Posted on

Fakta Atau Auta?? Menurut Kajian, Hidu Kentut Suami Boleh Panjangkan Umur Isteri

Kentut adalah suatu lumrah kehidupan untuk semua manusia. Malah ada sesetengah orang yang kentut lebih daripada sepuluh kali sehari.

Anda akan merasakan satu nikmat yang susah untuk dibayangkan setelah anda melepaskan kentut yang sangat kuat. Isunya sekarang ialah, situasi selepas kentut anda dilepaskan – apabila kentut anda menghasilkan bau yang busuk dan dibiarkan “terapung” di udara untuk di bau.

Menurut satu kajian, menghidu kentut suami akan membuatkan peluang anda untuk hidup lebih lama adalah tinggi. Ini kerana, bau metana dan hydrogen sulfida yang ada pada kentut seseorang itu sebenarnya membantu mengubah fungsi enzim dalam badan anda mengurangkan penyakit-penyakit seperti Dementia.

Selain itu, kajian baru oleh Exeter University di England telah menjelaskan bahawa ia juga membantu dalam mencegah kerosakan mitokondria.

Kesimpulannya, biarlah kentut anda keluar dengan sepuas-puasnya dan yang paling penting sekali, jangan sesekali anda takut dan malu di samping isteri kerana pada hakikatnya, ia dapat membantu menjaga kesihatan isteri anda.

——————————————————————-

Info Berkaitan :

Hukum Seorang Bapa Memeluk dan Mencium Anak Perempuannya Yang Sudah Baligh

Soalan:

Apakah hukum seorang bapa memeluk dan mencium anak perempuannya sendiri yang telah baligh dan dewasa?

Jawapan:

Seorang bapa memeluk dan mencium anak perempuannya di bahagian kepala, pipi atau antara kedua matanya dalam bentuk kasih sayang adalah harus, sekalipun anak perempuannya telah baligh, besar dan dewasa dengan syarat bebas dari fitnah atau bebas dari rangsangan syahwat.

Namun dilarang dari mencium mulut, kerana ciuman mulut hanya di antara suami dan isteri kerana kebiasaannya ia dapat merangsangkan syahwat. Pernah ditanya kepada al-Imam Ahmad: “Bolehkah seorang lelaki mencium wanita yang mahram dengannya?” Jawab Imam Ahmad:

Maksudnya: “(Boleh) Jika dia (lelaki itu) baru pulang dari permusafiran, dan dia tidak bimbangkan dirinya (dari fitnah).”

Kata Ibn Muflih:

Maksudnya: “akan tetapi tidak boleh melakukan ciuman pada mulut sama sekali, (sebaliknya) pada dahi atau kepala.” (al-Adab al-Syar’iyyah 2/256)

Di dalam al-Iqna’ (3/156) dinyatakan pula:

Maksudnya: “Dan tidak mengapa bagi yang baru pulang dari permusafiran mencium wanita-wanita mahram dengannya, jika dia tidak bimbangkan (fitnah) terhadap dirinya. Akan tetapi jangan melakukan ciuman pada mulut, sebaliknya pada dahi atau kepala.”

Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah 13/130 dinyatakan:

Maksudnya: “Tidak boleh bagi seseorang lelaki mencium mulut lelaki lain atau tangannya atau anggota lain, demikian juga tidak boleh seorang wanita mencium wanita lain, berpelukan dan bersentuhan badan dan seumpamanya. Semua itu (dilarang) jika dalam bentuk bersyahwat. Perkara ini tiada perbezaan di kalangan fuqaha’… adapun jika ciuman itu bukan pada mulut dan dalam bentuk kebaikan dan kemuliaan atau bertujuan kasih sayang ketika bertemu dan berpisah, maka tidak mengapa.”

Pernah ditanya kepada al-Syeikh Ibn Baz RH: “Apakah boleh seorang lelaki mencium anak perempuannya yang telah dewasa dan melepasi umur baligh, sama ada anak perempuan itu telah berkahwin atau belum, sama ada ciuman di tangan atau mulutnya dan seumpamanya. Jika anak perempuannya yang menciumnya di tempat-tempat itu apa pula hukumnya?”

