Posted on

Biar Betul Wei? Tampal Pelekat Besar BN Dan Boleh Dapat RM 300. Ini Syarat Syarat Mudah Dia…

Wang besar wang besar!

Nak duit RM300? Mudah, tampal saja pelekat kereta Barisan Nasional. 🙂

Laporan Sin Chew Daily mendedahkan bahawa BN Wilayah Persekutuan akan memberi wang ihsan sebanyak RM300 kepada setiap pemilik kereta yang bersedia memandu dengan logo besar BN ditampal pada kereta mereka.

Ganjaran ini akan diberikan sehingga 4 Mei 2018.

Sebuah syarikat event management yang diupah untuk projek ini sudah mula mengedar pelekat Barisan Nasional di Bangsar sejak Sabtu lalu

Menurut seorang wakil syarikat tersebut, kaunter pertama telah dibuka di sebuah stesen minyak di Bangsar.

KUALA LUMPUR, 7 April — Orang ramai bersorak selepas Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 ?Bersama Barisan Nasional Hebatkan Negaraku? di Stadium Axiata Arena malam ini.
–fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

Mereka juga akan bergerak ke seluruh kawasan Lembah Klang dari masa ke semasa memandangkan projek ini mendapat sambutan hangat dari orang ramai.

Beliau turut menyatakan bahawa setiap hari terdapat 50 hingga 60 orang datang untuk mendapatkan pelekat, terutamanya pada hari minggu

Orang awam boleh memilih daripada tiga jenis pelekat yang diedar dengan tema manifesto BN “Hebatkan Negaraku”.

“Kita buat promosi di Facebook dan pihak yang mahu buat duit tambahan, boleh ambil bahagian.

“Bangsar adalah tempat pertama di Kuala Lumpur. Kita akan bergerak ke seluruh Lembah Klang,” katanya

Ganjaran RM300 akan diberikan menerusi dua peringkat:

Peringkat 1: RM150 apabila pelekat ditampal dan gambar diambil.
Peringkat 2: RM150 apabila peserta ambil gambar dengan kereta masing-masing pada 4 Mei nanti.

Namun begitu, pemeriksaan kenderaan akan dibuat terlebih dahulu bagi memastikan kereta itu layak untuk ditampal dengan pelekat BN.

Pelekat juga terhad! Hanya untuk 700 kereta sahaja di Lembah Klang.

Kalau anda rasa anda layak, rebutlah peluang ini segera!

Sumber: says.com

Posted on

Tak Payah Free Hair Pun Boleh Nampak Macam Barbie Doll, Gadis Ini Buktikan Kepada Netizen… Lawa Giler!!

Lumrah dalam hidup, orang comel dan cantik ini memang ramai peminat. Seperti adik ini. Dia menjadi viral gara-gara mempunyai wajah yang sebiji macam anak patung.

Pelik tapi benar. Dek kerana terlalu obses dengan imej anak patung , mereka sanggup menghabiskan duit berkoyan kayan, masa dan tenaga menjalani pembedahan plastik semata mata ingin kelihatan iras seperti anak patung.

Orang cantik memang selalu jadi perhatian.tengok je la apa yang jadi pada mangsa toreh di kelantan tu? sampai ada yang nak taja untuk rawatan pemulihan kulit wajah dia.Untung sangat jadi orang cantik.

Kita yang muka celoreng2 ni kalau nak bertuah dibumi Malaysia ni sila la tingkatkan tahap kecantikan tu ye.kalau tidak memang dipinggirkan je.

Awal2 suami syang la.lama2 cemuih aih tengok…heheh..ni bukan ayat jeles ok..ni nasihat untuk wanita2 diluar tu supaya lepas ni keluar2 kan la belanja untuk cantik kan wajah.Yang suami2 tu jangan kedekut nak hulur duit bagi isteri nampak cantik.heheheh..

Kulitnya putih dan licin, matanya bulat dan seluruh wajahnya nampak seperti bukan manusia biasa.

Rata-rata ramai yang terkejut dan ingat adik ini adalah anak patung yang biasa di jumpa mana-mana kedai pakaian.

Namun begitu, dirinya yang comel itu di katakan oleh netizen cantik kerana make-up semata-mata.

Tidak di nafikan, kesan daripada make up yang dia lakukan pada wajah menampakkan dirinya seperti sebuah anak patung yang sangat indah.

Namun setelah dia menanggalkan kesemua make-upnya, wajahnya masih nampak bersih dan cantik dengan versi yang lebih berbeza.

