Posted on

Sedang Si Suami Khusyuk Melayan Si Isteri. Dari Jauh Dia Terkejut Bayi Di Buaian Di Larikan Monyet. Selepas Beberapa Jam Mencari, Orang Ramai Terkejut Apa Yang Dijumpai.

Tragedi yang sungguh menggemparkan dan menyayat hati! Seorang bayi yang baru dilahirkan telah ‘diculik’ oleh seekor monyet liar. Mengejutkan, kejadian itu dilaporkan berlaku di hadapan mata ibu kandung bayi itu sendiri.

Insiden ini dipercayai berlaku di Banki, Orissa. Menurut si ibu, bayinya yang baru berusia 16 hari telah dilarikan oleh seekor monyet liar yang menceroboh masuk ke rumahnya.

Segala tindakan monyet ini terlalu pantas dan sebaik sahaja menyedari tindakannya diperhatikan oleh si ibu, monyet ini bergegas melarikan diri bersama bayinya.

 

Sehari selepas kejadian iaitu pada 2 April, bayi ini akhirnya ditemui semula setelah pihak polis melaksanakan gerakan mencari si bayi.

 

Malangnya, bayi ini telah ditemui meninggal dunia di dalam perigi yang terletak di belakang rumah mereka.Menyedihkan!

 

Polis percaya monyet tersebut tidak sengaja menjatuhkan bayi itu sewaktu melompat di atas bumbung bagi melarikan diri.

 

Ujar Rama Krushna Nayak, bapa kepada bayi itu:

 

“Mungkin sewaktu monyet ini melompat dari bumbung rumah, bayi saya terlepas dari pegangannya dan terjatuh ke dalam perigi”.

 

Bayi ini berjaya ditemui setelah seorang wanita dipercayai jiran mereka pergi ke perigi berkenaan untuk mengangkut air.

 

Pada ketika itulah wanita tersebut menemui bayi berkenaan dan segera berlari untuk memaklumkan keluarga terbabit. Dengan kadar segera, mereka mengambil mayat bayi itu.

 

Kejadian kecurian makanan atau serangan ke atas manusia kerap kali berlaku di kawasan perumahan itu. Bagaimanapun, insiden monyet melarikan bayi adalah kes yang pertama kali berlaku setakat ini.

 

Pihak polis mengenalpasti monyet yang menyebabkan kematian bayi berkenaan adalah daripada spesies rhesus macaque atau Macaca mulatta.

 

Monyet ini sering tinggal berdekatan kawasan penempatan manusia dan dianggap sebagai haiwan yang suci oleh masyarakat Hindu.

 

Walaupun monyet-monyet ini sering membuat onar dan serangan ke atas manusia, manusia tidak pernah merasa terganggu dengan kehadiran mereka.

 

Apa-apa pun, pihak berkuasa sedang menggiatkan usaha untuk mencari monyet yang disyaki menyebabkan kematian bayi tidak berdosa itu.

 

Takziah kepada keluarga mangsa.

Sumber : erabaru

Posted on

Allahu Rabbi!! Terimalah Laknat Allah! Kejadian Misteri Di Padang Golf Kerana Tidak Menghormati Azan…

Pelbagai pengalaman misteri meguji keimanan insan sering terlalai ketika seruan azan berkumandang. Cerita ini adalah cerita yang agak lama juga. Tapi jika dibaca artikel yang menarik juga yang dikongsikan kepada saya ni berkenaan perkara-perkara pelik di padang golf kerana tidak menghormati azan.

Sebenarnya apa yang lebih penting? Solatkah atau azan itu sendiri. Apa gunanya berhenti sebentar untuk memberi laluan kepada azan tetapi selepas itu permainan diteruskan tetapi tidak juga mengerjakan solat.

Permainan golf bagi mereka yang ketagih dengan sukan boleh menenangkan jiwa itu, kadang-kala berdepan dengan pelbagai kejadian pelik tetapi benar-benar berlaku di padang golf di negara ini.

Pernah satu hari, seorang teman bersama tiga rakannya bermain golf hingga berlarutan pada waktu malam dan ketika menghampiri dua lubang terakhir, mereka terpaksa berhenti agak lama kerana ada orang lain sedang putting di atas green, kira-kira 100 meter di hadapan mereka.

Dalam permainan golf, pemain boleh membuat aduan kepada marsyal jika permainan pemain di hadapan terlalu lambat. Selepas menunggu begitu lama, empat pemain yang kelihatan seperti warga Korea itu, masih melakukan putting berkali-kali sehingga tempohnya tidak boleh diterima akal. Berikutan itu, lelaki yang bergelar Datuk tadi menghubungi rumah kelab dan mengadu kepada marsyal untuk menegur empat ‘warga Korea’ itu supaya bermain dengan laju.

Marsyal itu menjawab: “Datuk, flight (sepasukan empat orang) Datuk adalah flight terakhir, tak ada orang lain dah kat fairway (padang) waktu ini.” Mendengar jawapan itu, mereka terus bergegas masuk ke dalam buggy dan segera pulang ke kelab, dengan tidak lagi meneruskan permainan.

Rupa-rupanya empat ‘warga Korea’ itu bukan manusia. Di kelab itu kemudian heboh mengenai kejadian aneh itu. Kapten kelab datang dan bertanya secara lembut, sama ada mereka berhenti menghayun kayu golf apabila terdengar azan Maghrib berkumandang dari masjid di pinggir kelab golf eksklusif itu.

Semuanya tergamam dan saling memandang antara satu sama lain. Bayangkan, jika waktu di padang golf itu, mereka menghampiri ‘pemain Korea’ di atas green, entah apa akan terjadi.

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Syeikh Zamihan Al-Ghari ketika diminta mengulas berkata, kemungkinan yang dilihat itu adalah malaikat atau jin Islam kerana syaitan akan lari sejauh mungkin hingga ke hujung dunia sehingga dia tidak lagi mendengar bunyi azan.

“Seruan Allah mengajak kepada kebaikan dan begitu juga dengan seruan azan yang mengingatkan kepada tanggungjawab menunaikan solat. Oleh itu kejadian pelik yang berlaku kepada kepada pemain golf ini boleh dilihat sebagai bonus daripada Allah untuk menyedarkan mereka supaya berhenti sebentar untuk mendengar azan dan solat sebelum menyambung permainan.

“Bagi manusia biasa, hatta yang banyak melakukan dosa juga tidak mustahil menemui kejadian pelik ini untuk diberi kesedaran dan ini menunjukkan kekuasaan serta kasih sayang Allah,” katanya.

Malah, apa saja kegiatan termasuk ketika seseorang sedang berucap di khalayak ramai perlu berhenti seketika sewaktu azan berkumandang. Namun, banyak lagi cerita pelik berlaku, kebanyakannya menjurus kepada sikap pemain golf yang tidak berhenti seketika apabila terdengar azan sama ada apabila masuk waktu Zuhur, Asar, Maghrib atau Isyak, bagi yang bermain golf pada waktu malam. Sesetengah padang golf di sekitar Lembah Klang, memang ada menyediakan tempat solat di tepi padang golf.

Di padang golf yang lain pula, tidak berapa lama dulu, seorang rakan bersama kawannya ‘sesat’ apabila tidak terjumpa tempat tee-off (pukulan pertama untuk setiap lubang) seterusnya selepas selesai bermain di lubang ke-12.

