Posted on

BAPA SEGALA SYAITON!!! KURUNG ANAK DARA 24 TAHUN, R0G0L SEBANYAK 3000 KALI SAMPAI DAPAT 7 CUCU

Malaysia digemparkan dengan berita seorang remaja diliwat bapanya sebanyak 600 kali. Tapi tahukah anda ada pada tahun 2008 ada kes yang lebih dahsyat pernah mengemparkan dunia jenayah.

Kisah bermula 1983 di Vienna Austria, seorang gadis kecil berusia 15 tahun cuba melarikan diri dari rumah. Keluarganya membuat aduan. 3 minggu kemudian polis menjumpainya semula.

Siapa gadis tersebut? Mengapa dalam usia begitu muda sudah sanggup mengambil langkah yang sebegitu? Elisabeth Fritzl itulah namanya.

Pada usia 11 tahun dia sudah menjadi mangsa penderaan seksual bapanya sendiri Josef Fritzl. Namun dia tidak pernah menceritakan pada sesiapa. Hinggalah pada usianya 15 tahun dia mendapat peluang menyertai latihan sebagai pelayan di A1 autobahn. Dapat belajar dan tidur bersama rakan-rakannya Elisabeth rasakan inilah peluang untuknya untuk lari dan memulakan kehidupan baru.

Tapi sayang cubaannya gagal.

28 Ogos 1984 bapanya meminta bantuannya untuk memasang pintu bilik bawah tanah rumah mereka. Josef kemudiannya menekup mulut anaknya itu dengan kloroform dan mengheretnya ke bilik rahsia yang dibina secara terancang.

Josef Fritzl sebenarnya adalah seorang bekas jurutera. Dia juga seorang yang berpengaruh di kalangan komuniti setempat. Dengan reputasinya dia berjaya mendapatkan permit pihak berkuasa tempatan bagi merenovasi rumahnya.

Tanpa disedari Josef turut memodifikasi sebuah bilik bawah tanah yang kalis bunyi lengkap dengan dapur, peti sejuk, televisyen, VCR dan bilik air. Semuanya ini dibina perlahan lahan sejak tahun 1978 lagi.

Elisabeth dirantai dan dikunci. Dia dipaksa menulis surat yang mengatakan dia telah lari dan menyertai kumpulan ajaran sesat. Josef memandu 100 batu dan mengepos surat itu ke rumahnya sendiri. Sejak itu bermulalah kehidupan neraka kolong bawah tanah Elisabeth.

1989, Elisabeth melahirkan anak yang pertama Kerstin. Bayangkan dalam bilik yang lembab Elisabeth hanya dibekalkan buku panduan bersalin, tuala dan gunting bagi memotong uri.

1990, Stefan anak ke-2 dilahirkan.

1993, Lisa anak ke-3 dilahirkan.

Kerap menangis, kondisinya semakin teruk. Josef mengambil keputusan meletakkannya dalam bakul di depan pintu rumah beserta nota tulisan paksa. Lisa kemudiannya dihantar ke hospital dan di diagnosis mempunyai masalah jantung. Dia kemudiannya di bela di tingkat atas rumahnya.

1994, anak ke-4 Monika dilahirkan.

Monika juga turut dibawa ke tingkat atas. Dengan keadaan anak semakin membesar dan bertambah atas permintaan Elisabeth bilik bawah tanah kemudiannya di perbesarkan lagi. Untuk itu mereka anak beranak mengorek tanah setiap hari.

1996, sepasang kembar Alexander dan Michael dilahirkan.

Michael mengalami masalah pernafasan. Hari kedua dia meninggal dunia. Mayatnya dibakar oleh Yosef sehingga menjadi abu. Alexander turut di besarkan di tingkat atas menggunakan modus operandi lebih kurang sama.

Disember 2003 Felix anak ke-7 dilahirkan.

