibrahim

Sarimah Ibrahim sah bercerai talak tiga dengan suaminya warga Australia iaitu Amir Andrew John Browning.

Menurut Sarimah, bekas suaminya itu membuat lafaz cerai dengan menyebut ‘I Divorce You’ sebanyak tiga kali di kondominiumnya di Mont Kiara, Kuala Lumpur pada 15 Mei 2009 sekitar jam 9 malam.

Sarimah bernikah untuk kali kedua bersama jejaka pilihannya iaitu Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie pada 2 April 2015.

4. Jeslina Hashim

Jeslina sudah empat tahun hidup solo. Dia sah bercerai talak satu dengan Dion Andrew Vercoe, 40, pada Mac 2013. Jeslina dan Dion telah berkahwin pada 21 April 2005 dan dikurniakan dua orang cahaya mata,  Micah, 8 dan Keira, 6.

Jes pernah memenangi kategori Pelakon Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-15 menerusi filem Seri Dewi Malam.

5. Leina Hangat

Penderitaan Liena Hangat akibat digantung tidak bertali lebih empat tahun lalu berakhir apabila dia dibenarkan buat tuntutan fasakh untuk bercerai dengan suaminya, Muhammad Jamal Deluloy Abdullah.

Liena mendakwa bahawa suaminya bukan sahaja berubah menjadi pemabuk dan menyimpan perempuan lain sejak berpindah ke Singapura pada Mac 2003, tetapi juga turut memukulnya.

Katanya, keadaan tersebut berbeza semasa mereka tinggal di Pelangi Beach Resort, Langkawi selepas bernikah pada 21 Ogos 2002.

Posted on

Isteri Bongkar WhatsApp Suami Bersayang² Dgn Janda, Tiba² Suami Demand Aku ‘Bersama’ Setiap Malam !!!

Ramai yang memuji wanita ini tidak melatah selepas mengetahui suaminya curang dengan seorang janda anak tiga.

Sebaliknya si isteri menggunakan pendekatan yang kreatif dan bertindak mempengaruhi akal fikiran suaminya untuk berfikir panjang apakah tindakannya itu akan membawa kepada ‘keuntungan’ atau kebinasaan yang lebih teruk.

ADMIN, terima kasih sebab post cerita saya ini. Sebenarnya sudah lama saya nak berkongsi cerita ini. Tetapi saya menunggu sehingga hati saya benar-benar tenang kerana tidak mahu menulis dalam keadaan marah dan dendam. Tak baik untuk diri saya sendiri.

Saya dan suami telah berkahwin lebih dari 15 tahun, dikurniakan tiga orang anak yang sudah berusia remaja. Suami kerja berpangkat tinggi, saya pun bekerja hebat.

Alhamdulillah kami cukup segalanya. Dari mula berkahwin, saya isteri yang terlalu memanjakan suami. Saya buat semua kerja-kerja rumah, membayar bil sehinggalah hantar kereta ke pusat servis.

Senang cerita, suami hanya pergi kerja sahaja. Kerja suami sangat sibuk, jadi saya pun tak kisah membantunya kerana saya melakukan semua perkara itu dengan hati yang ikhlas.

Pada saya, suami penat bekerja, apa salahnya saya membantu dia? Suami juga seorang yang baik, tidak kedekut. Gaji kami kongsi semua. Tiada istilah siapa yang bayar loan rumah atau kereta.

Tahun lepas, suami tiba-tiba kantoi WhatsApp bersayang-sayang dengan seorang janda anak tiga. Saya rasa sangat terluka dan kecewa.

Suami memohon ampun dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya lagi. Demi anak-anak, saya menerima suami kembali walaupun hati ini masih sakit sehingga ke hari ini.

Selepas peristiwa kantoi itu, saya meminta suami berterus terang di mana kurang dan silap saya sehingga dia sanggup mengkhianati cinta kami.

Suami beritahu tiada apa yang kurang pada diri saya, malah dia sedar saya banyak berkorban dalam perkahwinan kami sehingga dia sendiri maju dalam kerjayanya.

(Saya pernah support suami sambung study). Dia mengaku dia yang bersalah kerana melayan janda itu.

Kemudian saya berkata kepada suami, “Kalau begitu, saya memang bersalah.” Saya bersalah kerana terlalu memanjakan suami.

melakukan semua tugas dan tanggungjawab suami. Lalu suami ada masa lebih untuk menggatal.

Semenjak peristiwa kantoi itu, saya menjadi isteri yang ‘lemah’. Kalau dulu lampu rumah perlu ditukar, sayalah yang akan memanjat tangga untuk menukar lampu.

Namun sejak peristiwa itu, jam dapur habis bateri pun saya akan minta suami yang tukarkan. Saya tidak lagi berdikari seperti dahulu.

Saya akan buat mengada-ngada sampai kereta kehabisan minyak pun saya tidak akan isi sendiri. Saya hanya buat kerja rumah seperti biasa.

Selepas peristiwa itu juga, saya demand ‘bersama’ dengan suami setiap malam. Alasan saya, kalau dia berniat mahu menambah cawangan, maksudnya dia mampu berlaku adil dari segi batin juga.

Jadi kalau ada dua isteri, kena selang hari. Jadi kena mampu beri setiap hari, kan? Hahaha!

Walaupun saya pun adakalanya penat, namun digagahkan juga menggoda suami setiap malam nak bagi dia ON sampailah dia mengaku, “Ada seorang isteri pun, I cukup-cukup makan je yang!!”

Nahh, baru dia sedar nafsu itu tak selari dengan tanggungjawab dan kekuatan. Bila dia dah sedar diri, barulah saya slow sikit demand. Hehe!

Selama ini saya kongsi semua gaji saya untuk rumahtangga kami. Jadi satu hari, saya ajak suami duduk dan buat kira-kira.

Gaji dia dan tolak semua perbelanjaan rumah kami memang tidak cukup kalau tak dicampur dengan gaji saya.

Soalan terakhir dari saya kepadanya pada masa itu, “So mampukah awak nak menambah cawangan? Bukankah mampu nak tambah cawangan itu tak sepatutnya kerana isteri pertama bekerja dan dapat menanggung dirinya sendiri?”