Rata-rata ramai yang memuji adik ini ketika wajahnya tanpa solekan. Menurut anda..?

Sumber : Eraviral

Kredit : Berita Kopak / Berita Steady

Posted on

Game Over!! Habislah, Tun M Dedahkan Perkara Pertama Yang Dia Akan Lakukan Sekiranya PH Memang PRU 14…

Calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, 2 tahun cukup untuk beliau “menyelesaikan masalah yang ditinggalkan” Datuk Seri Najib Razak.

Ini kerana, katanya, beliau mempunyai pengalaman memimpin negara selama 22 tahun sejak 1981 hingga 2013.

“Kalau perdana menteri baru, 2 tahun memang tidak cukup. Tetapi, saya ada pengalaman jadi perdana menteri, tidak perlu belajar jadi perdana menteri lagi.

“Saya tahu urusan sebab itu dalam jangka masa 2 tahun, kita boleh selesaikan masalah dan boleh buat garis panduan mengenai masalah yang akan ambil masa lebih banyak,” katanya menerusi “policy talk – governans & ekonomi” yang disiarkan secara langsung di Facebook hari ini.

Dr Mahathir berkata, ketika menjadi perdana menteri, pentadbirannya berjaya menyelesaikan masalah rumit dan beliau yakin boleh menangani masalah sekarang yang disifatkannya lebih rumit.

Katanya, beliau sudah mengenal pasti masalah dan langkah yang perlu diambilnya, jika PH memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

 

 

 

Posted on

Rasa Resah Gelisah Pemandu Bas Terjawab!! Ini Rupanya Yang Dilakukan Penumpang, Kalaulah Allah Laknat Bas Tu Semua Orang Kena!!

Asalkan ‘dapat’ , mana tempat pun boleh . Itulah yang terjadi kepada penumpang bas ini .
Keresahan seorang pemandu bas akhirnya terjawab apabila dia menemui sehelai seluar dalam milik penumpangnya yang diselitkan di celah kerusi.

“Kita bertongkat mata pandu bas nak sampai ke Terengganu dengan selamat kerana nyawa penumpang. Dia pula mengambil peluang buat kerja dalam bas sampai tertinggal hartanya dalam bas (diletak di celah dinding kerusi),” kata pemandu bas yang tidak didedahkan namanya itu.

Menurut pemandu bas berkenaan, dia bukan mahu mengaibkan penumpangnya tetapi jika berlaku sesuatu yang tidak diingini semasa dalam perjalanan, pemandu bas juga yang akan dipersalahkan.

“Kena dakwa memandu lajulah, apalah. Patutlah ketika pandu bas lalu Gerik semalam, rasa tak sedap hati saja. Rupa-rupanya inilah jawapannya.

“Tunggu saja hari pembalasannya jika tak bertaubat. Nauuzubillah,” katanya.

Sementara itu, Agensi Pelancongan D dan Adik Beradik Sdn Bhd juga meluahkan rasa kesal mereka dengan tindakan penumpang yang melakukan maksiat di dalam bas.

“Allahuakbar. Kes ini bukan dari bas kami tetapi dari bas lain. Cuma mampu kata, “murahnya harga atau nilai seorang wanita”. Di mana terletaknya maruah seorang wanita jika ia terjadi seperti ini?

“Bukan nak mengaibkan sesiapa, cuma nak beri nasihat kepada semua wanita sama ada beragama Islam atau bukan Islam. Tolong hargai maruah anda, tolong jaga maruah anda yang bernama wanita.

“Sedih tengok benda ini. Dalam keadaan pemandu dan penumpang bas yang tidak bersalah, tetapi kerana kerakusan nafsu seseorang, mereka semua yang terkena tempias.

“Kita berjalan jauh, bukannya dekat. Kita bimbang benda yang tidak diingini berlaku. Memang maut dan ajal semuanya ditentukan oleh Allah SWT. Tetapi kita perlu menghindari benda-benda haram ini supaya perjalanan kita selamat.

“Tolonglah jangan buat kerja terkutuk ini dalam bas. Pemandu bas bawa ramai penumpang dan kita mahu perjalanan kita semua selamat. Tolong faham.

“Salam takziah kepada pemilik seluar dalam ini. Semoga bertaubat dan semoga Allah SWT mengampuni dosa kamu,” katanya.