April 2008, anak pertama iaitu Kerstin jatuh sakit. Usianya 19 tahun ketika itu. Elisabeth merayu agar dia dihantar ke hospital. Josef akhirnya akur. Sampai di hospital doktor yang merawat menjadi pelik dengan keadaan pesakit.

Kebanyakan giginya rosak teruk dan kulitnya terlalu pucat, tiada rekod kesihatan, doktor serta merta membuat laporan polis. Mereka juga membuat pengumuman di televisyen yang mereka memerlukan penjaga Kerstin untuk tampil membantu perubatan Kerstin. Elisabeth yang menonton dari televisyen bilik bawah tanah merayu pada Josef agar dia dibawa ke hospital.

Josef membawa Elisabeth keluar dengan syarat yang ketat. Selesai urusan dengan doktor giliran pihak polis pula menyoal siasat Elisabeth. Mulanya Elisabeth enggan bekerjasama, setelah diugut untuk dipisahkan dengan anaknya, Elisabeth akhirnya membocorkan rahsia. Kes kehilangan Elisabeth 24 tahun dahulu kemudiannya dibuka semula.

Penghujung April 2008, Josef ditangkap, dakwaan dibuat. Dia disabitkan kesalahan dan didapati bersalah mengurung dan merogol anak sendiri sebanyak 3000 kali selama 24 tahun sehingga melahirkan 7 orang anak serta membunuh (Michael).

19 Mac 2009, hukuman penjara seumur hidup dijatuhkan kepada Josef Fritzl.

Pada 2015, sebuah filem bertajuk ‘Room’ telah dihasilkan inspirasi dari kisah ini. – Muhamad Khair

Sumber : mediaohsem.com

Posted on

SERAM!! ANAK BERUSIA 4 TAHUN INI BERBICARA SENDIRI DAN SAAT SI IBU BERTANYA, DIA TERKEJUT DENGAN JAWAPAN ITU,RUPA-RUPANYA ANAKNYA BERBUAL DENGAN…

Lisa O’Brien, ibu dari seorang anak berusia 4 tahun berjalan ke kamar menemui putrinya, Jacie bercakap-cakap sendiri. Melihat tingkah laku anaknya yang aneh, dia bertanya dengan siapa berbicara.

Jacie menjawab, “Ayahku. Saya berbicara dengan Ayah. “Jawaban Jacie benar-benar mengejutkan Lisa, sang ibu. Ini karena ayah Jacie meninggal dalam serangan 11 September, saat World Trade Center runtuh.

Lisa berpikir mungkin putrinya sedang mencoba menghadapi kenyataan itu dan dia berusaha memahaminya dengan lebih baik.

“Dan apa yang terjadi?” Lisa mencoba untuk ingin tahu lebih lanjut.

“Ayah dan Tommy McCale,” jawab Jacie.

Kali ini Lisa terkejut karena itu adalah nama “salah satu anak laki-laki,” yang telah bekerja dengan almarhum suaminya.

Jacie melanjutkan kata-katanya, “Paman Steve, Eddie Shunk …”

Lisa semakin bertambah terkejut karena Jacie belum pernah bertemu dengan rekan kerja ayahnya. Dia tidak tahu satupun dari mereka.

Lisa pergi dan mengambil foto almarhum suaminya dengan teman-temannya dan Jacie mengidentifikasi mereka masing-masing.

“Mereka akan mengatakan bahwa saya ‘mengetuk’ sebuah lelucon,” Jacie mengatakan beberapa tahun kemudian. Dia teringat percakapan itu dengan jelas dan percaya hal itu benar-benar terjadi.

Setelah penjelasan Jacie, Lisa mempercayainya. Dia tercengang, dan sebenarnya cemburu “karena dia bisa melihat mereka dan saya tidak bisa,” kata Lisa.

Posted on

Seram!!! Jam 3 Pagi Aku Video Call Makwe Aku, Tiba-tiba Terdengar Suara Berbisik dan Kelihatan Sesuatu Yang Pelik….