Sejak dari itu, saya sangat rapat dengan anak-anak. Setiap hari anak-anak baik di asrama atau di rumah, mereka akan call/sms saya dan berkongsi cerita macam-macam.

Pada ayah mereka, jarang sebab suami pun jarang menghubungi anak-anak seperti yang saya lakukan.

Lalu saya pun berkata kepada suami, “Kita hidup semakin tua, bukan semakin muda. Kalau sekarang pun anak-anak tak ingat pada awak.

Tambah pula anak-anak tahu hal kantoi itu, jangan haraplah anak-anak akan melayan awak baik kalau awak masih nak menggatal!”

Semasa suami dilamun cinta, suami call/WhatsApp janda itu setiap hari. Jadi saya tanya soalan simple ini pada suami, “Ada you call/WhatsApp anak-anak setiap hari?”. Suami terus terdiam.

“Orang-orang tua yang duduk di rumah orang-orang tua tu, merintih anak-anak tak dapat lawat atau jaga itu mesti kes semasa muda tak rapat dengan anak-anak, kan?

“Anak-anak ini saham akhirat kita. Awak rasa anak-anak ke ke berdoa untuk awak bila masa hidup awak buat Ummi mereka merana?”

Haha! Saya psiko suami sampai dia berubah 100%. Dia teurs menjadi rapat dengan anak-anak. Dia call/WhatsApp anak hampir setiap hari.

Selain berdoa, solat tahajud, bersedekah, saya bersyukur satu perkara. Saya tak pernah berceritakan tentang hal kantoi itu kepada sesiapa walaupun ibu bapa saya sebab saya berpegang pada satu prinsip,

“Bila kita marah suami dan menceritakan keburukan dia, nanti bila kita suami isteri dah berbaik, orang luar tetap memandang serong pada suami kita.

Jadi jagalah aib suami selagi bergelar suami isteri. Biarlah hanya saya, suami dan Allah saja yang tahu.

Alhamdulillah, walaupun berlakunya hal curang itu, saya berpendapat ada hikmahnya. Suami menjadi lelaki yang lebih bertanggungjawab, lebih penyayang dan lebih soleh. Terima kasih kerana sudi membaca.

Sumber : Kisah Rumah Tangga Via sempoi viral

Posted on

Indahnya Aturan Allah – Jalaluddin Hassan menitipkan kesyukuran kepada Allah di atas anugerah yang tidak terhingga itu.

GENAP seminggu melayari alam rumah tangga, Datuk Jalaluddin Hassan, 63, masih dalam proses mengenali isterinya, Rapidah Abd Ghani, 44. Masih lagi tidak mempercayai kerana berpeluang menikmati sekali lagi momen indah yang pernah dikecapi sebelum ini, Jalaluddin menitipkan kesyukuran kepada Allah di atas anugerah yang tidak terhingga itu.

Menurut pelakon versatil ini, tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaannya itu sehinggakan malam pertama pernikahan mereka, dia tidak mampu melelapkan mata kerana berasa semuanya seperti mimpi. Sepanjang malam dia mengambil kesempatan merenung wajah isterinya yang mesra dipanggil ‘Yang’ itu.

“Saya tengok wajah dia dalam-dalam ketika dia sedang tidur, tak sangka akhirnya dia jadi milik saya. Bila lihat dia, saya teringat wajah arwah isteri saya, Hashimah Mad Ehsan yang telah meninggal dunia setahun lalu. Hampir 15 minit saya dalam keadaan begitu sehingga tersedar yang di depan saya ini adalah insan lain.

“Dulu masa dengan arwah pun saya buat seperti ini juga sentiasa merenung dia ketika tidur. Tapi kali ini saya mesti terima hakikat yang semuanya sudah berlalu, arwah sudah pergi. Saya tidak mahu membeza-bezakan antara kedua-duanya sebab hati perempuan mudah terasa. Jadi sebolehnya sentiasa berusaha untuk membahagiakan dia sehingga ke akhir hayat,” tuturnya.

Tambahnya lagi, setelah kehadiran Rapidah, rumahnya kembali ceria seperti dahulu semula. Penuh dengan gelak tawa dan tidak lagi suram. Malah perjalanan aktiviti sehariannya kembali terurus kerana si isteri mengambil tugas mengejutkannya daripada tidur, menguruskan makan minum dan sentiasa memastikan dia mengambil ubat-ubatan tepat pada masanya.

Wujudkan kumpulan ‘Whatsapp’

Tempoh perkenalan yang singkat di antara dia dan isteri iaitu selama empat bulan sebelum memutuskan untuk berumah tangga bukanlah menjadi halangan untuk kedua-dua keluarga mereka mengenali antara satu sama lain. Baik Jalaluddin mahupun Rapidah keduanya sentiasa berusaha untuk mewujudkan keserasian diantara kesemua anak-anak hasil perkahwinan mereka yang terdahulu.

“Mungkin kerana anak-anak dan keluarga merestui hubungan ini dan tidak mahu saya bersendirian, mereka menerima isteri dengan terbuka. Tetapi sekarang ini anak-anak saya dan anak-anak isteri masih lagi dalam proses mengenali. Mereka ada wujudkan kumpulan ‘Whatsapp’ baru untuk sesi beramah mesra untuk lebih rapat.

“Di awal perkahwinan ini, sebahagian daripada anak saya masih memanggil isteri dengan panggilan ‘aunty’ dan ada juga yang dah mula panggil mama. Biasalah baru-baru lagi jadi semuanya perlukan masa. Tak perlu terburu-buru. Tapi yang pasti, cucu-cucu saya panggil isteri sebagai nenek,” ujarnya yang mempunyai lapan orang anak sementara isterinya pula memiliki empat orang anak.

Sudah tentulah, Tan Sri Hassan Azhari, 89, merupakan antara insan yang paling gembira ketika majlis pernikahannya baru-baru ini. Malah bapanya itu juga sempat mengalirkan air mata dan menciumnya ketika dia sah bergelar suami.

“Ayah amat berharap agar saya kembali ceria. Saya sangat menghormati dia sehinggakan masa hari pernikahan, saya memberi penghormatan kepada ibu tiri, Maimunah Abd Ghani untuk menyarungkan gelang pada tangan isteri. Biarpun ibu tiri namun saya dah anggap dia sama seperti ibu kandung,” ujar Jalaluddin lagi.