Orang pakat baca doa naik bas supaya selamat pergi dan balik , mereka tidak . Niat nak lampiaskan nafsu ! Memang tak ada sivik dan hilang malu orang macam ni .

Kredit : Alamviral

Posted on

OMG! OMG!! Seorang lelaki memegang sebuah gerudi dan blok ais, apa yang dibuatnya memeranjatkan khayalak ramai

Tidak lama dahulu, ada sebuah klip video di mana seorang lelaki menggunakan gerudi elektrik yang disambungkan dengan sebatang jagung untuk proses memakan dengan lebih cepat. Tapi pada klip video ini, seorang lelaki dilihat memegang gerudi elektrik dan sebuah blok ais.

Orang ramai tertanya-tanya apa yang hendak dilakukannya, dan lelaki tersebut mula dikerumuni oleh orang ramai. Seketika kemudian, lelaki itu mula mengerudi permukaan blok ais tersebut berkali-kali.

Dia telah mengerudi dua tempat pada permukaan ais itu, dan orang ramai masih tidak mengerti apakah tujuan lelaki itu berbuat demikian. Selepas seketika mengerudi, lelaki tersebut mula mengambil pewarna dan masukkan kedalam blok ais yang baru digerudinya.

Beliau menggunakan beberapa jenis warna seperti hijau, ungu dan merah. Selepas itu menutup lubang ais itu dengan menggunakan lebihan serbuk ais. Selesai menutup, dia mengangkat blok ais itu, dan memberikan raut wajah penonton seperti tidak percaya apa yang baru dihasilkannya.

Blok ais itu baru sahaja diukir bentuk bunga yang cantik sekali. Orang ramai mula bertepuk tangan dan bagaikan tidak percaya hasil seni seperti itu.

Era Baru

Posted on

[Video Penuh] Isteri Orang Kantoi Dengan Lelaki Bangla, Siap Marah Lagi Rakam Dia

Alor Setar – Seorang wanita telah di tangkap ketika melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya bersama seorang pendatang asing warga Bangladesh.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Taman Jubli pada semalam, wanita terbabit di yang juga merupakan isteri orang telah kantoi bersama dengan bangla tersebut .

Merujuk kepada video yang berdurasi selama 1 minit 39 saat telah tular di media sosial menunjukkan wanita tersebut yang cuba mempertahankan lelaki bangla yang kantoi bersamanya itu.

Wanita tersebut juga ada mengatakan bahawa ” Lelaki buat semua boleh saja tapi kalau perempuan buat semua salah”.

Orang ramai yang berjaya menangkap serta merakamkan video terbabit ternyata tidak berpuas hati apabila wanita terbabit terus mempertahankan lelaki bangla terbabit.

Wanita tersebut tetap cuba melindungi bangla terbabit yang kelihatan duduk di belakangnya akibat ketakutan apabila perbuatan mereka terkantoi dengan orang ramai.

Walaupun wanita terbabit bergelar isteri orang tetapi dia masih lagi cuba mempertahankan skandalnya itu kerana melalui percakapannya turut membela lelaki terbabit dengan mengatakan bahawa bangla terbabit tidak membawanya lari tetapi dia mengikutnya dengan rela hati. – Wartawan Jalanan

Posted on

Kawan Jerit “Hujan Lebat Ada Kilat Tuh!!” Dia Tak Endahkan Akhirnya Detik Beliau Di Panah Kilat Dirakam Kawan.


Seorang ibu terbunuh serta merta apabila disambar kilat di sebuah pantai di Brazil.Insiden berlaku ketika Rosangela Biavati, 36, berlari ke gigi air sambil menjerit dan mendepangkan tangan kepada anak lelakinya yang sedang mandi di pantai agar segera naik.

Bagaimanapun sebaik sahaja dia habis berteriak muncul pancaran kilat dari langit menyambar tubuhnya membuatkan dia terus terkulai.

Suami dan rakan-rakan lain berkejar memberikan bantuan termasuk menekan dada Rosangela namun dia tidak memberikan sebarang respon sebelum disahkan sudah meninggal dunia.

Kejadian ini dirakamkan sejak mula oleh seorang jurugambar yang kebetulan berada di pantai tersebut.

Orang ramai sememangnya diberi amaran agar tidak berada berdekatan air ketika cuaca mendung kerana bimbang disambar kilat tetapi kejadian ini membuatkan sesetengah pihak berpendapat amaran sahaja tidak cukup.

Sebaliknya, kawasan pantai harus ditutup daripada dimasuki orang ramai apabila cuaca buruk.