“Seminggu sebelum itu, saya juga bermain di tempat sama, tiada masalah dan memang mustahil untuk tidak menemui tempat tee-off seterusnya. Tetapi kali ini, saya mendapati laluan untuk ke lubang ke-13 itu bagaikan tertutup…. saya pergi ke kiri, nampak semak… ke kanan pun semak dan ke depan lagi semak. ”

Jalan keluar ialah berpatah balik dan waktu itu jam sudah melewati 1.30 petang,” katanya yang nyata juga tidak berhenti bermain ketika azan Zuhur. Sehingga kini, beliau masih tertanya-tanya insiden itu.

Baru minggu lalu, kejadian aneh turut berlaku di sebuah padang golf lain di kawasan Subang Jaya apabila seorang rakan yang melakukan pukulan kedua melungsurkan bola jauh tetapi menuju ke arah pokok sawit, hingga seakan menyeberang ke fairway di sebelah, memungkinkan bola itu jadi ‘OB’ (out-bound).

Apabila buggy yang dinaikinya bersama rakan yang juga seorang Datuk berhenti di atas track berdekatan pokok sawit, bola tidak kelihatan, hilang. Tetapi kira-kira lima minit kemudian, tiba-tiba bola golf melantun balik ke arah fairway, bagaikan dilambung atau dicampak oleh seseorang.

“Saya tengok di celah-celah pokok, kemungkinan ada pekerja yang mencampak bola tetapi tiada seorang manusia pun di situ,” katanya yang terselamat daripada dikenakan penalti dua strok kerana bola hilang.

Penulis sendiri yang menaiki satu lagi buggy di belakang mereka turut hairan tetapi saya tidak nampak bola itu apabila ia ‘tercampak’ semula ke arah fairway.

Banyak lagi kisah pelik seperti bola beralih tempat atau tiba-tiba 18 biji bola berada di atas green yang sepatutnya cuma empat biji selepas empat pemain mahu melakukan putting, memberi pengajaran berguna.

Di sini, kita perhatikan satu alkisah. Diriwayatkan bahawa Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya, hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa penyanyi yang menjadi penghiburnya.

Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan azan, dia akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya berhenti untuk seketika bagi menghormati azan.

Selepas selesai dan menjawab azan, barulah disambung semula, hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya. Selepas dia meninggal, ramai di kalangan orang salih bermimpi bertemu dengannya; tanya mereka, “Ibadat apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?

Jawab Zubaidah, “Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur. Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu, ketika hayatku dulu iaitu apabila terdengar saja azan sedangkan waktu itu aku sedang berhibur dan mendengar nyanyian, maka dengan serta- merta aku menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan.

“Itulah ibadat yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan, Allah berfirman, “Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka.”

Penulis menerima banyak e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan telefon daripada pembaca termasuk rakan serta mereka yang tidak dikenali mengenai tulisan saya di kolum ini minggu lalu bertajuk ‘Kisah misteri alam roh beri pengajaran berguna.’

Ramai juga pembaca memberi maklum balas menyatakan mereka atau ahli keluarga mahupun kawan pernah mengalami kejadian misteri yang serupa apabila koma.

Antara maklum balas paling menarik ialah cerita berikut: “Seorang kawan saya bukan saja mat rempit, malah kaki judi, minum arak dan suka berfoya. Suatu malam, dia terbabit dalam kemalangan hingga patah tulang rusuk dan kaki kanan serta keretakan tukang belakang. Beberapa hari dia koma di hospital. Pendekkan cerita, apabila sudah keluar hospital kemudian, maka dia bercerita mengenai kejadian misteri. ”

Sumber : http://dramaraja.blogspot.my

Dia mendakwa melihat alam neraka, ditunjukkan kepada dia, menyebabkannya rasa takut yang amat sangat apabila disebut perkataan neraka. Sejak itu, dia sudah bertukar menjadi seorang manusia yang sempurna, tidak pernah tinggal sembahyang dan meninggalkan semua kegiatan tidak berfaedah sebelum ini,” katanya.

Posted on

Imej-imej ini diambil sebelum sesuatu kemalangan berlaku, lelaki pada foto pertama tentu menangis jika dia tahu apa di belakangnya.

Kadang-kala terdapat banyak kejadian atau perasaan yang dilihat atau dirasai tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Bak kata bidalan, sekeping gambar merungkai seribu makna. Di sini kami kumpulkan beberapa imej yang membawa cerita-ceritanya yang tersendiri. Malah, beberapa daripadanya mungkin boleh mengukir senyuman di wajah anda. Semoga terhibur!

classic_photos_taken_one_second_before_everything_changed_640_04

classic_photos_taken_one_second_before_everything_changed_640_05

classic_photos_taken_one_second_before_everything_changed_640_06

classic_photos_taken_one_second_before_everything_changed_640_07

classic_photos_taken_one_second_before_everything_changed_640_08

classic_photos_taken_one_second_before_everything_changed_640_09

classic_photos_taken_one_second_before_everything_changed_640_10

classic_photos_taken_one_second_before_everything_changed_640_12

classic_photos_taken_one_second_before_everything_changed_640_13

classic_photos_taken_one_second_before_everything_changed_640_14

classic_photos_taken_one_second_before_everything_changed_640_15

classic_photos_taken_one_second_before_everything_changed_640_16

classic_photos_taken_one_second_before_everything_changed_640_17

classic_photos_taken_one_second_before_everything_changed_640_18

classic_photos_taken_one_second_before_everything_changed_640_20

classic_photos_taken_one_second_before_everything_changed_640_21

classic_photos_taken_one_second_before_everything_changed_640_22

classic_photos_taken_one_second_before_everything_changed_640_23

classic_photos_taken_one_second_before_everything_changed_640_24

classic_photos_taken_one_second_before_everything_changed_640_25

classic_photos_taken_one_second_before_everything_changed_640_26

classic_photos_taken_one_second_before_everything_changed_640_27

classic_photos_taken_one_second_before_everything_changed_640_28

classic_photos_taken_one_second_before_everything_changed_640_29

classic_photos_taken_one_second_before_everything_changed_640_30

classic_photos_taken_one_second_before_everything_changed_640_31

classic_photos_taken_one_second_before_everything_changed_640_32

classic_photos_taken_one_second_before_everything_changed_640_33

classic_photos_taken_one_second_before_everything_changed_640_34

classic_photos_taken_one_second_before_everything_changed_640_37

classic_photos_taken_one_second_before_everything_changed_640_38

classic_photos_taken_one_second_before_everything_changed_640_39

classic_photos_taken_one_second_before_everything_changed_640_40

classic_photos_taken_one_second_before_everything_changed_640_42

classic_photos_taken_one_second_before_everything_changed_640_43

Era Baru

Posted on

Misteri! Dulu, Malaysia ada Pawang Nong yang tangkap Orang Minyak. Kenapa Sekarang Macam Susah Sangat?

Rasanya, dah lama tak dengar pasal Orang Minyak ni. Kalau dulu, kita selalu dengar pasal Orang Minyak ni kalau belek dalam majalah-majalah misteri macam Mastika, Variasi, Intisari, Intifada, Intikaripap dan macam-macam lagi.

Tapi baru-baru ni, kecoh pasal Orang Minyak yang nampaknya mengganas di Kubang Kerian, Kelantan. Orang Minyak tersebut dipercayai cuba mencabul seorang gadis berusia 17 tahun yang pada masa tu tengah jemur baju, di siang hari! Nasib baiklah jeritannya didengari jirannya yang kemudiannya datang dan terus menghubungi bapa serta adik lelakinya yang sedang bersarapan di sebuah kedai makan berhampiran rumah.

