Posted on

Wow! Selepas 11 Tahun Steve Irwin Meninggal, Siapa Sangka Anak Daranya Membesar Menjadi Seperti Ini…

Sebut sahaja rancangan The Crocodile Hunter yang pernah disiarkan di Malaysia satu ketika dulu, pasti akan terus teringatkan gelagat seorang lelaki yang begitu berani mendekati pelbagai haiwan berbahaya iaitu Steve Irwin.

Walaubagaimanapun, keberanian Steve akhirnya memakan diri apabila dia diserang oleh seekor ikan pari yang besar hingga menusuk dada Steve ketika cuba melakukan penggambaran untuk programnya. Steve dikatakan meninggal dunia ditempat kejadian.


Kini, legasi dan kerjayanya diteruskan oleh anak perempuan Steve dan Terri iaitu Bindi Irwin. Gadis berusia 16 tahun yang berwarganegarakan Amerika Syarikat ini bercadang untuk bekerja sepenuh masa di Australia Zoo selepas tamat pengajiannya dalam bidang Perniagaan dan Perlancongan.

“Ayah merupakan pahlawan hidupan liar dan kami sangat mengaguminya.Saya masih ingat dia memberi saya nasihat yang membuatkan saya terjebak dalam bidang ini selamanya. Beliau berkata, ‘Anda perlu merawat haiwan dengan cara yang anda ingin dirawat.’ Yang benar.”


16-year-old-bindi-irwin-crocodile-hunter-fathers-legacy-australia-zoo-1
 photo 16-year-old-bindi-irwin-crocodile-hunter-fathers-legacy-australia-zoo-9.jpg

 photo 16-year-old-bindi-irwin-crocodile-hunter-fathers-legacy-australia-zoo-8.jpg
 photo 16-year-old-bindi-irwin-crocodile-hunter-fathers-legacy-australia-zoo-12.jpg

 photo 16-year-old-bindi-irwin-crocodile-hunter-fathers-legacy-australia-zoo-10.jpg

 photo 16-year-old-bindi-irwin-crocodile-hunter-fathers-legacy-australia-zoo-5.jpg

 

  

Posted on

“BAIK KAU BELA KHINZIR TERUS,” KATA NETIZEN TERHADAP WANITA BERTUDUNG YANG BELAI, PELUK DAN CIUM ANJING DI KHALAYAK..

AWAL tahun ini, media sosial pernah dikejutkan dengan kisah seorang gadis Muslim bangga bercerita pengalaman dirinya memelihara seekor anjing yang dikenali sebagai Bubu.


Tindakan wanita itu yang jelas merendahkan hukum Islam mengakibatkan dia dikecam teruk sehingga ada yang melabelkan sebagai seorang yang mengangkat fahaman liberal.

Malah, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sendiri tampil mengingatkan wanita itu agar segera bertaubat daripada meneruskan perbuatannya itu.

Kini setelah sekian lama isu tersebut menyepi, media sosial kembali kecoh apabila muncul pula ‘orang baru’ yang dikatakan mengikut jejak langkah gadis berkenaan.

Menerusi rakaman video yang kini mencetuskan polemik dalam kalangan netizen, wanita berhijab itu dilihat selamba membelai, memeluk malah mencium seekor anjing.


Tambah memburukkan keadaan lagi, wanita tersebut dilihat seakan begitu bangga melakukan aksi tersebut di tempat umum.

Tidak pasti siapa yang merakam, namun wanita tersebut tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah.

Susulan video tersebut, rata-rata netizen membuat spekulasi bahawa kejadian tersebut mungkin tidak berlaku di dalam negara berdasarkan pemerhatian latar belakang restoran di luar negara.

“Baik kau pegang babi terus, bodoh bukak je lah tudung,” tulis seorang netizen.

Bagaimanapun ada netizen yang beranggapan wanita tersebut merupakan seorang non-muslim dan meminta tidak membuat sebarang spekulasi.

Namun sehingga kini, identiti wanita tersebut belum dapat dikenal pasti. Jika ianya benar kejadian berlaku di Malaysia diharapkan pihak berwajib tampil mengambil tindakan yang segera. – MYNEWSHUB

Posted on

Angkat Tangan Minta Kebenaran Ke Tandas. Selepas Keluar, Calon Ini Minta ‘SESUATU’ Yg Buat Cikgu TERGAMAM !!!

Minggu ini bermulalah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan hari ini sudah masuk ke hari yang ketiga.

Kisah ini yang dikongsikan oleh sebuah laman sosial Penang Kini. Mungkin melalui seorang guru.

Kejadian yang baru berlaku selepas 20 minit peperiksaan bermula pagi ini.