Sumber: semuaviral.net

Posted on

FULAMAK! 10 PUTERI RAJA YANG PALING CANTIK DI DUNIA- TAK SANGKA MALAYSIA PUN TERSENARAI!

Masa kecil dulu mesti pernah berangan nak jadi puteri raja kan?

Kalau masa zaman dahulu, mendiang Puteri Diana yang menjadi pujaan ramai wanita dan lelaki dunia kan? Mana tidaknya, cantik, berkarisma, baik hati dan pemurah adalah kriteria yang dimiliki oleh beliau. Namun, sehingga kini, golongan puteri diraja tetap menjadi sumber inspirasi buat ramai wanita tidak kira berdasarkan rupa paras yang cantik mahupun dari segi pencapaian karier. Oleh itu, kami senaraikan 10 puteri diraja yang paling cantik di dunia pada zaman kini! Bukan sahaja cantik, tapi mempunyai latar belakang yang hebat-hebat juga!
1. PUTERI KATE MIDDLETON, DUCHESS OF CAMBRIDGE
Auto Drafthttp://www.rsvponline.mx/
Kate Middleton adalah salah seorang puteri diraja yang mendapat perhatian paling tinggi di dunia buat masa sekarang. Bukan sahaja cantik, malah beliau juga merupakan graduan dalam bidang sastera dari University of St. Andrews, dimana di situlah merupakan titik pertemuan beliau dengan Putera William pada tahun 2001. Wanita cantik berusia 35 tahun ini juga, mempunyai dua orang anak bersama Putera William iaitu Putera George dan Puteri Charlotte. Selain selalu mendapat perhatian dengan gaya pemakaian yang selalu ‘up to date’, beliau juga terkenal kerana selalu melibatkan diri dalam aktiviti amal.
2. PUTERI CHARLENE (MONACO)
Auto Drafthttp://www.thedailybeast.com/
Charlene Lynette Wittstock atau dikenali sebagai Puteri Charlene merupakan bekas perenang Olimpik di Sydney pada tahun 2000 untuk Africa Selatan dan bersara pada tahun 2007. Wanita berusia 39 tahun ini merupakan isteri kepada Raja Albert II dan mempunyai dua orang cahaya mata bersama. Tak percaya umur beliau dah 39 tahun kan? Nampak macam 20-an lagi.
3. PUTERI AMEERAH BINT AIDAN BIN NAYEF AL-TAWEEL AL-OTAIBI
Auto Draftwww.arah.com
Puteri Ameerah Al Taweel dilahirkan pada 6 November 1983 dan merupakan puteri Arab Saudi.Beliau merupakan seorang puteri yang sangat pemurah dan mempunyai yayasan sendiri yang dikenali sebagai Al-Waleed bin Talal Foundation. Puteri ini juga mempunyai ijazah dalam bidang perniagaan dari Universiti New Hevan dan merupakan bekas isteri kepada Putera Alwaleed Bin Talal.
4. PUTERI CHARTLOTTE MARIE POMELINE
Auto Drafthttp://loanpride.com/
Puteri Charlotte merupakan anak kedua kepada Puteri Hanover, Caroline dan Stefano Casiraghi yang merupakan orang Itali. Beliau merupakan pewaris kelapan yang bakal mewarisi takhta Monaco. Puteri yang berusia 30 tahun dan masih solo ini juga mempunyai latar belakang kerjaya dalam bidang kewartawanan. Beliau merupakan editor bagi majalah Above dan juga duta sukan untuk Gucci. Hebat betul!
5. PERMAISURI RANIA (JORDAN)
10 Puteri Raja Yang Paling Cantik Di Dunia- Wah No 8 Itu Kebanggaan Malaysia!http://en.thegreatmiddleeast.com/
Permaisuri Rania merupakan isteri kepada Raja Abdullah Al Hussein dan mempunyai dua orang anak perempuan dan dua orang anak lelaki. Terkenal kerana menjadi sumber inspirasi wanita dunia dengan kecantikan dan gayanya, permaisuri Rania juga banyak melibatkan diri dalam hal-hal pendidikan negara dan juga menjaga kebajikan rakyat dengan baik. Beliau juga selalu dijemput untuk menjadi tetamu jemputan rancangan televisyen kerana selalu memperjuangkan hak wanita.