Mangsa dikatakan masih lagi trauma. Imej dari nst

Bunyinya macam mustahil je. Zaman maju ni, masih ada ke perkara-perkara mistik macam ni? Bukan ke tu hanya cerita orang tua-tua untuk menakutkan orang supaya tak keluar malam? Tapi sebelum tu, apa dia Orang Minyak ni?
Orang Minyak, asalnya merupakan manusia yang salah tuntut ilmu batin
Bila sebut je Orang Minyak, rasanya kita semua tahu macam mana rupanya walaupun tak pernah terserempak (kecuali dalam filem atau gambaran dalam buku). Rupanya hitam legam, melekit, dan berbogel. Tapi mungkin ramai yang dah sedia maklum yang Orang Minyak ni bukanlah mana-mana spesies hantu. Tapi, ia cumalah seorang manusia biasa yang menuntut ilmu batin, atau ilmu hitam dengan membuat perjanjian dengan syaitan! Semuanya untuk mendapatkan apa yang dihajati.

Ni bukan orang minyak seperti yang dicanangkan, ni orang kat pelantar minyak.Imej dari aleqt.com

Sama dengan namanya, Orang Minyak ni juga bukanlah asalnya hitam legam berminyak. Tapi, tubuhnya tu dilumurkan dengan minyak hitam yang berkilat supaya senang nak bersembunyi pada waktu malam, dan senang nak lari tanpa ditangkap orang disebabkan badan yang licin macam belut. Tujuannya menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa bagi tujuan memperkosa gadis perawan, dan kadang-kadang mencuri.

“Walaupun kami membuat rondaan, berjaga, mengepung Orang Minyak ini namun dia bagaikan hilang tanpa kesan. Kami melakukan sembahyang hajat namun Orang Minyak ini tetap mengganggu.

“Ada penduduk melihat kelibatnya namun usaha menangkapnya tidak berjaya,” – penduduk kampung Pengkalan Demit, Kubang Kerian, dipetik dari Kosmo Online.

Ni pun bukan, ni Bhai tunggu orang nak isi minyak. Imej dari fortune.com

Orang Minyak ni bukanlah cakap-cakap mak cik bawang kat kampung je, tapi ada dalam buku-buku di Barat, contohnya dalam buku ‘A World of CuriositiesSurprising, Interesting, and Downright Unbelievable Facts from Every Nation on the Planet’ penulisan John Oldade. Pergh, panjang betul nama buku ni!

Dalam buku tu, dia ada terangkan pasal Orang Minyak ni sebagai pengamal ilmu hitam yang berbogel dan melumur minyak hitam ke seluruh tubuhnya, supaya tak mudah ditangkap – macam apa yang kita bagitahu tadi. Dalam buku tu juga, dia menerangkan yang Orang Minyak dikatakan dah lama wujud, dan targetnya bukan saja rumah-rumah yang mempunyai anak dara, tapi juga asrama perempuan.

Kes Orang Minyak yang dah lama menyerang Pahang. Imej dari krissmerah

Malah menurut Theresa Bane dalam bukunya, Encyclopedia of Demons in World Religions and Cultures, operasi Orang Minyak ni berjaya jika ia berjaya memperkosa 21 orang anak dara dalam masa 7 hari supaya syaitan akan mengkabulkan apa saja permintaan mereka.

Bukan tu je, Orang Minyak ni juga dikatakan ada kebolehan untuk memukau orang, sebab tu la ada sesetengah kes yang dilaporkan, mangsa akan jadi kaku dan tak boleh menjerit. Selain tu juga, Orang Minyak ni dikatakan tak boleh dilihat oleh perempuan yang dah tak perawan.

Tak boleh siarkan gambar penuh, bahaya. Imej dari boombastis.com

Ada juga versi lain yang mengatakan Orang Minyak ni sebenarnya jadi hitam sebab tersalah menuntut, jadi dia cuma akan pulih lepas memperkosa 40 orang gadis. Lepas diperkosa, muka mangsa akan ditanda pangkah.

Punyalah popular kisah Orang Minyak ni dulu, ia pernah difilemkan dan diarahkan oleh P. Ramlee pada tahun 1958, dengan tajuk Sumpahan Orang Minyak. Ia diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd di Singapura.

Imej dari felix-entertainment.com

Tapi, Orang Minyak juga ada kelemahan tersendiri
Sehebat-hebat Orang Minyak pun, dia mesti ada kelemahan tersendiri. Antara benda-benda yang boleh melemahkannya adalah:

Jantung pisang dan daun keladi bira – Kalau ada serangan Orang Minyak di sesebuah kampung tu, setiap penduduk kampung yang ada anak dara akan menabur kelopak jantung pisang dan daun keladi bira supaya takde gangguan.
Cermin besar dalam rumah – Selain tu juga, cara untuk elakkan kehadiran Orang Minyak ialah dengan meletakkan sebuah cermin yang besar dalam bilik atau rumah, sebabnya orang minyak dikatakan takut dengan cermin. Tapi, make sure la korang tak terkejut dengan muka sendiri bangun pagi ye!

Terkejut mak, nak! Imej dari starecat

Bau peluh badan – Disebabkan Orang Minyak hanya tertarik kepada perempuan, jadi anak dara dinasihatkan supaya memakai baju yang berpeluh supaya orang minyak tu ingat yang tidur tu adalah lelaki.
Memakai pakaian secara terbalik – (untuk mengelakkan pukau oleh Orang Minyak), atau menutup badan dengan kain batik masa tidur. Kain batik juga dikatakan dapat melemahkan orang minyak kalau diselubungkan ke atasnya. Ada juga yang mengatakan lepas kelubungkan dengan kain batik, kena gigit ibu jarinya. Korang sanggup gigit?
Sandarkan penyapu pada pintu
Letak ’buluh kuning’ di dalam bilik – dipercayai dapat menakutkan Orang Minyak.
Tidur secara berselerak (tidak teratur sekiranya tidur secara beramai-ramai di dalam satu bilik)

Kalau baby comel la. Kalau orang besar? Nauzubillah. Imej dari ketegaq.blogspot

Ni cuma petua orang tua-tua yang diamalkan oleh penduduk kampung zaman dulu. Tapi, Orang Minyak ni tak pernah ditangkap langsung ke?

Kes Orang Minyak ni dah beberapa kali berlaku dulu. Malah, ada yang berjaya ditangkap, contohnya macam kes pada 24 November 2006, seorang pencuri yang melumurkan dirinya dengan minyak telah ditahan di Kampung Tawas, Perak.

Keratan akhbar tentang Orang Minyak yang ditangkap beberapa tahun lepas. Imej dari bp.blogspot

Kes lain yang pernah berlaku adalah di Kuala Lumpur pada September 2011 di mana penduduk pangsapuri lima tingkat di Taman Pinggiran Batu Caves, Gombak beramai-ramai menangkap lelaki warga asing yang berbogel, dan bersilat di hadapan rumah seorang penduduk sambil mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu pada pukul 2 pagi.

Selain tu, ada juga kes pada November 2017 di mana  suspek, seorang rakyat Indonesia memecah masuk ke dalam rumah mangsa tanpa memakai baju manakala tubuhnya pula dilumurkan dengan minyak.

Setakat ni, antara beberapa kes yang dilaporkan serta berjaya diselesaikan adalah kes Orang Minyak jadian – iaitu pencuri yang melumurkan minyak pada badan, tapi tak menuntut sebarang ilmu hitam.

‘Orang Minyak’ yang ditangkap di Dataran Pahlawan, Melaka pada tahun 2014. Imej dari China Press

Dulu, Malaysia juga ada Pawang Nong yang tangkap Orang Minyak
Kalau kat Amerika ada Ghostbuster, Malaysia pulak ada pawang, bomoh dan ustaz yang boleh menangkap hantu, malah kadang-kadang boleh mengubat pesakit yang terkena ilmu sihir.