Salam admin , aku ada nk kongsi cerita sikit pengalaman dn kisah hidup aku . . Tolong hide name. Mlas nk type panjang2 . So aku ringkaskan mne yg boleh la , kalau panjang sgt kot jdi novel nti huhu.

BERKENALAN DENGAN SEORANG PEREMPUAN

Mcm ni , aku ada kenal sorng perempuan ni sejak zaman sekolah lagi. time tu aku 16taun lh kot , nk usha pempuan ni sush , 6bulan punya usaha baru dpt bcinta .besday same tarikh beb. Sblm bercinta rajin jgk terserempk kt luar tnpa rancang. . Tpi cinta monyet2 skola ni biasa la , acah je lebih org kata. Tapi ape yg aku nk ckp pempuan tu 1st love aku .

DUGAAN HIDUP BERMULA

So dugaan hidup aku bermula bila dh tangkap cintan sgt dgn perempuan ni . Pempuan ni cntik , mmg ramai laki syok kt die . Mak ayah dia plak over protective, jenis kongkong ank kaw2 punya . Jadi sush lh sbnya aku dgn dia bercinta pde wktu skola dlu .

Dugaan yang pertama , dlm beberapa bulan tu bru aku tahu , yg die ni seorang yg sukar nk hargai org sekeliling , suka curang , cpt terpengaruh dn suka tipu mk bapak sndiri. Tapi satu kelebihan dia, jenis budak pandai dlm akedemik, bertudung sopan , set2 hantran 20k kalau nilai dri luar . So mse bcinta wktu skola tu ad la jgk bertahun . Sampai stu tahap tu aku x tahan die kantoi curang dgn laki lain . Mmg ramai mmber dgn fmly bgi nasihat yg die ni tk baik . Tpi aku ikut kte hati je . Tk peduli org ckp ape . Sampai stu tahap tu aku tak berhubung dgn die dlm setahun lebih , sbb die curang buat kali ke berapa aku tk ingat dah haha , aku tinggalkan die . Mse tu pn aku dh habis spm . Then aku sambung diploma .

Aku pn bawa diri . Kononnya nk cri future lh tnjuk effort yg aku boleh berjaya . Sbb skola dlu aku nakal dak kelas hujung die kelas pertama . Stu nye bila nk tgalkan die ni payah , die akan nangis mate sampai bengkak2 bile kate aku nk putus n tgalkan die , tpi curang puluh kali relek je . Puake betuii.

Tahun 2016 aku dpt tahu yg perempuan ni nak sambung study kt uitm . Haa sudah.. aku dh mula risau. Mmg wktu tu putus , tpi aku ni sush move on, even putus pun aku perhatikan die jgk dlm diam. Bile dpt tahu die nk smbung blaja je , aku terus contact die balik . Pdahal dh tak berhubung stahun lebih . Sbb die ni bdk yg over protective dri parents, kalau dh jauh maybe culture shock confirm .

Aku jadi takut , aku pun usha balik dptkan dia , dgn niat kononnya nak jage die lah tu , tk nk die terlepas dri jdi mcm2 perangai bila dh jauh dri mk ayah.  sbnya mmg ade niat kawin pun simpan dri awal perkenalan wktu skola dlu . So bile nk gtbck leps gap tu sbnya die ade pakwe . Tpi die tgalkan pkwe die tu , die pegi kt aku balik , kah2 . Then masuk je die uitm tu kite org bercinta balik mcm biase . Haa aku punya lh jage die tu .. tpi aku jauh . Dudk kl , die plak dudk jb . Means long distance relay lh kononnya.