6. PUTERI SIRIVANNAVARI NARIRATANA (THAILAND)
10 Puteri Raja Yang Paling Cantik Di Dunia- Wah No 8 Itu Kebanggaan Malaysia!http://prestigeonline.com/
Puteri Sirivannavari dilahirkan pada 8 Januari 1987 dan merupakan puteri tunggal kepada Raja Vajiralongkorn dan Sujarinee Vivacharawongse. Beliau sangat meminati sastera dan juga sukan. Puteri Sirivannavari juga pernah mewakili Thailand untuk acara badminton pada tahun 2005 di Filipina dan turut memenangi emas! Selain itu, puteri ini juga mempunyai label fesyen sendiri yang pernah dipamerkan di Paris juga.
7. PUTERI SALWA AGA KHAN
10 Puteri Raja Yang Paling Cantik Di Dunia- Wah No 8 Itu Kebanggaan Malaysia!http://www.tapeciarnia.pl/
Puteri Salwa Aga Khan atau nama asalnya ialah Kendra Spears. Beliau memeluk Islam selepas berkahwin dengan Putera Rahim Aga khan pada tahun 2013. Pada tahun 2008, beliau memulakan kareer sebagai model di New York dan terus berkembang sebagai salah seorang model terkenal yang memperagakan pakaian dari Gucci, Lanvin dan Valentino.
8. TUNKU AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH (MALAYSIA)
10 Puteri Raja Yang Paling Cantik Di Dunia- Wah No 8 Itu Kebanggaan Malaysia!www.pinterest.com
Rakyat Malaysia pasti kenal kan puteri cantik ini? Beliau merupakan anakanda kedua dan puteri tunggal bagi pasangan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar dan Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofia. Beliau mempunyai enam orang adik-beradik dan mesra disapa sebagai “Tunku Inah”. Selain itu, beliau juga telah belajar untuk menunggang kuda ketika berumur 11 tahun serta mewarisi bakat ibunya yang suka melukis. Wanita berusia 30 tahun ini juga telah mengeluarkan rangkaian set penjagaan kulit iaitu “Luvins The Royal Art of Beauty” yang dibuat khusus bagi setiap wanita tanpa mengira had umur.
9. PERMAISURI JETSUN PEMA (BHUTAN)
10 Puteri Raja Yang Paling Cantik Di Dunia- Wah No 8 Itu Kebanggaan Malaysia!www.pinterest.com
Jetsun Pema adalah permairusi Bhutan dan merupakan isteri kepada Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck.Baru saja berusia 26 tahun, wanita ini juga amat meminati bola keranjang dan melukis. Di Bhutan, beliau dikenali dan selalu menjadi inspirasi wanita kerana cara pemakaian tradisional beliau. Walaupun selalu memakai pakaian tradisional, tetapi kejelitaan dan kelembutan beliau sering menjadi kegemaran penduduk Bhutan.
10. PUTERI KEISHA OMILANA (NIGERIA)
10 Puteri Raja Yang Paling Cantik Di Dunia- Wah No 8 Itu Kebanggaan Malaysia!http://www.keyword-suggestions.com/
Wanita berkulit hitam yang cantik ini merupakan graduan dalam bidang fesyen dan juga seorang model dan terkenal di Amerika Syarikat. Beliau amat dikenali di sana selepas menjadi satu-satunya wanita berkulit hitam yang muncul dalam iklan Pantene di Amerika. Selain itu, puteri ini juga pernah muncul dalam filem seperti Zoolander dan rancangan televisyen seperti 30 Rock dan SNL.