Imej dari giphy

Tapi selalunya tak ramai yang ada kebolehan untuk tangkap hantu atau makhluk yang macam ni. Salah seorang yang berjaya menangkap Orang Minyak ni pada satu masa dulu adalah Haji Nong Taib Bin Santan, atau dikenali sebagai Pawang Nong, seorang pawang dan guru silat yang tinggal di Hulu Cheka Jerantut, Pahang. Pawang Nong sangat terkenal di Pahang satu masa dulu, salah satunya sebab kejayaannya menangkap Orang Minyak yang pernah mengganas di Pahang.

Haji Nong Taib, atau Pawang Nong bersama pingat penganugerahan Pahang kepadanya. Imej dari muzium Pahang.

Menurut cerita daripada anak Pawang Nong, dah ramai bomoh dipanggil untuk menangkap Orang Minyak masa tu. Tapi, tak pernah berjaya sebab lembaga tu terlalu licik sebab menggunakan ilmu hitam dan memukau seisi rumah dengan menyelitkan daun sireh yang telah dijampi ke celah-celah dinding rumah mangsa.

Disebabkan tak tahan dengan gangguan Orang Minyak yang memperkosa anak dara dan juga isteri orang di kampung di sekitar Lipis dan Jerantut tu, orang kampung kemudiannya bersepakat meminta pertolongan dan bantuan dari Pawang Nong. Walaupun dia sedia maklum dengan apa yang berlaku, tapi dia kena ikut pantang-larang, atau petua yang dipelajarinya iaitu tak boleh sesuka hati masuk campur kalau tak dijemput. Jadi bila orang kampung dah minta tolong, dia pun bersetuju.

Sebagai persiapan, Haji Nong Taib mengumpulkan beberapa pemuda kampung yang pandai berlawan dan membentuk satu pasukan. Malah, persiapan lain yang turut disediakan adalah kain kapan dan cangkul. 

Imej dari fb

Tapi, penangkapan Orang Minyak tak semudah tu. Lembaga yang dikatakan ditemui di Lipis Barat pada mulanya berjaya memukau pasukan Pawang Nong. Kali kedua, pasukan mereka berpecah dan Orang Minyak tu menyerang kembali. Ramai anak buah Pawang Nong tumbang, yang akhirnya membawa kepada pertarungan antara Haji Nong dan juga Orang Minyak tu. Perlawanan bermula antara ilmu batin jahat dan baik sampai akhirnya, Haji Nong berjaya menewaskan pengamal ilmu hitam tu.

Setelah disoal siasat, Orang Minyak tu menangis teresak esak dan mengaku telah memperkosa berbelas belas anak dara dan isteri orang demi keperluan ilmu yang dituntutnya. Haji Nong menyuruh Orang Minyak tu beristighfar dan mengucap dua kalimah syahadah. Tapi, lembaga tu tak nak buat, dan cuma berdiam diri, mungkin sebab dah buat perjanjian dengan syaitan.

Pawang Nong kemudiannya pegang kepala lelaki itu dengan tangan kiri, manakala tangan kanannya menetak kepala Orang Minyak tu dengan kuat, sampai memisahkan kepala dan badannya.

Pertarungan yang begitu sengit sekali. Imej dari giphy

Orang Minyak tu mati serta merta dengan darah memancut-mancut. Kain kapan dan cangkul dikeluarkan, dan mayat Orang Minyak tu dikebumikan di situ juga. Kampung tu kembali aman daripada serangan Orang Minyak. Walaupun Pawang Nong tahu siapa pengamal ilmu hitam tu, tapi dia terpaksa rahsiakan identitinya sebab tak nak warisnya dapat malu sebab ahli keluarganya amalkan ilmu salah. 

Sumbangannya kepada negeri telah melayakkan dia dapat gelaran Pawang Diraja Negeri Pahang. Dia bukan saja dikenali sebab berjaya menewaskan Orang Minyak semata-mata, tapi juga menewaskan pengganas, di mana dia pernah berjuang bersama Mat Kilau yang merupakan orang kampung sebelahnya.

Pawang Nong. Imej dari mstar

Dia merupakan salah seorang pahlawan Melayu yang menentang komunis dan Jepun di daerahnya dengan membantu askar Inggeris menawan pengganas di hutan Hulu Cheka bersama anaknya. Dia mendapat pingat Ahli Mangku Negara (AMN) dan Pingat Jaksa Kebaktian (PJK) daripada kerajaan persekutuan serta Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) daripada Pahang.

Kerajaan British mengiktiraf kehebatannya dengan mengurniakan Pingat Empayar British (B.E.M) oleh Jeneral Sir Gerald Templer sebagai mengenang jasa dan baktinya. Pawang Nong meninggal pada tahun 1977, dan menurunkan ilmunya kepada anak dan cucunya.

Haji Nong dianugerahkan pingat oleh British. Imej dari Facebook

Penganiayaan terhadap diri sendiri dan orang sekeliling
Setakat ni, Orang Minyak yang menyerang mangsanya di Kelantan masih belum berjaya ditangkap, atau dikenalpasti kesahihannya sama ada betul Orang Minyak, atau sekadar menyamar untuk menakut-nakuttkan orang kampung. Penduduk di sekitar rumah mangsa juga mendakwa ketika berkawal, mereka ada terhidu bau tengik sampai terbatuk-batuk. Mangsa pula dikatakan masih berada dalam keadaan trauma dengan apa yang berlaku.

Tapi kalau betul Orang Minyak yang wujud tu adalah pengamal ilmu batin, ianya dah jatuh kepada hukum syirik, iaitu menyekutukan Allah untuk mencapai sesuatu yang dihajati tanpa memohon pertolongan dari-Nya. Perkara ni juga ditegur oleh Pengerusi Darussyifa’ Kelantan, Zaki Ya.

“Apabila manusia berkehendakkan sesuatu yang hajat dengan jalan mudah dan salah, mereka menggunakan jin dan iblis untuk mendapatkan apa-apa yang diingini.

“Berlaku perjanjian antara mereka iaitu manusia menggunakan jin dan iblis serta begitu juga sebaliknya apabila jin dan iblis itu pula akan menggunakan manusia untuk berbuat perkara di luar syariat mengikut perjanjian-perjanjian yang sudah dimeterai antara mereka. Berlaku imbalan dalam perjanjian itu,” – Zaki Ya, Pengerusi Darussyifa’ Kelantan dipetik dari Sinar Harian.

 

sumber: soscili

Posted on

Pelik!! Kereta Lamborghini Ini Mengalami Kemalangan Yang Agak Teruk. Namun Tidak Ada Seorang Pun Yang Mahu Menolong Pemandu Kereta Tersebut. Puncanya Pemandu Kereta Itu…

Saat berada di jalan raya, kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi selanjutnya. Sebagai pengguna jalan raya, kita haruslah berhati hati apabila memandu. Paling penting adalah mematuhi undang undang jalan raya. Sesekali ketika terjadi kecelakaan, sebagian besar dari kita akan dengan cepat menolong mangsanya.

Di Thailand, sebuah kecelakaan maut terjadi dan sekali lagi melibatkan kereta Lamborghini sebagai korbannya. Kereta Lamborghini memang dikenal sangat mewah dan mahal, namun ketika terjadi kecelakaan, tidak ada satu pun orang di sekitar yang mahu membantu menolong pemandu kereta tersebut,

Kereta Lamborghini Ini Mengalami Kemalangan Yang Agak Teruk. Namun Tidak Ada Seorang Pun Yang Mahu Menolong Pemandu Kereta Tersebut. Mereka Semua Tidak Mahu Membantu Pemandu Kereta Itu Hanya Pemandu Kereta Itu Adalah.