Haa dugaan kedua mula di alam university. Dlm mase 5 bulan dh bcinta balik tu . Die kantoi curang lgi , aku dpt tahu die cek in dgn balak lame die tu . Kantoi melalui location email . Berat tu . Bila bincang dgn die smua . Mmg dia ngaku silap tu . Sush jgk lh nk terima kenyataan ni . Tk kn nk putus , 7 thun dh pertahankan . Aku pn buat keputusan sndiri , maafkan silap die dn bagi peluang sekali lgi yg die merayu untk peluang kali terakhir untk aku maafkan n stay lagi .

Lepas kantoi tu lgi kuat aku control die . Sejam skali die kne bagi gmba n update die kt mana . Even die tido pun aku video call kol 3 4 pagi . Ehh mcm panjang sgt je ni kisah aku . Ok aku pendekkn lagi .

Dugaan ketiga . Selepas je beberapa bulan dgn kes tu . Kantoi benda yg sama . Dimana wktu tu aku Video call dgn die , terdgr suara lelaki kol 3 4 pagi dlm bilik n dia berbisik. Agak lucah.Dorang ingt aku tk dgr lh kot mse dorang berbisik tu lucah . N nk cover sampai aku tutp vc bru dorng sambung buat tuttt… wktu vc tu aku nmpk laki tu tgh menyorok beb. Kaw2 tk aku kne ?? . Haha Hmm jadi lgi . Then aku balik jb jgk mlm tu . Bile bincang . Die ngaku silap yg same die buat . Mcm mne die ngaku ? Aku byk saiko dia . Die jem tk dpt jwb . Then die jujur . Jadi berakhir lah kisah 7 tahun bersama . Jage jdoh org . Pade tahun 2017 ni.

Sbnya dh sampai last point ape yg diimpikan bersama selama ni . berkahwin. wktu dh nk berkahwin tu lh dtg masalah lgi. Sedih tu mmg la . 7tahun beb jage. . Bila nk tinggalkan perempuan tu confirm die nangis mcm tk rupe org . Tpi aku tahu tu smua wayang . Bila fikir dn muhasabah diri balik sbb ape aku kne dugaan jmpe perempuan mcm ni . Sbb aku jadikan perempuan tu sebagai priority hidup aku . Bukan keluarga dan ibu bapa . Aku selalu pentingkan dn risau kn pempuan tu lebih berbanding aku risau kn fmly. Jadi aku redha .

Bende ni smua ade hikmah dn kesedaran untk diri aku sndiri .

Sumber : Seorang Lelaki Minta Di hide Nama Via BuletinMedia

Jadi pengajaran aku yg nk di kongsikan . 

0. bila byk kali kne game , lebih baik lepaskan scpt mungkin . Jgn jdi pandai terlalu byk bgi peluang .
0. Ibu bapa main peranan , jgn terlalu kongkong ank pde awal usia remaja.
0. Dengar nasihat ibu bapa , jgn jdikan bf/gf sebagai priority kau . Jdikan ibu bapa keutamaan kite . Kalau tk musnah kbhagian dri sndiri.
0. Jgn terlalu beriya , jodoh tu pasti.
0. Jgn terlalu dekat dgn zina dn maksiat , sekali Allah nk sadarkan semula . Confirm kau tercungap nk handle.Sekian.

Posted on

GEMPAR! PENDUDUK KAMPUNG DIHEBOHKAN DENGAN KEJADIAN PELIK, JENAZAH DALAM KUBUR TIBA-TIBA MUNCUL KE PERMUKAAN TANAH.

Penduduk tempatan digemparkan dengan penemuan satu jenazah yang timbul ke permukaan tanah di sebuah kawasan perkuburan. Kejadian yang berlaku di Kampung Sungai Jawi Luar, Daerah Pontianak Barat itu kemudiannya menjadi buah mulut ramai.

Menurut penduduk kampung berkenaan, jenazah yang masih lengkap dengan kain kapan itu ditemui oleh pemotong rumput di kawasan perkuburan terbabit pada pukul 12 tengah hari, Isnin lalu.