Cantiknya semua!

Posted on

Honda Jazz Remuk Teruk Dilanggar Ferrari, Namun Pemiliknya Yang Sedang Marah Itu Tidak Jadi Mengamuk Setelah Melihat Keaadaan Pemandu Ferarri Tersebut.

Kebiasaannya, setiap kali apabila berlakunya kemalangan, pastinya akan tercetusnya pergaduhan sama ada kecil ataupun besar.

Namun berbeza dengan lelaki ini setelah kenderaan Honda Jazz berwarna putih yang dipandunya itu itu telah dilanggar daripada bahagian belakang oleh sebuah Ferrari berwarna merah.

Honda Jazz Ini Dilanggar Ferrari, Namun Pemiliknya Yang Sedang Marah Itu Tidak Jadi Mengamuk Setelah Melihat Pemandu Ferarri Itu Adalah Seorang…

Meskipun pada mulanya, lelaki itu berasa seperti mahu mengamuk apabila pemandu Ferrari merah itu tidak mahu keluar daripada kenderaannya walaupun sudah berkali-kali diminta supaya berbuat demikian.

Menurut sumber, sewaktu kejadian, lelaki itu sedang memandu dengan tenang di Xunliao Bay di Guangdong, China sebelum kenderaannya itu dilanggar daripada bahagian belakang oleh Ferrari merah tersebut.

Berang dengan kejadian tersebut, lelaki itu kemudiannya telah keluar daripada kenderaannya dan meminta pemandu Ferrari tersebut untuk keluar bersama bagi menyelesaikan masalah itu.

Honda Jazz Ini Dilanggar Ferrari, Namun Pemiliknya Yang Sedang Marah Itu Tidak Jadi Mengamuk Setelah Melihat Pemandu Ferarri Itu Adalah Seorang…

Walau bagaimanapun, pemandu Ferrari yang sedang ketakutan itu enggan berbuat demikian dan tidak mahu keluar sebaliknya memanggil pihak polis supaya tiba ke lokasi kejadian bagi mengelakan sebarang kejadian tidak diingini daripada belaku.

Setibanya pihak polis di lokasi kejadian, lelaki itu kemudiannya telah pergi mengadu kepada anggota polis itu tentang situasi yang sedang dialaminya. Pihak polis kemudiannya telah meminta pemandu Ferrari tersebut untuk keluar daripada kenderaannya.

Honda Jazz Ini Dilanggar Ferrari, Namun Pemiliknya Yang Sedang Marah Itu Tidak Jadi Mengamuk Setelah Melihat Pemandu Ferarri Itu Adalah Seorang…

Setelah berkali-kali diminta untuk keluar daripada kenderaannya, pemandu Ferrari tersebut akhirnya akur dan keluar daripada kenderaannya.

Pemandu Honda Jazz yang berang sebentar tadi tiba-tiba terus menjadi tenang dan rasional. Mungkin kerana berasa serba-salah apabila mendapati pemandu Ferrari tersebut merupakan seorang wanita, ataupun mungkin terpegun melihat kejelitaan pemandu wanita itu.

Posted on

Hina Sangatkah Aku Ini! Kematian Ibu, Dihalau Rumah Sewa, Anak Sebatang Kara Cari Tempat Menumpang Kasih. Sedihnya!

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul beban. Ujian datang kepada manusia tanpa dapat dijangka-jangka. Sebagai insan yang lebih bernasib baik, kita disarankan untuk membantu mereka yang dalam kesusahan untuk meringankan penderitaan dialami.

Kisah sedih seorang anak yang ditemui netizen ini pasti membuatkan kita sebak dan mensyukuri nikmat kehidupan sebenar.

Jumpa anak kematian ibu di KL Sentral

Kematian Ibu, Dihalau Rumah Sewa, Anak Sebatang Kara Cari Tempat Menumpang Kasih. Sedihnya!

Kematian Ibu, Dihalau Rumah Sewa, Anak Sebatang Kara Cari Tempat Menumpang Kasih. Sedihnya!

Pengguna Facebook, Sa Ra menceritakan kisah rakannya yang terjumpa seorang budak di dalam KTM bernama Muhammad Syah Rasyidi. Anak itu sedang mencari saudara-mara kerana telah kematian ibu sebulan lalu.

Tambah menyedihkan, dia juga turut dihalau dari rumah kerana tidak mampu membayar sewa. Untuk sementara waktu dia tinggal di bawah bangunan di KL Sentral namun kini dijaga sepasang suami isteri yang prihatin.

Mahu tuntut pampasan kematian ibu

Kematian Ibu, Dihalau Rumah Sewa, Anak Sebatang Kara Cari Tempat Menumpang Kasih. Sedihnya!

Kematian Ibu, Dihalau Rumah Sewa, Anak Sebatang Kara Cari Tempat Menumpang Kasih. Sedihnya!

Menurut gadis itu lagi, anak berkenaan perlu diviralkan untuk mendapatkan butir-butir keterangan dirinya daripada saudara-mara atau sekolahnya sebelum ini bagi memudahkan proses tuntutan pampasan kematian ibunya.

Tambahnya, anak itu tidak pernah berjumpa dengan bapanya dan sudah berhenti sekolah sejak darjah 4. Dengan mengetahui sekolah dia sebelum ini, diharapkan dokumen seperti surat beranak dapat ditemui dan tuntutan dapat dibuat.

Video yang sempat dirakam