Akhirnya, ada seorang pemuda yang telefon talian kecemasan kerana tidak sampai hati melihat pemandu kereta kesakitan. Beruntung si pemilik selamat dan hanya mengalami sedikit luka ringan. Polis dan ambulan pun segera datang ke tempat kejadian.

Kereta Lamborghini Ini Mengalami Kemalangan Yang Agak Teruk. Namun Tidak Ada Seorang Pun Yang Mahu Menolong Pemandu Kereta Tersebut. Mereka Semua Tidak Mahu Membantu Pemandu Kereta Itu Hanya Pemandu Kereta Itu Adalah.

Anehnya, mengapa tidak ada orang yang mahu membantu? Sudah jelas pemilik kereta itu adalah orang kaya kan, mengapa tidak ada satu orang pun yang mahu mengulurkan tangan?

Rupa rupanya pemilik kereta adalah seorang sami. Di Thailand, posisi sami adalah paling tinggi namun yang mampu membeli kereta semahal Lamborghini itu pelik. Alasan orang tidak mau menolong adalah karena sami seharusnya di kuil membakar kemenyan, tetapi biksu ini malah membawa Lamborghini jalan-jalan. Mungkin sebab orang ramai ragu-ragu dengan sami ini sebab tu mereka tidak mahu tolong.

Kereta Lamborghini Ini Mengalami Kemalangan Yang Agak Teruk. Namun Tidak Ada Seorang Pun Yang Mahu Menolong Pemandu Kereta Tersebut. Mereka Semua Tidak Mahu Membantu Pemandu Kereta Itu Hanya Pemandu Kereta Itu Adalah.

Jangan lupa untuk SHARE artikel ini ya! Sumber: BH via cerpen

Kereta Lamborghini Ini Mengalami Kemalangan Yang Agak Teruk. Namun Tidak Ada Seorang Pun Yang Mahu Menolong Pemandu Kereta Tersebut. Mereka Semua Tidak Mahu Membantu Pemandu Kereta Itu Hanya Pemandu Kereta Itu Adalah……….

Posted on

Kenapa Perlu Bangkit Lagi!! Siapa Korang Nak Hukum Ibu Saya!! Sayu, Luahan Hati Anak Lelaki Mona Fendy Apabila…

“SIAPA yang ingin dilahirkan sebagai anak pembunuh? Saya tidak minta dilahirkan sebagai anak Mohd Affandi, tetapi Tuhan sudah menentukan begitu. Saya tidak pernah menyesal dilahirkan ke dunia. Sebagai seorang Islam, saya terima takdir saya.

Yang menyedihkan ialah sikap masyarakat yang tidak faham. Mengapa saya turut dipersalahkan di atas perbuatan ayah dan ibu tiri saya? Adakah semua anak pembunuh turut menjadi pembunuh… penjahat?

Bukan sehari dua saya menghadapi tekanan masyarakat, tetapi sejak zaman kanak-kanak hingga sekarang. Saya diberhenti atau diminta berhenti empat pekerjaan dalam tempoh dua tahun lalu.

Malah, hasrat saya untuk bertunang juga tidak kesampaian apabila keluarga kekasih saya menentang hubungan kami apabila mengetahui saya ada hubungan darah dengan Mohd Affandi dan Mona Fandey. Saya cukup tertekan kerana hubungan dengan kekasih sangat baik, walaupun dia tahu latar belakang keluarga saya.

Namun sebaik saja memaklumkan kepada keluarganya, mereka tidak dapat menerima saya dan meminta hubungan kami diputuskan.

Bayangkan perasaan ibu saya yang sudah membeli cincin dan memaklumkan kepada saudara-mara supaya bersiap sedia kerana akan menghantar rombongan peminangan, tetapi akhirnya terpaksa menebalkan muka memberitahu majlis itu tidak jadi.

Sebelum itu, ketika di kolej saya pernah bercinta dengan dua gadis, tetapi akhirnya terputus selepas mereka mengetahui saya anak Mohd Affandi dan Mona Fandey.

Derita saya bukan hanya dalam percintaan, malah sukan. Saya mewakili Kelantan dan kini Kuala Lumpur dalam acara taekwando. Dalam satu pertandingan, ada peserta mengundurkan diri dan tidak mahu berlawan dengan saya apabila mengetahui saya anak Mohd Affandi kerana bimbang saya membawa ilmu arwah ayah dan ibu tiri saya.

Betapa malu dan rasa terhinanya saya. Adakah mereka menganggap saya tiada kebolehan? Banyak lagi tekanan masyarakat yang cukup mengguris hati, tetapi apalah daya saya. Saya tidak mampu menemui semua orang dan menceritakan kesedihan dan kisah sebenar saya.

Inilah tujuan utama saya mendedahkan diri dan menceritakan kisah saya kepada Metro Ahad. Saya bukan ingin mencari publisiti. Malah, saya bersedia menghadapi ‘serangan’ keluarga kerana yakin saudara-mara yang membaca kisah ini akan marahkan saya.

Bagaimanapun, saya cuma mahu keadilan. Saya mahu masyarakat faham dan tahu kisah sebenar dan tidak terus menyeksa saya di atas kesalahan yang saya tidak lakukan. Saya hanya mahu menjalani kehidupan normal seperti insan lain yang mempunyai kerjaya dan keluarga sendiri.

Terlalu berat rasanya untuk melangkah mengharungi kehidupan hari ini. Bayangkan kerana wajah saya mirip ayah, saya dipaksa makan pelbagai ubat oleh keluarga bertujuan mengemukkan diri supaya orang tidak cam yang saya anak Mohd Affandi.

Saya cuma mahu masyarakat tahu saya hanya membawa nama ayah, tetapi saya tidak pernah menjadi anak ayah. Saya tidak pernah mendapat kasih sayang ayah kerana arwah (Mohd Affandi) meninggalkan ibu ketika saya dalam kandungan.

Saya tidak pernah tahu siapa ayah saya sehingga saya berusia sembilan tahun apabila ibu memanggil saya dan memberitahu yang ayah saya masih hidup. Ketika itu pun saya hanya melihat wajah arwah di televisyen kerana didakwa atas tuduhan membunuh.

Berikutan terlalu gembira saya sebenarnya ada ayah, saya bercerita kepada rakan di sekolah bahawa Mohd Affandi itu ayah saya. Biasalah sebagai kanak-kanak, kita tidak dapat memikirkan baik dan buruknya.

Akhirnya saya menjadi mangsa cercaan dan yang paling saya tidak dapat bersabar apabila mereka menghina dan sindir saya dengan mengaitkan nama ayah saya.

Kata-kata yang paling saya tidak dapat dengar dan terima ialah “engkau nak jadi macam bapa engkau. Bapa engkau pembunuh.” Kata-kata itu menyebabkan saya menjadi ‘panas hati’ dan selalu bergaduh.

Sebab itu saya belajar taekawondo ketika berusia 12 tahun. Saya menjadikan gelanggang taekwondo sebagai tempat melepaskan geram dan perasaan marah hingga memperoleh tali pinggang hitam.

Kali pertama saya berjumpa arwah ayah di Penjara Kajang ketika berusia 16 tahun. Bukan seperti kanak-kanak dan remaja lain yang membesar dengan kasih sayang ayah mereka, bayangkan saya berjumpa ayah kandung buat kali pertama di penjara.

Affandi disabitkan turut terbabit dalam kes pembunuhan tersebut.