Jawab beliau: “Tidak mengapa seorang lelaki mencium anak perempuannya yang telah dewasa mahupun yang kecil tanpa syahwat, dan dilakukan di pipi jika anak perempuan itu telah besar berdasarkan apa yang telah thabit daripada Abu Bakr al-Siddiq RA, yang pernah mencium anak perempuannya ‘Aisyah RA di bahagian pipi. (Namun) ciuman pada mulut kadang-kadang boleh menimbulkan syahwat, maka tidak melakukannya adalah lebih afdhal dan lebih berhati-hati. Demikian juga anak perempuan seseorang, boleh mencium bapanya di hidung atau kepada tanpa syahwat. Adapun jika beserta dengan syahwat, maka diharamkan semua perkara itu bagi mengelak fitnah dan menutup jalan kepada perkara yang keji.” (Fatawa Islamiyyah 3/78,79)

Wallahu a’lam.

Sumber : khalifahmedia.com

Posted on

Ramai Tak Sangka Wajah Wanita 43 Tahun Ini Penuh Bintik Hitam Bertukar Menjadi ‘Peloles’ Lepas Guna Masker Semulajadi Ini…

Hanya dengan campuran halia segar, cuka dan madu, dalam beberapa hari bintik hitam pada wajah terus pudar.

Wanita berusia 43 tahun di bawah ini hanya menyapu campuran bahan ini selama beberapa minggu, dan wajahnya kembali berseri seperti gadis muda 20 tahun!

Bukan saja wanita, lelaki pasti suka juga dengan tips ini, kerana mudah, cepat dan semulajadi.

Bahan-bahan:

Halia segar, cuka dan madu.

Caranya ialah:

1. Cuci halia sehingga bersih.
Masukkan dalam balang, tuangkan cuka dan tutup rapat balang tersebut. (Jangan terlebih sehingga paras leher balang)

Masukkan balang ke dalam peti sejuk, dan biarkan selama 1 hari.

2. Keluarkan balang dari peti sejuk, buka dan masukkan madu secukupnya, adukkan sebati. Tunggu 30 minit.

Siap! Masker campuran halia, cuka dan madu semula jadi.

3. Ambil potongan halia tersebut, usapkan pada wajah dan bahagian yang berbintik hitam. Biar selama beberapa minit, kemudian bilas dengan air suam panas.

Anda pasti bakal terkejut tidak percaya dengan hasil ajaibnya! Mulus, putih, bersih malah berkilau! Tentunya akan dijadikan rutin.

Semoga bermanfaat dan jangan lupa kongsikan pada rakan-rakan dan keluarga.

P/S. : Kerana jenis dan sensitiviti kulit setiap orang berbeza, cara ini belum tentu sesuai pada kulit semua orang. Jika selepas melakukan rawatan ini kulit terasa panas atau timbul kemerahan, segera rujuk kepada doktor.

Posted on

YA ALLAH! Selama Ini Tak Tahu Pun! Jangan Kerap Minum Air Botol Terbiar Lama Di Dalam Kereta, Ini Akibatnya…

Botol air plastik yang terlalu lama terdedah dengan suhu kereta ini langsung tidak bagus kerana haba telah melepaskan bahan kimia yang merbahaya dan pada masa yang sama telah mencemarkan kandungan air yang berada di dalam botol berkenaan.

Jika hari tersangat terik dan anda telah meninggalkan botol air di dalam kereta sehingga berjam-jam lamanya atau lebih dari itu, anda tidak digalakkan untuk meminum air itu lagi.

Disebabkan perkara ini juga, menurut kajian ia juga boleh menjadi penyebab utama terjadinya risiko kanser payudara terutamanya di Negara Australia.

Akibat dari hawa yang terlalu panas yang boleh memanaskan botol plastik di dalam botol yang telah memiliki bahan kimia yang tertentu itu boleh wujudnya penyebab kanser payudara muncul.

Menurut kajian, penggunaan botol dan pembungkusan plastik telah menunjukkan ianya mengandungi Polyvinyl chloride (PVC) secara berulang kali telah mendedahkan penggunaan unsur bahan kimia seperti ‘Vinyl chloride monomer’ (VCM) dan juga ‘Phtalates’. VCM ini juga telah dikenalpasti telah mengandungi nkarsinogen yang boleh menjadi penyebab risiko pertumbuhan barah.

Mengikut kajian Pensyarah Kesihatan Pesekitaran di Jabatan Kesihatan Masyarakat,Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Jamal Hisham Hashim menyatakan penggunaan botol pastik air meineral dan botol minuman ringan hanya boleh dipakai hanya sekali dua sahaja sebelum dibuang.