Pemotong rumput tersebut kemudiannya melaporkan perkara berkenaan kepada Ketua Kampung, sebelum memaklumkannya kepada pihak berkuasa tempatan.

Pihak keluarga jenazah malang berkenaan kemudiannya datang ke lokasi kejadian bersama-sama pihak Polis. Penduduk kampung juga turut memenuhi kawasan berkenaan untuk melihat sendiri kejadian yang berlaku.

Menurut Ketua Polis Daerah Pontianak Barat, Kompol Bermawis, jenazah berkenaan disyaki timbul semula akibat dari keadaan kawasan perkuburan tersebut yang dilimpahi air. Keadaan air laut yang pasang juga dikatakan menjadi punca tekanan air meningkat didalam tanah sehingga menyebabkan kejadian berkenaan.

Bagi mengelakkan cerita-cerita yang kurang enak berlegar dikalangan penduduk kampung, pihak Polis kemudiannya mengarahkan jenazah tersebut dikebumikan semula di tempat yang baru.

Jenazah terbabit disahkan sebagai Asna yang berumur 64 tahun dari kampung berkenaan yang telah meninggal dunia akibat dari sakit tua.

Posted on

MEREMANG!!! Abang Jumpa SURAT AKHIR Adik Yang Meninggal 2 Tahun Lepas. Tarikhnya Hari Yang Sama Dia Meninggal!!!

Tak ada satupun manusia yang dapat mengetahui kapan dirinya mati,tapi yang jelas setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Untuk itu sepatutnya kita sebagai hamba yang bertuhan mempersiapkan diri sebelum ajal menjemput kita bila bila masa. Seperti hal yang di alami oleh seorang wanita,yang kisahnya di muat naik oleh abang kandungnya sendiri di dalam media sosial facebook menulis “tidak penting dengan siapa aku sekarang,pada akhirnya engkau akan sendirian.

“Tiga tahun yang lalu adik kesayangan saya meninggal selepas melahirkan seorang bayi perempuan yang comel,beberapa hari lalu saya membongkar almarinya dan menemukan beg yang ternyata memiliki sepujuk surat yang bertajuk Pinjami aku satu hari”

Lebih mengejutkan tarikh surat tersebut sama hari dengan meninggalnya adik saya,mungkin surat itu di tulis belah pagi.

Pinjamkan aku satu hari

“Perlahan,tubuhku diturunkan ke dalam lubang yang sempit.Namun dengan cepat kemudian badanku ditimbun tanah . Lalu semua orang meninggalkanku.

Masih terdengar jelas langkah kaki mereka . Kini aku sendirian,di tempat yang gelap,tak pernah terbayangkan sebelumnya.

Sekarang aku sendiri menunggu ujian dan pertanyaan-pertanyaan.Belahan jiwa pun pergi. Abah,Umi,abang,adik yang ditubuhnya mengalir sedarah denganku pergi,suami ku pun juga pergi apalagi sahabatku.

Kini tak seorang pun yang mahu ikut denganku. Ternyata aku bukan siapa-siapa lagi bagi mereka. Menyesal pun tak guna.

Taubat tak lagi diterima. Minta maaf tak lagi didengar.Kini aku sendirian mempertanggungjawabkan apa yang pernah aku lakukan.

Ya Allah,kalau boleh tolong pinjamkan satu hari saja milik-Mu,Aku akan berkeliling memohon maaf kepada mereka yang telah merasakan kezalimanku.

Yang susah dan sedih kerana ulahku. Yang aku sakiti hatinya,Yang telah aku tipu.Yang telah aku lukai.Ya Allah…berikan aku satu hari sahaja untuk memberi seluruh baktiku untuk abah dan umi tercinta. Demi memohon maaf atas kata-kataku yang kadang tak sopan.Maafkan aku Abah dan Umi. Aku sungguh ingin sujud memohon ridha mereka.