Sebaik saya memasuki bilik perjumpaan tahanan dengan waris dan mengangkat telefon, ayah memanggil nama saya. Saya terkejut kerana walaupun tidak pernah berjumpa, ayah mengenali saya.

Pada pertemuan itu, ayah hanya bertanya khabar dan perkembangan saya. Pesanan ayah saya ingat hingga ke hari ini iaitu supaya jangan setakat belajar taekwondo, belajar juga silat.

Selepas itu, saya sering mengutus surat kepada ayah dan pernah berjumpanya dua kali sebelum saya menerima berita ayah akan dihukum gantung keesokannya (2 November 2001). Sebenarnya keluarga saya mengetahui tarikh hukuman itu seminggu lebih awal, tetapi merahsiakannya dan hanya memaklumkan kepada saya pada hari terakhir.

Saya dan keluarga bertolak dari Pantai Cahaya Bulan (Kelantan) ke Penjara Kajang pada 1 November 2001. Seingat saya, kami bertolak menaiki empat kenderaan. Sejurus tiba pada hari sama, ayah mahu berjumpa saya bersendirian manakala yang lain tidak dibenarkan masuk.

Saya di dalam bilik selama tiga jam bersama ayah. Itu kali pertama kami bersentuhan kerana sebelum itu kami dipisahkan oleh dinding kaca dan hanya berbual menerusi telefon.

Saya masih ingat kata-kata ayah yang mengaku dia tidak bersalah. Menurutnya, dia tidak membunuh Datuk Mazlan (Idris), sebaliknya semua itu angkara Mona dan Juraimi Husin. Bagaimanapun, arwah berkata dia menerima takdirnya.

Saya difahamkan oleh petugas penjara, ayah berpuasa selama tiga tahun secara berterusan sehingga hari kematiannya.

Saya tidak tahu adakah ayah berpuasa kerana insaf di atas apa yang berlaku. Saya tidak berhak memberi pandangan dan andaian kerana itu antara ayah dan Allah SWT.

Yang pasti, ayah sudah menerima balasannya. Yang menghairankan ialah, mengapa masyarakat masih menghukum zuriatnya yang tidak tahu menahu mengenai kejadian (pembunuhan Mazlan) yang berlaku.

Kami semuanya tiga beradik (daripada zuriat Mohd Affandi). Abang saya berusia 27 tahun adalah anak hasil perkahwinan pertama manakala adik perempuan saya, Mazdiana, kini 18 tahun, adalah anak hasil perkongsian hidup dengan Mona.

Setiap kami mempunyai pengalaman sedih. Bagaimanapun, antara ketiga-tiga anak ayah, saya seorang yang berjaya disembunyikan daripada media hinggalah hari pengebumian ayah.

Sejak itu hidup saya berubah. Saya tidak tahu bila derita saya akan berakhir, tetapi saya tidak berhenti berdoa.

Kepada masyarakat yang membaca kisah saya, saya hanya berharap mereka faham, saya juga ciptaan Allah yang ingin melalui kehidupan dengan penuh ketenangan.

Sumber : mediapanas

Posted on

Warga Penjara Kajang Dedahkan Permintaan Mona Fendi Sebelum Digantung Yang Boleh Buat Bulu Roma Anda Naik.

Sejak kebelakangan ini nama Mona Fendi kembali jadi sebutan netizen apabila filem Dukun akhirnya ditayangkan di pawagam untuk tontonan umum. Jika nak diikutkan pelbagai siri seram diceritakan oleh orang ramai mengenai Mona Fendi yang dipenjarakan di Penjara Kajang. Sahih atau tidak? Kami pun tidak pasti sejauh mana kebenaran cerita itu.

Terbaru, seorang individu bernama Faizal telah berkongsi pengalaman seram mengenai Mona Fendi kerana dia merupakan anak staff dan penduduk di quarters penjara Kajang, Taman Wira Jaya. Nak tahu apa terjadi selepas hukuman tali gantung dijalankan ke atas Mona Fendi?

Kisah Bermula Di Sini

Aku duduk Penjara Kajang lebih 20 tahun. Wanna hear the darkside right after dia di gantung? Lebih 100 like aku cerita the real horror story about her yang orang taktau… First of all, i didn’t say the article was fake. But it’s news you know, they won’t write the ‘darkest’ side since she’s already gone….

Apa yang jadi semasa dan selepas dia digantung?
Hanya kami sebagai penduduk Penjara Kajang yang tau. Dan cerita ni tak pernah tersebar dekat luar. So, be ready…. Sebelum menjadi bualan, bukan niat mengaibkan. Tapi netizen perlu tahu? Apa yang tersebar selama ini sekadar 50%. So marilah kita bersama sama mengimaginasikan kisah ini agar ianya menghantui malam anda semua.

Tak dinafikan, sepanjang di penjara dan sebelum hukuman gantung Mona, dia memang sangat pandai mengaji, solat tak tinggal. Namun itu semua reaksi biasa jika kau seorang BA ( Banduan Akhir) yang dihukum hukuman mati. 90% BA semua macam tu. But sebelum ada yang tanya “lamanya duduk penjara kajang sampai 20 tahun kes apa bang” meh aku bang dekat telinga kau. Aku anak staff, bukan banduan sana k…

MONA FENDI DI CHOW KITT KETIKA BERADA DALAM PENJARA?

So cerita yang orang nampak Mona dekat chow kit bagai tu memang tak betul. Apa yang tak betul nya? Tempat tu tak betul. And yeh, she can be at two places at the same time back then… Tak perlu la aku ceritakan keadaan dalam sel penjara tu macam mana. Yang baca pasti pandai imaginasi. Long story short, pernah tengok cerita Mantera kan? Selepas jadi perkara tu banyak kali, lebih kurang macam dalam filem tu la sel Mona ni diorang ‘pagar’

Lepas buat macam tu. Barulah ‘kurang’ mengacau sampai luar. Ada yang cerita Mona terapung bagai? Bohong. Apa yang bohong? Terapung tu, yang betulnya dia mengadap dinding sel berborak setiap malam after isya’ and sebelum subuh. Apa yang diborakkan? Tak dapat didengar dengan jelas. But some warden can hear a bit about “misi memulihkan”. Misi apa? Aku taktau. Nak tau nanti aku suruh Mona cakap dekat ‘kawan’ dia tu jenguk kau cerita apa patut

PERMINTAAN TERAKHIR

Seperti semua BA (Banduan Akhir) yang lain, Mona pun tidak terkecuali mendapat soalan lepas dia selesai solat subuh “ada permintaan terakhir?” Kebiasaannya banduan akan meminta tinggalkan pesan apa apa, atau bagitau waris bahawa dia sayang diorang bagai and menyesal.

Lepas diajukan soalan macam tu, kau tau apa permintaan Mona yang terakhir yang tidak pernah diceritakan sehingga ke hari ini?

Kemenyan

“Macam mana kau tau? Sembang ah. Tipu ah” Aku cerita apa yang aku tau melalui ayah aku, jiran aku, and one of aku punya ustaz agama dekat Penjara Kajang. Why them? Cos diorang sebahagian daripada warden yang ditugaskan untuk melaksanakan hukuman gantung Mona. That’s how i know

HUKUMAN DIJALANKAN

Then berlangsung lah hukuman gantung Mona…. dengan sempurnanya Alhamdulillah. Tiada apa yang pelik pun berlaku jangan nak suspen sangat. Until….. diorang cek jasad Mona untuk pastikan segalanya selesai. My father and some of warden, terkejut. Sepanjang 35 tahun pengalaman kerja, ni la pertama kalinya orang kena hukuman gantung, tiada setitik lebam pun di leher jenazah.