Terdapat seorang wanita yang dikenali sebagai Sherl Crow yang telah menghadiri satu rancangan Ellen Show dan beliauy turut mendedahkan punca utama kanser payudara yang dihidapinya itu semuanya bermula dari minum air botol plastik yang telah ditinggal terlalu lama di dalam kereta miliknya.

Posted on

Ini Bukan SEMBANG Kosong! Cara Buang Whitehead & Blackhead Serendah RM0.40. Guna 2 Bahan Saja!

(Video dan gambar penuh ada di bawah sekali)

“Aduh, stres betul bila rasa kulit muka menggerutu dan kasar. Rupanya, dah banyak whitehead dan blackhead yang berkumpul…”

Whitehead dan blackhead adalah salah satu musuh utama wanita selain jerawat. Yalah, siapa tak mahu wajah licin dan ‘flawless’ kan?Kedua-dua ‘makhluk’ ini memang selalu menyerang wajah, terutamanya bahagian zon T – iaitu di bahagian atas kening, hidung sehingga pipi. Zon ini merupakan kawasan paling berminyak pada muka.

Biasanya cara mudah nak hilangkan kedua-dua whitehead dan blackhead ini adalah dengan menggunakan masker atau kertas khas yang dibeli dari farmasi. Tapi kadang-kadang mesti ada masanya kita malas nak keluar dan mencari semua barang tu.

Jadi di sini kami nak kongsikan salah satu cara yang berkesan dan menjimatkan untuk anda membuang whitehead dan blackhead. Bajetnya cuma RM0.40 saja! Macam tak percaya, tapi inilah petua yang telah diamalkan sejak sekian lama oleh Puan Yanie Rosdi.

Jom kita tengok perkongsian tips daripada beliau selengkapnya di bawah.

CARA BUANG WHITEHEAD & BLACKHEAD SERENDAH RM0.40. GUNA 2 BAHAN SAJA!

Beginilah cara buang whitehead dan blackhead yang degil pada wajah anda. Hanya guna 2 bahan tau.

BAHAN-BAHAN

Sebiji telur (diambil putihnya)
3 keping kapas muka

CARA-CARA

Berikut adalah step-by-step membuang whitehead dan blackhead tersebut dengan jayanya.

1. Asingkan Putih Telur

Mula-mula, asingkan telur putih daripada kuningnya. Kita akan gunakan yang bahagian putih ya.

2. Rendamkan Kapas

Seterusnya, ambil kapas muka tadi dan rendamkan ke dalam telur putih yang telah diasingkan.

Agak-agak rendam sampai kapas dah larut dengan semua putih telur.

3. Wapkan Muka Dengan Air Suam

Sementara itu, wapkan muka dengan air suam. Langkah ini penting untuk buka pori supaya lebih terangkat.

4. Tepekkan Kapas

Kemudian, tampalkan kapas bertelur di sekitar zon T dan tunggu sehingga 1 jam atau hingga kapas mengering.

Kalau nak cepat, boleh duduk depan kipas supaya kapas lebih cepat kering.

5. Angkat

Beginilah hasilnya. Segala whitehead dan blackhead akan terangkat bila kapas dah mula mengering dan ditarik keluar. Kulit muka pun akan terasa lebih licin dan segar.

Cuba buat dengan konsisten seminggu 2 kali dan tengok hasilnya nanti.

MUDAH & MURAH. TAPI CUKUP BERKESAN

Mudah dan jimat, bukan? Inilah tips kecantikan yang ringkas tetapi tetap mujarab. Mudah-mudahan ramai yang dapat mencubanya sendiri di rumah. Kongsikan dengan kami bagaimana hasilnya nanti.

Jika anda ada sebarang tips lain untuk dikongsikan, kami amat mengalu-alukannya!

*Perkongsian asal tips ini adalah oleh Puan Yanie Rosdi dan ia diterbitkan semula dengan kebenaran beliau. Untuk sebarang pertanyaan dan lebih banyak perkongsian tips, boleh follow beliau di SINI.

Posted on

Rumah Tangga TAK BAHAGIA? Ini Mungkin 5 Puncanya…

Setelah diuji dengan ‘kehilangan’ barulah menangis mencari di mana Tuhan. Jika Allah menguji bermakna DIA mahu kita kembali, mahu kita berasa lemah dan perlukanNya, mahu kita ingat semua yang dimiliki hanya pinjaman.

Sila semak ya!