Segalanya Teratur

“Semuanya lebih teratur. Bila nak keluar pergi kerja, baju pun dah siap digosok sampaikan saya pergi pasar pun pakai baju yang bergosok.

“Dia menguruskan diri ini sebaik-baiknya sehingga saya terfikir indahnya aturan Allah, DIA ambil orang yang saya cinta dan gantikan dengan orang baru yang saling tak tumpah seperti yang lama.

“Kerana itulah tiada perkataan yang dapat diluahkan apabila soalan ini ditanya oleh orang sekeliling. Yang pasti saya bahagia kerana diberi kesempatan sekali lagi bergelar suami. Saya percaya tiada siapa pun di dunia ini yang ingin melalui hari-hari tua tanpa pasangan dan hidup bersendirian. Ini semua adalah ketentuan takdir,” ujarnya terharu.

Ahad lalu, Jalaluddin sah bergelar suami kepada Rapidah dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras kira-kira jam 10.55 pagi. Dia dinikahkan oleh abang kepada Rapidah yang juga merupakan penggiat teater, Lokman Abd Ghani di hadapan Penolong Pendaftar Nikah dan Imam Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Mohd Faisal Mohd Noor, dengan mas kahwin RM300.

Rapidah yang juga ibu tunggal, turut menerima lima dulang hantaran termasuk sebuah kerusi urut berharga RM20,000 dan dibalas tujuh dulang hantaran. Pasangan mempelai kemudian diraikan pada majlis ringkas di perkarangan masjid yang dihadiri kira-kira 100 tetamu merangkumi ahli keluarga, sahabat handai dan rakan artis antaranya Ashraf Muslim, Arash Mohamad dan Den Wahab.

Posted on

Main Dengan Perkataan Cerai, Suami Jahil Tercerai Isteri Di Malam Pertama, Menyesal Seumur Hidup

Isteri saya yang kerja kat Unit Kecemasan pernah dapat kes isteri diliwat suami sendiri. Rupanya dia bukan dipaksa tapi sengaja nak mencuba. Si isteri tu pulak daripada gaya bercakapnya langsung tak rasa bersalah dengan perbuatannya.

 

Ni la yang terjadi kalau nak kahwin tapi takde ilmu pasal perkahwinan. Nak kahwin bukan main akad je tau. Banyak benda sebenarnya nak kena tahu. Lebih-lebih lagi untuk si lelaki yang bakal nak jadi suami tu.

 

Nak berkahwin ni bukan cuma perlu ilmu psikologi je. Hukum hakam pun nak kena tahu bang.

 

Pernah ada satu kes kat Malaysia ni si suami tercerai isterinya masa malam pertama. Nak tahu kenapa? Sebab dia boleh main perkataan ‘Aku cerai kau. Aku cerai kau ‘ dengan isteri dia.

 

 

Si isteri ni pulak makin kena sakat dengan si suami makin galak dia ketawa. Last-last hati rasa tak sedap. Bila tanya kat tok kadi, terus tok kadi confirm talak dah jatuh dah. Menangis air mata darah pun tak boleh buat apa dah. Dah nampak dah kenapa belajar hukum hakam ni penting kan?

 

Masalah rumahtangga yang paling banyak berlaku adalah si suami tak bagi nafkah. Si suami ni ingat bila isteri dah berkerjaya dan dah ada gaji yang tetap dia sebagai suami dah tak payah nak hulur nafkah dah.

 

Padahal nafkah tu adalah hak mutlak si isteri. Walaupun si isteri seorang CEO Syarikat Perkapalan dan suaminya cuma penjual tempe, nafkah tetap hak mutlak seorang isteri. Kecuali isterinya sendiri yang menghalalkan.

 

Ramai jugak yang salah anggap nafkah ni cuma duit. Padahal nafkah ni termasuk juga ilmu, kebahagiaan dan ketenteraman isteri secara zahir dan batin. Sekali sekala tu ajar la isteri ilmu agama. Kalau tak pandai sangat bukak je Youtube dan dengar ceramah sama-sama. Ada masa free ajak sekali isteri dengar ceramah agama.

 

"Gara-Gara Jahil, Aku Tercerai Isteri Aku Pada Malam Pertama" - Suami Jahil

 

Ilmu agama pun termasuk nafkah batin tau. Bukan jima’ je dikira nafkah batin ye. Ok, masuk bab hubungan suami isteri pulak. Dah tahu nak kahwin esok lusa jangan la segan-segan nak tanya orang tua bab hubungan suami isteri ni. Orang zaman dulu sebelum kahwin lagi dah siap khatam kitab khusus bab hubungan suami isteri tau. Ilmu kehidupan camni penting sebab ilmu ni la kita akan pakai sampai ke tua. Nak malu buat apa. Benda halal kan. Jangan kau pergi tanya kat public sudah lah.

 

Kepada yang nak berkahwin seminggu dua lagi ni sempena cuti sekolah ataupun yang dah lama kahwin, saya nak pesan satu benda je.

 

” Perkahwinan ni bukan ikatan dua jiwa untuk hidup kat dunia je. Ni ikatan yang kau nak bawak sampai ke alam sana dan sampai la ke syurga ”

 

Cuba tenung mata pasangan masing-masing. Cuba tengok betapa cintanya si dia pada diri kita kan.

 

Alangkah bahagia kalau cinta yang ada ni boleh diteruskan sampai kat dalam syurga nanti. Sebab cinta kat sana je nanti yang tak ada penamatnya. Cinta kat dunia akan berpisah tatkala maut menjadi realiti. Tapi cinta yang sejati akan kekal sampai la ke alam sana nanti.

 

Sumber: alamviral.com

Posted on

Sangkakan Gula Getah, Tetapi Bila Tahu Ianya Kondom, Isteri Mengamuk Tikam Suami Hingga Mati.

Seorang wanita berusia 22 tahun mengaku telah membunuh suaminya dengan menikam mangsa beberapa kali sehingga mati.

Dalam kejadian Rabu lalu, Nittaya Saengdeuan, 22, dari Udon Thani, Thailand, didakwa menikam Amnuay Wensila, 62 sehingga mati di kediaman mereka selepas berlaku pergaduhan yang difahamkan berpunca dari kondom yang ditemui dalam poket seluar mangsa.