Semoga kita dapat pengajaran dari kisah ini.

Hari ketiga mengawas SPM 2017, Paper sejarah kertas 2. Masa: 10.00 pg hingga 12.30 tghari.

SEORANG CALON MINTA KE TANDAS.

Setelah 20 minit masa berlalu, seorang calon lelaki bersongkok, air muka bersih tiba-tiba mengangkat tangan meminta kebenaran ke tandas.

 

 

Saya benarkn sambil mengiringi beliau. Sebelum itu dah perasan yang beliau macam tak keruan.
Kedengaran bunyi air daripada dalam tandas.

Calon tadi keluar dan saya lihat wajah dan tangannya basah smbil tangannya memegang stokin serta kasutnya.

 

MINTA IZIN UNTUK SOLAT.

“Izinkan saya solat sekejap ye cikgu, saya blank…” ujarnya meminta kebenaran.

 

 

Belum pun sempat saya berkata apa-apa seraya tergamam, calon itu sudah pun mengangkat takbiratulihram.

Terkedu saya sambil memerhatikan beliau solat. Solat tanpa sejadah tetapi sujud dengan dahi menyentuh lantai simen yang amat naif itu. Allahu Akbar.

Tiba sujud di rakaat terakhir, agak lama beliau sebegitu.

 

MENANGIS SELEPAS SOLAT.

Selepas memberi salam, beliau mula menangis tersedu-sedu seraya berkata :

“Cikgu… Saya blank… Tiba-tiba saya rasa otak saya kosong. Trial haritu saya dpt sejarah A+”.

 

 

Tetiba rasa keibuan saya hadir dan tanpa sedar turut sama-sama menangis sambil saya menggosok belakangnya dan memintanya beristighfar serta membaca Al Fatihah.

“In shaa Allah, Allah bantu awak. Buat yg terbaik ye” ujar saya.

Dia angguk dan bangun menuju ke dewan semula. Allahuakbar.

Semoga Allah permudahkan urusanmu duhai anak muda. Perjalanan mu masih jauh. Semoga terus istiqamah mengharapkan Allah sebagai penolong dikala kebuntuan.

Pengajaran yang saya dapat daripada beliau…

ALLAH jua lah sebaik-baik penolong. Kita terlalu kerdil, maka bersujudlah dan mintalah pada Allah.
Terima kasih kerana pengalaman yg cukup bermakna ini duhai anak muda.

Admin share kerana saya rasa tak ramai anak muda skrg seperti beliau…

Sumber : Penang Kini

Posted on

(SAYU) HARI PERTAMA SPM, IBUKU DIJEMPUT ILAHI.

Berita kejadian 12 tengahari menimpa ibunya, Maziah Alias, 50, itu diketahui Muhammad Noh Zakaria, 17, sejurus menduduki peperiksaan kertas dua Bahasa Melayu pada 4.30 petang.

Guru Besar Sekolah Agama Kota Damansara 5 itu, ditemui tidak sedarkan diri ketika berehat di bilik rawatan di sekolah itu selepas keletihan dan tidak bermaya.

Menurut Muhammad Noh, dia amat terkejut dimaklumkan mengenai pemergian ibunya itu oleh pengetuanya.

“Patutlah saya tidak sedap hati selepas solat Zohor tadi selain berasa degupan jantung tiba-tiba kencang, namun hanya menganggap ia perasan gementar sebelum menjawab peperiksaan.

“Selepas habis menduduki peperiksaan itu, saya dipanggil ke bilik pengetua dan mula berdebar kerana melihat bapa saudara turut berada di situ dan meminta saya supaya bersabar,” katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya di Kampung Budiman di sini, petang tadi.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, malam ini.

Lebih 300 ahli keluarga termasuk saudara mara dan kenalan turut hadir memberi penghormatan kepada arwah yang turut dikenali sebagai Ustazah Maziah.

Allahyarham turut meninggalkan suami, Zakaria Kasiran, 56, bersama lima anak lain iaitu Haziq Fikri, 28; Fadlin Sakinah, 25; Saidatul Kalimah, 23; Rabiatul Adawiyah, 15, dan Mizan Qistina, 8. Muhammad Noh berkata, walaupun ia detik yang sukar, dia berpegang kuat dengan pesanan ibunya supaya menjadi insan yang berjaya.

Sementara itu, Zakaria berkata, arwah kebiasaannya akan mengucapkan ‘bye-bye’ ketika bersalaman sebelum pergi mengajar ke sekolah.

“Namun, pagi tadi dia ada meminta maaf kepada saya dan tidak menyangka ia petanda akan meninggalkan kami sekeluarga buat selamanya,” katanya.