Maafkan aku Suamiku. Maafkan aku,Aku titipkan anak ku yang cantik untuk sebagai pengganti ku. Jaga anak ku,bimbing dan jadikan anak ku menjadi seorang anak yang soleha.

Dan aku ingin mengatakan bahwa aku sangat berterima kasih atas apa yang telah mereka korbankan untukku.

Ya Allah,pinjamkan aku satu hari saja. Yang akan aku gunakan setiap detiknya, untuk rukuk dan sujud kepada-Mu.

Beramal soleh dengan tulus,bersedekah seluruh hartaku yang tersisa di jalan-Mu Menyesal sekali rasanya.

Waktu-waktu didunia berlalu dengan sia-sia. Bahkan Al-Quran firman-Mu dengan malas kubaca.

Hadis Rasulullah pun tak pernah ku hiraukan. Andai bisa kuputar ulang waktu itu. Tapi aku bakal dimakamkan hari ini.

Manalah mungkin? Sakitnya sakaratulmaut masih menancap pada setiap sendi tubuhku yang kini kaku sakit,sakit sekali.

Seratus tahun pun tidak hilang rasa sakit,Seandainya aku masih bisa bercerita,tentu tak akan tenang tidur kawan-kawanku yang masih hidup.

Sumur hidup mereka tak akan pernah lagi tidur nyenyak, Andai saja mereka tahu. Baru beberapa saat dalam gelap masih terdengar sayup-sayup suara tapak orang-orang meninggalkanku. Tanah kuburku masih gembur,baru saja ditidurkan seorang diri.

Akankah diluaskan lagi kuburku setelah ini? Bagaimanakah aku menjawab pertanyaan ujian setelah ini? Ooohh… andaikan aku bisa keluar dari sini.

Yaa Allah,yaa Rahman… Ampuni dosa-dosa kami,segala kekhilafan kami.Engkaulah maha pengasih lagi maha pengampun.

Yaa Robbal Alamin,pertemukan kami semua kelak dalam syura Firdaus-Mu… Amin

Sumber: sayaluvislam.com

Posted on

CUCU Ghaib Semalaman ‘Diculik’ Makhluk Halus. Ketika Dijumpai Ada SESUATU Yang Mencemaskan !

Kejadian sebenar berlaku dia Kelantan. BUDAK perempuan tujuh tahun yang dilaporkan hilang, malam tadi, di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Gua Musang, ditemui selamat, kira-kira 11 pagi ini.

HILANG KETIKA BERMAIN

Nur Dania Qistina ditemui penduduk di blok tidak berpenghuni selepas 12 jam dilaporkan hilang ketika bermain sendirian di gelanggang futsal perumahan itu.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Gua Musang 1 itu ditemui lemah dan ketakutan selain tidak mampu menjawab sebarang pertanyaan ahli keluarganya.

Neneknya, Tuan Sharifah Hanisa Syed Ali, 53, bersyukur cucunya ditemui selamat di tingkat bawah blok tidak berpenghuni itu.

KETIKA DIJUMPAI, KEADAAN MENGEJUTKAN

Saya tidak tahu apa yang berlaku terhadap cucu kerana dia seolah-olah dalam keadaan takut dan mahu melarikan diri.

Malah, ketika penduduk menjumpainya, Nur Dania Qistina masih cuba lari sebelum dipeluk penduduk kampung. Ketika itu barulah dia agak tenang, katanya.

Menceritakan kehilangan itu, Qistina, Tuan Sharifah Hanisa, berkata dia dan cucunya keluar makan roti canai dekat rumah mereka.

Ketika dalam perjalanan pulang, Nur Dania Qistina ingin bermain di taman rumah mereka. Waktu itu kira-kira 9 malam.

Tapi, kira-kira 11 malam, saya mula bimbang dan turun untuk melihat cucu saya, namun ketika itu Nur Dania Qistina sudah tiada sebelum memaklumkan kepada penduduk kampung.