Saengdeuan percaya, penemuan kondom itu sudah cukup membuktikan bahawa suaminya curang dan dia berasa tertipu.

Pasangan itu kemudian bertengkar dan Saengdeuan mengambil pisau untuk menikam suaminya. Mangsa berlari keluar dari rumah, namun sempat ditikam sebanyak 10 kali dan mati di tempat kejadian.

“Selepas mendapati suami telah mati, saya heret mayatnya dan sembunyikan di dalam tangki septik,” katanya.



Lapor Daily News, Saengdeuan kemudian menghubungi polis dan mereka cerita kononnya dia menemui mayat suaminy di dalam tangki septik itu.

Bagaimanapun setelah disiasat, Saengdeuan akhirnya mengaku bahawa dia telah menikam suaminya sehingga mati kerana cemburu selepas menemui kondom di dalam poket seluar mangsa.

Ekoran kejadian itu, polis telah menahan Saengdeuan dan didakwa kerana membunuh dan menyembunyi mayat mangsa.

Posted on

KUASA ALLAH!! BAGAIMANA DENGAN TAK SENGAJA TUNJUK ISTERI AKU MAKAN LUAR DENGAN JANTAN LAIN..

Salam semua. Semalam terbaca kisah suami yang ada isteri curang tapi sayang nak cerai. Bro, kisah kita sama tapi jalan cerita lain. Kat sini, aku share sikit pasal hidup aku. Bismillah…

Usia perkahwinan aku 10 tahun, aku ada anak sulung umur 6 tahun dan anak kecik 2 tahun. Aku kerja kontraktor, jadi aku selalu outstation. Ada satu hari, aku outstation kat muar. Tapi hati aku tergerak sangat nak balik JB, aku rindu rumah, rindu anak2, rindu nak tengok muka bini aku. Masa tu tak ada smartphone lagi.

Aku sanggup gerak balik JB. Sampai rumah, tahu aku nampak apa? Kun faya kun, Allah nak tunjuk pada aku. Isteri aku dengan jantan lain dalam rumah, anak kecik aku merengek sorang kt luar. Masing2 tengah pakai baju masa aku sampai. Nampak muka aku, lintang pukang jantan tu lari. Isteri aku dah merayu-rayu minta maaf jangan cerai. Aku terdiam. Aku nak mengamuk, aku nak marah. Aku tak ada kekuatan nak lafaz cerai masa tu. Aku tengok muka anak, aku kesian. Kesian anak-anak aku.

Sejak hari tu, aku tak ambil projek luar. aku main dalam JB je, dekat dengan rumah. Aku tak lekat dekat rumah, duduk rumah aku terbayang bini aku dengan jantan tu. Aku tengok muka anak aku, aku kesian. Aku solat pergi masjid, subuh pun aku pergi masjid. Kat rumah aku rasa serba tak kena. Bab jimak, isteri aku selalu kata penat kerja. Aku tidur kat ruang tamu. Aku maafkan isteri aku. Untuk lupakan, susah…

Kemudian, selepas setahun. Aku tak dapat projek besar, kerja kecik2 pun takde. Aku duduk rumah, duit aku cukup tanggung anak bini. Sambil tu aku amik upah pasang paip, upah repair rumah. Alhamdulillah, rezeki sentiasa ada.. isteri aku, dia kata aku duduk rumah macam tanggung biawak hidup. Kenapa? Aku duduk rumah bukan duduk saja. Aku tolong dia urus anak, urus makan. Duit bukan aku tak bagi. Tak apa lah, aku diam.

Tak lama lepas tu, aku dapat projek dengan SAJ. Ada rezeki lebih, isteri aku minta hadiah kereta sempena hari lahir dia. Aku belikan. Anak sulung aku minta motor, aku belikan. Anak kecik aku minta gadget, aku belikan. Kali ni, masa kami on the way balik kampung. Ada sorang perempuan call bini aku maki2, aku kat seat driver boleh dengar suara perempuan tu maki bini aku. Bini aku kacau laki orang? Dalam hati aku sabar. Anak2 kat belakang. Bini aku tak mengaku, dia minta aku backup dia. Aku tak masuk campur. Sampai kampung, aku check handphone bini aku. Alhamdulillah, Allah tunjuk lagi. Bini aku kata, sekarang kat kampung.. nak gaduh tunggu balik JB. Takpe lah.. aku malas nak gaduh. Aku pun dah sampai tahap malas fikir bini aku lagi. Aku fikir anak2 aku. Apa nasib diorang.

Beberapa bulan selepas, aku berkenan dengan sorang anak dara. Perasaan aku jumpa budak ni, sama macam mula2 jumpa bini aku dulu. Tengok muka budak ni tenang hati aku, hilang beban otak fikir masalah. Aku nak ngorat, tapi budak ni jual mahal. Nak tak nak, aku bagitau bini aku.. Aku nak kawin lagi satu. Bini aku mengamuk. Dia tanya perempuan mana, dah berapa lama. Aku gelak. Tak pernah bini aku ‘caring’ macam tu. Sayang rupenye… Aku bawa jumpa dengan budak tu. Budak tu tak percaya aku nak buat dia jadi bini.

Sejak aku nak kawin baru, bini aku kata aku nak balas dendam. Bukan balas dendam, tapi pengajaran. Aku tunjuk gambar budak tu kat mak aku, mak aku pun suka. Bini aku, susah sikit. Macam main tarik tali. Setahun aku main tarik tali dengan bini aku. Akhirnya bini aku suruh nikah siam. Sebab malu dengan orang kampung nanti, tapi dah terlambat.

Bapak mertua aku dah kecoh satu kampung, aku nak kawin lagi. Untuk makluman, bapak mertua aku kawin 4 sebab tu bini aku anti poligami. Mak mertua aku merupakan isteri pertama. Masa berita aku nak kawin lagi satu kecoh, adik beradik ipar aku sibuk serang bakal bini muda aku tu. Kena maki bakal bini muda aku tu. Tapi dia rilek je. Rupanya bini aku selama ni bercerita pasal aku nak kawin lagi kat adik beradik dia. Aku diburukkan dekat keluarga mertua. Tapi, aku tak heran. Aku nak cari bahagia aku. Bini aku mendesak cerai, cerai dan cerai. Atas alasan aku dayus sebab dulu tak ceraikan dia.