1. Punca sebenar masalah kewangan dalam keluarga adalah jauhnya mereka dengan Tuhan.

2. Tiada ilmu agama yang membawa kepada pemikiran yang positif, hati yang tenang dan khusyuk tunduk kepada Allah SWT.

3. Jika mereka sembahyang hanya di pinggiran sahaja tidak masuk menghadapNya dengan membawa ilmu di dada.

4. Jika berdoa cepat putus asa dan tak yakin dengan kuasa Allah SWT.

5. Kalau mencari nafkah tak kira halal haram semua masuk poket yang sama.

Bagaimana tidak sengsara jika Allah yang memberi kebahagiaan itu diceraikan daripada jiwa raga kita?

Tidak mustahil suami isteri yang mahu bercerai atas sebab harta sebenarnya kerana mereka telah lebih dahulu menceraikan diri dengan Allah SWT.

Posted on

Psychologist Dedah Memori Perempuan Lebih Kuat Berbanding Lelaki, No 12 Mesti Ramai Setuju Kan?

(Video dan gambar penuh di bawah sekali)

Semestinya lelaki dan perempuan itu diciptakan berbeza dari pelbagai aspek dan pemikiran. Bagi wanita , mereka susah nak memahami kaum lelaki manakala lelaki pula berpendapat memang sukar untuk memahami perasaan golongan wanita ini.

Aiman Amri, pembantu Psychologist ini berkongsi perbezaan senario pemikiran dan tingkah laku antara lelaki dan perempuan menerusi laman Twitter miliknya. Thread ini akan membincangkan perbezaan cara pemikiran antara perempuan dan lelaki menurut istilah sains. Korang nak tahu apa bezanya? Jom…

Apa beza antara kita?

Tidak dinafikan cara pemikiran lelaki dan wanita amat berbeza. Korang setuju tak? 12 points ini akan melihat dari aspek sains dalam otak manusia.

Perempuan banyak berfikir

Sel otak antara lelaki dan perempuan adalah tidak sama. Sebab itulah perempuan mengalami persoalan hidup yang banyak sebab mereka suka sangat berfikir.

Lelaki lebih hebat parking

Perempuan juga hebat dalam menyimpan banyak perkara dalam memorinya. Ingatan mereka juga bagus berbanding lelaki. Tapi, otak lelaki ada Spatial Intelligence (kefahaman ruang 3D, jarak) sebab itu lelaki boleh parkir kereta dengan pantas.

Lebih spesifik

Perempuan juga lebih spesifik dan teliti dalam setiap aspek. Korang pernah tak ditanya isteri ketika hendak keluar rumah? Wajib akan ada soalan-soalan ini. Nak ke mana? Dengan siapa? Dimana?… Bukannya apa, mereka risau saja.

Sel kulit lelaki juga ada banyak deria saraf yang sensitif, mudah teransang. Sebab itulah lelaki tidak berpegangan tangan ketika berjalan.

Otak perempuan lebih besar

 

Deria penglihatan wanita lebih tajam terhadap warna. Malah, mereka boleh menghubungkaitkan warna tersebut kepada beberapa perkara lain. Tapi tahukah korang, perempuan mudah mengelamun dan kurang fokus? Kalau tidak percaya, cuba sembang lama dengan kawan perempuan korang.

Malah, perempuan memiliki parietal lobe di otak yang lebih besar berbanding lelaki. Parietal lobe ini berfungsi untuk mengawal emosi, perasaan dan bahasa. Sebab itulah emosi dan perasaan perempuan kurang stabil.

Jangan salahkan perempuan

Mengikut fakta sains, otak perempuan mempunyai lebih banyak protein Foxp2 (language protein) dan mereka mempunyai kuota 13-20 ribu perkataan lebih banyak dari lelaki.

Perempuan juga lebih mampu mengingat pelbagai perkara lepas termasuk tarikh bercinta, tempat bulan madu pertama dan sebagainya. Ini kerana mereka mempunyai faktor warna kelabu yang banyak dibahagian otak.

Ini penting!

Rata-rata korang akan setuju dengan point terakhir ini. Korang pernah tak alami istilah 5 minit perempuan? Tahukah korang yang 5 minit perempuan itu adalah 2 jam bagi lelaki?

Sumber : Twitter Aiman Amri, ohbulan

Posted on

“Kalau Kena Patuk Ular, Tolong Jangan Hisap, Jangan Picit Dan Jangan Toreh!” – Ikuti Panduan Yang Betul Ini…

(Video dan gambar penuh sila lihat dibawah sekali).