Sejak malam tadi kami cari di blok kosong itu tapi tidak menemui cucu saya.

Alhamdulillah akhirnya, Nur Dania Qistina ditemui selamat dan saya percaya ada benda halus menyembunyikan cucu saya, katanya.

Difahamkan, ibu kanak-kanak itu, Wan Nurhafiza Wan Hassan, 32, berniaga kedai makan di Kampung Simpang Empat Kundur, di Gua Musang.

Kanak-kanak itu sudah kematian ayah dan Tuan Sharifah Hanisa akan menjaga cucunya jika Wan Nurhafiza keluar berniaga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Sumber : bacaviral

Posted on

Pengalaman Hj Lokman Bersihkan Jin Di Kawasan Ayah Pin..

Assalamualaikum semua, sebenarnya mungkin ramai dah tahu tentang kisah ni, kisah dah agak lama, tapi ada baiknya kalau kita baca kembali untuk buat renungan bersama…

ayah pin

Ramai yang tak tahu kisah benar bagaimana halangan dan susah payah meroboh struktur yang di bina Ayah Pin. Cerita aneh banyak berlaku sehingga gagal memusnahkannya. Ikuti penglibatan Hj Lokman dan Ahli Tahfiz dalam memusnah Jin yang menjaga Binaan Ayah Pin.

Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replica kapal bahtera nabi noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya. Ada yang memaklumkan kos pembinaan struktur dan bangunan ini melebehi RM5 juta. Mengikut laporan, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat ini sejak pertengahan tahun 1980an tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini sejak tahun 1970an lagi.

Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar negara.Struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut.Selepas bertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa. Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal siasat serta didakwa di makhamah. Ayah Pin telah menghilangkan diri dari pihak berkuasa sehingga hari ini dan ada yang mengatakan dia bersembunyi di Selatan Thailand. Kawasan Kerajan Langit di Besut itu turut dimusnahkan pada bulan Ogos 2005. Di sini saya ingin menceritakan penglibatan saya dalam permusnahan kawasan Kerajaan Langit di Besut itu.

Terlebih dahulu saya ingin menceritakan sejarah Perubatan Syifa Al-Hidayah di negeri Terengganu. Sejak tahun 2003, saya telah mula mengunjungi ke Kuala Terengganu sekali sebulan untuk mengubat pesakit-pesakit dari Pantai Timur. Sahabat saya Ustdz Mohd Shukri Ali yang bertugas sebagai Pegawai Ugama di Istana Terengganu adalah orang yang bertanggung-jawab membawa saya ke Terengganu.

Dahulu semasa saya mula-mula berubat di Kuala Terengganu, saya berubat di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada masa itu menetap di kuarters istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk. Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung bulan July 2005, Mufti Terengganu kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di kediaman Ustadz Shukri. Dia mohon pertolongan dari saya agar dapat membersihkan benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan Kerajaan Langit di Besut.

Mengikut katanya sudah banyak kali jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan itu untuk merobohkan struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka menemui pelbagai halangan yang pelik-pelik.

Saya pada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan Langit ini tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri saya bersetuju dengan syarat saya diiringi oleh 7 orang tafiz. Permohonan saya untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalah dan dalam beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu tenaga pengajar mereka.

Kami berkumpul selepas waktu asar di sebuah surau di Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka surah-surah yang perlu dibaca semasa di sana dan juga memberi taklimat apa yang mereka harus lakukan apabila tiba di sana nanti. Saya juga “scan” setiap tafiz dan tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan tidak ada yang lemah semangat atau bermasalah.

Selepas solat magrib dan selepas makan malam nasi bungkus, kami bertolak ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut mengambil masa 2 jam sahaja. Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah Pin telah tahu tentang perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan juga untuk menghalang kami tiba di tempat itu.