Sekali lafaz, aku lepaskan dia masa tu. Perasaan aku lepas tu, macam terlepas beban berat. Lapang dada aku macam bernafas lega panjang. Mungkin sepatutnya kami bercerai dulu. Lepastu, bini aku meroyan. Dia call semua orang termasuk mak bapak bakal bini aku. Dia suruh aku kemas baju aku dan keluar dari rumah dia cepat. Masa aku balik nak pack baju, dia minta maaf menangis. Dia mengaku silap dia, janji nak berubah. Dia sayang rumah tangga kami. Dia tak boleh tanggung hidup sorang, dia masih perlukan aku. Dia minta aku rujuk dengan dia. Aku call mak aku, aku luahkan apa aku rasa. Aku mengaku aku gagal didik isteri aku dengan baik. Tapi aku tak cerita apa salah bini aku. Aku cuma tanya, apa aku perlu buat? Mak aku nasihatkan aku rujuk semula, kesian dengan anak2. Kalau tak sayang bini lagi, kesiankan anak2. Esoknya aku rujuk di mahkamah syariah dan aku pegang janji bini aku untuk berubah tapi aku masih teruskan niat untuk nikah lagi.

Hari raya 2014, kami balik kampung bini aku. Sedara mara dia perli dia “Tu lah kau, dulu bapak kau sibuk kahwin lagi kau sibuk serang mak tiri kau mengalahkan mak kau. Sekarang, padan muka.. laki kau orang amik!” Aku nampak dia nangis dalam bilik. Tapi aku tak pergi pujuk, aku biar dia pujuk diri sendiri. Mak mertua aku nasihat, nikah lagi jangan lupa anak bini yang sedia ada. Apa pun salah anak dia, dia minta aku maafkan.

Aku pun kata, aku tak amik hati pun. Aku dah biasa. Balik raya belah kampung aku, mak aku tak tanya pasal hal aku nak kawin lagi. Mak bapak aku jenis tak masuk campur hal anak asalkan anak2 tau jaga diri. Balik JB, bini aku cerita. Dia sentap balik raya kat kampung dia dgn kampung aku. Kat kampung aku dia lagi sentap dgn mak aku, dia cerita dia tengah borak dengan mak aku.. Mak aku tanya dia macam mana dia dengan bakal bini aku, dia jawab mungkin balasan untuk dia.. Mak aku kata “memang lah balasan, Allah uji kau.. sabar lah.. ” Dia cuma sentap sebab mak aku kata memang balasan utk dia. Pada aku, itu hal kecik. Orang tua biasa memang terlepas cakap, tak perlu kita nak sentap.

Sebab aku tak layan sentap bini aku, dia serang lagi bakal bini aku. Satu family dia serang. Dlm hati aku masa tu, laki mana lagi la boleh tahan dengan bini aku ni kalau bukan aku je? 20 tahun aku hidup dengan dia, aku tahan dengan perangai singa dia. Kalau laki lain, aku rasa makan kaki tangan jugak ni. Aku tengok bakal bini aku tu buat tak layan je bini aku meroyan kat rumah dia. Aku gelak je dalam kereta. Alahai bini, sayang jugak kau ni. Dah habis adegan serang menyerang kat rumah orang, bini aku call pulak bakal bini aku tu. Penat bini aku maki, dia jawab ok je. Habis call, bini aku tanya “Abg nak kawin dengan siapa ni? Budak ni tak ada perasaan ke? Penat saya je..” Aku diam kan je.

Lepas tu, bini aku dengan bakal bini aku baik. Shopping sama, makan sama, tengok wayang sama. Tenang hati aku, rezeki aku pun semakin murah bila diorang berbaik. Alhamdulillah. Tak lama kemudian, aku nikah lagi di songkhla atas permintaan bini pertama. Selamat nikah, aku sewakan bini muda aku rumah dekat je dengan bini pertama. Senang aku nak ulang alik. Dah poligami ni, bini pertama aku dah mula solat, mula tutup aurat. Alhamdulillah. Bahagia kejap je, bini pertama aku meroyan lagi. Halau aku dari balik rumah dia, siap campak baju depan rumah bini muda. Jiran-jiran semua nampak, kebanyakan jiran situ kawan2 aku. Bini muda aku, kutip satu persatu baju aku. Dia pun tak bagi aku balik rumah dia, aku pun tidur kat petronas dalam kereta. Pengalaman pertama, tidur dalam kereta kt petronas…

Tak lama lepastu, bini-bini aku baik semula… macam biasa keluar sama2. Aku tinggal dgn anak kat rumah layan WWE. Bini pertama aku kata tak payah balik rumah dia, sebab adik beradik dia selalu datang bermalam kat rumah. Jadi aku pun tinggal dengan bini muda tapi selalu balik juga sana tengok anak. Bini pertama aku mula berjinak dengan zumba. Dia kata bosan. Dia dapat kawan baru. Bini muda aku jenis duduk rumah, balik kerja duduk rumah. Susah ajak keluar berjalan, kecuali otak dia dah tepu sangat stress kerja dia ajak aku pergi karaoke. Dia minat sukan, tapi aku tak bagi join. Kalau dua bini aku sibuk dunia luar, aku kat rumah boleh tepu jugak.

Ditakdirkan Allah itu maha adil pada hambanya. Allah tunjuk lagi pada aku. Sekarang zaman smartphone, gadget, internet dan sebagainya. Bini aku pun ada fb/wechat/LINE/whatsapp/telegram. Kelebihan pada aku ialah, aku boleh baca otak dia. Password dia utk access semua tu aku boleh tau. Jadi, satu hari aku tak ada kerja kat site. Tangan aku gatal nak godek FB bini aku. Aku buka email dulu, tak jumpa apa-apa. Tapi masa aku nak sign out tu, dia suruh aku click google plus photos tak silap aku. Kat situ la terbongkar segala nya.