Ular adalah haiwan berbisa yang mampu meragut nyawa dengan satu semburan berbisanya. Ramai orang sentiasa takut akan haiwan berbisa ini. Namun kadang kala haiwan berbisa ini boleh sesat sehingga memasuki rumah.

Jika duduk di kawasan kampung sudah pasti risau jika ular menceroboh masuk ke dalam rumah. Kita akan bertambah takut dan panik jika terkena patukan haiwan berbisa itu. Jadi bagaimana cara mengatasi jika kita terkena patukan ular?

Dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif bagaimana cara sebenar bagaimana mengendalikan mangsa patukan ular, sebelum mendapat rawatan di hospital, semoga mendapat manfaat bersama.

Bila Kena Patuk Ular

Terkejut saya bila mak mertua saya call tadi. Katanya ada ular masuk rumah.

Tengah khusyuk solat maghrib tadi bunyi macam ada binatang pelik. Rupanya ada ular hitam tengah bergaduh dengan kucing oren yang selalu menyelinap masuk kat dapur.

Nampak macan tedung je. Kalau tedung, memang bahaya sangat la patukannya sebab racunnya sangat berbisa kepada saraf ( neurotoxin ) dan juga sangat la berbisa kepada jantung ( cardiotoxin ).

Sebab tu kalau kita nampak orang kena patuk ular, jangan tiru cerita Hindustan. Cerita Hindustan ni dia main bedal je toreh kulit dan hisap bisa.

Jangan sedut. Jangan ikat.

Jangan toreh. Jangan picit luka.

Yang kena buat adalah :

+ bertenang dan jangan panik.

+ jauhi ular tu.

+ jangan tangkap ular tu. Cukup ingat warna, bentuk kepala ( tiga segi ke bulat ) dan keadaan ular tu masa ular tu patuk ( kalau ular tedung ni cara patuk dia sangat khas).

+ bahagian badan yang kena patuk tu jangan gerak sangat ye. Pergerakan otot boleh mempercepat penyerapan bisa ular tu ke dalam saluran darah).

+ limitkan anggota badan yang kena patuk tu dengan splint/sling. Nak senang faham, buat la camne pun asalkan anggota badan tu tak bergerak sangat masa nak dibawa ke hospital.

Contoh splint

+ masa ke hospital, jangan singgah beli nescafe atau air kopi ye. Kafein dalam tu boleh membuatkan degupan jantung makin laju. Bila jantung makin laju, makin la cepat bisa ular tu tersebar.

p/s : Alhamdulillah ular tedung ni berjaya dibunuh dengan jayanya oleh bapak mertua saya. Kalau ikut guideline sebenarnya kena call JPAM atau Bomba ye. Info yang saya bagi ni tolong save ye, malang kan tak berbau. Kalau ada kejadian dipatuk kan nanti senang, terus bukak je info yang saya dah bagi ni.

Sumber: Dr Taufiq Razif via Siakapkeli

Posted on

“Ibu-Ibu Hati-Hati Bila Beri Anak Makan, Jangan Ulangi Kesilapan Yang Saya Lakukan.” – Ibu Kesal, Anak Derita

Fasa awal umur anak-anak amat mencabar bagi ibu bapa kerana banyak perkara tidak dijangka boleh berlaku. Apatah lagi setiap anak mempunyai perbezaan tersendiri dari segi toleransi terhadap kesihatan. Untuk mengelakkan kejadian tidak diingini, ibu bapa perlulah mengambil langkah berhati-hati menjaga anak.

Seorang ibu berkongsi detik cemas apabila anaknya yang sihat walafiat tiba-tiba ‘bertukar’ kerana kecuaian sendiri.

Bangun tengok kalau anak tetiba merengek

Seorang netizen bercerita pengalamannya berhadapan saat genting apabila anaknya tiba-tiba merengek di malam hari dan masih tidak reda setelah dipujuk. Tidak menyangka sesuatu yang serius berlaku, ibu ini hanya menyuruh si anak beralih kepada suaminya namun masih tiada perubahan.

Muka separuh bengkak

Mungkin alahan makanan atau gigitan serangga

 

Balik rumah cari haiwan mungkin penyebab alergik

Alergik kulit dari makanan, rupanya..

Sorry ayang, mommy bersalah

Sumber: Dylawok, ohbulan

Posted on

Fuhh!!! Rugi Tak Cuba! Cara Putihkan Gigi Secara MUDAH Dan SEMULAJADI Dalam Masa 2 MINIT!