Dalam pada itu, rakan Allahyarham yang juga guru sekolah sama, Intan Ibrahim, 31, berkata, dia pada awalnya mahu mengejutkan arwah, 10.30 pagi, namun tidak berbuat demikian kerana memberi ruang supaya berehat.

“Ada tetamu hadir untuk menemui Ustazah Maziah dan kami terkejut melihat dia sudah tidak sedarkan diri dan mempunyai kesan muntah di pipinya

“Selain menghubungi ambulans bagi mendapatkan bantuan kecemasan, saya cuba melakukan bantuan pernafasan namun gagal dan dia disahkan meninggal dunia pada 12.15 tengahari,” katanya.

Menurutnya, dia masih teringat pesanan Allahyarham kepada rakan sejawatan lain supaya menjaga sekolah itu dengan baik sebelum ini.

“Tidak sangka itu pesanan dan amanat terakhirnya kepada kami,” katanya menyifatkan Allahyarham seorang yang berdedikasi dan amat disegani ramai termasuk muridnya.

Pelajar Sekolah Agama Menengah Nurul Iman, Kampung Bukit Cherakah, Muhammad Noh Zakaria (kanan) ditenangkan oleh ahli keluarga sebaik tiba di rumahnya selepas pulang dari Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sejurus mendapat berita pemergian ibunya Mahziah Alias yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Jalan Hamzah, Kampung Budiman, Shah Alam . STR/FAIZ ANUAr

Posted on

Lepas Doktor Pompuan Seluk, Doktor Laki Plak Seluk..Lepastu Budak Praktikal plak Acah2 Nak Seluk!!

Assalamualaikum. Maaf saya hanya nak berkongsi perasaan. Semalam saya ade tanda nak bersalin, saya pegi dekat sebuah hospital ni.

First time pegi sane. Agak terkilan, bila yang cek perut saya pelajar praktikal lelaki, seluk bukaan pelajar praktikal perempuan dan diperhatikan oleh 2 orang pelajar praktikal lelaki. Saya dah beritahu doktor perempuan muslimah yang bertugas time tu, saya tak benarkan.

Tapi, dia cakap “takpe, puan dapat pahala bagi diorang belajar”. Allahu rase macam badan ni patung dipegang sane sini. Saya faham kite tak boleh nak memilih, sebab kerajaan. Tapi, dimana hak kite sebagai pesakit.

Sedangkan islam hanya membenarkan seandai darurat. Sedangkan doktor wanita muslimah itu ade disitu tapi hanya bagi arahan kepada pelajar praktikal. Takpela, mungkin ini dah bahagian saya.

Saya tak kesah kalau yang cek itu seorang doktor lelaki seandai darurat, kalau tiada seorang doktor wanita yang bertugas waktu tu.

Tapi, keadaan saya dicek oleh pelajar praktikal lelaki dan wanita sambil dinilai oleh doktor wanita. Maaf ye, ni sekadar luahan saya. 😔 sampai sekarang dah rase fobia nak pergi hospital.

Kredit: aliffchannel.com

Bayi mengalami pendarahan dalam otak selepas terjatuh dari buaian.


MELAKA – Seorang bayi lelaki berusia setahun enam bulan mengalami pendarahan dalam otak akibat terjatuh dari buaian.

Dalam kejadian 23 Mei lalu, Muhammad Adam Hadiff Muhammad Faiz, dilaporkan tidak sedarkan diri selepas terjatuh dari buaian, petang hari kejadian, dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pembedahan.

“Salam, minta jasa baik kawan-kawan doakanlah anak kami, Muhammad Adam Hadiff. Petang tadi telah jatuh dari buaian, tak sedarkan diri. Ada pendarahan di otak.

“Sekarang dalam perjalanan ke HKL untuk operate.,” tulis bapanya, Faiz Madnan, di Facebook.

Menurut ibu saudaranya, Nur Hidayah, Muhammad Adam terjatuh dari buaian di taman permainan semasa ditemani ibunya.

Bagaimanapun, jam 7 pagi 24 Mei, Nur Hidayah memaklumkan Muhammad Adam sudah memberi tindak balas untuk bergerak.

“Alhamdulillah Adam Hadiff sudah bagi tindak balas untuk bergerak. Tetapi masih dalam keadaan tidak sedar,” tulisnya.

Sementara itu di media sosial, netizen tidak putus-putus mendoakan agar Muhammad Adam Hadiff cepat sembuh. Kejadian itu juga dijadikan sebagai peringatan kepada ibu bapa yang lain agar berhati-hati dan sentiasa mengawasi pergerakan anak kecil mereka bagi mengelak kejadian seumpama itu berlaku.