Aku jumpa gambar bini aku dengan jantan lain. Aku download satu persatu gambar tu aku simpan kat pendrive, siap print screen sekali kat komputer. Lepas tu aku buka FB dia pulak, aku baca mesej dia dengan 2 orang jantan lain. Yang aku kelakar 2 orang jantan tu kawan baik, kena game dengan bini aku. Gelak sorang aku. Aku tekan bahagian photo kat FB, ada yg sync with phone. Kat sini la kelebihan smartphone, jumpa lagi banyak gambar. Gambar keluar date, gambar screenshot conversation whatsapp/wechat, gambar lucah diorang semua ada. Aku istighfar. Aku download satu persatu jugak.

Anak jantan jangan kata kita kuat sangat, ego tinggi tak menangis bila kena macam ni. Kita ingat satu je, Allah ada. Allah akan balas. Tapi bila duduk sorang, mesti meleleh punya. Aku pejam mata, terbayang muka anak2 aku je. Aku tak nak lepaskan bini aku. So hari tu, aku tunggu bini aku balik kerja. Aku tanya dia pasal jantan2 tu. Dia tak mengaku. Aku kata tak apa, aku ugut bagitau mak dia perangai dia tak elok. Dia kata aku tak ada bukti, kes dulu kes lama. Aku kata, dulu tak ada bukti pasal tak ada smartphone, sekarang zaman berubah. Aku tahu apa dia buat belakang aku. Aku tunjuk gambar lucah dia. Dia terdiam. Aku cakap aku nak post kat fb. Dia takut, dia minta maaf. Dia kata tak ada contact lagi. Aku percaya (sebenarnya tidak).

Esok nya, aku buka lagi email & FB bini aku. Aku jumpa gambar terbaru. Kali ni terus aku cakap kat bini aku, kalau nak teruskan dengan jantan tu. Aku suruh kahwin dengan mereka. Bini aku tak nak. Aku kenal jantan tu, kawan sekolah bini aku. Aku pernah ikut bini aku pergi reunion sekolah lama dia. Dah kantoi macam ni, bini pertama aku meroyan kat bini muda aku lagi. Diorang gaduh lagi. Aku biarkan diorang settle sendiri. Aku pesan kat anak sulung aku, jaga ibu dan adik dia elok-elok. Sebab aku dah tak sebumbung lagi dengan anak-anak. Anak aku paham. Bini pertama aku asyik call supaya aku tak ceraikan, aku kata aku tak akan ceraikan. Aku biarkan masa tentukan mana hala tuju hubungan kami. Allah lebih tahu hati kami.

Bini muda aku, Alhamdulillah dari awal kenal sampai sekarang masuk 2 tahun nikah. Kalau bini pertama aku meroyan, serang, cari gaduh.. dia buat tak tahu. Datang rumah pecah barang pun, dia siap pelawa tidur rumah. Aku biasa tengok diorang bertekak mulut, aku duduk tepi tangga perhati kan je. Buat hiburan… tapi, macam mana buruk pun perangai bini ni.. jauh sudut hati. Suami tetap sayang. Kepada bro yang share masalah bini dia curang tu, aku faham kenapa kau tak cerai kan dia.

Malas semak kepala fikir hal bini ni, baik cari duit senang kan keluarga. Sekarang, aku bahagia dengan bini muda. Bini pertama, aku bagi nafkah duit tiap bulan. Aku dah niat, selangkah dia dalam maksiat tanpa pengetahuan aku. Semoga Allah membalasnya dengan setimpal. Aku cari rezeki untuk keluarga aku. Bini pertama aku sendiri pernah sumpah, kalau dia curang dia sanggup terima azab Allah. Aku pun redha. Bini pertama aku pun tak nak menjanda bila aku tanya pasal cerai.
Semua orang ada kegagalan dalam hidup. Kegagalan aku paling teruk dalam alam rumah tangga. Sangat menguji aku. Tapi bagi pengajaran yang tak semua orang akan faham. Hilang sebuah kasih sayang, hadir sebuah kebahagiaan.

Thanks admin. Maaf panjang cite. Aku tulis pengalaman sepanjang alam perkahwinan aku. Alam perkahwinan, kalau kena uji jangan cepat fikir cerai. Kunci dia sabar dan berserah pada Allah. Tapi kalau dapat pasangan kaki segala kaki, selamatkan diri anda… Assalamualaikum.

Sumber: KRT / blogmazeer

Posted on

TAK SANGKA!! WANITA INI SYAK SUAMINYA ADA SKANDAL, KEMUDIAN DIA TELAH SEDIAKAN HADIAH HARI JADI YANG ‘PALING SPECIAL’ BUAT SUAMINYA..

Sekiranya anda benar-benar mahu memahami apa kata ‘apa yang sedang berlaku di sekeliling’ – maka anda mesti membaca cerita ini.

Kisah ini pernah viral satu ketika dulu dan plot itu sendiri bukanlah yang paling ceria tetapi, mari kita hadapi itu, ianya sangat menghiburkan. Cerita tentang seorang isteri yang mengesyaki si suaminya mempunyai skandal di luar dan bakal membongkarkan perbuatan suaminya itu..

Cara dia melakukannya yang meletakkan senyuman di wajah saya – kerana wanita ini menyedari bahawa balas dendam yang terbaik haruslah disajikan dengan sebaik2nya … dan sebaik-baiknya pada hari lahir suaminya.

Baca cerita ini untuk melihat bagaimana cerita itu berlaku.

Tetapi pastikan anda membacanya sehingga akhir. Saya berjanji kepada anda – ia akan berbaloi!

Gambar hiasan

“Jadi, saya dapat merasakan yang suami saya curang kerana dia menunjukkan banyak tanda. Sentiasa ketawa dan tersenyum ketika menghantar mesej, dengan mengatakan ia hanya ibunya ketika saya bertanya. Perlu stayback lewat setiap malam selepas kerja. Apabila saya tanya rakan sekerja beliau berkata dia sudah balik beberapa jam yang lalu. Apabila saya bertanya kepadanya apa yang sedang berlaku, dia akan ketawa dan mengatakan ia hanya sesuatu lawak yang mereka lakukan pada satu sama lain di pejabat sepanjang masa.

Point terakhir di mana saya tahu sesuatu tak kena adalah apabila dia keluar untuk “membeli susu” pada 11:30malam dan tidak kembali sehingga 2 pagi. Dan ini kata-kata hikmat saya, jika anda dapat merasakan yang pasangan anda menipu, lantik penyiasat persendirian. Mereka betul-betul pakar dengan apa yang mereka lakukan dan mereka boleh mendapatkan beberapa bukti yang akan benar-benar membantu dalam proses perceraian kemudian.