Makeup cantik-cantik nak pergi dating tapi bila senyum je gigi nampak kuning. Spoil je! Nak buat apa eh?

Maklumlah, gigi yang putih bersih memberi impression di mana anda betul-betul jaga kesihatan badan dan pentingkan kebersihan gigi.

Inginkan gigi putih tapi tak nak bazirkan wang dengan membeli produk pemutih atau gunakan apa-apa teknik moden yang doktor gigi syorkan? Ada cara mudah yang anda boleh cuba sendiri di rumah! Anda cuma perlukan sebiji lemon dan baking soda.

Tapi sebelum tu, kena ingat! Memandangkan gabungan dua ramuan tu berasid, pastikan anda tidak memberus gigi (dengan ubat gigi biasa) setengah jam sebelum dan selepas anda mulakan teknik pemutihan gigi ini.

Okay, jom kita mulakan!

1. Potong lemon dan perah untuk dapatkan jusnya.


2. Campurkan sesudu teh jus tersebut dengan sesudu teh baking soda ke dalam sebuah mangkuk kecil dan kacau hingga rata.


3. Dengan menggunakan sehelai tissue tebal, kautkan campuran itu dan sapu ke atas permukaan gigi.


4. Biarkan selama 2 minit.

Ingat! Teknik ini boleh membahayakan enamel gigi anda jika dibiarkan lebih daripada 2 minit tu, jadi anda perlu betul-betul setkan masa. Takut reput pula gigi anda nanti!

5. Setelah tamat masa, kumur dengan air.
Nescaya gigi anda lepas ni akan nampak putih berseri dan berkilat!

Senang, kan? Jom cuba!

Anda tahu teknik lain untuk putihkan gigi? Mari kongsikan!

Sumber: Rclbeauty101 @ YouTube

Posted on

“Menyesal Tak Ada Guna Lagi, Dulu Tidak Percaya Pakai Bra Waktu Tidur Itu Tak Elok. Dah Kena Baru Sedar.” Sob Sob!~

Sudah menjadi kebiasaan bagi segelintir wanita apabila mahu tidur, pasti akan memakai bra. Namun, tahukah anda, memakai bra dalam satu jangka masa yang lama boleh memberi efek negatif pada kesihatan badan.

Menurut kajian, tubuh manusia mengalami pembaikan dan detoksifikasi (pengeluaran racun dari tubuh) ketika waktu tidur. Justeru, waktu yang paling tepat untuk merehatkan payudara adalah dengan tidak memakai bra ketika tidur.

Jika anda masih degil, ini akibat yang mungkin anda hadapi jika tidak menanggalkan bra ketika tidur.

26980106 – woman with pink heart on her chest

1. Kanser payudara

Wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar susu) yang lebih tinggi. Memakai bra terlalu lama juga boleh meningkatkan suhu jaringan payudara. Hal ini dapat mempengaruhi pembentukan kanser payudara.

2. Peredaran darah tersekat

Terlalu kerap menggunakan bra terutama bra yang terlalu ketat boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh membatasi aliran darah ke payudara. Otot-otot dada akan tersempit, dan ini akan menjejaskan peredaran darah ke lengan dan tangan. Bra dengan sokongan dawai (underwire) juga boleh menyekat peredaran darah.

30409299 – set of different push up bras isolated over white

3. Hiperpigmentasi

Hiperpigmentasi berlaku disebabkan tali dan cangkuk terlalu ketat yang sentiasa bergesel dan bersentuhan dengan kulit lalu menyebabkan bahagian kulit itu nampak lebih gelap.

4. Iritasi

13342958 – young woman opens her black bra

Memakai bra sepanjang hari boleh menyebabkan iritasi kulit kerana permukaan kulit tidak bernafas selain faktor kebersihan akibat berpeluh. Keadaan cuaca yang hangat dan lembab juga boleh membawa kepada masalah pembentukan kulat pada payudara.

5. Masalah tidur

26313097 – insomnia. attractive young woman holding hand in hair and keeping eyes closed while lying in bed

Tidur boleh menjadi tidak nyenyak terutama apabila memakai bra yang ketat dan berdawai kerana anda merasa sakit dan tidak selesa ketika tidur. Tidur juga mungkin terganggu kerana ketidaknyaman yang timbul akibat daripada masalah iritasi yang berlaku. Hal ini akhirnya akan mempengaruhi kesihatan anda secara keseluruhan.