Kira-kira dalam 50 km dari kawasan itu, terdapat sekatan jalan atau “road block” bukan oleh pihak polis atau JPJ tapi road block oleh kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin. Bas yang kami menaiki terpaksa berhenti dan patah balik untuk mencari jalan alternative yang lain. Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan jalan itu, jin-jin itu berupaya untuk menganiayakan kami dengan berlakunya kemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan. Ada suatu ketika bas yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik membawa bersama adek-adek tafiz ini yang sungguh bersemangat membaca ayat-ayat Al-Quran dan bersama dengan pertolongan dari Allah swt, menolong saya melawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa mengambil jalan yang jauh untuk sampai ke Besut.

Kami sampai di Besut dalam jam 2 pagi. Kami mengambil masa lebih dari 6 jam untuk sampai ke Besut bandingkan dengan perjalanan yang biasa nya makan masa 2 jam untuk sampai ke sana. Bila sampai di kawasan itu, saya terperanjat melihat betapa ramainya polis-polis dari Bukit Aman dan Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan membuat pemantauan di kawasan itu. Bila sampai di tempat itu, saya rasa agak pelik melihat cerik besar, pasu besar, bahtera kapal nabi noh dan lain-lain struktur. Walau pun tempat itu tidak ada lampu sebab bekalan elektrik telah lama diputuskan oleh pihak berkuasa, kami disinari oleh cahaya bulan mengambang pada malam itu.

Setelah membuat tinjauan atau “quick survey” di kawasan itu, saya mendapati ada beratus ekor jin dan iblis dalam kawasan itu. Tetapi yang ketara sangat ialah 12 ekor jin yang mewaklili beberapa agama-agama di dalam dunia ini. Jin-jin ini lah yang telah membantu Ayah Pin mendirikan ajaran agama sesat Kerajaan Langit ini.

Saya memilih dewan perhimpunan yang masih tersergam disitu untuk bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya mengarahkan semua tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan itu. Untuk pengetahuan semua, ada golongan orang yang cuba membakar dewan perhimpunan itu dua atau tiga hari sebelum itu dan terdapat banyak serpihan-serpihan kaca di lantai dewan itu. Dengan bercahayakan bulan yang mengambang pada malam itu dan lampu suloh dari pihak polis, kami membaca surah-surah Al-Quran. Satu demi satu jin saya bertempur sehingga jubah saya basah kuyup dengan peluh badan. Hampir 3 jam saya bertempur sehingga saya berguling-guling di atas lantai dewan itu.

Dengan keizinan Allah swt dan pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu, saya dapat mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali se-ekor jin yang dapat melarikan diri. Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu berpindah atau pergi dari kawasan itu.

Masa itu sudah hampir waktu subuh. Kami semua bersiap sedia untuk berjemaah subuh. Saya menyuruh seorang dari adek tafiz melaungkan azan subuh. Pada pagi itu, pertama kali dalam 25 tahun azan subuh berkumandang di tempat itu. Syukur Alahamdulilah pada Allah swt. Menitis air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan itu dan berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu. Selepas mengerjakan solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi saya hidayah dan kekuatan menangani jin-jin tersebut.

Selepas matahari terbit kami semua bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Terengganu. Perjalanan balik ke Kuala Terengganu aman tanpa sekatan road block atau apa-apa halangan. Kami diberitahu tepat jam 8 pagi, pihak JKR datang dengan jentera-jenteranya merobokan semua struktur-struktur dan bangunan-bangunan di kawasan itu.

Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar meluas cerita di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan pentadbiran Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan. Tetapi apa yang berlaku pada malam sebelum kawasan itu dirobohkan tidak ramai yang tahu cerita sebenarnya sampai lah hari ini saya memilih untuk memberitahu kejadian sebenar yang berlaku. Terima kasih Allah kerana atas pertolongan Mu kami berjaya menumpas ajaran sesat yang sudah lama berleluasa di negara ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

Hj. Lokman

19 November 2010

Sumber oopsshmedia.blogspot.com via kfc