Lanjutan ke hari lahirnya, sudah beberapa bulan. Sekarang saya tahu apa yang anda fikirkan, mengapa saya perlu tunggu beberapa bulan sebelum saya berhadapan dengannya dan adakah ia benar-benar perlu pada ulang tahunnya?

Jawapan kepada soalan pertama adalah saya mahu seberapa banyak bukti yang mungkin untuk diserahkan kepada peguam saya serta membuat pengaturan untuk mencari tempat baru untuk hidup, dan lain-lain.

Jawapan kepada soalan kedua anda sudah tentu ia perlu berlaku pada hari lahirnya . Terutama sekali selepas saya tanya apa yang dia mahu lakukan pada hari ulang tahunnya pada tahun ini, dan dia balik2 menegaskan yang saya tidak perlu buat apa2 dan suruh saya keluar bersukaria dari bandar dengan rakan-rakan saya, kerana dia pun bukannya boleh celebrate sebab kena kerja pada hari itu, dan juga tidak mahu diingatkan bahawa dia makin tua.

Jadi saya tahu ada sesuatu yang akan terjadi, dan selepas menjumpai sebotol champagne dan dua gelas yang tersembunyi di dalam peti saya ada padaku. Jadi saya melakukan apa yang dilakukan oleh seorang isteri penyayang yang normal. Saya pergi ke rumah kawan saya, berpura-pura seolah2 saya keluar bandar. Semasa di sana saya menelefon ibunya, ayah, kakak dan beberapa kawannya. Saya memberitahu mereka bagaimana saya ingin memberinya kejutan besar dengan menyelinap ke biliknya dengan kejutan pesta hari jadi, kazoos dan kek besar dengan lilin. Bunyi menyeronokkan betul ?! Sudah pasti.

Saya meminta semua orang berkumpul di luar apartmen kami pukul 8.30 pagi. Kita semua tumpukan di lif (kira-kira 8 daripada kita secara keseluruhannya); ibunya memegang kek itu dan saya mengingatkan semua orang supaya tenang dan senyap seperti yang mereka boleh. Saya meletakkan kunci saya dan membuka kunci pintu; kita semua menyelinap masuk dan menuju ke dewan menuju bilik tidur. Setiap memegang kazoo dan ibunya memegang kek yang menyeringai dari telinga ke telinga.

Apabila saya membuka pintu, semua menjerit terkejut!

Tetapi kejutan besar adalah pada kami dan ada suami saya, telanjang bulat dengan kekasihnya yang menatap kami dengan mata yang terbeliak. Ibu menjatuhkan kek, kakak menjerit, ayah mula menjerit. Saya berpura-pura seperti saya terkejut, apabila rakannya cuba menolak semua orang sambil menjerit kepadanya. Suami saya, maafkan saya, bekas suami  saya sedang kalut dan cuba merayu dengan saya meminta maaf kekasihnya berusaha memakai seluar dalam dan cuba melarikan diri.

Tidak perlu dikatakan, ia adalah salah satu hadiah ulang tahun terbaik yang pernah saya berikan. “

Sumber : ceritaorangkita

Posted on

Tragedi Ular Masuk Rumah!! Suami Mengamuk Belasah Isteri, Penduduk Sangkakan Pasal Ular Tetapi Jangkaan Mereka Meleset!!!

Hanya kerana berselisih faham mengenai ular masuk ke dalam rumah ditangkap lelaki lain menyebabkan suami tergamak membelasah isterinya di kediaman mereka di Kampung Batu Putih, Karangan, Kulim, Sabtu lalu.

Dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, suspek berusia 30-an tidak berpuas hati selepas mengetahui mangsa, 35, memanggil orang lain untuk menangkap ular yang berada di dalam rumah mereka.

Malah suspek mendakwa mangsa berlaku curang dengannya menyebabkan berlaku pertengkaran, kata Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ahmad Nasir.

Menurutnya, suspek kemudian terus memukul isterinya dengan menarik rambut, menampar serta menendang wanita terbabit.

“Akibat kejadian itu, mangsa lebam di badan dan tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Kob untuk tindakan selanjutnya.

“Bertindak atas laporan itu, kami kemudian mengesan suspek sebelum berjaya menahannya yang direman empat hari bermula Ahad lalu hingga esok,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahmad Nasir berkata, kertas siasatan sudah dilengkapkan dan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pertuduhan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994,” katanya.

Kredit : EBerita

 

Gadis Ketagih Menonton Video Tak Senonoh. Akhirnya Ini Yang Jadi Dalam Hidupnya !!!

 

Aku harap cerita ini jadi peringatan kepada mereka di luar sana. Cerita ini mungkin agak gross dan sesetengah dari anda akan kagta ‘omg gross gila dia ni’ or whatever.

Ye aku tahu. Btw, aku perempuan. Awal 20-an. Dan aku penggemar p#rn. Ye, p#rn. Dosa? Sesungguhnya aku tahu benda ni dosa, malah aku ni kekadang rajin gak carik vid pasal dosa dosa penggemar p#rn dan balasan di akhirat kelak.

Tapi ya, nafsu tak pernah puas.

Sedikit intro, aku terjebak ketika aku belasan tahun. Awal belasan tahun. Bermula dengan terlihat scene scene menghairahkan di movie movie tempatan dan mat salleh.

Zaman tu internet pun takde so aku belum ekstrem ke mencarik di laman sesawang. Family aku pulak sejenis cakap lepas tentang s3ks, kemaluan, dan you know well. So, aku ni dari kecik dah terdedah. Bukan sejenis naif.

Through times, internet muncul dan ya aku lebih ekstrem. Aku cari, cari dan cari. Dan hingga kini, paling lama aku boleh bertahan untuk jauh dari p#rn hanya dua minggu. Ya aku parah.

Dari satu cerita s3ks ke cerita s3ks dan dari satu video ke satu video yang lain. Aku tahu banyak web web hitam. Aku ketagih walau muka aku bukan macam penagih. I found joy. I damage my brain. I just like this. Dan dari luaran, nobody knows. Nobody.

Aku sopan, nampak baik, pelajar pandai, masuk sekolah elit, berjaya masuk uni local yang top dan antara penerima dean list. Tapi aku selalu susah.