Even kau kebal mampos sekalipun, besi di tali gantung tu pasti meninggalkan kesan bengkak pada leher jenazah. You guys know how tali gantung berfungsi right? Kalau taktau gugel. Malas nak terangkan. That’s how Mona’s neck that time. Clean and clear.

Macam mana jadi gitu?? Tak logik ah”
Kata pendengar kisah ni pada masa tu. But, hanya Allah yang maha mengetahui. Then selesailah segala urusan hukuman Mona. Penuh wartawan macam ada jomheboh dekat Penjara Kajang masa tu. Dia dikebumikan di tapak perkuburan Sg Kantan Kajang ni

PENDUDUK LEGA TETAPI …

Dan kami sebagai penduduk penjara (staff and anak staff aka bukan banduan k) sedikit sebanyak lega, cos there is no more prisoner yang ditakuti ramai, most magical and most wanted in Malaysia at that moment. Sampailah malam pertama setelah dia digantung… Tempat aku duduk tu Taman Wira Jaya nama dia. Aku tau korang taknak tau tapi mampos la, aku nak bagitau jugak. So malam tu orang ramai la pakcik makcik anak muda membawang bawah flat, cerita pasal penggantungan Mona ni la. Sampai pukul 11 macam tu, then sorang sorang start balik

JERITAN TERJADI

Aku pulak selaku anak muda taman tu, takkan nak balik. Malam masih muda. Lepak la apa lagi sampai pukul 2:30 pagi macam tu, aku dengar makcik menjerit dekat ada satu rumah depan blok aku ni… Aku dengan member aku steady, sikit pun tak panik, cuma tulah kitorang terus balik rumah sendiri nak bagitau kat mak ayah. Maklumlah anak muda lagi masa tu. Bukan takut tau, just refer pada yang lebih arif.

Masuk rumah dengan niat nak bagitau parents aku pasal bunyi jerit tu, then dengar ayah aku borak “Ya Allah kau betul tak ni? Tunggu kejap aku panggil Zul dengan Wan datang tengok” One of em adalah Ustaz yang ada masa penggantungan Mona tu.

Bila dah dengar tu aku buat buat tanya la apa lagi. “Kenapa bah?” Nak tau ayah aku cakap apa?

“Jal, tu umah pakcik blok depan tu, bini dia nampak Mona Fendy keluar tandas pergi dapur. Ni abah nak pergi tengok kejap, kau tunggu dengan mak dekat rumah. Kunci pintu pasang ruqyah”

BUKTI DIA DUDUK DI SITU

KEJADIAN BERLAKU DI RUMAH SENDIRI

Aku ajak member tidur rumah aku. Biasalah anak staff, tidur rumah kawan ni dah jadi kebiasaan, mak bapak tak kisah cos kenal lama satu tempat kerja. Pukul 2 pagi macam tu dari dalam bilik aku, member aku boleh tegur kata “jal, siapa dia mandi dalam bilik air? Aku nak berak ni”

Aku nak marah dia tak sampai hati, cos dia lagi besar dari aku. Aku pun beranikan diri la cakap “akak aku la tu kot”. Then dia cakap “sedap akak kau nyanyi kan”

Aku menung, dengar suara betul betul. Mampos, bukan suara akak aku, bukan suara mak aku, cos diorang tak pandai nyanyi

Aku ajak member aku keluar bilik nak usha keadaan, aku bukak pintu then keluar tengok ruang tamu. Mak aku tengah sedap tidur dengan adik perempuan aku. Pintu bilik akak aku tutup rapat. Bilik air? Shower terpasang and lampu terbukak. Ayah aku? Kerja malam……

Member aku ni bagus jenis patuh. Terus ketuk pintu bilik air sambil mengatakan “akak kat dalam ke? Ijan sakit perut ni” namun, tiada jawapan. Apa jadi? Member aku blah masuk bilik tinggal aku sorang. Babi

TIBA TIBA

Baru 5 minit nak hilangkan keresahan, dengan selambernya adik perempuan aku boleh terjaga, terus duduk, pandang mengadap dinding, and borak. Remember that i’ve told you before apa Mona buat dalam sel act? Itu yang adik aku tengah buat…… itu je yang dapat aku bayangkan time tu

Aku jammed. Kejut mak aku, tak bangun pulak…

Aku gagahi panggil “dik, apahal kau ni? Cakap dengan siapa?” Dia tak layan, masih berbisik dengan dinding.. me be like please girl not at this hour….. Setelah beberapa kali panggil finally, dia pusing memandang aku, and. She said to me “perempuan tu cakap jam tu pusing laju bang” Mampos. Aku pusing kiri kanan, tengok, perempuan mana pulak dah.

“Merepek apa kau ni. Perempuan mana?” Adik aku jawab “tu, perempuan kat kerusi tu. Dia kejut adik tadi marah marah, cakap jam tu pusing laju. Cepat sangat nak subuh nanti dia dah takde masa dah”

Adik aku baring, tak sampai 10 saat, pintu bilik air aku berbunyi macam ada orang tolak. Aku dongak kepala, adik aku pun sama. And then…. ada perempuan keluar dari pintu bilik air dan adik aku terus cakap.

Haaa perempuan tulah cakap jam tu pusing laju tadi”
Dik. You gotta be kidding me…. And that thing straight terus ke dapur. Aku kaku. Walaupun aku tak nampak rupa dengan jelas, namun aku yakin tu ‘dia’ setelah semua yang berlaku kat tempat aku sehingga ke hari itu…

Kalini aku taknak gagahi dah! Kejut mak aku dengan cara paksa la apa lagi. Masuk bilik panggil member aku yang lena diulit intan. Then pergi dapur. Pintu dapur terbuka luas. And no one even there. Mak aku blur tanya “kau kenapa ngah?” Aku suruh adik aku cerita kat mak aku… Mak aku lepas dengar apa adik aku cakap, terus call penjara mintak ayah aku balik rumah. Akak aku? Bangun terpinga pinga tak tau benda sampai la ayah aku dah balik. Balik dari mana? Rumah flat lama, ada orang nampak Mona dalam rumah jugak right after rumah aku……

Berjagalah kami sampai ke subuh, dengan ni harapan takde lagi dah. Alhamdulillah, setelah seminggu panas kawasan perumahan aku, ia berjaya dipulihkan oleh someone ni yang memang arif bab itu. Yang menyatakan segala amalan Mona tidak habis dibuang semasa hidup dia….

Inilah some darkside story based dari pengalaman aku setelah penggantungan Mona suatu masa dulu.

“Tapi macam tak horror je?” “Tak seram pun takkan tu je?”

Yup. Some facts aku tapis sikit, untuk menjaga sensitivity bersama….

Sumber: OhBulan dan Twitter @faizalcfc

Posted on

Ketika Proses Pembersihan Kawasan, Satu Rangka Ditemui Secara Tidak Sengaja. Yang Memelikkan Satu Set Tulang Kecil Ditemui Dicelah Kankang. Pengkaji Ini Keliru Dan Siasat.. Rupa Rupanya…

Pernah anda dengar kes tentang bayi yang dilahirkan di dalam kubur? Penemuan sebuah kubur lama di Imola, Itali yang dilaporkan berasal dari awal zaman pertengahan menunjukkan kisah ngeri tentang aspek perubatan pada ketika itu.

Kubur tersebut dikatakan menyimpan sisa-sisa tulang seorang wanita muda dianggarkan berumur 25 hingga 35 tahun bersama dengan rangka tulang bayi yang ditemui berada di celah kangkangnya.