Aku ada family yang tunggang langgang. Adik beradik jenis bergaduh setiap masa. Ibu yang bermaksiat. Adik beradik pun sama bermaksiat. Maksud bermaksiat aku ye yang teruk tu. Zina.

Arwah ayah banyak berhutang. Makan tak cukup walau duit banyak. Ya, aku selalu pelik mana pergi duit duit aku.

Elaun bulanan aku selalu habis sebelum waktunya. Padahal aku bukan jenis makeup atau shopping baju setiap bulan. Hujung bulan makan maggi.

Hidup selalu tak gembira. Rasa lonely walaupun kawan berderet. I find this life is hard. Kekadang rasa nak bunuh diri.

Dan setiap kali balik rumah aku jadik malas nak solat. Aku pura pura period. Aku lemah. Aku tak kuat iman. Aku jugak perasan aku selalu terlepas rezeki. Literally terlepas.

Contoh macam ada makan makan free, time tu aku selalu termiss sebab sakit perut ke tak boleh datang ke puasa ke. Dan it happens almost every day.

Ye setiap hari aku terlepas rezeki. Aku jadi sedih. Aku penat. Hidup tak gembira. Kekadang aku ada jugak solat duha tapi ye aku masih tak murah rezeki.

Sekarang aku cuma ada 30 ringgit dalam tangan untuk aku hidup sampai hujung bulan. Ye, ni kesan betapa sempit nya rezeki aku. Harini pun aku hanya makan maggi.

Aku jugak selalu terlepas peluang peluang yang baik dalam hidup. Contoh macam peluang pergi trip free. Peluang jadik wakil sukan.

Peluang masuk pertandingan hebat. Walau peluang tu dekat ya tapi rezeki aku tersekat. Aku terlepas semua ni.

Aku takut. Bila aku solat taubat aku tak mampu menangis. Ni ketakutan terbesar aku. Aku tak mampu menangis menghadap tuhan. Terlalu tebal kah dosa aku dan hitam hati aku mungkin sampai aku tak mampu menangis walaupun dipaksa. Aku cuba jaga solat lima waktu.

Walau aku berjaya, aku rasa aku masih belum cukup. Aku rasa Allah sudah tidak mahu menerima hambanya yang hina ni.

Aku dalam proses untuk berubah walau susah walau payah. Aku janji dengan diri aku walau seteruk pun aku, aku masih mahu jaga kehormatan aku sebagai wanita. Walau aku kekadang masih terlanjur di laman sesawang aku harap dia alam reality aku masih kuat. Dan walau seteruk ini aku, aku masih menaruh hati kepada lelaki lelalki yang baik. Yang alim. Yang sopan. Tapi bila aku nak doa agar jodoh aku dengan lelaki type A ni, aku jadi suram. Aku jadi sedih. Aku tahu aku tak layak. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Dan ya aku ni tak baik. Realitinya.

Doakan aku kawan alam maya. Selitkan aku dalam doa kalian. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Aku penat hidup tanpa berkat. Hidup aku suram. Rezeki aku sempit. Bahagia untuk aku takde. Aku nak berubah. Doakan aku tabah.

Kredit : Dina

Posted on

Pengantin Lelaki ini dgn Gugup Menunggu Pengantin Wanitanya untuk Sesi Bergambar. Namun ketika pengantin itu sampai, dia kelihatan pelik Lalu Ketawa Terbahak-bahak!

Banyak dari kita telah melihat momen-momen penuh kehangatan, saat mempelai pria menangis ketika melihat mempelai wanitanya mengenakan gaun pengantin, untuk pertama kali.

Itulah mengapa, rasanya sangat penasaran untuk melihat pengantin pria ini tertawa terbahak-bahak, ketika melihat apa yang dikenakan oleh istrinya, untuk sesi foto pernikahan mereka.

Sama seperti kebanyakan calon suami, Thomas Gardner merasa gugup sekaligus bersemangat untuk melihat calon istrinya, untuk pertama kali di hari pernikahan mereka.

Dalam sesi foto pernikahan mereka, Tom dan istri barunya, Elizabeth, terlihat sangat saling mencintai.

Tapi dari foto yang kita lihat ini, kita mungkin bertanya-tanya apa yang menyebabkan dia sampai tertawa terbahak-bahak seperti itu.

Pasangan ini, sepertinya, terlarut dalam canda.

Dalam sebuah video yang beredar di Rumble, Tom menantikan istrinya di jembatan kayu, sambil memegang bunga matahari, dia berdiri dengan memunggungi arah kedatangan istrinya, sehingga dia tidak akan bisa melihat istrinya sampai dia siap.

Istrinya telah merencanakan sebuah kejutan, dan sepertinya, Tom tidak menduga sedikitpun “pakaian” yang akan dia kenakan.

Elizabeth memutuskan untuk melakukan sesuatu yang unik pada sesi foto pernikahan mereka untuk mengetahui dan mengabadikan reaksi terkejut yang asli dari suaminya, dan dia berhasil!

Dia mendapat ide untuk kostumnya dari nama tengahnya sendiri, yang dia dapatkan dari Ibunya, Rex.

Jadi, dia muncul pada sesi foto pernikahan dengan mengenakan kostum T-Rex!

Ya, Anda tidak salah, Anda membacanya dengan benar! Silahkan lihat sendiri.

Ini mungkin terlihat agak aneh, namun rupanya hal seperti ini telah terjadi sejak saat pertama kali mereka bertemu: di sebuah bar saat Elizabeth sedang mengenakan kostum Captain America.

Masuk akal rasanya jika kostum telah menjadi tema bersama dalam kehidupan mereka berdua.

Pada sisi mempelai pria, terungkap jelas dari ekspresinya bahwa dia sangat menyukai kejutan yang dia terima.

Dia juga tampak hanya sedikit terkejut mengetahui istrinya melakukan hal seperti itu.

Dia hanya tertawa dan terus mengatakan kepadanya bahwa dia sangat mencintainya. Sangat romantis!

Video yang diposkan kemudian menjadi viral dan hampir ditonton 1,3 juta kali. Silahkan Anda lihat!

Anda bisa melihat keseluruhan kejutan pada video di bawah ini.

Kredit: erabaru.net