Bukan sahaja itu, terdapat lubang pada bahagian tengkorak wanita tersebut sekali gus membuatkan para pengkaji percaya kematian wanita berkenaan adalah berpunca daripada rawatan pembedahan otak pada zaman itu.

Kaedah yang disebut sebagai trepan ini digunakan untuk merawat segala jenis penyakit dan gangguan ringan seperti masalah kandungan dengan menggerudi lubang pada tengkorak.

Mereka Temui Kubur Lama. Bila Diperiksa Wanita Tersebut Melahirkan Anak Di Dalam Kubur? Pengkaji Ini Keliru Dan Siasat.. Rupa Rupanya

Menurut para pengkaji dari Universiti Ferrara dan Bologna, antara masalah yang dialami oleh kaum wanita ketika mengandung adalah demam panas, sawan, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Justeru, simptom-simptom ini hanya boleh dirawat dengan kaedah trepan.

“Berdasarkan kepada kesan luka dan peringkat akhir kandungan, hipotesis kami adalah wanita tersebut mengalami preeclampsia atau eclampsia dan dia telah dirawat dengan kaedah trepan bagi menghilangkan tekanan pada kepalanya.”

Dipercayai, wanita berkenaan mampu bertahan sekurang-kurangnya seminggu sebelum dia akhirnya meninggal dunia. Hal ini demikian kerana terdapat kesan tulang yang sedang beransur sembuh sekali gus membuktikan rawatan berkenaan berjaya tetapi kesakitannya tidak dapat ditanggung oleh wanita itu. Kandungannya pula pada ketika itu berkemungkinan besar telah mencapai usia 38 minggu.

Mereka Temui Kubur Lama. Bila Diperiksa Wanita Tersebut Melahirkan Anak Di Dalam Kubur? Pengkaji Ini Keliru Dan Siasat.. Rupa Rupanya

Jika sangkaan para penyelidik tepat, berkemungkinan besar ibu berkenaan tidak berjaya dipulihkan selepas menjalani pembedahan tersebut. Oleh itu, dia telah dikuburkan ketika masih lagi mengandung sebelum melahirkan bayinya.

Keadaan ini digelar sebagai ‘kelahiran keranda’. Para pengkaji percaya gas yang keluar daripada tubuh mayat telah memaksa bayi berkenaan keluar secara semulajadi seolah-olah ianya dilahirkan walaupun si ibu telah pun meninggal dunia.

SUMBER : ERA BARU

Hasil dapatan kajian telah diterbitkan di dalam jurnal World Neurosurgery. Kes kematian akibat rawatan trepan dan juga kelahiran di dalam kubur itu merupakan salah satu kes yang jarang berlaku dan mengejutkan ramai.

Fenomena misteri dan luar biasa!

Posted on

Power Tak Ingat!! 7 Ketua Gangster Wanita Paling Terkenal Di Dunia, Yang No 3 Sekali Memang Layak Di Gelar Ratu Kejahatan.

Kita serba maklum jika sebut berkenaan kongsi gelap, jenayah, atau pengedaran dadah, golongan yang banyak terlibat dalam gejala ini semestinya adalah golongan lelaki.

Tetapi jarang kita mengetahui bahawa penglibatan wanita dalam jenayah kongsi gelap juga tidak kurang hebatnya. Mereka kebanyakan terpengaruh dengan pasangan, mempercayai dan kesetiaan terhadap suami mereka yang juga ketua kongsi gelap menyebabkan wanita seperti ini terjerumus dalam kancah jenayah dan kekerasan.

1. Judy Moran (dipenjara 2009-sampai sekarang)

Judy Moran 70, lahir pada 18 Disember 1944 adalah ketua kumpulan kongsi gelap ‘Moran’ yang terkenal di Melbourne, Australia.

Judy adalah isteri kepada John Leslie, seorang kartel dadah yang terkenal di Sydney. Leslie ditembak mati pada tahun 1982 dalam konflik berkaitan kongsi gelap di Sydney.

Hasil perkahwinan dengan Leslie, mereka dikurniakan anak bernama Mark Moran juga seorang ahli kongsi gelap dan akhirnya terbunuh pada tahun 2000.

2. Xie Caiping (dipenjara, 2009-sampai sekarang)

Di bandar Chongqing,Cina kerajaan melaksanakan tindakan keras terhadap jenayah terancang. sebuah operasi besar-besaran telah dilancarkan dan menangkap hampir 1.500 penjenayah, yang semuanya berada dibawah pimpinan Xie Caiping.

Sebagai ketua, Caiping menjalankan pusat perjudian haram dan merasuah anggota polis untuk mengelak dikenakan tindakan.

3. Sandra Avila Beltran (dipenjara 2007-sampai sekarang)

Beltran lahir dan dibesarkan untuk menjadi “GodMother” Mexico. Pakciknya adalah pengedar dadah di mexico.Dia mendapat julukan “Ratu Pasifik kerana dia menjadi orang tengah antara kartel Valle del Norte colombia dan kartel Sinaloa, dan membantu mengembangkan laluan rahsia penyelundupan dadah di sepanjang Pantai Pasifik Mexico.

Sandra sendiri dipenjara ketika menghadapi tuduhan jenayah terancang dan pencucian wang.

4. Rosetta Cutolo (dipenjara 1993-sampai sekarang)

Kecewa kerana ahli keluarganya ditangkap polis, dia menyambung legasi kongsi gelap ini dengan meneruskan perniagaan milik keluarga mereka. Dia menjadi senarai suspek yang paling dikhendaki di Itali,kerana dia termasuk anggota keluarga Raffaele Cutolo, Nuova Camorra Organizzata (NCO), iaitu gangster yang paling digeruni di Itali.

Setelah menyerang balai polis Itali di tahun 1981, dia menghabiskan 10 tahun sebagai buruan sampai akhirnya menyerah diri.

5. Maria Licciardi (dipenjara, 2001-sampai sekarang)

Dari tahun 1993 hingga 2001, Maria Licciardi adalah ketua keluarga Licciardi dan “Capo di Tutti Capi” gangster dari Napoli.

Di bawah pimpinannya, keluarga Licciardi menjadi lebih terancang, dan lebih menguntungkan dalam segala usaha mereka. Perniagaan yang paling menguntungkan yang diusahakan keluarga

Licciardi adalah pelacuran di Camorra.

6. Maria Chata Leon (dipenjara 2010-sampai sekarang)

Seorang ibu 44 tahun dengan 13 orang anak mungkin kedengarannya tidak terlalu berbahaya. Namun berbeza dengan Maria Leon, dia menjadi pemimpin pengedaran dadah dan ubat bius yang menguasai timur laut Los Angeles. Dia menjalankan perniagaan ini demi memberikan pendidikan untuk anak-anaknya.

7. Griselda Blanco (Kali terkahir dipenjarakan pada tahun 1998)

Ketika berusia 11 tahun, dia menculik anak orang kaya yang tinggal berdekatan dengan harapan mendapatkan wang tebusan. Ketika orang tua dari anak yang diculiknya menyatakan tidak mahu memberikan wang tebusan, dia terus menembak mangsa tersebut.

Setelah pindah ke New York dari colombia di era 70-an dan memulakan kariernya dalam penyeludupan dadah.

Setelah berhijrah ke Miami, dia menjadikan ibukota tersebut sebagai bandar kokain. Blanco diyakini telah mendalangi lebih dari 200 pembunuhan sepanjang kariernya. Pada tahun 1988, dia ditangkap oleh DEA di California dan menghabiskan 16 tahun di penjara.

sumber: kakifollow⊃